Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2016

Terbaru Ebook, Raya Datang lagi.

Imej
Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua...  Maafkan tak update dalam seminggu ni. Sibuk dengan tugasan lain..  Tapi pagi ni saya nak sampaikan berita gembira, patut minggu lepas lagi dah update tapi kita bagi ruang kepada penulis lain dan team Love Novel up promosi dulu. Ini dia projek di bawah Love Novel Publishing bersama dengan rakan-rakan penulis.  Ebook Raya ada 3 Volume , Jom kita Intai penulis-penulis dlm setiap volume :-  PENULIS E-BOOK RAYA DATANG LAGI VOL 1 🌻 LYNN SAFIYA  🌻 SHADHIA 🌻 ARSYA AISYA 🌻 ACIK ZAZA 🌻 LUVIS EIJA PENULIS E-BOOK RAYA DATANG LAGI VOL 2 🍁 YUMI HYRA 🍁 SHIMA AWANG πŸ‘ˆ saya (tajuk Ramadan Tiba)  🍁 ISMEANA NUR 🍁 FATIN NABILA 🍁 AEIN DHIYAUDDIN PENULIS E-BOOK RAYA DATANG LAGI VOL 3 🌺 MIA AZWARI 🌺 SUHAILA RASHID 🌺 ARSYA AISYA 🌺 WANI HUSNA 🌺 FAZILA ADAM 🌺 EYRA SHAZLEYRA Medium penghantaran ? mcm biasa la , uolss boleh pilih antara 2 medium ini  πŸ‘‰Email  πŸ‘‰Whatapps Tak nak beli kombo pun boleh.. Setiap satu berharga RM19 (harga promo sehingga 30 J

Abang Hensem Jihan, Part 16 (akhir)

Imej
Assalam.. Auto Publish.. Mood raya ON.  Dalam dingin subuh hatiku terusik Kenang nasib diri di rantauan Bergema takbir raya menitis air mata Terbayang suasana permai desa Rindu hati ini inginku kembali Pada ayah bonda dan saudara Tetapi aku harus mencari rezeki Membela nasib kita bersama (korus) Hanya ku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas Dari jauh kupohonkan ampun maaf Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama Meraikan aidil fitri yang mulia Restu ayah bonda kuharap selalu Hingga aku pulang kepadamu (ulang korus) Restu ayah bonda kuharap selalu Demi anakmu yang kini jauh Lagu raya, dari jauh kupohon maaf tidak habis-habis bergema di dalam AEON ini. Bikin hatinya meronta mahu pulang. Terasa lambat masa berlalu. Walaupun dia berpakaian raya hari ini, namun mood meraikan aidilfitri ke laut. Saat ini doanya dia mahu shift kerjanya cepat habis dan bergegas ke lapangan terbang untuk pulang ke kampung. Pagi  tadi, Tisy

Abang Hensem Jihan Part 15

Imej
Assalam, Auto publish Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf jika ada tersilap aksara, terkasar coretan, terguris hati apabila membaca di sini. Maaf Zahir Batin. Esok Part Akhir ya! Tisya mengambil tempat di hadapan Nzakir. Nzakir tersenyum mengalukan kedatangan Tisya. “Terima kasih sudi temankan abang hari ini,” ucap Nzakir setelah melihat Tisya selesa di hadapannya. “Hmmm...” Tisya pandang Nzakir. Tisya buat quick analysis di sekelilingnya. Rasanya tak kena duduk pulak bila banyak mata tertumpu kepada mereka. Sok sek sok sek crew Sushi King bagaikan penambah rasa. Hailah diorang ni, bergossip nombor satu. Jihan dan Roza pula bertukar sengih. Rasa kerdilnya dia. Orang hensem macam Nzakir ni patut dapat teman yang secocok dan sepadan. Bukan macam dia katik tapi comel. Nzakir perasan Tisya tidak selesa tetapi dia tetap tenang. Sudah terlalu biasa menjadi perhatian di khalayak ramai. Jadi dia anggap situasi ini akan sentiasa dilaluinya. Cuma dia harap Tisya mampu membuatk

Abang Hensem, Jihan Part 14

Imej
Assalam, Auto Publish..  Jadi jika ada yang sudi share link, silakan. Sama-sama kita mengikuti kisah Nzakir dan Tisya ni. Komen di alu-alukan... Semoga selamat sampai ke destinasi kepada yang memulakan perjalanan balik kampung hari ini. Tentu tak sabar berada di dalam dakapan keluarga tercinta kan?  Ada yang tengah sibuk di dapur tu. Selamat memasak!! Maaf tak sempatkan nak siapkan special Puasa dan Raya untuk Tunggu Awak Datang dan Si Adik manja dengan menantu pilihan abang.  Psst... Jihan cuba menarik perhatian Tisya. Tisya angkat kening. Jihan guna isyarat mata menunjukkan ke arah pintu restoran.  Jihan mengalihkan badannya. Jika tadi dia membelakangi pintu sekarang postur tubuhnya mengadap pintu. Matanya terus menangkap Nzakir melangkah masuk dengan gagahnya sambil mengikut Roza menunjukkan tempat duduk. Teringat perbualan subuh tadi. Jadi betullah Nzakir mahu berbuka puasa bersamanya. Hari ini waktu kerjanya tamat pukul 7 petang. Masih lagi ada 15 minit se

Abang Hensem, Jihan Part 13

Imej
Assalam.. Auto publish. Memang betul syaitan dikurung di dalam neraka sepanjang bulan ramadhan ini. Tetapi syaitan manusia itu sendiri masih terlepas bebas. Jadi inilah medan ujian untuk melawan syaitan di dalam diri kita. Salam Ramadhan. “Hi Darling.. You nak pergi mana ni? Terasa tangan dipaut erat. Semerbak bau perfum Dior menusuk hidungnya. Nzakir menoleh ke sebelahnya. Lana senyum menggoda. Kesempatan ini tidak akan dilepaskan. Dia mahu menghabiskan malamnya bersama dengan Nzakir. Rindunya tidak dapat dibendung lagi. “Berbuka puasa di Masjid. Kemudian terus terawih. You nak ikut? Jomlah.” Senyum yang mekar di bibir Lana terus layu. “Tak ada standardlah you ni berbuka di masjid. Apa kata I belanja you berbuka di Granada hotel,” pancing Lana. Tangan yang merangkul lengan Nzakir dieratkan. “I nak dapatkan standard tinggi dalam beribadat Lana. Lagipun lebih afdal berbuka puasa di masjid. Kemudian bersolat jemaah. I nak kejar standard tinggi di sisi Allah taal

Abang Hensem, Jihan Part 12

Imej
Assalam.. mulai hari ni, saya buat auto post. jadi entri ini adalah auto post. Saya sudah mula bercuti. Dah sampai kampung kot. Jadi di kampung tak ada tenet nak online. Ada pun menggunakan data mobile sahaja. Jadi selamat membaca. Yang akan memulakan perjalanan balik kampung tu, berhati-hati di jalan raya. Semoga selamat sampai ke pangkuan keluarga tercinta. “Hello Tajul.. Assalamualaikum.” “Aku nak minta izin.” “Izin? Kenapa?” “Aku kasihan tengok Tisya. Housemate dia buat parti malam ni.  Jadi dia segan nak masuk apartment dia tu.” “Habis tu dia dekat mana sekarang?” “Tepi kolam. Dia kata nak tunggu sampai parti tu habis. Tapi aku tahu sangat kalau parti yang housemate dia buat sampai ke pagi. Tak sampai hati aku nak biarkan dia dekat sini sampai ke pagi.” “Jadi?” “Kalau kau izinkan, aku nak Tisya ke rumah aku.” “Gila kau bro. Kena tangkap khalwatkan, maruah keluarga aku tu.” Nzakir tarik nafas. “Di sini aku boleh jamin takkan ada pegawai MAIJ data

Abang Hensem, Jihan Part 11

Imej
Assalam.. Mohon pada semua pembaca blog kecil saya ini hadiahkan Al-Fatihah untuk Tok Ayah saya yang telah meninggal dunia pagi semalam 26 Ramadhan 1437 hijrah bersamaan 1 Julai 2016. Semoga allahyarham ditempatkan di kalangan hamba-Nya yang soleh.  “Kenapa duduk sini?” Tisya diam. “Dah lewat malam ni, tak elok berembun,” ujar Nzakir. Tisya diam. Dia sikit pun tidak melihat Nzakir. Dia mendongak ke atas. Tidak nampak unit apartmentnya tapi dia boleh agak unit apartment yang didiami oleh Nzakir. “Tisya..” panggil Nzakir sambil mengeluh. Sikap dingin Tisya menyakitkan hatinya. “Abang minta maaf kalau abang ada buat salah. Abang rindukan Tisya yang abang kenal dulu.” Tisya mendengus. Zaman dulu takkan kembali. “Awak tak ada salah pun dengan saya. Kenapa nak minta maaf? Lagipun itu dulu. Zaman dulu yang tidak akan kembali walau setinggi mana harapan awak pun.” “Ok!” “Tapi dengan syarat terima abang kembali dalam hidup Tisya. “ Tisya mengeluh lagi. Dig

Abang Hensem, Jihan Part 10

Imej
“Kau ni memang tak faham bahasa ke? Nzakir tu aku punya!” jerkah Lana sebaik sahaja Tisya membuka pintu apartment. Terangkat bahu Tisya mendengar suara memetir Lana. Ditarik nafas dan cuba menenangkan hatinya. Dia meletakkan sandal yang dipakai di atas rak kasut. “Assalamualaikum...” salam perlahan diberikan. Christine senyum sekilas pandang Tisya. Di sebelahnya ada seorang lelaki cina. Mungkin teman lelakinya. Lana pun bercekak pinggang merenung tajam Tisya. “Weh pekak! Aku bercakap dengan kau nih.” “Dengar!” “Tapi aku tak ada benda nak cakap dengan kau. Nak jelas pun tak ada sebab pun. Baik kau jumpa sendiri dengan Nzakir tu,” balas Tisya tegas. Dia tidak takut dengan Lana. Baginya gadis ni otaknya tak bersambung dengan baik. Tanpa usul periksa serang orang tak memasal.  Tisya mahu ke biliknya. Tak guna melayan Lana pun. Lana ketap bibir. Tangannya ringan nak tumbuk muka i nnocent Tisya itu. “Hi Tisya, pergi mana tadi?” Soal Christine lembut. “ Dating ?” us