Abang Hensem, Jihan Part 2






Pssst... 

Jihan menyiku lengan Tisya. Tisya angkat wajah memandang Jihan sambil mengerutkan keningnya  seolah-olah bertanya. Jihan kerling meja nombor 14 disebelah kanan mereka.

Tisya ikut melihat dengan hujung mata.

“Mamat hensem,” bisik Jihan sambil berlalu membawa gelas kotor.

Tisya angkat bahu. Mamat hensem ke tak hensem ke bukannya pandang pekerja macam mereka ni. Hanya pelayan di restoran makanan segera. Mesti mereka ada standard tersendiri, bisik hati kecil Tisya.

 Dia tidak ambil peduli. Diteruskan kerjanya mengelap meja yang baru sahaja ditinggalkan oleh pelanggan. Bekerja sebagai pelayan ni kena cekap melakukan kerja. Tambah pula Sushi King ni pelanggan tidak putus –putus sebaik sahaja tanda Open di pintu restoran di terbalikkan. Selesai mengelap, Tisya terus membawa pinggan kotor ke dapur. Bibirnya sentiasa tersenyum walaupun matanya tidak fokus kepada orang yang  dilemparkan senyuman. Senyuman itu penting sebagai pelaris restoran. Jika pelayan bermuka ketat, sekali je pelanggan datang makan, selepas itu dia akan berkira-kira untuk datang kembali.

Mata Nzakir mengekori setiap gerak langkah pelayan genit itu. Dia kelihatan lincah melakukan kerja. Sentiasa senyum seolah-olah gembira dengan pekerjaannya.

“Kau kenal ke budak tu?” Soal Faizal.

“Jiran aku.” Jawab Nzakir ringkas.

“Boleh tahan jugak. Apa namanya?”

Nzakir angkat bahu.

“Tak sempat aku nak beramah. Sekali je aku terjumpa dia,” jelas Nzakir.

“Rakan serumah Lana tu,” jelas Nzakir.

Faizal merenung Nzakir.

“Nampak macam budak baik, bertudung. Takkanla stock Lana jugak?”

“Entah. Aku rasa mungkin rakan serumah je kot. Bukan kawan Lana.”

“Kalau kawan Lana, merosakkan imej gadis bertudung,” kritik Faizal.

“One Green Tea and One Mint Tea. Selamat menjamu selera encik.”


Nzakir memandang Tisya dan tersenyum.

“Lama dah kerja sini?”

Tisya berkerut dahi. Ramah pulak mamat hensem Jihan ni.

“Baru 2 bulan encik.”

“Owh. Selalu balik malam ke?”

Tisya memilih untuk tidak menjawab. Dia senyum sahaja. Dia tak kenal dengan mamat ni. Jadi tak perlu rasanya berkongsi pukul berapa dia balik.

“Awak tak ingat saya?”

Tisya geleng. Dia memang susah nak ingat muka orang sebab dia jarang sangat lihat muka orang apabila bercakap. Sebaliknya hanya memandang sekilas dan matanya akan beralih melihat benda. Lebih-lebih lagi lelaki. Tak naklah dikatakan menggedik pulak.

“Saya jiran depan pintu. Ingat malam tu?” jelas Nzakir.

Tisya diam seketika. Cuba menggali memori beberapa malam lepas. Terjumpa!

“Owh. Maaf Encik. Saya tak berapa cam wajah Encik.”

“Nzakir.. Abang Nzakir.”

“Ehemm...” Faizal sembunyikan senyum. Nampak Nzakir terminat budak ni.

“Ok Encik Nzakir. Selamat menjamu selera.”

“Balik pukul berapa malam ni?” Nzakir mengulang lagi soalan yang tak terjawab tadi.

“Pukul 10 malam.” Nak tak nak Tisya jawab juga. Tak naklah pula dia dikatakan sombong. Lagipun ini jiran depan rumah. Jihan di depannya dah senyum-senyum. Beberapa rakan-rakannya yang lain pun curi-curi pandang Tisya sambil bisik-bisik. Bergossiplah tu. Tak ada kerja lain budak-budak Sushi King ni. Lepas tu menyakat orang nombor satu.

“Balik dengan apa?”

“Jemput makan.”

Tisya terus angkat kaki. Rasanya tak perlulah dia jawab soalan berupa interview tu. Dia pun tak adalah ramah sangat nak bercakap-cakap dengan pelanggan ni. Lebih cepat pelanggan keluar lebih baik.

“Lama kau kat meja 14 tu. Kau kenal ker mamat hensem tu?”

“Eh dia pandang kau lagilah,” bisik Jihan.

Tangan mereka berdua liga meletakkan pesanan ke dalam dulang untuk dihantar kepada pelanggan.

“Jiran depan rumah.”

“Kalau dia tak tegur. Aku tak cam pun.”

“Aku rasa dia minat dengan kaulah.”

Tisya mencebik. Orang ramah sikit dah cakap minat. Perasan.

“Kau ni, dah namanya jiran, mesti nak tegur sapakan. Nanti orang cakap sombong pulak. Lagipun aku tak cam dia tu tadi. Bila dia tegur baru aku ingat sikit-sikit muka dia tu.”

“Eh selalu ke dia tegur kau? Prihatin benar jiran kau ni,” Jihan masih lagi dalam mood menyibuk nak ambil tahu semua benda.

“Ni kali kedua aku terjumpa dia. Aku tak ingat pun dia ni,” jawab Tisya. Dia menghela nafas. Rimas dengan soalan bertalu-talu Jihan.

Jihan sengih. Tahu sangat Tisya tak suka dengan sikapnya yang suka menyibuk. Tapi nak buat macam manakan,itu kan sikap semulajadinya.

“Aku dapat rasakan, dia tu suka kau.”

Whatever  Jihan. Kau ni memang kepoh. Orang tu tegur sebab jiran. Kau pulak buat cerita. Macamlah kau boleh tilik hati orang ni.”

Jihan sengih.

“Aku tahulah. Mimik muka dan jelingan matanya pun aku dah tahu dia sukakan kau, Tisya.”

Confirm malam ni dia tunggu kau balik,” ujar Jihan sebelum berlalu menghantar pesanan pelanggan.

Tisya memandang belakang Jihan.

“Auntie pun setuju dengan Jihan tu, Tisya,” sampuk Auntie Kamala di sebelahnya.

Tisya geleng kepala. Bekerja di sini, macam-macam gossip ada. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan