Abang Hensem, Jihan Part 4



 Morning...
Morning..
Abang Nzakir datang awal hari ni...
Happy reading...


Labu betisnya tegang. Hari minggu memang sibuk dari biasa. Ditambah pula esok puasa. Bertambah panjang orang beratur menunggu giliran menikmati sushi. Walaupun begitu, sakit kakinya tidak dihiraukan. Dia melangkah pantas menuju ke perhentian bas. Malam ini dia mahu ambil teksi sahaja. Tak larat nak menunggu bas.

Namun, dua langkah lagi nak sampai di perhentian bas, kakinya terhenti apabila dia ternampak mamat hensem Jihan tadi. Buat apa dia di sini. Tunggu bas jugak ke? Atau tunggu orang.

Sebaik kakinya terhenti di perhentian bas, mamat hensem Jihan menoleh dan tersenyum memandangnya.

“Sampai pun. Jom,” ajaknya.

Jihan berkerut dahi. Dia tidak berganjak. Dipandang kiri dan kanannya. Tak ada orang. Hanya dia sahaja. Namun di hadapannya orang masih lagi ramai menunggu bas.

Nzakir memandang wajah penat Tisya. Nzakir tarik sengih. Dia tahu gadis itu pasti hairan.

“Jom balik. Kebetulan saya lalu di sini tadi. Lepas tu teringat awak cakap awak balik pukul 10 malam. Jadi alang-alang lalu, saya tunggulah. Lagipun dah lewat malam ni,” jelas Nzakir.

“Tapi..”

“Anggap je pertolongan daripada jiran awak,” sambung Nzakir.

Tisya pandang wajah jirannya. Hatinya berbelah bagi. Ada juga rasa takut namun ada juga rasa nak terima je pelawaan itu. Lagipun tempat tujunya pun sama.

“Saya tak makan orang. Saya bukan orang jahat. Saya baru balik terawih ni. Bulan baik ni takkanlah saya nak buat jahat.”

“Orang jahat takkan mengaku dirinya jahat,” getus Tisya perlahan.

Nzakir tawa kecil. Dia tahu Tisya cuak bila dia tiba-tiba muncul dan ajak balik.

“Awak boleh call kawan awak atau sesiapa sahaja cakap awak balik dengan saya. Ambil gambar saya dan WhatApps kat mereka. Saya boleh bagi nombor telefon saya sekali, jika itu yang membuatkan awak rasa selamat balik dengan saya,” cadang Nzakir.

Nzakir perasan mereka menjadi perhatian beberapa pasang mata di situ. Nzakir pandang gadis itu yang masih lagi berkira-kira mengikutnya.

“Saya tunggu dalam kereta, sana,” tunjuk Nzakir.

Tisya pandang Nzakir melangkah ke keretanya. Dia menarik nafas dan akhirnya diturutkan juga langkah Nzakir ke kereta.

‘Jika dia hilang, orang ramai di sini boleh jadi saksi nanti,’ bisik hatinya.

Nzakir mengulum senyum. Dihidupkan enjin kereta dan menunggu Tisya masuk ke dalam keretanya.

“Penat?” soal Nzakir setelah beberapa minit kereta bergerak.

Tisya angguk.  Dia ralit melihat skrin Samsungnya. berWhatApps dengan Jihan.

-Weh masin mulut kau!

+Apasal?

‘- Mamat hensem kau tu tunggu aku.

+ Haha.. Maksud kau? Jiran kau yang hensem tu?

‘-Iya mek. Kau punya pasallah ni!

+ Kan aku dah cakap, tak salah apa yang aku nampak tadi.
+ Untung kau driver hensem datang amik.
  
“Awak nama apa?”

“Hah?”

“Awak belum bagitahu saya, nama awak. Saya Nzakir.”

Ooh..

Sebenarnya Tisya terlupa nama mamat hensem Jihan ni walaupun petang tadi dia dah bagitahu.

“Tisya.”

“Saya macam kenal awak. Tapi lupa di mana saya pernah jumpa awak.”

“Kan encik jumpa saya malam tu.”

“Bukan... sebelum tu saya rasa saya pernah kenallah dengan awak.”

Tisya diam. Dia cuba juga cari di celah-celah memorinya tentang mamat ni. Tapi sikit pun dia tak jumpa. Tak ingat langsung.

Tisya angkat bahu. Memori  tentang mamat disebelahnya ini tidak ada pun dalam kotak memorinya.

“Selalu balik malam?”

“Boleh kata setiap hari. Paling awal 7 malam.”

Nzakir angguk.

“Sebelum ni tinggal kat mana?”

“Bukit Indah jugak, rumah abang. Tapi bulan lepas dia dah pindah ke Pasir Gudang.”

“Kenapa tak ikut abang ?”

“Jauh nak berulang alik kerja. Lagipun tak nak mengusahkan dia.”

“Bahaya balik malam-malam ni.”

“Saya ada Allah Taala sebagai pelindung. Jadi sentiasa ingat dan minta pertolongan daripadanya.”

Nzakir jeling Tisya dengan ekor mata. Hatinya sejuk mendengar kata-kata tersebut. Dia tak salah menilai.

“Betul cakap awak. Kita ada Allah. Tapi persediaan melindungi diri sendiri juga perlu. Kalau Allah nak duga macam mana?”

“Sikit-sikit ilmu mempertahankan diri ayah dah turunkan.  In Shaa Allah.. saya boleh melindungi diri sendiri.”

“Kalau saya tak outstation nanti saya jemput awak balik malam-malam,” ujar Nzakir.

Mereka tiba di depan pintu apartment mereka.

Tisya geleng kepala. Dia tidak mahu menyusahkan sesiapa. Lagipun mereka baru kenal. Rasa macam tak kena pulak.

“Tak payahlah encik Nzakir...”

“Abang Nzakir.. rasanya saya tua banyak dari awak,” potong Nzakir.

Diamati wajah Tisya yang mula merona merah. Walaupun nampak penat dan letih, wajah Tisya manis di matanya.

“Yela.. abang Nzakir. Terima kasih banyak-banyak sebab tumpangkan saya malam ni. Tapi selepas ni tak payahlah tumpangkan saya lagi. Saya boleh balik sendiri. Lagipun teksi dan bas banyak. Thanks but no thanks,”

“Selamat malam,” Tisya cepat-cepat masuk ke dalam apartmentnya.

Nzakir tidak sempat membalas apabila dia melihat Tisya cepat-cepat menutup pintu. Bibirnya tersenyum nipis. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan