'Sahabat' pena bab 5

"Assalamualaikum..."
"Waalaikumussalam... Hawakan?" Soal Nina.
"Yup.. Hawa di sini. Nasib baik ingat lagi suara aku nih" Seloroh Hawa.
"Eh mestilah ingat.. suara manja-manja kau ni. Satu dalam sejuta... hahahaa"
"Tadi kau call aku ek. Maaf tak dengar."
"Aaah.. Nasib baik kau balas.. ingat nak hantar sms pulak lepas ni"
"Ada Apa?" Soal Hawa sambil melipat telekung yang digunakan.
"Malam esok.. aku ada buat makan-makan sikit.. Nak ajak kau datang rumahlah" Nina terus ke tujuannya.
"Ooo.. Insyaallah.. tak ada masalah. Kau buat kenduri apa?"
"Eh.. bukanlah.. Ajak kau dengan member abang aku je.. Sebab dah lama tak jumpa dengan kau dan kebetulan pula abang aku baru juga terjumpa semula membernya. Jadi aku berpakatlah dengan abang aku nak jamu korang berdua"
"Isyyy seganlah aku."
"Nak segan apanya.. dua-dua kawan kami. mana tau nanti kau boleh kawan dengan dia pula"
"Kawan abang kau lelaki ke?" Soal Hawa ingin tahu.
"A'aah kawan ketika belajar dulu"
"Owh..ishhh seganlah.."
"Nak segan apanya.. bukan kau tak pernah berurusan dengan lelaki kan? Nikan makan-makan je.. borak-borak je.."
"Kau tak faham..."
"Tak faham apanya? Aku bukannya nak buat apa-apapun.. Nak jamu kawan-kawan makan je.. ke kau tak sudi makan masakan aku? Maklumlah aku masak bukannya sedap sangat"
"Huish.. ke situ pulak.. aku tak cakap pun.. Cuma.. yelah.. maklumlah aku ni janda.. nak bersosial rasa tak pandai dah.."
"Hawa... Hawa.. kau ni banyak fikirlah. Aku tak suruh pun kau bersosial.. Juz ajak makan-makan.. dah jemput kau dengan kawan abang aku tu.. dapatlah berkenalan. Itu je... Apa salahnya" Bicara Nina lagi.
"Memang tak salah. Tapi aku rasa macam kau nak kenalkan aku dengan kawan abang kau plak.."
"hahahhaaha... pandai gak kau meneka ek.. tak salahkan... Lagipun kau dah single semula dan bekas laki kau pun dah kawin kan?"
Hawa terdiam. Dia tak terfikir secepat itu memulakan persahabatan dengan lelaki lain. Ketika ini, hatinya memang gundah dan gelisah. Dia mahu mencari ketenangan diri. Menyusuri setiap sudut kehidupannya, mencari di mana kelemahannya yang membuatkan hatinya tidak gembira. Berkenalan dengan seseorang bukan termasuk di dalam misi percutiannya kali ini.
"Aku tidak terfikir berkenalan dengan lelaki lain buat masa sekarang Nina. Aku sedang mencari rentak hidup aku semula. Mahu mengenang dan mencari kelemahan diri. Aku akui aku ni terleka dengan kesibukan duniawi sampaikan terlupa dengan nikmat yang dikurniakan oleh-Nya"
Nina pula terdiam. Tidak pula menyangka itu jawapan yang diterimanya. Niatnya ikhlas mahu menyatukan atau lebih tepat lagi menjalinkan semula perhubungan yang terputus dipertengahan jalan. Lagipun kedua-duanya single dengan status berbeza, namun tidak menjadi halangan padanya.
"Aku tak paksa. Namun aku berharap kau datang malam esok. Makan-makan dan sembang-sembang. Abang aku layan kawan dia dan aku layan kau.. baru kena. Kalau kau tak datang.. aku tak de partner. Tak seronoklah"
Hawa tidak sampai hati. Lagipun setelah lima tahun tidak berjumpa, apa salahnya menerima jemputannya. Hatinya pun rindu juga dengan kenangan dulu-dulu. Saat mereka masih lagi bekerja di bawah satu bumbung. Banyak kenangan manis dikongsi bersama.
"Ok.. ok.. nanti aku datang. Kau smskan alamat rumah kau nanti. Kalau tak aku tak tahu macam mana nak pergi ke sana"
"Ok.. tak ada masalah"
"Kalau macam tu, jumpa malam esok..ok!"
"Ok.. beres.. Assamualaikum..."
Talian diputuskan.
"Macam mana sayang? Kawan awak tu nak datang tak?"Soal Badrul yang setia dari tadi memasang telinga mendengar setiap perbualan isterinya dengan sahabatnya.
Nina tersenyum meleret.
"InsyaAllah.. dia datang. Jap lagi nak smskan alamat rumah kita. Wan macam mana? Jadi tak datang?" Soal Nina pula.
"Siang-siang lagi dah setuju. Dia tu dah tak sabar-sabar hendak berjumpa dengan sahabat penanya" Jelas Badrul. Nina memandang wajah suaminya seolah-olah berfikir, teringat perbualannya sebentar tadi dengan Hawa.
"Abang.. I think malam esok kita buat macam biasa je.. Jangan nampak sangat kita nak regukan mereka berdua sebab Hawa ada cakap tadi dia tidak bersedia lagi menjalin persahabatan dengan mana-mana lelaki buat masa sekarang. Dia nak cari rentak hidupnya dulu"
Badrul berkerut dahi. " Rentak hidup apa pulak? Wan tu dari dulu sukakan dia. mereka bersahabat dah lama. Terputus pun sebab Hawa kahwin"
"Nina tahu.. tapi hati perempuan ni lain. Bukan semudah itu hendak melupakan orang yang pernah berkongsi katil dengannya. Hati perempuan ni halus dan sensitif sangat. Sekali terluka.. mengambil masa yang lama untuk melupakan. Biarpun telah lupa, namun parutnya tetap ada"
Teringat satu kisah ketika mereka masih bekerja bersama dulu. Ada seorang senior eksekutif sukakan Hawa. Setiap hari ada-ada je kad ucapan diletakkan di atas meja Hawa, belum masuk lagi segala jenis hadiah diberikan. Heboh satu pejabat tentang senior eksekutif itu sukakan Hawa. Tapi Hawa sedikit pun tak pandang, apatah lagi menyambut huluran cinta itu. Setianya tetap pada Sabri yang kononnya lelaki paling macho pernah dikenalinya. Layanan yang diterima jauh bezanya, Sabri melayan Hawa ala kadar sahaja manakala senior eksekutif itu pula sanggup lakukan apa sahaja untuk kesenangan Hawa. Namun Hawa menolaknya mentah-mentah. Sikit pun tidak dipertimbangkan.
Badrul terdiam mendengar apa yang dikatakan oleh isterinya. Baginya.. sikap lelaki ini ringkas je. Satu pergi.. dua lagi datang. Tak perlu berlama-lama melayan kesedihan diri. Bukannya dapat mengembalikan orang yang telah angkat kaki pergi.
"Nantilah abang pesan kat Wan tu supaya slow-slow dekati Hawa..."
"Bukan boleh kira mamat tu.. Cinta pandang pertama.. kot-kot haru diluahkan terus malam esok. Maunya pengsan terus Hawa dibuatnya"

"Tau tak pe.. tapi Nina tak kisah Hawa pengsan ke tak! Takut nama Wan diblacklistkan terus.. tu yang Nina kisahkan"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan