Novelog 7 : Pre penghijrahan

Ayah adalah orang yang paling gembira apabila aku mengkhabarkan aku telah mendapat tempat melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi. Ayahlah yang bertungkus lumus menyediakan segala kelengkapan yang aku perlukan. Dia jugalah yang menyemak segala borang yang perlu aku isi. Melihat keterujaan ayah, air mata ku tanpa dapat ditahan mengalir. Sedih mahu meninggalkan keluarga dan kampung halaman.


Tapi aku ada impian dan cita-cita yang perlu aku kejari. Aku akui aku takut nak pergi ke tempat yang tak pernah aku jejaki. Mana aku pernah keluar dari negeri kelahiranku ini sejak lahir. Dulu tak pernah mimpi pun nak keluar berkelana di negeri orang. Tak mimpi pun nak pergi jalan-jalan selain paling jauh ke bandar Kota Bharu sahaja. 

Namun dalam lebih kurang 7 hari lagi aku akan keluar dari daerah kelahiranku. Berkelana di bumi Selangor. Belajar hidup berdikari dan berjauhan dari keluarga. Hatiku gementar. Aku takut. Aku bukan seorang yang peramah. Senang buat kawan. Biasanya aku suka sendiri-sendiri. Boleh bilang dengan jari berapa orang je kawan aku kat sekolah ni yang boleh dipanggil kawan. Tieya dan Nozi je kawan aku. Terbabas sikit Double A. Itu pun dia yang sentiasa cari aku. Mostly ketika aku duduk melayan perasaan dihujung padang sekolah. Dia yang selalu kacau aku. 

Kawan-kawan yang lain nama kawan je. Tak pernah rapat. bertegur pun pasal sekolah je. Masa-masa lain, aku senyap, Banyak menyendiri. Cuma Tieya dan Nozi yang suka himpit aku. Tanya aku pasal matematik dan sains. Diorang memang muka tebal. Kebal dengan jelingan tajam aku. Tanpa mereka confirm aku tak ada kawan BFF ni. 

Sedih nak tinggalkan diorang. Sedih nak tinggalkan sekolah dan sedih nak tinggalkan ayah dan mak serta adik-adik aku. Tapi hati aku nekad. Aku ingin mencuba hidup di tempat baru.

Sebab dalam kehidupan ini. Setiap perkara akan ada kali pertama. Akan ada permulaan untuk perkara baru. Jadi kena sedia, nak ke tak nak kena hadapi juga. Aku kena tempuhi juga. Ya laa sampai bila nak tinggal kat kampung. Orang lain tamat SPM berduyun keluar merantau. Ada yang sambung belajar dan ada yang kerja. Memang tak ramai orang muda di kampung aku. Sebab sampai masa mereka akan berhijrah mencari rezeki dan kehidupan yang lebih baik

"Nombor telefon, Abang Im dan Abang Man ada? Simpan elok. Senang nak minta tolong apa-apa kat diorang." itulah dialog yang selalu ayah ulang. Anak saudaranya memang menetap di Selangor. Bekerja dan bermastautin di situ. Tapi aku ni segan. Jarang sangat bersembang dengan mereka bila mereka datang melawat kami sekeluarga.

"Ada, simpan molek doh,"

Ayah akan teman aku pergi daftar kolej. Kami akan naik bas ke sana. Ayah tak ada kereta. Jadi sampai di sana nanti Abang Im akan tolong bawakan kami ke kolej tersebut. Nasib baik ada anak saudara ayah. Jika tak, tak tahu laa nasib aku macam mana nanti. Tapi aku yakin ayah akan cari jalan jugak hantar aku daftar kolej. Mak tak ikut serta. Mak aku sebenarnya tak sihat. Selepas lahirkan adik bongsu aku, dia terkena angin meroyan. Sampai sekarang tak baik -baik. Emosi mak sekejap elok, sekejap tak elok. Jadi ayah tak kasi mak ikut. Biar dia je temankan aku. Lagipun selepas tinggal aku kat kolej, malam itu jugak ayah akan balik kampung naik bas. 

Jadi melihat kesungguhan ayah dan pengorbanannya, aku tekad belajar bersungguh-sungguh. Aku nak balas balik segala pengorbanannya. Menjadi contoh untuk adik-adik aku. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan