Novelog 8 : tempat baru

Passt ... silap info last entri. Pahang bukan selangor ya. Tak sempat nak edit lagi.


Aku akhirnya ditinggalkan sendirian di tempat baru. Sebilik 4 orang. Teman sebilik aku datang dari pelbagai negeri. Ilah orang Pahang, Kirah orang Segamat dan Julia orang Kuala Berang, Terengganu. Aku pulak orang Kelantan. Semangat baru dengan kawan-kawan baru. Semoga aku dapat menyesuaikan diri walaupun  dalam hati dah terasa pelbagai perasaan.

Aku lemah bab berkawan ni. Aku tak tahu nak mulakan persahabatan. Dulu, ketika di sekolah orang tegur aku dulu barulah aku jawab. Baru berkawan dengan orang. Jadi di sini aku jadi kekok. Rasa menyesal pulak datang ke sini. Kalaulah Tieya dengan Nozi ada, kan best. Diorang memang mesra alam. Pergi mana-mana pun cepat dapat kawan. Cepat menyesuaikan diri. Tapi aku  ni macam rusa masuk kampung. Terkial-kial, tak tahu nak mula kat mana. 

Minggu ni minggu orientasi. Dari apa yang aku baca  dan dengar minggu orientasi ni minggu suaikenal dan juga minggu senior mempunyai kebebasan untuk mendera junior dengan alasan melatih junior jadi cekal sepanjang belajar di sini. Entah betul entah tidak. 

"Nak panggil kau apa? Hawa tu klasik sangat nama," omel Julia. 

Aku sengih tak berapa nak ikhlas. Hawa tu dah sedap dah nama. 

"Kau panggil aku Julie. Kau aku panggil Eve, baru moden sikit. Ni nama orang kampung,"cemuh Julia. 

"Macamlah kau tu orang bandar sangat. Bukan ke kau asal Kuala Berang ke? Sampuk Kirah. 

Julia geleng kepala.

"Kampung halaman aku kat Sri Hartamas. Mummy aku kahwin dengan bapak tiri aku, orang terengganu. Ada kilang batik kat Kuala Berang tu. Sebab tu aku tinggal kat situ. Itu pun cuti sekolah je," jelas Julia dengan gaya diva kampung gedik gedik.

Ya Allah, aku rasa menyampah sangat. Tak tahulah aku boleh bertahan ke tidak sebilik dengan dia ni. Aku orang kampung je. Tak setaraf dengan anak tiri tauke batik ni. Aku ni orang kasar. Cakap pun kasar tapi tak adalah nak menyindir  orang, apatah lagi nak judge orang.

Kirah diam. Ilah pun macam tak berapa nak masuk campur. Dia buat hal sendiri. 

"Hawa tu dah sedap dah. Biar kampung pun. Itu tetap nama aku. Kau tak suka tak payah panggil aku."