Assalam.. Mohon pada semua pembaca blog kecil saya ini hadiahkan Al-Fatihah untuk Tok Ayah saya yang telah meninggal dunia pagi semalam 26 Ramadhan 1437 hijrah bersamaan 1 Julai 2016. Semoga allahyarham ditempatkan di kalangan hamba-Nya yang soleh.
“Kenapa duduk sini?”
Tisya diam.
“Dah lewat malam ni, tak elok berembun,”
ujar Nzakir.
Tisya diam. Dia sikit pun tidak melihat
Nzakir. Dia mendongak ke atas. Tidak nampak unit apartmentnya tapi dia boleh
agak unit apartment yang didiami oleh Nzakir.
“Tisya..” panggil Nzakir sambil
mengeluh.
Sikap dingin Tisya menyakitkan hatinya.
“Abang minta maaf kalau abang ada buat
salah. Abang rindukan Tisya yang abang kenal dulu.”
Tisya mendengus. Zaman dulu takkan
kembali.
“Awak tak ada salah pun dengan saya.
Kenapa nak minta maaf? Lagipun itu dulu. Zaman dulu yang tidak akan kembali
walau setinggi mana harapan awak pun.”
“Ok!”
“Tapi dengan syarat terima abang kembali
dalam hidup Tisya. “
Tisya mengeluh lagi. Digaru kepalanya
yang dibaluti shawl hitam. Mamat hensem Jihan ni tak faham bahasa ke?
“Kita? Tak pernah ada ikatan pun. Kita
kenal sebab abang ngah. Jadi saya tak faham dengan syarat tak masuk akal awak
tu,” jawab Tisya keras.
“My
mistake! Abang nak kita berkawan. Abang nak jadi kawan Tisya. Boleh?”
Nzakir mengalah. Berbalas kata tidak akan sampai ke niat hatinya.
“Bukan ke kita dah kenal. Jadi dah kawan
kan? Nak kawan macam mana lagi?”
Nzakir sengih. Dia garu kepala. Betul
jugak.
“Jom naik. Dah lewat sangat ni. Abang
tahu Tisya pasti letih.”
“Awak naiklah dulu. Saya nak ambil angin
kat sini lagi.”
“Abang temankan,” putus Nzakir lalu
mengambil tempat di sebelah Tisya.
Tisya tidak selesa. Dia tahu ada mata
akan memerhatikan mereka. Dia tidak mahu menjadi sebab ada gossip hangat di
sekitar apartment ini. Biarpun dia tahu sikap penghuni apartment ini
menghormati privacy masing-masing.
Tisya mengeluh lagi. Dia mendongak ke langit. Bulan penuh. Hari ini sudah 15
ramadhan. Tinggal 15 hari lagi umat islam akan menyambut aidilfitri. Hatinya sayu. Tahun ini buat pertama kalinya
dia tidak akan bersama keluarganya menyambut lebaran. Dia terpaksa kerja. Cuti
yang dipohon tidak diluluskan.
Semalam dia dah beritahu mama. Biarpun
mama cakap tak apa, tapi dia tahu mama mesti sedih. Sudahlah dia yang bongsu.
Terpaksa bekerja di hari raya.
“Raya cuti berapa hari?” soal Nzakir
memecahkan kebisuan mereka.
“Tak cuti pun. Kena kerja,” jawab Tisya.
Sedih. Siapa tak sedih bila kena kerja
di hari raya. Tahun ini giliran kak long, aban ngah, kak lang dan kak
chik sekeluarga beraya di rumah mama. Peluang berkumpul bersama tidak pernah
dia lepaskan. Tapi tahun ini dia terpaksa melupakannya.
“Tak cuti. Kerja. Lepas raya baru cuti.”
“Abang tak ada keluarga. Tak ada kampung
juga. Jadi abang boleh temankan Tisya raya nanti,” beritahu Nzakir tanpa
ditanya. Mama dan papanya telah meninggal 5 tahun lepas. Dia pula ada tunggal.
Lagipun telah lama dia tidak menyambut hari raya di tanahair sendiri. Jadi dia
tidak tahu nak buat apa ketika hari raya selain berziarah pusara kedua ibu
bapanya.
“Takkan tak ada kampung?”
“Kampung abang di Kuala Lumpur. Rumah
arwah mama dan papa ada di sana tapi abang sewakan,” jelas Nzakir.
Tisya pandang Nzakir sekilas.
Kasihannya, detik hati Tisya. Rupanya ada orang lain lagi lebih malang dari
dia. Sudahlah tak ada keluarga.
“Saudara mara awak? Tok nenek?”
“Abang tak kenal tok dan nenek abang
sebab mereka sudah meninggal sebelum abang lahir. Saudara mara sebelah papa abang
tinggal di Australia. Adik mama abang baru meninggal tahun lepas sebab cancer.
Dia tak kahwin.”
Nzakir termenung jauh. Betapa dia miskin
saudara mara. Sebatang kara di tanah air sendiri. Nzakir menarik nafas. Pilu
hatinya tapi itulah realiti hidupnya.
Tisya diam. Namun matanya berkaca.
Mendengar cerita Nzakir pun dia boleh rasa betapa Nzakir kesunyian. Hidup
sendiri tanpa kasih sayang ahli keluarga. Dia pula kaya dengan kasih sayang
keluarga sehinggakan dia lupa bersyukur.
“Sebab itu bila jumpa Tajul kembali
abang gembira sangat. Tisya pula depan mata abang. Seolah-olah abang dapat ahli
keluarga baru. Abang dah tak sendirian lagi,” akui Nzakir.
“Mari naik. Lama sangat dah kita kat
bawah ni,” ajak Nzakir sekian kalinya.
Tisya mengeluh.
“Naiklah dulu. Christine adakan parti
dengan kawan-kawan dia. Saya tak kenal, jadi rasa segan pula nak masuk. Nanti
habis parti tu saya naik.”
“Pukul 2 pagi baru habis parti tu...
takkanlah Tisya nak duduk sini sampai 2 pagi?”
Tisya angkat bahu. Apa pilihan yang dia
ada?
Nzakir pandang wajah letih Tisya. Belas
hatinya. Dia bangun dan menjauhkan diri dari Tisya sekejap. Didail nombor
Tajul. Dia tidak sampai hati membiarkan Tisya menunggu di sini. Selesai
bercakap dia menghampiri Tisya. Dalam masa yang sama telefon Tisya berbunyi.
“Hello, Assalamualaikum abang ngah.”
“Ada dengan adiklah.”
“Nanti kena tangkap khalwat macam mana?”
“Tak apa adik boleh tunggu kat bawah
ni.”
“Yela.. yela... macam mak nenek!”
Tisya matikan talian. Dia pandang Nzakir
dan berdiri.
“Awak telefon abang ngah tadi? Cakap kat
dia?”
Nzakir angguk.
“Abang tak sampai hati biarkan Tisya
tunggu di sini.”
Pesan Puan Penulis
Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan.
Jadi bacalah perkara yang bermanfaat.
Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama.
Hidup baik-baik.
Islam itu Indah.
Membaca jambatan Ilmu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan