Alhamdulillah Hari ni dah Khamis, Esok jumaat. Lusa Sabtu. Malam Sabtu nanti saya akan memulakan perjalanan balik kampung ke utara, kampung Incik Suami. Menyimpan rindu pula kat kampung halaman di Kelantan.
Tisya canggung.
Nzakir tenang bawa kereta. Sesekali matanya melirik Tisya di sebelah.
“Senyap je.
Tisya tak ada apa-apa nak tanya abang?” Soal Nzakir memecahkan suasana sepi
itu.
Tisya tidak
jawab. Sebaliknya dia angkat bahu. Dia pun speechless.
Fakta yang tersembunyi diketahui hari ini. Gembira? Suka? Entah dia pun tidak
tahu apa yang dia rasa. Yang pastinya berduaan dalam kereta kali ini terasa
sangat kekoknya.
“Kenapa abang
hilang tiba-tiba. Abang dah kahwin ke belum. Abang ada teringatkan Tisya tak?”
Nzakir tolong usulkan soalan bagi pihak Tisya. Bibirnya tarik sengih. Tisya di
sebelahnya sekarang bukan Tisya kanak-kanak ribena yang banyak cakap dulu. Dia
dah berubah jadi pendiam.
“Awak tanya,
awak sendirilah jawab,” balas Tisya. Dia memang tak minat nak beramah mesra
dengan Nzakir sekarang. Sebab dia sedang keliru dengan hati sendiri.
Dia juga masih
bengang dengan abang ngah. Janji capati sungguh! Tengahari tadi cakap lain, nak
balik tadi cakap lain. Kalau tahu begini lebih baik dia berbuka sorang-sorang
dalam biliknya.
“Adik balik
dengan Nzakirlah. Lagipun korang tinggal satu apartment. Trust me. Abang ngah percaya Nzakir boleh jaga adik lebih baik dari
abang ngah.”
Dan apa kena mengena hantar dia balik dengan
fakta Nzakir-boleh-jaga-adik-lebih-baik-dari-abang-ngah? Tisya jeling abang
ngah tajam. Jika jelingan boleh mencederakan orang macam cerita naruto tu,
sudah pasti abang ngah dah cedera parah.
“Kalau sayang
sangat duit minyak abang ngah tu, adik sanggup bagilah.”
Abang ngah
geleng kepala. Bengang kot dengan sikap
dia yang tiba-tiba juga keras kepala. Ikut perangai siapalah keras kepala
sangat ni. Kepala batu.
“Apa masalah
adik ni kalau balik bersama dengan Nzakir? Jimat masa dan tenaga. Lagipun adik patut
ambil kesempatan ini bertanya khabar dia. Adikkan rapat dengan dia dulu. Adik
jugak cakap dia abang long leg adik
yang paling adik sayang.”
Tisya melipat
tangan di dada. Bercakap dengan abang ngah sekarang ni macam bercakap dengan
Lailatul, si kenit abang ngah tu. Susah nak faham cakap. Orang cakap lain dia
cakap lain.
“Yang abang ngah
cakap tu dah lepas 10 tahun dulu. Zaman dah berubah. Manusia lagilah cepat
berubah. Buat apa adik nak tanya dan ambil tahu kisah dia. Ada dia amik tahu
kisah adik? Lagipun adik bukan adik kecil abang ngah lagi. Faham tak!.”
“Dulu adik
sayang dia kan?”
Tisya mendengus.
“Abang ngah ni
tak habis-habis dengan cerita dulu-dulu. Kita bercakap pasal sekaranglah. Adik
tak selesa dengan dia. Adik tak kenal dia. Please
abang ngah.. hantar adik balik,” separuh merayu dah Tisya ni.
“Adik balik
dengan Nzakir. Abang ngah penat. Tak nak balik dengan dia, balik sendiri,” tegas
abang ngah.
Dan dia terus
membentak meninggalkan abang ngah.
“Tisya dah
sombong dengan abang,” suara Nzakir membuatkan dia kembali ke alam nyata.
“Saya tak kenal
dengan awak. Orang yang saya kenal 10 tahun dulu dah lama tinggal kenangan,”
jawab Tisya.
Nzakir menjeling
Tisya dengan ekor mata. Tisya pandang depan, sesekali dia pandang ke luar
tingkap.
“10 tahun dah
berlalu, hmmm. Tisya yang abang kenal dulu comel dan suka bertanya. Tisya hari
ini beku dan kaku. Nak dengar suara pun susah.” Itu kenyataannya.
“Sebab zaman dah
berubah. Awak jangan ingat manusia ni
tak berubah. “
“Tak. Abang tak
berubah. Tetap ingat Tisya sesekali.”
Tisya diam. Dia
tak ingin komen. Sebab dia juga sesekali ter rindukan abang kawan sebilik abang
ngah yang rajin melayannya.
“Nak singgah
mana-mana tak?”
“Tak. Saya nak
balik. Esok kerja masuk pagi.”
“Esok abang pun
kerja. Tapi abang banyak lagi nak cakap dengan Tisya ni.”
Tisya cebik.
Mereka bercakap ke atau dia sorang yang bercakap dari tadi?
“Awak tinggallah
saya dekat bus stand. Nanti saya
balik sendiri,” putus Tisya.
Nzakir terkejut.
Dingin betul suara Tisya.
“Tisya marah
abang?”
Tisya geleng.
“Saya tak kenal
awak. Mama pernah pesan jika tak kenal dengan orang jangan banyak cakap.
Lebih-lebih lagi lelaki macam awak.”
“Tapi Tisya kan
dah kenal abang lama dulu.”
“Awak faham tak
dulu dan sekarang banyak beza. SANGAT BERBEZA!” Tisya tension.
Tak habis-habis
pasal cerita dulu-dulu. Cerita yang dia dah campak dalam longkang!
Nzakir terdiam. Dia
terus melarikan keretanya menuju ke apartment mereka.
Pesan Puan Penulis
Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan.
Jadi bacalah perkara yang bermanfaat.
Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama.
Hidup baik-baik.
Islam itu Indah.
Membaca jambatan Ilmu.