Novelog 6 : sahabat selamanya.

"Aku minta maaf. Aku tak patut tengking kau. Aku tak patut cakap macam tu, padahal aku tahu kau ambil berat."

Nozi mendiamkan diri. Aku tahu dia terasa dengan kata-kata aku tadi. Dengan suara aku yang tinggi. Tentu sekali dia merasa malu. Aku ni memang kawan tak guna. Orang buat baik, aku layan macam sampah.

"Aku minta maaf. Aku tak sengaja. Aku tahu aku ni jahat. Mulut aku lagi jahat."

Aku gigit bibir kuat. Menahan air mata dari keluar. Jarang aku menangis sebab aku ajar hati aku supaya jadi keras. Air mata aku mahal harganya. Semahal maruah diri aku ni.

Tapi hari ini aku tewas. Hati merasa takut kehilangan sahabat yang sentiasa ada di sisi. Menemani aku sepanjang masa. Sebab perangai tak semengah aku ni, bakal menjarakkan persahabatan ini.

Tieya diam memandang kami. Matanya merah.

"Kau tak patut cakap macam tu. Kau tahu kan, kami sayangkan kau. Kau lebih pandai dari kami. Result kau lebih bagus dari kami walaupun kau rasa result kau teruk. Padahal kami lagi teruk. Tapi aku dan Nozi dapat menerimanya dengan lapang dada."

"Kau patut bersyukur dan belajar menerima hakikat tak semestinya setiap apa yang kau nak akan kau dapat. Allah tak bagi sekarang ada sebabnya. Mungkin hari ini kau tak tahu kenapa dan mengapa. Tapi kau kena yakin inilah yang terbaik untuk kau. Kau kena percaya qada dan qadar."

Aku diam. Air mata ku buat kali pertama membasahi pipi di depan kawan-kawan aku. Selama ini aku sembunyi dan menangis sendiri.

"Aku tahu tapi kekadang aku hanya fikir yang bukan-bukan. Mahukan lebih dari apa yang mampu aku dapat."

"Sebab kau tak pernah belajar redha dan merasa cukup dengan apa yang kau nikmati. Sedangkan ada orang lain lagi susah dari kau."

"Kau maafkan aku?"

Nozi angguk. Dia terus merangkul aku ke dalam pelukannya.

"Kau dah check UPU ke?"

Aku geleng kepala.

"Tapi double A, ada check untuk aku. Dia cakap aku dapat matrikulasi KPM."

Tieya dan Nozi tersengih-sengih.

"Sayang benar Double A kat kau ya. Patutlah ramai yang jeles."

"Hey mana ada. Kami kawan je. Sama je dengan korang. Kawan baik aku selamanya," jelas ku dengan wajah malu-malu. Mood sedih tadi sudah kembali  neutral.

"Tak sama. Kami perempuan, dia lelaki. Mana sama. Lelaki dan perempuan tak mungkin akan menjadi sahabat selamanya."

"Sebab mulut je cakap sahabat selamanya. Hati pulak cakap buah hati selamanya," usik Nozi.

Aku mencebik. Sengih. Nak nafikan pun ada benarnya walaupun kami tak pernah declare apa-apa.

"Jauh lagi perjalanan hidup kita. Hari ini takkan sama dengan esok. Lagi pun hati orang ni kita tak boleh baca. Hari ni cinta esok entah-entah dah benci." Perlahan aku memutuskannya.

"Kau tengok budak ni, ni Tieya. Suka sangat berfikiran negatif. Belum apa-apa lagi dah fikir yang bukan-bukan."

"Nak kata apa lagi Nozi. Dah trademark dia."




Tiada ulasan:

Catat Ulasan