Khamis, 15 Disember 2016

Prolog : Hati Yang Kau Sakiti

Assalam dan selamat pagi. Ini adalah cerita terbaru saya. Dalam proses pembikinan. Ia adalah kesinambungan daripada Cerpen Hati Yang Kau Sakiti. 
********
“Aku menyampah tengok si Hafiz tu. Dia tak sesuailah untuk Ami.”
“Sama.”
“Apa yang Ami nampak dekat dia tu? Aku tak fahamlah.”
“Mata orang bercinta ni buta. Yang buruk pun nampak baik. Yang hodoh pun hensem.”
“Kita kena tolong dia. Jangan biarkan dia terperangkap denga mamat bertopeng baik tu.”
“Habis tu kita nak buat apa?”
“Cari jalan pisahkan mereka.”
“Any idea?”
“Tengah fikir.”



Amina Nabila


Amru Hafiz 





Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Isnin, 15 Ogos 2016

Kek kasih sayang (kek pisang nestum oat)

Ni entri suka-suka... cerpen kot... hihi.. ikut penilaian korang laa ya... 

Hari-hari macam ni memang bosan. Nak buat apa ya? Tisya mengeluh sendirian.
Tadi abang whatsapp dia akan balik awal hari ini. Sukanya. Tapi aku tak tahu pulak nak masak apa. Tisya mengeluh lagi dalam hati. Kakinya dihalakan ke dapur, dibuka peti sejuk dan melihat apa yang ada di dalamnya.

Pisang!

Buat kek pisang

Pantas di buka facebook dan terus ditaip di carian resepi kek pisang. Banyak pulak tapi yang mana satu yang sedap dan senang? Lalu dia melihat satu persatu resepi yang ada. Hmmm... yang ni senang tapi tak ada pulak almond flakes & cincang. Bantai je laa apa yang ada. Asalkan kek aku ni sedap dan tak bantat.

Tisya ikat rambut tinggi-tinggi. segala bahan yang diperlukan dikeluarkan dan diletakkan di atas meja makan. Nasib baik ada pengadun kek, kalau tak terpaksa guna tanganlah. Dia mula hanyut dalam dunianya. 

Bahan-bahan

3 biji pisang, dilenyek sukar dapatkan 1 cawan. Jangan lebih atau kurang
2 cawan gandum*
1 sk baking powder*
1 sk soda powder*
3 biji telur**
2 sk esen vanilla** (patutnya pisang, tapi kat rumah x de stok)
1 sk ovelete**
1 cawan gula perang**
3/4 cawan minyak masak
3 sb nestum
3 sb oat segera

Cara masak.

Bahan-bahan bertanda * diayak bersama
Pukul sehingga kembang bahan-bahan bertanda **.
Kemudian masukkan pisang yang telah dilenyek tadi. Pukul sekejap dan masukkan bahan-bahan yang diayak.
Pukul lagi, kemudian masukkan nestum dan oat.
Last sekali masukkan minyak masak dan pukul sehingga sebati.
Panaskan ketuhar suhu 180 celcius. Bakar selama 40 minit. Ikut ketuhar masing-masing.

Sejam lebih berlalu, 
ting.. ketuhar berbunya, lebar senyuman Tisya. Berdebar jugak hatinya menantikan hasil air tangannya yang pertama. Sebab dia anak bongsu, jadi hal masak memasak ni dia tak ambil kisah sangat. Bila dah kahwin ni barulah kalut menelefon mama dan kakak-kakaknya menanyakan cara nak masak. Puas diketawakan. Namun dia dah biasa. Jadi telinganya tak pedih sangat. 

Dia membiarkan kek pisang di dalam ketuhar dalam 10 minit sebelum dikeluarkan dan disejukkan. Selesai mengemas dapur, dia bergegas membersihkan diri. Lagi setengah jam suaminya akan sampai. Tisya senyum sendirian. Bahagia. Yup sudah tentu hatinya dipenuhi bunga-bunga cinta. Putik-putik rindu tidak bertunas lama sebelum bunga cinta mekar. Yelaa.. mana nak lamanya kalau berpisah cuma Nzakir pergi kerja je. Sekarang ni kalau outstation memang Nzakir angkut dia sekali. Alasannya

"Abang tak dapat nak buat kerja sebab rindukan Tisya."
"Bantal peluk tak ada, abang tak dapat tidur."
"Tak sampai hati nak tinggalkan buah hati abang lama-lama. Nanti kena culik kat UFO."

Hahaha.. geli hati dengan alasan budak-budak Nzakir. Rupanya ada baiknya juga dia berhenti kerja. Anytime, any place dia boleh ikut. Dapat berjalan-jalan lagi. Kira honeymoon jugaklah. Rasanya Nzakir habiskan masa banyak masa bawak dia berjalan-jalan dari buat kerja. Dia tentunya suka.. suka dan suka. Asyik berhimpit.

Ehemmm.... Sepasang tangan berlingkar di pinggangnya. 
"Bila abang balik?"
"Hmmm... tak lama mana tapi sempat tengok orang tu berangan senyum dan sengih-sengih depan cermin, tayang body macam model catwalk."

Dusssh..berderu darah naik ke muka. Malunya...

Nzakir ketawa gelihati apabila melihat wajah yang mula merah di hadapannya.

"Sayang masak apa hari ni?" soal Nzakir cuba menghilangkan rasa malu Tisya. Tapi dia suka isterinya begini. 

"Jom.. Tisya tunjukkan. tapi kalau tak sedap complaint sedap jugak tau.." Di tarik lengan Nzakir keluar dari bilik.

Tadaa....

www.fantasiceritaku.com
Kek Pisang kasih sayang
"Hangit sikit.."

"Hangit tak pe asalkan sedap. Abang tengok pun macam sedap je."

Tisya cebik, tak makan pujian tapi kembang jugak hatinya. 

Kek Pisang Nestum Oat
"Nah.. cuba rasa. Sedap tak?"
Nzakir ambil sepotong kek yang dihulur.

Tisya menunggu dengan sabar. 

"Sedap tak?"

Tapi Nzakir terus makan. Dicapai sepotong lagi dan dimakannya. 

"Abang..."

Nzakir sengih.

"Sedap."

"Air tangan isteri abang mesti sedap. Kek ni makan tak jemu sebab tak manis sangat. Rasa lemak-lemak gitu."

"Nasib baik abang cakap sedap. Kalau tak lepas ni, Tisya tak nak buat lagi. Sebenarnya resepi kek ni Tisya ambil kat Facebook. tak ada walnut Tisya letak oat dan nestum."

"Kreatif isteri abang ni... Pandai..."

"Laa isteri abang kan memang dah pandai kalau tak, takkan dapat sambung masters." Tisya jungkit kening. 

Nzakir geleng kepala. Ditarik hidung Tisya. Dicapai sepotong lagi kek. Enak... 

Lepas ni kerja kerja keraslah untuk kekalkan six pack nih. 






Rabu, 3 Ogos 2016

Abang Hensem, Jihan Epilog.... last dah

Salam... seperti yang saya janjikan... 
Selamat membaaca dan semoga terhibur
Suka.. boleh tinggalkan komen di sini dan juga page facebook. 
Like jika tak nak komen pun... 


Tisya terdiam.

Ditenung cincin di jari manisnya. Kemudian diangkat kepala dan melihat wajah-wajah kesayangannya yang sedang tersenyum lebar. Rumah mama dan papa telah berubah habis. Semuanya nampak serba baru. Dua buah khemah besar berdiri megah di hadapan rumah. Dia kelu.

Baru beberapa jam lepas dia bersetuju menjadi isteri Nzakir. Sekarang di rumah mama dan papa, persiapan untuk perkahwinannya telah siap. Cuma tunggu dia saja. Pagi esok dia akan dinikahkan. Nak bertanya, dia hilang kosa kata. Senyum lebar mama, senyuman mengusik abang dan kakak-kakaknya membuatkan dia tidak mampu nak kata tidak. Entah bila semua ini dirancang. Entah bila Nzakir datang berjumpa dengan keluarganya. Dia tidak tahu menahu langsung. Licik sungguh perancangan Nzakir. Tisya pasti abang ngah mastermindnya.

Tadi sebaik sahaja sampai di airport Sultan Ismail Petra, mama dan papa menunggu mereka. Nzakir sikit pun tidak kekok. Padahal Tisya baru saja nak perkenalkan mereka, tapi dia pula yang terkaku. Dia tahu Nzakir ni kawan abang ngah, seingatnya Nzakir tidak pernah datang ke rumah keluarganya. Jadi bagaimana mereka boleh mesra. Persoalan yang timbul dibiarkan sahaja di dalam kepalanya.
Sampai sahaja di rumah, dia sekali lagi terkejut. Dua buah khemah besar memenuhi laman rumah. Takkanlah mama dan papa buat rumah terbuka sampaikan kena pasang dua buah khemah?

“Buat apa khemah ni mama?” dia tidak mampu menahan rasa ingin tahu lagi.

“Esok mama nak buat kenduri kesyukuran.”

“Kesyukuran apa?”

“Kesyukuran majlis nikah adik lah.”

“Tapi...”

“Semuanya telah siap. Cuma tunggu adik balik je. Esok pagi akad nikah kat masjid. Mama tempah katering sahaja. Sebab nak cepat. Tambah pulak hari raya ni,” jelas mama.

Tisya kelu. Rasa nak memberontak tapi dia juga cintakan Nzakir. Tapi nikah tiba-tiba ni tidak ada dalam perancangan masa pendeknya. Lagipun mereka kan baru jumpa balik. Tak boleh jadi ni!
Matanya melingas mencari Nzakir, namun Nzakir hilang dari radar matanya.

“Pergi masuk dalam rehat. Mandi dan tidur dulu. Nanti bangun Kak Chik pakaikan inai,” arah mama.
Macam mana nak tidur jika ini kejutannya. Tidur dengan mata terbuka ke?

Mana Nzakir ni! Dia tak patut buat begini. Patutnya kena bincang dulu. Tisya terasa mahu menangis!

“Mama...” Tisya paut lengan mama. Matanya berair. Macam kena kahwin paksa pulak.

Mama senyum lembut. Ditepuk tangannya.

“Its okey. Adik mandi dan tidur dulu. Rehatkan badan dan fikiran. Jangan risau, semuanya baik-baik.”

Tisya geleng kepala.

I’m not ready yet,” Dalam suaranya.

But you love him, right?”

Lambat-lambat Tisya angguk.

“Jadi Tisya dah bersedia menjadi isterinya,” pujuk mama.

Tisya keliru. Ini, tak terlintas di dalam fikirannya lagi. Ini bukan apa yang dia mahukan buat masa sekarang.

Mama tarik tangan Tisya masuk ke dalam bilik. Didudukkan Tisya di birai katil sebelum dia mengambil tempat di sebelahnya.

“Mama tahu, semua ni tiba-tiba. Terlalu cepat buat Tisya. Mama pun terasa anak bongsu mama ni masih kecil lagi tapi dah nak kahwin. Tapi mama mahukan yang terbaik untuk anak mama ni.”

“Bila abang ngah beritahu dia jumpa balik kawan dia yang rapat dengan adik dulu, mama suruh dia 
bawa datang jumpa mama. Mama nak kenal dengan orang yang sayangkan anak mama dulu.”

“Nzakir datang jumpa mama lepas adik bermalam di rumah dia.”

“Dia cakap nak jaga anak mama ni. Dia cakap dia sayangkan anak mama dan mahu jadikan isteri.”
Penjelasan mama sudah cukup jelas. Meskipun ketika itu dia memberi layanan dingin buat Nzakir.

“Tapi mama, adik tak nak kahwin lagi.”

“Semua persiapan dah siap. Esok nikah,” tegas mama. Tidak ada kompromi lagi. Tisya mengeluh.

Malam pertama?

Selepas maghrib tadi Tisya terlena. Tak kisah dah mana suaminya. Pandai-pandailah bawak diri di kalangan ahli keluarganya. Dia penat sangat. Tak rehat lagi sejak dua tiga hari lepas. Malam tadi walaupun penat sangat, tak dapat tidur sebab memikirkan majlis hari ini. Selepas selesai dan semuanya selamat baru hatinya lega.

Nzakir masuk bilik pengantin. Terlihat Tisya telah terlena. Isteriku. Hatinya berbunga bahagia. Alhamdulillah dipermudahkan urusan mereka. Majlis mereka berjalan lancar. Dia bersyukur akhirnya dia mempunyai keluarga sendiri.

Dia naik atas katil, menyertai Tisya yang sedang lena. Bibirnya mengukir senyum. Jemarinya ringan membelai lembut rambut hitam isterinya.

‘Isteriku,’ dia suka perkataan ini. Terasa hidupnya telah lengkap. Separuh jiwanya telah kembali kepadanya. Perlahan wajahnya dirapatkan. Haruman rambut isterinya menerpa indera baunya. 
 Perlahan diangkat kepala Tisya ke atas lengannya. Tangan kiri menaik memeluk pinggangnya. Dan lena datang tanpa dijemput.

Tisya tersedar apabila dia terasa hangat. Kepalanya terletak di atas dada seseorang. Dia cuba bergerak tapi pergerakannya tersekat. Perlahan diangkat kepalanya, mendongak ke atas. Dalam samar-samar dia dapat melihat wajah tampan Nzakir. Suaminya. Dan dia kembali melabuhkan kepalanya di dada bidang Nzakir. Tangannya bergerak memeluk pinggang suaminya erat.
Dan dia kembali tertidur.

Sebulan berlalu...

Tisya termenung di balkoni. Tak tahu nak buat apa. Sebaik sahaja mereka kembali ke Johor, Nzakir memaksanya menghantar notis berhenti kerja. Dia mulanya memberontak. 

“Bagilah Tisya kerja, please.”

“Abang dah ada. Buat apa Tisya nak kerja lagi. Abang boleh bagi elaun 2 kali ganda gaji Tisya tu.”

“Bosanlah!”

“Tisya kan dah pohon sambung master? Sementara tunggu tawaran tu, duduklah rumah dulu. Layan abang,” pujuk Nzakir.

Tisya cebik bibir.

“Bukannya nak kena layan abang 24 jam sehari pun. Hari-hari abang kerja,” dengus Tisya.

“Lagipun Tisya kerja bukan harapkan gaji semata, tapi pengalaman kerja tu penting.  Mengambil bahagian dalam masyarakat tu pun penting jugak. Kerja kat Sushi King tu, Tisya boleh belajar macam mana nak berkomunikasi dengan orang ramai. Macam mana nak kontrol diri bila berdepan dengan pelanggan yang banyak songeh. Macam mana nak berkomunikasi dengan rakan sekerja.”

“Bila Tisya sambung belajar pun, semua tu Tisya dapat belajar jugak. Berkomunikasi dengan abang pun boleh belajar jugak.”

Tisya ramas bantal kecil di pangkuannya. Susah betul nak bagi suaminya faham! Dia gigit bibir kuat-kuat. Geram!

Mengingati perbualan mereka sebulan lepas, buat hatinya sakit. Habisnya terkurung juga di apartment ini.

“Buat apa termenung kat sini?”

Serentak dengan itu terasa ada sepasang tangan memeluknya dari belakang.

“Merenung nasib. Merenung masa depan. Buat apa lagi,” jawab Tisya dengan nada sinis. Sampai sekarang dia tak puashati dengan Nzakir. Gila kuasa. Selalu guna kuasa veto suami untuk menunduknya.

“I see. Lepas tengok isi dalam envelop ni, abang yakin, nasib sayang akan berubah. Tak ada dah muka asam keping ni.”

Tisya balikkan badannya. Diambil sampul surat berukuran kertas A4 yang dihulurkan. Pantas dibuka dan dibaca. Tawaran menyambung master di UTM. Serta merta riak wajahnya berubah. Pantas dipeluk suaminya.

“Terima kasih abang.”

“I love you, sayang,” balas Nzakir.  

“Jom.”

“Ke mana?”

“Abang ada hadiah untuk Tisya, kat bawah.”

Makin lebar senyuman Tisya.

Di dalam lif menuju ke groundfloor, Tisya tidak melepaskan pelukan di pinggang Nzakir. Dia gembira sangat.

“Sayang... naik atas semulalah.” Bisik Nzakir.

“Kenapa pulak?” Tisya kerut dahi. Cepat betul berubah.

“Abang tak tahan!”

“Nak kencing?”

Nzakir geleng kepala sambil sengih gatal.”

“Nak makan Tisya.”

“Abanggg..” serentak itu tangan Tisya mencubit pinggang Nzakir kuat. Nzakir ketawa galak.
Berkerut Nzakir menahan perit akibat cubitan itu. Nzakir geleng kepala. Makin lama mereka bersama perangai garang manja Tisya semakin terserlah. Pantang diusik, dia pasti membalasnya kemudian merajuk. Macam-macam warna jadinya hidupnya kini. Dan dia semakin merasa bahagia.

“Mana hadiahnya?”

“Bukan di sini sayang, di parking kereta. Sini..” ditarik tangan Tisya menuju ke tempat letak kereta.
Sampai sahaja di hadapan myvi warna biru metalic, Nzakir berhenti. Segugus kunci diletakkan di atas tapak tangan Tisya.

“Hadiah Tisya.” Sambil menunjukkan kereta myvi tersebut.

Tisya pandang kunci di tangannya, kemudian kereta dan kemudian wajah suaminya. Dilihat Nzakir angguk kepalanya. Tak percaya dengan apa yang dilihatnya.

“Hadiah Tisya?”

“Iya sayang.. Hadiah sempena perkahwinan kita dan juga Tisya dapat sambung belajar,” jelas Nzakir.
Matanya dah berlinang.

Dia terus peluk suaminya.

“Nak try bawak tak?”

Pantas Tisya angguk. Namun pelukan masih lagi tidak dileraikan.

Ehemm... Nzakir berdehem...

“Hmm... kita try esoklah. Malam dah ni...” Nzakir ubah fikiran.

Segera Tisya meleraikan pelukan mereka.

“Kenapa?”

“Malam ni kita try benda lain dulu.”

Tisya tak faham. Tiba-tiba je suaminya berubah. Terus tarik tangannya menuju ke lif. Nzakir pula, sudah mula terbayang suasana suram bilik tidur mereka... Dan apartment mereka dipenuhi tangisan anak mereka.

Tamat.




Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan.
 Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. 
Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. 
 Hidup baik-baik. 
Islam itu Indah. 
Membaca jambatan Ilmu.

Khamis, 7 Julai 2016

Abang Hensem Jihan, Part 16 (akhir)

Assalam.. Auto Publish.. Mood raya ON. 



Dalam dingin subuh hatiku terusik

Kenang nasib diri di rantauan
Bergema takbir raya menitis air mata
Terbayang suasana permai desa

Rindu hati ini inginku kembali
Pada ayah bonda dan saudara
Tetapi aku harus mencari rezeki
Membela nasib kita bersama


(korus)
Hanya ku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas
Dari jauh kupohonkan ampun maaf
Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama
Meraikan aidil fitri yang mulia

Restu ayah bonda kuharap selalu

Hingga aku pulang kepadamu

(ulang korus)
Restu ayah bonda kuharap selalu

Demi anakmu yang kini jauh

Lagu raya, dari jauh kupohon maaf tidak habis-habis bergema di dalam AEON ini. Bikin hatinya meronta mahu pulang. Terasa lambat masa berlalu. Walaupun dia berpakaian raya hari ini, namun mood meraikan aidilfitri ke laut. Saat ini doanya dia mahu shift kerjanya cepat habis dan bergegas ke lapangan terbang untuk pulang ke kampung.
Pagi  tadi, Tisya telah buat drama air mata dengan mama dan papa. Sepanjang hidupnya inilah kali pertama dia tidak meraikan hari raya bersama keluarganya. Bertambah sedih mendengar suara mama. Ingin rasanya dia terbang jika dia ada sayap. Mahu peluk cium mama dan papa, makan ketupat dan biskut raya sebelum terbang ke sini lagi. Tapi angan tetaplah angan.

Bila baca di dalam group WhatApps My love Keluarganya, dia jadi sakit hati. Abang ngah, Kak lang dan Kak Chik tak habis-habis muatturun gambar mereka beraya di kampung. Sejak semalam, abang ngah muatturun gambar kak long dan kak ngah membantu mama membuat ketupat palas. Kak Chik pula muat turun gambar dia sedang membuat kek dengan kak Lang. Kemudian abang ngah muatturun lagi gambar papa dan abang long pasang langsir. Video anak-anak saudaranya bermain bunga api di halaman rumah yang diterangi lampu warna warni dan pelita buluh.

Hatinya meroyan. Geram dan stress. Sampai hati mereka mengusiknya dengan kegembiraan mereka. Tahu tak hatinya retak seribu. Sampai hati mereka bergembira walaupun tanpa kehadirannya.

“Sudah-sudahlah melayan sendu Tisya. Tu ada customer nak order. Baik kau sibukkan diri buat kerja,” Jihan tepuk bahunya. Dia faham apa yang dirasa oleh Tisya. Semasa kali pertama dia kena kerja pada hari raya pun begitu jugak. Asyik melayan lagu raya je. Kemudian tanpa sedar air mata tumpah. Yela orang lain bersuka ria, dia kena kerja.

Dari jauh Nzakir melihat Tisya tekun melakukan kerjanya. Selepas bersolat sunat hari raya dan menziarahi pusara umi, abi dan mak sunya, dia bergegas ke sini. Ada rindu di hati perlu dileraikan. Cukuplah dari jauh dia melihat Tisya. Petang karang barulah dia akan betul-betul muncul di hadapan Tisya sebelum mereka menuju ke lapangan terbang.

Sejak mereka berbuka puasa bersama, mereka semakin mesra. Tisya sudah dapat menerima kehadirannya. Setiap hari dia akan menjemput Tisya pulang jika dia tidak perlu out station. Ada juga Tisya menumpang apartmentnya dan mereka bersahur bersama. Itu pun di dalam pengetahuan Tajul. Dia tidak akan sesekali menyakiti Tisya. Juga tidak akan sesekali melakukan perkara yang mencemarkan hubungan mereka. Dia mahu Tisya menjadi miliknya yang halal dulu.

Nzakir tidak mahu menangguhkannya lagi. Lagipun umurnya telah 34 tahun. Sudah terlebih matang untuk melalui alam percintaan yang panjang. Lagipun hati dan jiwanya mahukan Tisya. Diluahkan pada Tajul tentang isi hatinya.

“Aku nak melamar Tisya jadi isteri aku. Agak-agak mama dan papa kau terima tak aku jadi menantu mereka?” soal Nzakir gusar. Jarak usia yang agak jauh membuatkan dia ragu-ragu. Adakah dia terlalu tua untuk Tisya?

“Aku rasa kau patut cakap sendiri dengan mama dan papa aku. Dapatkan restu dari mereka.”

“Tapi boleh ke aku yang jumpa mama dan papa kau tanpa orang tua. Tanpa orang tengah.”

“Mama dan papa aku bukannya pegang sangat pada adat. Lagipun dia tahu kau anak yatim. Saudara mara pulak tu jauh. Jadi bila kau jumpa mereka sendiri, aku rasa mereka akan terima dengan tangan terbuka. Mereka dah kenal kau. Aku pun dah cerita dekat mereka,” jelas Tajul.

Nzakir angguk. Hatinya lega. Proses mengenal bakal mertua dan menantu telah pun dilaluinya. Dia mendapat restu sepenuhnya. Malah permintaannya pula diterima tanpa banyak soal. Jadi sekarang dia perlu melamar Tisya pulak. Meyakinkan Tisya tentang cintanya. Tentang jodoh mereka.

Petang itu, Nzakir seperti biasa menunggu Tisya habis kerja. Kemudian mereka akan bergegas ke lapangan terbang untuk pulang ke kampung halaman Tisya. Yang Tisya tidak tahu, Nzakir akan ikutnya pulang. Bukan hanya menghantarnya  saja.

“Assalamualaikum..” pintu kereta di buka. Tisya hulur senyum sebelum memakai tali pinggang keselamatan.

“Waalaikumussalam, sayang. Selamat Hari Raya.”

Kereta mula bergerak.

“Selamat Hari Raya juga untuk abang. Tisya pohon maaf zahir dan batin di atas sikap Tisya yang tak berapa elok selama kita kenal. Kata-kata Tisya yang tak enak di dengar dan menyakiti hati abang..” panjang permohonan maaf Tisya.

Nzakir senyum dan angguk. Dipandang Tisya sekilas. Manis berbaju kurung walaupun keletihan.

“Abang maafkan. Abang pun minta maaf juga dengan sikap abang yang selalu kacau Tisya. Buat Tisya marah.”

Tisya senyum. Wajahnya bersemu merah. Dia meramas tangannya sendiri. Suara Nzakir terdengar romantis di halwa telinganya.

“Tisya sayang, tolong buka dashboard tu. Abang ada hadiah untuk Tisya.” Perkataan sayang semakin sebati dengan lidah Nzakir.

Tisya akur. Dibuka dashboard dan tangannya mengambil sebuah kotak baldu berwarna merah. Hatinya berdebar. Dia dapat mengagak tapi dia tidak mahu membuat anggapan melulu.
“Bukaklah,” suruh Nzakir.

Perlahan Tisya membukanya. Sebentuk cincin platinium bertatahkan sebutir berlian berada di dalamnya. Tisya pandang Nzakir. Matanya berkaca.

“ Abang cintakan Tisya. Pertemuan semula kita membuatkan abang yakin, kita telah ditakdirkan bersama. Jadi, Nur Latisya Ilyana binti Tajuddin, sudikah menjadi kekasih halal abang. Pendamping abang di dunia dan di syurga nanti.  Menjadi isteri Muhamad Nzakir bin Nazir?”

Tisya tidak jangka dia akan dilamar di dalam kereta. Di dalam perjalanan menuju ke lapangan terbang. Dikuis air mata yang membasahi pipinya. Dia cuba menenangkan diri sendiri. Agak lama melihat keluar tingkap. Hatinya kembali tenang. Tisya pandang cincin di tangannya. Diambil cincin dari bekasnya dan disarungkan ke jari manisnya. Muat dan cantik terletak. Walaupun ringkas tapi mewah.

Nzakir senyum. Ditahan hatinya daripada meraih jari Tisya yang dihiasi cincin lamarannya.

Alhamdulillah. Ramadhan kali ini amat bermakna buat dirinya. Terima kasih Syawal dengan anugerah terindah ini. Dia tidak akan sendiri lagi.

Tisya ukirkan senyum paling manis. Jika sepuluh tahun ini teddy bear pemberian Nzakir menjadi temannya, akan datang Nzakir sendiri akan menjadi penemannya.

Terima kasih Ramadhan kerana menemuikan aku dengan abang long legku dulu. Terima kasih Syawal, lamaran ini amat bermakna bagiku. Menamatkan penantianku selama ini.

 Tamat..

P/s : agak-agak korang puashati ke tak dengan endingnya? Ada tak puas hati boleh komen di sini. Ada nakkan epilog jugak boleh komen. Agak-agak kalau saya nak dapatkan 50 share di FB atau pun goole plus boleh tak? 
Siapa nak epilog cukupkan 50 share dulu.. Like di FB sampai 100 ke.. In Shaa Allah balik cuti nanti saya epilog khas untuk semua. 

Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan.
 Jadi bacalah perkara yang bermanfaat.
 Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama.
 Hidup baik-baik. 
Islam itu Indah. 
Membaca jambatan Ilmu.

Rabu, 6 Julai 2016

Abang Hensem Jihan Part 15

Assalam, Auto publish
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf jika ada tersilap aksara, terkasar coretan, terguris hati apabila membaca di sini. Maaf Zahir Batin.
Esok Part Akhir ya!



Tisya mengambil tempat di hadapan Nzakir. Nzakir tersenyum mengalukan kedatangan Tisya.
“Terima kasih sudi temankan abang hari ini,” ucap Nzakir setelah melihat Tisya selesa di hadapannya.
“Hmmm...”
Tisya pandang Nzakir. Tisya buat quick analysis di sekelilingnya. Rasanya tak kena duduk pulak bila banyak mata tertumpu kepada mereka. Sok sek sok sek crew Sushi King bagaikan penambah rasa. Hailah diorang ni, bergossip nombor satu. Jihan dan Roza pula bertukar sengih. Rasa kerdilnya dia. Orang hensem macam Nzakir ni patut dapat teman yang secocok dan sepadan. Bukan macam dia katik tapi comel.
Nzakir perasan Tisya tidak selesa tetapi dia tetap tenang. Sudah terlalu biasa menjadi perhatian di khalayak ramai. Jadi dia anggap situasi ini akan sentiasa dilaluinya. Cuma dia harap Tisya mampu membuatkan diri sendiri selesa. Dia tidak mampu melarang orang melihat dan membuat penilaian awal. Yang pasti dia mahu Tisya sentiasa selesa selama berada di sisinya.
Mereka tidak banyak bercakap. Masuknya waktu berbuka mereka makan dengan tenang. Banyak yang Nzakir pesan untuk mereka berdua tapi Tisya Cuma sentuh soft shell crab tempura dan  chicken nanban. Sebab 2 jenis masakan itu dimasak sepenuhnya.
“Sushi?” pelawa Nzakir.
Tisya geleng.
“Tak makan. Mentah,” spontan Tisya menunjukkan memek muka tidak suka.
Nzakir sengih.
“Rugi makan di Sushi King tapi tak makan sushi.”
Tisya mencebik.
“Awak yang nak makan sini. Saya tak berapa suka sushi sebab mentah. Tak masak. Tak boleh nak bayangkan apa rasanya bila makan ikan mentah.”
“Try it. Sedap,” gesa Nzakir.
“Tak boleh. Sebab saya tahu tak masak. Kembang tekak membayangkan ia masuk dalam mulut.”
Nzakir ketawa. Dia geleng kepala. Kelakar melihat mimik muka Tisya.
“Abang ingatkan Tisya suka makan sushi sebab tu pilih kerja kat sini.”
“Tak ada kaitan langsung. Sekarang ni siswazah yang baru bergraduan tidak boleh memilih kerja. Mahu kerja di bidang dia belajar je. Sebab confirm sampai bila-bila takkan dapat kerja. Jadi pilihlah kerja yang mana ada untuk dapatkan pengalaman dan sambil-sambil minta kerja yang mereka inginkan.”
“Betul cakap Tisya. Ramai sangat siswazah mengangguk sekarang. Abang bangga dengan Tisya. Tak pilih kerja dan mampu melakukan kerja dengan cekap.”
“Dulu ambil course apa di Universiti?”
“Kimia. Sekarang tengah tunggu jawapan nak sambung masters.”
“Good for you.” Puji Nzakir. Dia bangga Tisya ada matlamat untuk dicapai bukan sekadar berpuashati dengan pencapaian yang dicapainya sekarang.
“Kemudian sambung Phd ke?” soal Nzakir lagi.
“In Shaa Allah..  Jika ada rezeki.”
“Abang akan sentiasa menyokong Tisya sambung belajar sampai habis Phd.”
Tisya berkerut dahi. Apa kena mengena dengan dia pulak?
Tapi serta merta dia teringatkan perbualannya dia dengan abang ngah. Terasa darah menyerbu kapilari wajahnya.
 “Selepas ni abang nak pergi terawih. Tisya nak ikut? Kalau tak nak, abang hantar Tisya balik dulu.”
“Ikutlah. Lagipun sepanjang ramadhan ni tak pernah pergi terawih lagi. Terasa macam rugi sangat.”
“Telekung ada?”
“Tak ada. Tapi boleh guna telekung wakaf di masjid.”
“Nasib baik abang teringat nak bawa telekung arwah mak su tadi masa teringat nak ajak Tisya pergi terawih.” Lebar senyum Nzakir. Lembut hatinya bila melihat Tisya senyum memandangnya. Dia mahu melihat senyuman itu sepanjang hayatnya.
 --------------------------------------------------
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan.
 Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. 
Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. 
Hidup baik-baik. 
Islam itu Indah. 
Membaca jambatan Ilmu.


Selasa, 5 Julai 2016

Abang Hensem, Jihan Part 14

Assalam, Auto Publish..
 Jadi jika ada yang sudi share link, silakan. Sama-sama kita mengikuti kisah Nzakir dan Tisya ni. Komen di alu-alukan... Semoga selamat sampai ke destinasi kepada yang memulakan perjalanan balik kampung hari ini. Tentu tak sabar berada di dalam dakapan keluarga tercinta kan? 
Ada yang tengah sibuk di dapur tu. Selamat memasak!!

Maaf tak sempatkan nak siapkan special Puasa dan Raya untuk Tunggu Awak Datang dan Si Adik manja dengan menantu pilihan abang. 






Psst...
Jihan cuba menarik perhatian Tisya. Tisya angkat kening. Jihan guna isyarat mata menunjukkan ke arah pintu restoran.  Jihan mengalihkan badannya. Jika tadi dia membelakangi pintu sekarang postur tubuhnya mengadap pintu. Matanya terus menangkap Nzakir melangkah masuk dengan gagahnya sambil mengikut Roza menunjukkan tempat duduk.
Teringat perbualan subuh tadi. Jadi betullah Nzakir mahu berbuka puasa bersamanya. Hari ini waktu kerjanya tamat pukul 7 petang. Masih lagi ada 15 minit sebelum pukul 7.
“Abang hensem tu datang lagi. Ingatkan tak boleh cuci mata dah,” bisik Jihan. Dia suka tengok wajah penuh maskulin mamat hensem itu. Mungkin usianya dalam awal 30an.
Tisya pandang dengan hujung mata. Roza sedang melayannya mengambil pesanan.
“Agak-agak kau, dia dah kahwin ke belum?” Bisik Jihan lagi, ingin tahu. Kalaulah ada peluang berkenalan dengan mamat ni, pasti dia takkan lepaskan peluang untuk mendekatinya.
“Belum,” jawab Tisya.
“Mana kau tahu? Kau main agak-agak ek?” soal Jihan sambil kerut kening.
“Aku tahulah sebab aku memang kenal dia. Kawan abang ngah aku.”
Bulat mata Jihan apabila tahu faktanya.
“Biar betul kau?”
Tisya angguk.
“Dia datang sini tu sebab nak berbuka puasa dengan aku,” jelas Tisya lagi.
Melopong Jihan mendengarnya. Dalam masa yang sama Roza mendekati mereka.
“Tisya.. kau kenal ke abang hensem tu?” soal Roza sebaik sahaja merapati mereka berdua.
Tisya angguk.
“Patutlah, dia tanya aku kau habis kerja pukul berapa. Aku jawablah pukul tujuh. Lepas tu dia suruh aku tanya kau nak makan ada,” terang Roza.
“Hmm.. aku ada janji nak buka puasa dengan dia hari ni,” jelas Tisya.
“Meh sini pesanan dia. Biar aku yang uruskan.”
Roza dan Jihan saling berpandangan. Keselambaan Tisya membuatkan mereka semakin ingin mengambil tahu tentang hubungan Tisya dan abang hensem itu.
“Pak we kau ek? Pandai kau simpan ya. Diam-diam ubi. Tahu-tahu dah berisi.” Entah mana Roza belajar peribahasa tu, tak berirama langsung.  Roza sengih.
“Korang ni suka sangat mensensasikan cerita yang tak betul.,” dengus Tisya.
“Aku kenal dia sebab dia kawan abang ngah akulah!” terang Tisya sebelum melangkah meninggalkan mereka berdua.
“Aku rasakan ada udang sebalik mee lah.”
“Aku pun. Lagipun nampak tak wajah Tisya memerah bila kau cakap abang hensem tu pak we dia?”
Roza angguk. Mereka berdua terus berbisik-bisik sambil senyum-senyum. Tak habis-habis nak bergossiplah!
Lantak koranglah!
Tisya jeling Nzakir yang tenang menunggu waktu berbuka sambil membaca sesuatu di I phonenya. Dia tidak menghiraukan keadaan sekeliling. Tapi Tisya yakin dia perasaan yang dirinya menjadi perhatian pelanggan dan juga pekerja sushi king. Siapa boleh tahankan bila ada makhluk hensem dan sempurna di depan mata. Mesti tak dapat tidak, nak jugak jeling-jeling sesekali. Mana tahu ada peluang berkenalan. Tak pun diajak berbuka puasa bersama.
Cuma Tisya sorang yang buat-buat jual mahal. Main tarik tali. Padahal jika orang lain dah berusaha menarik perhatian Nzakir. Bukan Nzakir berusaha menarik perhatian para anak dara ni. Dalam tak sedar Tisya juga turut memerhati Nzakir. Dia teringatkan perbualannya dengan abang ngah selepas subuh tadi.
“Abang ngah risau adik tinggal di apartment tu.”
“Hmmm.”
“Habis tu ini je apartment yang adik kosong hari itu.”
“Cuba cari lagi. Mana tahu ada di notisboard management office.”
“Nantilah adik tengok.”
“Macam mana malam tadi? Nzakir ada buat tak elok?”
“Tak ada. Semua syarat yang adik bagi semua dia ikut. Dia cakap bilik yang dia bagi adik tumpang tu bilik arwah mak su dia. Jadi dalam tu adalah beberapa helai t-shirt dan kain batik arwah. Telekung pun ada.”
“Betul ke kawan abang tu sebatang kara?”
“Betullah. Kasihan dia dik. Adik patut kawan balik dengan dia. Lagipun dia sendiri mengaku yang selama ini dia rindukan adik,” terang abang ngah.
Dengar je perkataan rindu, muka Tisya bersemu merah.
Dia juga kadang kala ada merindu. Tapi kala itu dia tidak tahu dia rindu kat siapa.
“Dia saja nak ambil hati abang ngah. Maklumlah dah 10 tahun baru jumpa.”
“Buat apa dia nak ambil hati abang ngah dengan cakap rindukan adik. Baik dia ambil hati adikkan?” balas abang ngah membuatkan Tisya terdiam.
“Adik jangan nak cakap adik tak rindukan dia pulak. Abang ngah tahu adik pun rindukan dia jugak. Tapi abang ngah buat-buat tak nampak sebab selama ini abang ngah tak boleh buat apa-apa sebab abang ngah lost contract dengan dia. Sekarang ni dia ada depan mata adik. Jadi abang ngah sokong kalau adik nak rapat dengan dia semula. Lagipun dia still single dan available. Dia lulus 100 penilaian sebagai calon adik ipar abang ngah.”
Tisya gigit bibir. Dia malu bila abang ngah bercakap pasal calon-adik-ipar. Pastinya saat ini wajahnya memerah.
“Hello... adik dengar tak?” soal abang ngah bila tidak mendengar suaranya.
“Dengar,” balas Tisya perlahan. Malulah. Abang ngah ni memang jenis yang suka cakap terus terang. Dia suka, dia akan cakap suka. Tak suka, akan cakap tak suka. Takkan ada bahasa kiasan bagi menyatakan pendapatnya.
“Itu kata abang ngah. Mungkin mama dan papa cakap lain.”
Dia terdengar abang ngah ketawa.
“Bila abang ngah cakap ok. Confirm mama dan papa pun cakap ok. Entah-entah bulan depan juga mereka suruh adik kahwin!”
“ABANG NGAH!” jerit Tisya. Sampai bab kahwin abang ngah dah fikirkan untuk dia? Silly.
Ouch..
Pantas Tisya berpaling melihat Jihan yang mencubit lengannya dia sebelah.
“Apsal kau ni? Tiba-tiba cubit aku?” tanya Tisya sambil gosok lengannya. Pedih bukan enak.
“Kau dari tadi tak berkelip tengok abang hensem kau tu. Sampaikan dia senyum-senyum tengok kau.”
Dengar je cerita Jihan, wajah Tisya memerah. Hampeh. Ini abang ngah punya pasallah.
“Baik kau pergi dekat dia. Lagipun dah 7.05 minit. Kau dah boleh punch card. Waktu kerja dah tamat.”
“Aku tahulah!” dengus Tisya.
“Cepat dia sedang tunggu tu!”
Kepohlah Jihan ni. Dia pulak yang beriya-iya.
 ------------------------------------------------------------------

Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. 
Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. 
Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. 
 Hidup baik-baik.
 Islam itu Indah.
 Membaca jambatan Ilmu.

Isnin, 4 Julai 2016

Abang Hensem, Jihan Part 13

Assalam.. Auto publish.
Memang betul syaitan dikurung di dalam neraka sepanjang bulan ramadhan ini. Tetapi syaitan manusia itu sendiri masih terlepas bebas. Jadi inilah medan ujian untuk melawan syaitan di dalam diri kita. Salam Ramadhan.




“Hi Darling.. You nak pergi mana ni?
Terasa tangan dipaut erat. Semerbak bau perfum Dior menusuk hidungnya. Nzakir menoleh ke sebelahnya.
Lana senyum menggoda. Kesempatan ini tidak akan dilepaskan. Dia mahu menghabiskan malamnya bersama dengan Nzakir. Rindunya tidak dapat dibendung lagi.
“Berbuka puasa di Masjid. Kemudian terus terawih. You nak ikut? Jomlah.”
Senyum yang mekar di bibir Lana terus layu.
“Tak ada standardlah you ni berbuka di masjid. Apa kata I belanja you berbuka di Granada hotel,” pancing Lana. Tangan yang merangkul lengan Nzakir dieratkan.
“I nak dapatkan standard tinggi dalam beribadat Lana. Lagipun lebih afdal berbuka puasa di masjid. Kemudian bersolat jemaah. I nak kejar standard tinggi di sisi Allah taala,” jawab Nzakir.
Serta merta pelukan di lengannya terlerai. Dikerling sekilas Lana di sebelah. Wajah masam tanpa senyum. Walaupun berbaju kurung moden, Lana tetap seksi. Tambah pula pakaian yang dipakainya ketat dan jarang. Boleh nampak setiap lekuk badannya. Boleh nampak warna warni di sebalik bajunya.
“You sindir I?”
“I cakap yang betul. Kalau you nak jugak kejar standard tinggi di sisi Allah Taala, jom ikut I pergi buka puasa di masjid.”
“Tak payah. I bukannya nak mati lagi,” dengus Lana. Sakit hatinya.
Nzakir geleng kepala.
“Hidup hanya sekali. Masa muda you pun hanya sekali. Rugi jika you terlepas peluang mengejar standard tinggi di sisi Allah Taala,” sambung Nzakir lagi.
“You kata hidup ni hanya sekali. Muda pun sekali tapi kenapa you berlagak macam orang tua yang nak mati esok lusa. Come onlah darling, we must enjoy this life once.”
“Suit yourself. I already satified with my life.”
Lana mendengus. Payahnya nak cairkan hati beku Nzakir ini. Nzakir tidak pernah melirik tubuhnya dengan penuh nafsu. Dia juga tidak pernah mahu mengambil kesempatan di atas setiap godaannya. Sebab itulah Lana susah hendak melepaskan Nzakir. Lagipun jika Nzakir menjadi miliknya, dialah wanita yang paling bertuah.
“Tak boleh ke you korbankan standard you tu untuk I, malam ni je?” rayu Lana.
“Tak boleh ke you korbankan standard you tu untuk I, malam ni je?” Nzakir ulang balik ayat Lana.
Lana geleng kepala. Never!
“So, we’re same. Tidak akan korbankan standard kita.”
Lana membentak sebelum melangkah meninggalkan Nzakir.
Nzakir senyum sinis sambil geleng kepala. Dia menarik nafas lega. Kalau tak rosak rancangannya malam ini.





 Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. 
Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. 
Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. 
 Hidup baik-baik. Islam itu Indah.
 Membaca jambatan Ilmu.