Ikan percik simple tapi sedap!

Assalam... Selamat pagi semua..

Hari ni nak kongsi resepi ikan percik yang saya masak untuk berbuka puasa dalam minggu lepas. Walaupun tak sesedap ikan percik yang dimasak oleh ibu saya, namun sedap jugak rasanya, hehehe.. Simple dan senang jer,





Bahan-bahan

2 ekor ikan kembung dilumur garam kunyit dan dibakar

2 cawan santan (guna santan asli bukan santan kotak ya)
2 batang serai diketuk

Bahan untuk dikisar 

1 biji bawang merah besar
5 ulas bawang putih
1 sudu besar cili giling (nak pedas boleh tambah lagi)
1 inci halia
Sedikit kunyit
Garam dan gula secukup rasa

Cara masak

Panaskan santan ke dalam kuali, masukkan bahan - bahan yang dikisar tadi. Gunakan api kecil. Sentiasa kacau agar santan tidak berketul-ketul. Masukkan serai yang diketuk. Garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga pekat. Kemudian boleh masukkan ikan yang telah dibakar tadi..

Siap untuk dihidangkan dan dimakan. 

Selamat mencuba!!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan