Lara hati seorang perempuan

Assalamualaikum semua...
Selamat pagi. Alhamdulillah berjumpa jumaat barakah sekali lagi...
Saya nak kongsi berkongsian sedikit rasa oleh sahabat saya, @Ratenah Ratna dalam FB,

Emosi seorang perempuan seperti lautan tenang. Nampak tenang dan hanya kocakan kecil permukaan. Tapi percayalah di dalamnya penuh sarat dengan pelbagai emosi yang berselerak. Bercelaru sehingga kadangkala dia hilang arah tuju. Arus deras, kadang kala menenggelamkannya sehingga ia tidak mampu lagi berlakon tenang. Dia kelelahan dan kelemasan.


Pengalaman saya sendiri, Dulu, saya pernah rasa kehilangan. bukan sekali tapi berkali-kali keguguran. Emosi ketika itu memang tak stabil. Saya boleh senyum, ketawa tapi jiwa sememangnya sensitif. Jadi banyak saya elakkan jumpa orang, duduk sendirian dan kadang kala bercakap sendirian. Bila harapan yang disandarkan tinggi menggunung tiba-tiba hilang dalam sekelip mata, boleh jadi giler rasanya. Masa tu saya memang tak nak dengar orang nasihat, rasa serabut. Rasa macam orang takkan faham apa yang kita rasa. Diorang memberi nasihat sebaliknya saya rasa mereka menyindir. Bagus sangat ke mereka tu. Saya jadi benci. Itu ketika fikiran saya tak berapa nak waras, hehehe.  Tapi alhamdulillah saya dapat atasinya. 

Yang saya perlukan ketika itu adalah teman dan pelukan dari suami. Cukup ada dia yang memahami. Itu sahaja ubatnya. 

Emosi wanita ketika baru keguguran dan melahirkan anak ni amatlah sensitif. Masa tu memang rasanya bukan kita, not ourself. Lupa keadaan sekeliling. Lebih-lebih lagi ibu yang melahirkan anak. Mereka perlukan perhatian dan pertolongan yang lebih dari orang terdekat. Sebab itulah peranan suami amatlah penting.  
.
Banyak sebenarnya contah yang ada. seperti ibu kelar anak. Kes ibu campak bayi dari rumah flat tingkat atas. Kes meroyan. Kes isteri lari dari rumah. Bahkan di zaman rasullullah pun ada Kes ummul mukminin cemburu hingga pecahkan mangkuk di depan Rasulullah. 
.
Kes emosi seorang wanita. 
.
Saya mohon, masyarakat - khususnya suami dan keluarga terdekat jangan pandang remeh bila seorang wanita kelihatan sudah mula beremosi. 
.
Bantu dia. Ratibkan zikir dan doa di dalam hati kita. Peluk. Pujuk. 
.
Wanita ketika sedang penat atau tidak sihat sangat mudah beremosi. Wanita yang sedang emosi sangat perlukan perhatian. Jangan ditinggalkan. Kalau dia mahu luah perasaan, biar dia luahkan. Dengar saja. Jangan bantah apa-apa. 
.
Wanita ketika sedang beremosi hanya perlu melepaskan apa yang terbuku di dadanya. Dia ingin keluarkan rasa sesak yang mengganggu. Ketika ini, otaknya tepu. Jiwanya beku! 
.
Maka jangan masukkan apa-apa lagi. Ini bukanlah masa yang tepat untuk memberikan nasihat, apatah lagi untuk berdebat. 
.
Waktu seorang wanita sedang diamuk perasaan, syaitan berkerumun di sekelilingnya. Waktu ini, setinggi mana pun ilmunya, mungkin terbang entah ke mana. Sekukuh mana pun imannya, mungkin dia akan tewas juga. 
.
Jadi jangan marah seorang wanita ketika dia sedang marah. Bantu dia melepasi saat sukarnya. Jangan umpan lagi kemarahannya hingga dia buat kesilapan yang akhirnya dia sendiri sesali. Tenangkan saja seorang wanita yang sedang dirasuk emosi. Peluk. Pujuk. 
.
Nanti bila dia sudah tenang, bila fikirannya sudah kembali rasional, bila apa yang tersumbat di dadanya sudah keluar, sudah lega, nasihatilah dia. Insya-Allah ketika ini, nasihat kita masuk macam air. Cair dan mengalir. 
.
Seorang wanita itu dianugerahi Allah sifat yang sangat teliti. Kerana teliti, dia boleh menguruskan banyak hal-hal rumahtangga secara terperinci. Namun kerana teliti juga, adakalanya dia menyusahkan diri sendiri. Hal-hal yang kecil bagi seorang lelaki mungkin dianggap besar baginya. 
.
Tegurlah jika dia tersalah. Tapi tegurlah pada masa yang betul.
.
Sungguh sifat seorang wanita dan lelaki tidak sama. Kemampuan mengawal emosi juga tidak sama. Maka cubalah fahami perbezaan ini. Insya-Allah, banyak masalah dan musibah dapat dijauhi. 
.
"Wanita itu dijadikan dari tulang yang bengkok. Kalau dibengkokkan, semakin bengkok. Kalau diluruskan, ia patah. Kalau dibiarkan, ia terus bengkok. Maka nasihatinya dengan kata-kata yang baik."
Ini Rasulullah yang pesan.
Saya cuma sampaikan. Pesanan yang sudah cukup menggambarkan betapa tidak mudahnya mengendalikan emosi seorang wanita. Justeru, berhikmahlah.

Lelaki, jangan cuma mahu terima seorang wanita dalam keadaan cantik manisnya saja. Belajarlah juga menerima dia ketika ribut melanda jiwa rapuhnya.
.
Terima orang lain seadanya seperti mana dia juga menerima kita seadanya kita. Insya-Allah, mudah melentur bahagia.

#wanitamanusiabiasa#
#tksihwahailelakiygmemahami#

Tiada ulasan:

Catat Ulasan