Abang Hensem, Jihan Part 3



“Weh sudah-sudahlah tu pandang budak tu.”

“Dia nak buat kerja pun tak senang. Baik kau makan.” Sergah Faizal.

Nzakir sengih.

Dia suka tengok budak tu. Entah apa nama. Tak sempat nak tanya.

“Comel,” pujian keluar dari mulut Nzakir.

“Aku tahu. Tak kalau serumah dengan Lana mungkin perangainya tak comel.”

Nzakir menjeling. Tak komen. Tapi dia rasa budak ni baik. Tengoklah cara dia melayan pelanggan. Senyumannya pun ikhlas bukan dibuat-buat. Dia juga mesra dengan kawan-kawan sekerjanya.

“Lana apa cerita? Meleser lagi dengan kau?” soal Faizal ingin tahu.

Lana baginya terlalu daring buat Nzakir.

“Dia masih kejar kau lagi ke?” soal Faizal lagi setelah soalan pertama tidak terjawab.

“WhatApps dan telefon biasa. Kadang kala aku angkat jika tak sibuk.”

“Kau layan lagi dia?”

“Kau dah terjatuh suka dengan keseksaannya ke?” Faizal jungkit kening. Sambil sengih dia terbayangkan tubuh seksi Lana, berseluar jeans pendek menutup punggung dan bersinglet putih transpent membaluti tubuh seksi yang tinggi lampai itu. Rasanya itulah pakaian rasminya untuk berjalan. Ataupun mini dress tanpa lengan atas paha. Selalu berusaha cari jalan mendekati Nzakir.

“Aku kasihan jari-jari dia dipaksa kerja lebih masa tu. Bila aku jawab terhenti laa dalam 2,3 hari.”

“Kau balik malam lagi ke?”

Nzakir angguk. Antara sebab dia selalu balik malam kerana ingin mengelak daripada berjumpa Lana. Walaupun agak mustahil kerana apartment mereka saling bertentangan.

Mata Nzakir terus setia mengekori  gerakan lincah jiran barunya melakukan kerja. Sudah biasa buat kerja rumah, Nzakir senyum sendiri.

Tapi kenapa dia rasa macam dia kenal dengan gadis itu. Seolah-olah mereka dah lama kenal. Tapi puas dia cuba ingat bila dia kenal sebelum bertemu beberapa malam yang lepas. Dia tahu ada. Cuma dia tidak ingat. Seakan gadis tersebut memegang kunci memorinya.

“Esok puasa. Lepas ni kita terus ke masjidlah.”

“Erk.. Aku penatlah. Esok malamlah,” dalih kawannya.

Nzakir geleng kepala. Harapkan badan je sado, tapi bab solat tak sado pun.

“Kau ni,  Ramadan setahun sekali datang, awal-awal lagi nak penat?”

“Semalam pukul 4 pagi bro aku tidur siapkan drawing yang Mr Eng nak tu.”

“Lepas tu kau tidur sampai terlepas Zuhur. Kalau aku tak call, maunya lepas maghrib baru kau bangun,” sindir Nzakir.

Faizal tersengih-sengih sambil menggaru kepalanya. Terkena dia. Walaupun Nzakir ni lelaki moden, tapi bab-bab solat memang dia jaga betul. Itulah Faizal respect sangat. Berkawan dengan Nzakir sedikit demi sedikit sikapnya turut berubah.

“Sebenarnya aku ada dating dengan Raina malam ni, nak tengok wayang,” jelas Faizal.

Nzakir geleng kepala. Orang berebut-rebut pergi masjid berterawih, dia pulak berebut tengok wayang.

“Kau janji pukul berapa nak jumpa dia?”

Faizal tengok jam dipergelangan tangan kirinya.

“Dalam setengah jam lagi.”

“Ok. Aku blah dululah. Jumpa di pejabat esok.” Nzakir bingkas berdiri dan menuju ke kaunter bayaran. Kebetulan Tisya berada di sini.

“Bil. Meja 17. “

“RM45.50 encik.”

“Terima kasih. Datang lagi.”

“Awak ada di sini. Tiap-tiap hari saya datang,” bisik Nzakir. Dikenyit mata sebelum melangkah keluar. 


Jihan dan Roza sengih-sengih. Tisya pula berubah mimik muka. Tak sangka mamat hensem jiran depan pintu boleh bagi ayat itu. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan