Berikan Aku Peluang Mencintaimu

Selamat pagi....
Hari ni lewat sikit masuk kerja....

Ni nak habaq sikit... Berikan Aku Peluang Mencintaimu, ingat tak novel saya ni? Dulu-dulu 4 atau 5 tahun dulu... Manuskrip ni saya dah bagi kat penerbit... Kalau...Iya Kalau ada rezeki dan lepas penilaian... boleh peluh novel ni... Kalau tak ada, kena cuba lagi dan lagi....think positive, be positive... Kan.. kan.. Rezeki itu datang dari ALLAH TAALA.




Sneak peak


 “Aku terima nikahnya Riya Adriana binti Mohamad Ramli dengan maskahwinnya seribu ringgit, tunaiiiii....”
Dengan sekali lafaz Riya kini menjadi milik Zamri. Lama dia menunggu gadis itu. Senyum menguntum di hatinya. Akhirnya cinta pandang pertama ketika di universiti kini menjadi miliknya. Akan diberi kasih sayang dan cintanya pada gadis ini. Akan dibahagiakan dirinya selagi nyawa dikandung badan.

Saat hatinya berkata cinta, dia tidak putus-putus berdoa agar ditemukan jodoh dengan isterinya kini. Di saat dia mula pasrah jodohnya bukan dengan dia, tiba-tiba dia muncul di hadapannya. Rupa-rupanya mereka tidak pernah jauh. Tetapi Allah s.w.t mempunyai perancangannya sendiri, mungkin mahu menduga hatinya agar pasrah dengan cinta pertamanya. Di saat dia mula melupakan, rupanya itulah saat-saat terindah di dalam hidupnya, bilamana gadis itu menjadi tunangannya. Aturan yang cukup cantik di dalam perjalanan hidupnya. Kini dia boleh tersenyum lebar dan bahagia. Cinta pandang pertamanya, telah menjadi hak miliknya sepenuhnya.