Assalam.. Auto Publish.. Mood raya ON.
Dalam dingin subuh hatiku
terusik
Kenang nasib diri di rantauan
Bergema takbir raya menitis air mata
Terbayang suasana permai desa
Rindu
hati ini inginku kembali
Pada ayah bonda dan saudara
Tetapi aku harus mencari rezeki
Membela nasib kita bersama
(korus)
Hanya ku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas
Dari jauh kupohonkan ampun maaf
Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama
Meraikan aidil fitri yang mulia
Restu ayah bonda kuharap
selalu
Hingga aku pulang kepadamu
(ulang korus)
Restu ayah bonda kuharap
selalu
Demi anakmu yang kini jauh
Lagu raya, dari jauh kupohon maaf tidak habis-habis bergema di
dalam AEON ini. Bikin hatinya meronta mahu pulang. Terasa lambat masa berlalu.
Walaupun dia berpakaian raya hari ini, namun mood meraikan aidilfitri ke laut.
Saat ini doanya dia mahu shift kerjanya cepat habis dan bergegas ke lapangan
terbang untuk pulang ke kampung.
Pagi
tadi, Tisya telah buat drama air mata dengan
mama dan papa. Sepanjang hidupnya inilah kali pertama dia tidak meraikan hari
raya bersama keluarganya. Bertambah sedih mendengar suara mama. Ingin rasanya
dia terbang jika dia ada sayap. Mahu peluk cium mama dan papa, makan ketupat
dan biskut raya sebelum terbang ke sini lagi. Tapi angan tetaplah angan.
Bila
baca di dalam group WhatApps My love Keluarganya, dia jadi sakit hati. Abang
ngah, Kak lang dan Kak Chik tak habis-habis muatturun gambar mereka beraya di
kampung. Sejak semalam, abang ngah muatturun gambar kak long dan kak ngah
membantu mama membuat ketupat palas. Kak Chik pula muat turun gambar dia sedang
membuat kek dengan kak Lang. Kemudian abang ngah muatturun lagi gambar papa dan
abang long pasang langsir. Video anak-anak saudaranya bermain bunga api di
halaman rumah yang diterangi lampu warna warni dan pelita buluh.
Hatinya
meroyan. Geram dan stress. Sampai hati mereka mengusiknya dengan kegembiraan
mereka. Tahu tak hatinya retak seribu. Sampai hati mereka bergembira walaupun
tanpa kehadirannya.
“Sudah-sudahlah
melayan sendu Tisya. Tu ada customer nak order. Baik kau sibukkan diri buat
kerja,” Jihan tepuk bahunya. Dia faham apa yang dirasa oleh Tisya. Semasa kali
pertama dia kena kerja pada hari raya pun begitu jugak. Asyik melayan lagu raya
je. Kemudian tanpa sedar air mata tumpah. Yela orang lain bersuka ria, dia kena
kerja.
Dari
jauh Nzakir melihat Tisya tekun melakukan kerjanya. Selepas bersolat sunat hari
raya dan menziarahi pusara umi, abi dan mak sunya, dia bergegas ke sini. Ada
rindu di hati perlu dileraikan. Cukuplah dari jauh dia melihat Tisya. Petang
karang barulah dia akan betul-betul muncul di hadapan Tisya sebelum mereka
menuju ke lapangan terbang.
Sejak
mereka berbuka puasa bersama, mereka semakin mesra. Tisya sudah dapat menerima
kehadirannya. Setiap hari dia akan menjemput Tisya pulang jika dia tidak perlu
out station. Ada juga Tisya menumpang apartmentnya dan mereka bersahur bersama.
Itu pun di dalam pengetahuan Tajul. Dia tidak akan sesekali menyakiti Tisya.
Juga tidak akan sesekali melakukan perkara yang mencemarkan hubungan mereka.
Dia mahu Tisya menjadi miliknya yang halal dulu.
Nzakir
tidak mahu menangguhkannya lagi. Lagipun umurnya telah 34 tahun. Sudah terlebih
matang untuk melalui alam percintaan yang panjang. Lagipun hati dan jiwanya
mahukan Tisya. Diluahkan pada Tajul tentang isi hatinya.
“Aku
nak melamar Tisya jadi isteri aku. Agak-agak mama dan papa kau terima tak aku
jadi menantu mereka?” soal Nzakir gusar. Jarak usia yang agak jauh membuatkan
dia ragu-ragu. Adakah dia terlalu tua untuk Tisya?
“Aku
rasa kau patut cakap sendiri dengan mama dan papa aku. Dapatkan restu dari
mereka.”
“Tapi
boleh ke aku yang jumpa mama dan papa kau tanpa orang tua. Tanpa orang tengah.”
“Mama
dan papa aku bukannya pegang sangat pada adat. Lagipun dia tahu kau anak yatim.
Saudara mara pulak tu jauh. Jadi bila kau jumpa mereka sendiri, aku rasa mereka
akan terima dengan tangan terbuka. Mereka dah kenal kau. Aku pun dah cerita
dekat mereka,” jelas Tajul.
Nzakir
angguk. Hatinya lega. Proses mengenal bakal mertua dan menantu telah pun
dilaluinya. Dia mendapat restu sepenuhnya. Malah permintaannya pula diterima
tanpa banyak soal. Jadi sekarang dia perlu melamar Tisya pulak. Meyakinkan
Tisya tentang cintanya. Tentang jodoh mereka.
Petang
itu, Nzakir seperti biasa menunggu Tisya habis kerja. Kemudian mereka akan
bergegas ke lapangan terbang untuk pulang ke kampung halaman Tisya. Yang Tisya
tidak tahu, Nzakir akan ikutnya pulang. Bukan hanya menghantarnya saja.
“Assalamualaikum..”
pintu kereta di buka. Tisya hulur senyum sebelum memakai tali pinggang
keselamatan.
“Waalaikumussalam,
sayang. Selamat Hari Raya.”
Kereta
mula bergerak.
“Selamat
Hari Raya juga untuk abang. Tisya pohon maaf zahir dan batin di atas sikap
Tisya yang tak berapa elok selama kita kenal. Kata-kata Tisya yang tak enak di
dengar dan menyakiti hati abang..” panjang permohonan maaf Tisya.
Nzakir
senyum dan angguk. Dipandang Tisya sekilas. Manis berbaju kurung walaupun keletihan.
“Abang
maafkan. Abang pun minta maaf juga dengan sikap abang yang selalu kacau Tisya.
Buat Tisya marah.”
Tisya
senyum. Wajahnya bersemu merah. Dia meramas tangannya sendiri. Suara Nzakir
terdengar romantis di halwa telinganya.
“Tisya
sayang, tolong buka dashboard tu. Abang ada hadiah untuk Tisya.” Perkataan sayang
semakin sebati dengan lidah Nzakir.
Tisya
akur. Dibuka dashboard dan tangannya mengambil sebuah kotak baldu berwarna
merah. Hatinya berdebar. Dia dapat mengagak tapi dia tidak mahu membuat
anggapan melulu.
“Bukaklah,”
suruh Nzakir.
Perlahan
Tisya membukanya. Sebentuk cincin platinium bertatahkan sebutir berlian berada
di dalamnya. Tisya pandang Nzakir. Matanya berkaca.
“
Abang cintakan Tisya. Pertemuan semula kita membuatkan abang yakin, kita telah
ditakdirkan bersama. Jadi, Nur Latisya Ilyana binti Tajuddin, sudikah menjadi
kekasih halal abang. Pendamping abang di dunia dan di syurga nanti. Menjadi isteri Muhamad Nzakir bin
Nazir?”
Tisya
tidak jangka dia akan dilamar di dalam kereta. Di dalam perjalanan menuju ke
lapangan terbang. Dikuis air mata yang membasahi pipinya. Dia cuba menenangkan
diri sendiri. Agak lama melihat keluar tingkap. Hatinya kembali tenang. Tisya
pandang cincin di tangannya. Diambil cincin dari bekasnya dan disarungkan ke
jari manisnya. Muat dan cantik terletak. Walaupun ringkas tapi mewah.
Nzakir
senyum. Ditahan hatinya daripada meraih jari Tisya yang dihiasi cincin
lamarannya.
Alhamdulillah.
Ramadhan kali ini amat bermakna buat dirinya. Terima kasih Syawal dengan
anugerah terindah ini. Dia tidak akan sendiri lagi.
Tisya
ukirkan senyum paling manis. Jika sepuluh tahun ini teddy bear pemberian Nzakir
menjadi temannya, akan datang Nzakir sendiri akan menjadi penemannya.
Terima
kasih Ramadhan kerana menemuikan aku dengan abang long legku dulu. Terima kasih
Syawal, lamaran ini amat bermakna bagiku. Menamatkan penantianku selama ini.
Tamat..
P/s : agak-agak korang puashati ke tak dengan endingnya? Ada tak puas hati boleh komen di sini. Ada nakkan epilog jugak boleh komen. Agak-agak kalau saya nak dapatkan 50 share di FB atau pun goole plus boleh tak?
Siapa nak epilog cukupkan 50 share dulu.. Like di FB sampai 100 ke.. In Shaa Allah balik cuti nanti saya epilog khas untuk semua.
Pesan Puan Penulis
Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan.
Jadi bacalah perkara yang bermanfaat.
Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama.
Hidup baik-baik.
Islam itu Indah.
Membaca jambatan Ilmu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan