Novelog bab 9 : I Miss You

bab 9 I miss you
Hawa sedang termenung.. merindui dia, kawan-kawan dan keluarganya.


Aku mula membiasakan diri dengan tempat baru. Namun hati aku mula rindukan kampung. Aku rindu dengan suara riuh adik-adik aku bergaduh. Aku rindu suara mak aku membebel bila aku bangun lewat. Aku rindu dengan rindu denga mulut kecoh Tieya dan Nozi pagi-pagi. Lebih-lebih lagi Double A. Aku rindu nak tengok senyum senget dia pagi-pagi. Cukup memberikan aku tenaga untuk belajar. Terasa menyesal pulak tinggalkan mereka dan datang ke tempat asing ini.

Julia tarik lengan aku.

Aku pandang dia blur.. Apasal dia ni.

Walaupun aku tak suka dengan sikap gedik dia tapi dalam bilik aku tu dialah yang aku rasa ikhlas sikit. Dia tak kisah aku pinjam seterika. Dia tak kisah berkongsi makanan dengan aku. Julia jugalah yang selalu tunggu aku dan kami sama-sama berjalan menuju ke dewan tempat berkumpul sepanjang minggu orientasi ini. Berbanding Ilah dan Kirah yang sombong sikit. Sebab mereka dari MRSM dan kebanyakan pelajar baru di sini adalah pelajar lepasan MRSM. Lainlah aku dan Julia ni, dari sekolah harian biasa.

“Apa dia?”

Cuba kau tengok sebelah kanan kau, hensemlah abang J hari ini. Warna pakaian kami sedondong,” bisik Julia.

Aku cebik. Julia ni tak habis-habis dengan abang J.

Katanya dia telah jatuh cinta pandang pertama dengan abang J. Tak berkelip tengok abang J berucap ketika menyampaikan taklimat dan tentatif program minggu orientasi.

“Perasanlah kau. Nama kau pun dia tak tahu Julie,” ejekku. Aku dah mula selesa dengan Julia. Aku tahu Julia tak ambil hati pun.

Julia ni jenis orang yang ambil mudah semua benda. Katanya buat apa yang fikirkan benda  serius. Patutnya ketika ini kita enjoy dengan student life kita. Tak payah nak fikir bendak yang tak patut kita fikir.

Dan aku rasa betul sangat apa yang dia kata tu. Aku ni pulak jenis ambil serius dengan semua benda. Aku nak semua berlaku seperti yang aku rancang. Sehingga aku tak sedar, sebagai manusia biasa, setiap perancangan itu ada kelemahannya. Tak semua apa yang dirancang akan jadi kenyataan.

Dalam melayan angan-angan sampai jugak kami di Kolej Mara. Asrama Nong Chik dan tempat kuliah jauh sikit. Ketika minggu orientasi ni wajib jalan kaki ramai-ramai. Bila dah habis orientasi boleh naik basikal. Sakit juga labu betis masa mula-mula kena jalan. Dahlah kena jalan cepat-cepat. Lambat sikit kena tengking dengan abang dan kakak AJK minggu orientasi.  Senior satu semester je. Mereka ni pelajar perintis program matrikulasi ni. Kebanyakan mereka adalah best student SBP dan MRSM. Jadi berlagak sikit. Maklumlah intake kami ni semuanya adalah yang tercicir ke program ASASI dan juga Diploma. Nasib mereka dah terjamin. Ada yang tunggu masa nak fly je.

“malam ni dah last. Tak sabar aku nak mula kuliah. Minta-minta kita dalam kuliah yang sama. Tutor pun sama. Senang sikitkan,” bebel Julia. Aku angguk je.

Tak nak berangan lebih. Takut kecewa pun lebih jugak. Ketika ini aku jadi rindu Double A. Dia pandai sangat baca aku. Tengok aku termenung sikit pun dia dah boleh agak aku tengah fikir pasal apa. Tak tahu ilmu apa yang dia pakai.

Seolah-olah dia boleh scan minda aku. Setiap nasihat dia macam kena dengan aku. Tapi sayang dia tak ada dekat dengan aku sekarang. Dia jauh beratus batu di kampung halaman.

“Habis minggu orientasi, jangan lupa telefon saya. Saya nak tahu apa yang awak lalui. Walaupun saya jauh tapi hati saya tetap dengan awak.” Itu pesanan terakhirnya ketika kami berjumpa sebelum aku naik bas ke sini.

Aku angguk sahaja. Segan nak balas. Walaupun hati berbunga harum.

Aku tinggal dia jauh di kampung. Tapi aku tahu dalam sikit masa lagi dia akan datang. Cewah macam ia-ia je aku. Tapi aku harap sangat.... 

Sebaik sahaja habis ucapan pengetua kolej, semua pelajar berteraburan. Ada yang terus menerpa ke papan kenyataan dan ada yang duduk berkelompok berbual-bual. Aku malas nak bergerak. 

Tunggulah reda sikit baru pergi tengok nama dekat papan kenyataan itu. Esok ahad. Bolehlah buat persediaan untuk kuliah hari isnin nanti.

Julia hilang entah ke mana. Mungkin cari peluang mendekati abang J dia kot.

Ehemmm....

Aku berpaling dan mendongak sedikit. Dia senyum senget kat aku. Serta merta jantung aku terjaga dan bekerja kuat mengepam darah. Wajahku pula terasa panas.

“Boleh saya duduk?” Suara garau romantiknya menegur.

Aku angguk. Nak bersuara tak terkeluar. Mamat AJK sukan minggu orientasi ni pernah aku usha dari jauh beberapa kali. Sebab muka ada iras Double A. Namapun hampir sama Amru Amin. Double A juga.

“Saya Amin. Awak?”

“Hawa.”

Hanya itu sahaja yang keluar dari mulut kami berdua. Dia bawakan aku sepinggan bihun dan kek. Kami makan dalam senyap. Sehingggalah Julia datang.

“Terima kasih temankan saya makan,” ucapnya sebelum berlalu.

Aku pulak tak hilang kosa kata lagi.

Eh bukan ke patutnya aku yang ucap terima kasih sebab temankan aku ke?

Kening aku berkerut-kerut sambil pandang wajah Julia yang senyum mengusik.

“Amboi Eve.. bukan main lagi kau ya. Pantang aku tinggal kejap dah ada orang teman.”

Aku cebik bibir.


Kejap laa sangat..    


Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan