Khamis, 30 November 2017

Cinta Bawah Sedar Bahagian 10 tamat

Zaid Al-Haris.
Seminggu Za pergi dengan membawa Atia dan Hasif. Aku menjadi perindu sepi. Skrin telefon pintar kutenung kosong. Tidak ada sebarang whatapps daripada Za tapi Mak Cah selalu berhubung dengan mak untuk memberitahu tentang Atia dan Hasif. Jadi aku tak risau sangat tentang mereka.  Nafas ku hela perlahan. Jemariku kaku di kekunci laptop. Sebaris ayat tak mampu aku karang sedangkan deadline semakin menghampiri. Patutnya dengan ketiadaan Atia dan Hasif masa kugunakan menyiapkan manuskrip yang tertangguh. Namun mengingati si dia, mindaku gagal berfungsi. Lamaranku masih lagi bertanda soal.
“Doa dan tawakal Zaid. Jika betul kali ini jodoh kau dengan Za, in shaa allah lambat laun, dia akan jadi isteri Zaid juga,” nasihat mak.
“Bukan senang dia nak buat keputusan setelah tahu cerita yang sebenar. Bagi dia masa,” ayah pula bersuara.
“Jika mak kamu tak bersikap terburu-buru dan pentingkan diri sendiri dulu, tak jadi lagu ni. Tapi tak boleh salahkan mak kau juga, jika jodoh kau ketika itu dengan Aisyah. Sekarang ni jangan nak tekan Za tu sangat. Biar dia tenangkan fikiran dia dulu. Ada jodoh, adalah,” ayah pula bersuara.
“Kalau dia dah jadi isteri saya, tahulah saya ubatinya,” keluhku.
“Itu kalau. Kau kena ingat kau tu duda anak empat. Anak dara ni fikir sepuluh kali nak terima ke tak kau ni, jadi ibu segera bukan senang. Tambah pula dapat anak segera macam Husna tu. Tak ada masalah cari masalah,” dalam menasihati, ayah juga menyinisku.
Aku lupa, duda anak empat tentu susah orang nak terima. Tapi itu orang lain. Za yang aku kenal dulu dan sekarang, hatinya lembut. Hati sentiasa penuh kasih sayang. Sanggup berkorban tentang hati sendiri demi kebahagiaan orang lain. Namun seketika aku mengeluh. Menyelinap fikiran negatif di dalam kepalaku. Mungkin kali ini pun bukan jodohnya. Za tak mungkin pilih dia, duda anak empat yang dalam tak sedar telah mengecewakan hati.
“Along tak nak mak baru. Kalau baba nak kahwin juga, hantar along balik rumah tok abah dan tok nek!” jerit Husna apabila dia mendengar perbincangan aku dengan mak ayah.
“Jangan jadi anak derhaka Husna,” marah mak.
“Along tak kira! Baba tak boleh kahwin lain!”
Dummm... pintu bilik dihempas kuat.
Itu satu lagi masalah. Ralit termenung di depan laptop, ada tangan kecil menggoncang pahaku. Aku tunduk, angah. Menguap nak tidur.
“Nak tidur?” tanyaku.
Angah angguk. Aku bangun, tubuh angah aku dukung menuju ke katil.
“Baba...”
“Ya.”
“Asif dan Atia bila nak balik? Angah rindu. Nak mama jugak!” bening mata Angah. Penuh rindu.
Allahu.. Aku tak terkata. Saat ini hatiku sangat berharap agar Za ada di sini.
“Tidurlah. Nanti baba telefon mama bawa balik Atia dan Asif cepat.” Aku menepuk perlahan sambil berzikir.
Dinihari, tatkala aku hampir terlena, telefon pintarku berbunyi. Dalam mengantuk aku capai juga telefonku. Aplikasi whatapps dibuka
+I choose you. And I'll choose you over and over and over. Without pause, without a doubt, in a heartbeat. I'll keep choosing you.
“Masya Allah.. Alhamdulillah..” Aku terus terbangun. Ungkapan itu aku baca berkali-kali. Ingin memahami betul-betul. Adakah ini jawapannya. Aku ambil masa beberapa saat sebelum membalasnya.
-Terima kasih Za. Terima kasih kerana menerima abang. Abang janji akan bahagiakan Za dan anak-anak. Terima kasih kerana memberi peluang kepada abang menjadi suami Za. Abang sayangkan Za.
Terus aku tekan butang hantar. Tanpa lengah aku masuk ke bilik air, mahu berwuduk dan membuat sujud syukur. Kemudiannya solat sunat dua rakaat. Doaku agar jodoh ini akan berkekalan sehingga ke syurga-Nya.
Tamat versi cerpen. Terima kasih kerana membaca.

Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Rabu, 29 November 2017

Cinta Bawah Sedar Bahagian 9

Zahirah
“Kali ini abang akan tunggu Za. Ambillah masa selama mana yang Za nak. Di akhirnya abang hanya mahu jawapan Za sudi jadi isteri abang.”
Aku diam. Dia pula sambung makan nasi goreng.
Hatiku?
 Teruja? Tidak!
Sedih? Tidak!
Lega? Ya.. Sebabnya? Sikit pun tak terlintas di hatiku, yang bergumpal di dalamnya  diluahkan dan dileraikan. Ghairahnya telah lama menghilang. Mendengar penjelasan dari dia, aku merasa kerdil sangat. Siapa aku untuk mengharapkan yang indah-indah terjadi. Sedangkan sebagai hamba-Nya, setiap yang dirancang belum tentu jadi seperti yang diharapkan. Jadi kali ini aku benar-benar berserah pada-Nya. Jika betul inilah kalinya aku ketemu jodoh, aku terima. Jika bukan aku akan siapkan hati ini supaya terus kebal dan redha.
“Mama...”
“Mama...”
Suara Hasif dan Atia saling bertingkah memanggilku. Terdengar bunyi tapak kaki kecil berlari sambil ketawa terkekek-kekek menuju ke dapur. Indahnya dunia anak-anak. Suara tawa riang mereka pengubat hati orang tua. Indahnya jika mereka menjadi hak aku secara ekslusif. Macam rapat dan mesra tapi jauh. Masih ada garis yang memisahkan. Aku sedar hakikat ini. anak-anak ini bukan darah dagingku. Sayang yang tumbuh mungkin juga akan layu suatu hari nanti.
“Abaa...” suara kecil Atia memanggil riang Babanya. Terkedek-kedek anak kecil itu berlari ke arah Abang Zaid. Senyuman lebar Abang Zaid menyambut Atia membuatkan aku terus memandang mereka. Aku akui, Abang Zaid seorang ayah yang penyayang. Terleka dan terlupa seketika pada Hasif. Terasa lengan bajuku ditarik.
“Mama, nak air,” pintanya. Tersedar. Pantas tanganku tarik gelas berisi air masak dan disuakan kepada Hasif.
“Nak air tu,” sambil jari kecil tunjuk muk berisi air kopi O Abang Zaid.
“Itu baba punya. Asif minum yang ni. Nanti mak long buatkan air milo.” Nak bahasakan diri mama di depan Abang Zaid, aku segan.
Hasif angguk. Dia minum juga. Bila Atia melihat Hasif dekat denganku, naik ke atas ribaku, terus kaki kecil itu mendekati ku. Diangkat tangan supaya aku mengangkat dan meribanya.
“Atia duduk dengan Baba,” segera Abang Zaid memanggil anak bongsunya. Tapi Atia geleng kepala. Tangan kecil itu menggoyang tanganku. Serbasalah. Asif selamba duduk atas ribaku tak mahu turun.
“Nak mama..” mulut dah tercebik-cebik. Kasihan melihatnya, aku tarik tangan Atia lantas mengangkatnya. Asif pula aku turunkan dari riba.
“Mama...” Hasif pula tercebik tak puashati sebab terpaksa mengalah.
“Adik kecil lagi, Asifkan dah jadi big boy. Budak baik kena mengalah dengan adik. Nanti petang karang kita makan aiskrim yang mak long buat tadi,” pujukku.
“Nak-nak..” wajah keruh kembali ceria. Aku senyum.
“Asif pergi teman baba makan.” Hasif angguk, patuh. Laju berjalan mendekati babanya.
Abang Zaid pandangku dengan senyum berbunga harapan.Dia kelihatan senang dengan keadaan aku direbut oleh anak-anaknya. Aku buat-buat tak faham. Biarlah kali ini aku mengikut kata hatiku pula. Membiarkan dia dengan harapan yang telah lama ditinggalkan.
Tanpa aku mahupun Abang Zaid sedari, drama sebabak kami dan anak-anak menjadi tontonan mak dan mak uda. Masing-masing tersenyum penuh makna dan harapan.
Dan hari-hari seterusnya Atia dan Hasif terus melekat denganku. Dua puluh empat jam bersamaku. Namun jawapan untuk lamaran Abang Zaid itu masih tiada. Aku sengaja biarkan tergantung tanpa jawapan. Lagipun aku lebih bahagia dengan keadaan sekarang.
“Atia dan Hasif ni anak orang Za. Nak jaga anak ni kena jaga baba mereka sekali,” mak tak sudah bagi hint supaya aku terima lamaran Abang Zaid.
“Bukannya Za ambil budak ni tapi mereka yang datang cari Za,” aku tetap juga tidak mahu mengalah. Sekali itu je aku pergi rumah Mak uda. Abang Zaid ambil budak-budak ni bawa balik, tak sampai setengah jam, Hasif bimbing tangan Atia datang ke rumah mak. Entah babanya tahu ke tak. Bila ditanya. Nak mama, tak nak baba. Aku dan mak hanya mampu saling memandang. Jadinya terpaksa aku whatapps Abang Zaid memberitahu anak-anaknya ada dengan aku. Takut pula dikata menculik budak comel dan cerdik ini.
Apa yang Abang Zaid balas membuatkan aku gigit jari, muka merah.
+Mereka mencari mama mereka. Abang minta maaf Za, abang larang pun nak juga mama. Jadi abang pasang harapan agar Za cepat-cepat jadi mama mereka dalam ertikata yang sebenar. Tapi yang sebenarnya abang lebih perlukan Za untuk diri sendiri. Abang mahu realitikan cinta kita.
“Sebab mereka berdua mahukan belaian dan sentuhan seorang mama. Mereka dah anggap Za mama mereka. Jadi Za patut terima lamaran Zaid tu.” Aku pandang mak, terlupa kejap dekat mak yang ada depanku bila ingatkan balasan whatapps Abang Zaid.
Aku diam. Pandang Atia dan Hasif bermain di ruang tengah rumah. Teringat mak uda datang berjumpaku tengahari tadi. Masih lagi berkisar tentang lamaran Abang Zaid.
“Mak uda harap sangat Za terima lamaran Zaid tu. Dulu mak uda bersalah kat Za. Jika mak uda tak terburu-buru dulu, tentu Za yang jadi menantu mak uda. Ibu pada anak-anak Zaid.” Mak uda dah meleleh air mata kesalnya.
Aku tarik nafas panjang. Entahlah. Kosong hatiku. Tidak ada rasa cinta yang menggebu setelah Abang Zaid melamarku. Tidak ada rasa teruja. Tapi aku bahagia melayan karenah anak-anaknya. Angah pun dah sesekali datang ke rumah mak. Tapi tak lama sebab along datang mengheretnya pulang.
“Anak-anak perlukan Za. Tapi yang penting, Zaid tu yang paling perlukan Za sebagai pendampingnya. Bukan salah Zaid dulu. Semuanya salah mak uda. Sebenarnya Zaid yang minta mak uda meminang Za. Mak uda pula dah berkenan dengan Aisyah. Bila Za tolak pinangan itu, mak uda ada alasan untuk memaksa Zaid menerima pilihan mak uda. Jadi dalam hal ini mak uda yang salah. Mak uda tak tahu pasal perasaan kamu berdua. Kalaulah mak uda tak...”
“Sudahlah mak uda, perkara itu dah lama berlalu. Kak Aisyah pun dah tak ada. Lagipun pilihan mak uda tepat. Abang Zaid bahagia hidup dengan Kak Aisyah. Kalau dengan Za dulu mungkin lain ceritanya.” Mengetahui cerita sebenar, hatiku semakin jauh.
“Mak, Za rasa nak pergi jalan-jalanlah,” getusku tiba-tiba.
“Nak jalan ke mana? Nak tinggalkan mak sorang lagi?” mak pandang aku, sayu sinaran matanya.
Aku sengih. “ Takkanlah Za nak tinggalkan mak pula. Za angkutlah mak sekali. Lagipun memang niat Za nak bawa mak jalan-jalan. Biar segar sikit badan mak tu. Mak pun tak pernah berjalan-jalan makan angin.
Mak senyum semula. “ Nak pergi jalan ke mana? Anak-anak ni?”
“Baba mereka kan ada,” balasku sambil cemik bibir. Budak-budak ni jugak mak fikirkan. Tahu mak dah jatuh sayang dengan mereka. Anggap macam cucu dia sendiri. Tapi aku, sejak hari lamaran itu, terasa sesak nafas berada di kampung. Ketenangan berada di kampung sudah hilang walaupun Abang Zaid selepas hari tu bagaikan memberi ruang untukku berfikir. Namun Atia dan Hasif tetap juga hari-hari berada di sini.
“Tapi kasihan Atif dan Atia pulak kalau Za tak ada.”
Aku pandang Hasif dan Atia yang sedang bermain. Rasanya tanpa mereka berdua sekarang hidup aku akan terasa sunyi.
“Bawalah mereka sekali,” cadang mak.
“Kalau Za tak nak cakap dengan Zaid, biar mak je yang cakap dengan dia,” sambung mak lagi. Aku diam. Hatiku dah bercampur baur. Antara sayang yang baru berbenih dengan kehendak hati yang kian jauh.
Aku mengawasi dari jauh. Atia dan Asif seronok bermain air dengan Amani, anak Anisa. Sudah seminggu aku berada di sini. Hati masih belum temui jawapan.
“Sampai bila kau kat sini?” tiba-tiba Anisa menyoal. Baru sekejap tadi dia berada di dalam kolam melayan anak-anak, entah bila pula boleh berada di sebelahku, siap makan sandwic yang aku sediakan.
“Entah. Rasa seronok pula datang bercuti kat sini.”
Anisa menjuih mulut dengan mata dijuling ke atas. “Ello cik kak, kau balik kampung tak sampai sebulan tau. Dah datang sini balik. Kau ni betul ke tinggal kat kampung?” sinis Anisa
Aku jeling tajam. Malas nak balas. Lama tak lama pun, di kampung buat masa sekarang tidak menenangkan jiwaku.
“Aku tak tahu yang selama ini kau ada kisah cinta bawah sedar. Sampaikan aku tak tahu langsung,” ujar Anisa. Rasanya mak ada berceritalah tu dekat Anisa ni.
“Faced the problem Za. Takkan selesai masalah kalau kau lari. Tak nak kau cakap terus terang tak nak. Bagi reason yang solid sampaikan dia terima jawapan kau tanpa banyak soal. Terima kau kena cakap terima, jangan terus bagi orang tu harapan palsu. Sudahlah kau angkut anak-anak dia, kau ingat hati dia tak menaruh harapan ke? Seolah-olah kau dah berikan jawapan positif.”
“Susah Anis. Aku....”
“Kau masih ada hati dengan dia lagikan?” Anisa potong cakapku.
Aku buang pandang ke arah budak-budak yang sedang bermain air. Tak balas kata Anisa itu sebab tak ada alasan nak menafikannya. Ada tapi aku jauh hati. Teragak-agak nak terima.
“Inilah jawapan kepada doa kau bertahun-tahun Za. Menafikan atau menolak bererti kau menolak takdir kau, jodoh kau.” Aku terus terdiam. Kata-kata Anisa tepat terkena hati yang tengah sakit.
“Terima saja. Bahagia atau derita nanti kau sendiri yang mencorakkannya.”
Dan lewat malam itu, seperti malam-malam sebelumnya sejak seminggu lalu, aku bangun bersujud kepada-Nya. Betapa kerdilnya aku ketika berbicara dengan Allah taala.
“Ya Allah, jika ini jawapan untuk setiap doa yang kupohonkan, maka kau tetapkanlah hatiku. Lapangkanlah dadaku untuk menerimanya. Ya Allah permudahkan urusanku. Kembalikan cinta yang menghilang itu agar aku dapat mencapai bahagia itu. Ya Allah engkaulah maha pengasih lagi maha penyayang. Kepada-Mu aku berserah. Amin Ya rabbal a’lamin.”
Usai bertahajud dan beristikharah, aku mencapai telefon pintarku.  Menaip mesej buat Abang Zaid.

Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Selasa, 28 November 2017

Cinta Bawah Sedar Bahagian 8

Zahirah
“Waalaikumussalam.” Mataku terus tertala ke arah pintu. Terbuntang luas memandang Abang Zaid dengan senyum segarisnya. Sedar keadaan diri yang tidak sempurna. Aku terus leraikan pelukan Hasif, Atia pula aku angkat dukung. Tanpa mempelawa Abang Zaid masuk, aku masuk ke dalam bilik. Dada ini macam mahu meletup. Dia sudah tak kesah. Auratnya yang dijaganya terbuka. Malunya bukan kepalang.
“Baba...” terdengar Hasif memanggil dan tapak kaki kecil itu terus berlari ke arah babanya. Mulut mula bercerita.
“Mama buatkan nasi goreng, sedap. Asif makan dua pinggan. Atia pun makan banyak. Tapi Atia tak mahu duduk, nak mama dukung je. Mana boleh, Atia dah besar. Asif pun nak mama dukung jugak.” Aku pasang telinga mendengar Hasif riuh bercerita.
Mama.. Mama.. panggil itu membuatkan wajahku bertambah merah. Apa kata Abang Zaid nanti, senang-senang biarkan anaknya memanggilku mama. Hatiku diburu risau. Takut Abang Zaid tak suka. Lagipun bukan salahku, mak yang mula membahasakan mama. Melekat terus panggilan itu.
“Masuklah Zaid. Berdiri di muka pintu tu buat apa?” aku dengar mak menegur Abang Zaid. Tapi tidak dengar pula Abang Zaid membalas, sebaliknya terdengar bunyi kerusi ditarik.
Aku tarik dan lepas nafas dua tiga kali, mahu menghilangkan debaran yang semakin berkumpul di dada. Teringat perbualan dengan mak malam tadi. Dan sudah tentu Abang Zaid maklum apa yang mak dan mak uda telah bincangkan. Sungguh aku tidak mahu kali ini Abang Zaid dipaksa pula. Yang lepas tu lepaslah. Lagipun aku tak pernah terfikir pun suatu hari nanti, akan jadi macam hari ini. Tak pernah terlintas dalam hati aku untuk berkahwin dengan Abang Zaid selepas dia kahwin.
“Za, buat apa dalam bilik tu? Zaid datang ni,” panggil mak. Mungkin mak tak tahu kot masa Abang Zaid datang, aku ada dekat dapur tu tengah suap makan anak-anak.
“Mama.. Ba..Ba atang..” riuh mulut Atia memberitahu.
Aku senyum dan angguk. Pipi Atia menjadi mangsa ciuman bertaluku. Beberapa saat aku ambil sebelum tombol pintu ditarik. Tudung sudah terletak elok di kepala.
Nampak sahaja aku keluar, mak bangun. Dia hulur tangan mahu ambil Atia.
“Duduk teman Zaid makan. Dia ada benda nak cakap dengan Za,” beritahu mak sebelum berlalu. Aku pandang belakang mak, air liur ditelan terasa kesat. Janggal ditinggalkan berduaan.  
Aku rasa mahu masuk ke dalam bilik semula. Lagipun aku tak ada benda nak cakap pun. Ataupun aku patut minta kebenaran dari Abang Zaid nak jaga anak-anak dia. Kot itu yang Abang Zaid nak cakap. Tak mahu aku rapat dengan anak-anak dia. Tambah lagi anak sulung abang Zaid tu tak sukakan aku. Paling penting aku nak Abang Zaid tahu, yang kisah 10 tahun lalu aku dah lupa pun. Walaupun tak kahwin lagi dan dia dah jadi duda. Aku tak simpan perasaan pun. Aku tak nak orang cop aku andartu gatal, tak laku.
“Za, tolong buatkan abang kopi O, boleh?” matanya memandangku lembut, mengharap.
Aku berpaling pandang dia. Keliru. Tapi kepala aku angguk juga. Pelik dengan pandangan mata Abang Zaid itu. Semakin seram. Cepat aku melangkah ke kabinet dapur. Dapat lari sekejap darinya dan menenangkan hati sendiri. Tapi rupanya salah. Matanya tetap mengekori setiap langkahku. Aku semakin salah tingkah. Sengaja aku buat lambat-lambat air kopi itu.
“Airnya,” aku letakkan di atas meja di sebelah kanannya. Pecah rekod aku buat air kopi lambat hari ini.
“Duduklah temankan abang makan,” pintanya lagi. Bibirnya kuntum senyum lembut. Aku pula diserang debar tak henti.
“Za nak tengok Hasif dan Atia sekejap. Mana dia orang ni pergi.” Mahu lari darinya. Takut macam aku tertangkap buat benda memalukan. Padahal semalam biasa-biasa je Abang Zaid pandangku. Adakah sebab rancangan tak diduga mak dan mak uda tu?
“Ada dekat depan tu dengan mak. Mak abang pun ada sekali.” Mendengar kata-katanya hati semakin tak mengerti. Mak? Aik semalam bukan panggil mak cah ke? Sejak bila jadi mak? Jangan macam Hasif dan Atia sudahlah, dalam satu malam panggilan dah tukar jadi mama bukan mak long lagi.
Aku ambil tempat di kepala meja. Jauh sikit darinya. Mataku terus terpandang novel badai semalam di atas meja. Baru perasan.aku genggam kuat jariku sendiri. Novel ini memberi seribu makna buatku. Novel itu juga menyimpan rahsia paling besar. Tapi kenapa baru hari ini novel itu muncul kembali.
“Dua tahun lepas, isteri abang datang bertanya abang sambil pegang novel ni. Siapa Za-id?” Aku diam. Tunduk. Mata dah panas. Terasa berdosa.
“Abang terkejut. Novel ini selepas Za berikan, abang terus simpan atas rak buku. Maafkan abang,” ujarnya penuh kesal.
Aku terkejut dan tergamam. Tak jangka perkara ini yang dia mahu bincangkan. Sedangkan aku telah lupa tentang novel itu. Terpandang tadi baru teringat kisah gila-gila remaja aku dulu. Kononnya mahu beri hint dekat Abang Zaid. Rupanya rasa hati aku dulu tak bersambung pun.  Aku angkat muka dan pandangnya beberapa saat dengan pandangan kosong. Sempat mata kami bertembung, ada kekesalan dalam sinar matanya. Bagiku pula semuanya telah berlalu. Malah aku rasa bersalah sebab Kak Aisyah tahu pasal novel itu.
“Kalaulah abang baca novel tu dulu, tentu kisah kita jalan ceritanya akan berbeza.”
“Tak pernah ada kisah kita,” bisikku perlahan. Aku beranikan diri menentang matanya kali ini. Aku mahu dia tahu, aku telah lama melangkah ke depan. Kisah kita? Kisah kami tak pernah aku fikirkan setelah dia berkahwin. Pinangan yang datang dulu, datangnya daripada Mak Uda. Dia tak pernah berusaha datang berjumpaku bertanyakan kenapa aku menolaknya dulu. Jadi aku andaikan dari awal lagi aku ditolak. Sebab aku telah meluahkan perasaan lama dulu. Novel ini yang menjadi pengantara bisu kami. Novel ini juga bukti perasaanku dulu.
“Abang minta maaf. Abang tak pernah tahu Za. Kalaulah abang tahu awal, abang akan tunggu Za. Abang akan bersama-sama membantu Za memikul tanggungjawab keluarga,” luahnya penuh kesal.
Aku geleng kepala. Empangan mataku akhirnya pecah. Kehilangan Chek secara tiba-tiba membuatkan aku hilang tempat bergantung. Nasib baik ketika itu aku telah menamatkan pengajian, terus dilamar kerja. Jadi fokus aku ketika itu adalah membantu mak dan adik-adik. Mereka perlukan aku. Lamaran yang datang, mulanya aku gembira mendengarnya. Tapi wajah adik-adik memonopoli hatiku. Aku tidak boleh fikirkan soal diriku lagi, mereka lebih memerlukan. Jadi lamaran itu aku tolak. Tanpa mendengar alasan, mak uda terus membuat kesimpulan sendiri. Aku kesal tapi tak menyesal. Aku redha, jodohku bukan dengan dia.
“Bila lamaran itu datang, Za pernah berharap abang datang bertanya kenapa Za tolak. Tapi abang tak pernah datang. Jadi Za anggap abang pun terpaksa ikut kata orang tua. Za anggap andaian Za betul sebab 6 bulan selepas itu abang kahwin dengan Kak Aisyah.”
Merah mata Abang Zaid mendengar pengakuanku. Nasi goreng di depannya hanya luak separuh. Dia meramas rambutnya sendiri. Kelihatan kecewa.
“Abang silap. Abang yang salah. Bila Za tolak pinangan itu, abang anggap Za dah ada pilihan sendiri.”
“Hati Za telah lama pilih. Bahkan Za telah berikannya bersama-sama novel itu dulu.” Buat pertama kalinya aku meluahkan rasa yang terkunci jauh di dalam hati. Biarlah aku luahkan agar dia tahu.
Mendengar kata-kataku itu, wajah Abang Zaid semakin beremosi. Menyesal dengan apa yang terjadi. Tapi untuk apa? Sedangkan dia diulit bahagia dengan pilihannya. Abang Zaid pandang aku. Dia tarik kerusi mendekatiku. Renungannya penuh harapan. Aku semakin tak mengerti.
“Kahwin dengan abang Za?” perlahan tapi jelas.
Dumm..
Spontan aku geleng kepala. Tak jangka kata-kata itu keluar dari bibirnya. Jika 10 tahun dulu aku, akan terima jika dia datang kepadaku selepas aku menolaknya. Tapi hari ini, tak mungkin. Aku tidak mahu menjadi pilihan kedua. Aku mahu menjadi yang pertama. Sebab dia insan pertama aku letakkan di dalam hatiku.
“Tak mungkin. Za dah tak ingat kisah lalu. Jangan sebab abang rasa bersalah, abang lamar Za. Abang dan Za tak salah pun. Mak uda pun tak salah. Ini takdir kita. Bukan jodoh kita.” Perlahan aku membalasnya.
Aku tak mengharap lagi.
“Jika Za kata telah lama membuat pilihan. Abang pun sama, sebelum Aisyah. Za adalah pilihan pertama. Silapnya abang sebab bukan abang yang melamar Za dulu. Abang terus hantar mak meminang tanpa mengetahui keadaan Za.”
“Kahwin dengan abang Za. Abang mahu satukan hati kita kembali. Abang tahu dalam hati Za masih ada abang.”
Yakinnya dia? Aku ketawa sinis. Selepas sepuluh tahun?
“Abang dah tak ada dalam hati ni. Jangan perasanlah,” ejekku.
“Mulut boleh nafikan. Tapi abang tahu. Sebab mata yang bagitahu.” Balasnya yakin. Matanya terus menikam mataku.

Dan aku terus tunduk pandang meja. 

Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Isnin, 27 November 2017

Cinta Bawah Sedar Bahagian 7

Zahirah
“Maafkan abang!”
Whatapps terakhir Abang Zaid aku biarkan. Aku tidak mahu tahu untuk apa maaf itu. Kalau sebab anak-anak, tidak ada apa yang harus dimaafkan. Mereka menceriakan hatiku dengan telatah comel mereka. Sejak dibawa pulang ke rumah mak, Hasif dan Atia langsung tidak mahu berenggan denganku. Aku mandikan mereka, membiarkan mereka bermain air dan sabun seketika. Kemudian suapkan mereka makan dan melayan mereka bermain sehinggalah keduanya mengantuk.
Hari ini buat pertama kali, rasa kosong yang ada di sudut hatiku terisi. Kehadiran mereka mengisi ruang itu. Telefon pintarku letakkan di atas meja sisi. Tadi aku bersusah payah menolak katil rapat ke dinding. Tidak mahu Hasif dan Atia terjatuh ketika tidur nanti. Aku menepuk perlahan paha Atia, Hasif sudah mula berlayar di alam mimpi.
Kriuk.. klik.. Pintu bilikku dibuka dari luar.
“Budak-budak dah tidur?” mak menjengukkan dirinya di muka pintu.
Aku angguk. Perlahan aku angkat punggung, selimut ditarik untuk menyelimuti dua tubuh kecil itu sebelum aku melangkah perlahan menuju ke pintu.
“Awal tidur. Penat agaknya,” omel mak.
Main tak berhenti sejak siang petang tadi. Mana tak penat mak.” Aku melangkah ke dapur. Perut minta diisi.
“Mak nak makan sekali?”
Mak geleng kepala. “ Za makanlah. Mak kenyang lagi makan tadi.” Balas mak sambil melabuhkan punggung di depanku.
“Happy sebab ada orang layan mereka.”
Aku senyum dan angguk. Aku suap nasi perlahan. Baru terasa lapar. Suapkan nasi budak-budak tadi, tengok mereka berebut nak makan, aku kenyang dengan telatah comel mereka. Mereka yang mempunyai anak-anak penyeri hidup itu sungguh beruntung. Tapi sayang ada juga yang tak menghargainya.
Mak pandang aku makan. Perasan diperhatikan, aku pandang mak. Angkat kening, bertanya.
“Za tak mahu jadi mama budak-budak ni?”
Terhenti tanganku menyuap nasi. Aku pandang mak seketika kemudian tunduk. Sejak aku tahu, mak tahu isi hatiku aku tidak berani pandang mak lama-lama. Takut mak bongkar lagi rahsia hatiku. Rahsia yang paling dalam itu.
“Hari tu Za tolak sebab adik-adik. Sekarang ni semua adik-adik Za dah berkahwin dan berjaya dalam hidup, Za patut fikirkan masa depan Za pula. Mak tak nak Za terus sendiri sehingga akhir hayat. Mak nak tengok Za ada keluarga sendiri sebelum mak tutup mata.” Sayu suara mak. Aku pula yang terkesan hati.
“Apa yang Za buat dulu, Za ikhlas mak. Za dah redha pasal jodoh. Za bahagia sendiri. Ada peluang banyak untuk Za berbakti jaga mak. Mak jangan risau, Za tak sunyi pun. Hidup Za sentiasa meriah dengan anak-anak saudara, kawan-kawan dan mak. Bertambah sekarang anak-anak Abang Zaid ni.” Aku cuba sebaik mungkin mempamerkan senyum bahagia. Tanda aku betul-betul bersyukur dengan apa yang aku rasai sekarang.
Bergenang air mata mak. Mak geleng kepala.
“Za anak mak. Anak sulung mak. Mak tahu Za. Jangan nak tipu mak.”
Dumm, terasa sebiji tumbukan di hatiku. Menyedarkanku. Sampai bila-bila aku tetap gagal menyembunyikan isi hatiku daripada mak. Aku terus diam. Nasi cuba dikunyah walaupun sudah hilang rasa. Perut menjadi sebu. Aku tidak mahu mak menangis tapi aku juga membuatkannya menangis.
“Za tak tunggu Abang Zaid mak. Jodoh Za dah terlepas. Za pasrah. Za bahagia dengan status Za sekarang. Za tak nak mak susah hati.”
Mak geleng. “ Selagi tak ada suami jaga Za, selagi itulah hati mak tak tenang. Mak nak Za juga bahagia punya keluarga sendiri,” tekan mak.
Aku pula yang buntu nak pujuk mak. Segera pingganku bawa ke sinki. Mahu lari seketika.
“Mak uda telefon mak tadi. Dia menyesal bertindak terburu-buru dulu. Kalaulah dia tak ikut hati selepas Za tolak pinangan dulu, tentu sekarang Za yang jadi menantu dia.”
“Mak, yang lepas tu biar lepas. Za tak sedih pun. Memang dah jodoh Abang Zaid dengan Kak Aisyah bukan Za. Kita kena terima.” Aku duduk sebelah mak. Lentukkan kepala di bahunya.
“Comel kan anak-anak mereka. Atia tu Za geram nak gigit pipi tembam tu. Rupa dia sebijik muka uminya,” aku pusing cerita. Tidak mahu lagi berkisah pasal aku.
“Kalau Za kahwin dengan Zaid, anak-anak Za pun comel macam Atia tu juga.”
Terus aku diam. Aku peluk lengan mak kemudian pejamkan mata. Mengusir cemburu yang tiba-tiba hadir bersama kata-kata mak itu. Perasaan aku yang terkatup kemas selama ini, terbuka seluasnya di depan mata hati mak. Aku tidak berani bercakap apa lagi.
******
Zaid Al-Haris
Pagi-pagi dah ribut. Husna buat perangai lagi. Kali ini dia tunjuk perasan sungguh. Mogok tidak mahu ke sekolah. Marah Atia dan Hasif bermalam di rumah Mak Cah. Aku tarik nafas panjang. Aku harus tenang meladeni sikap memberontak Husna. Semasa Aisyah masih ada, Husna adalah seorang anak dan kakak yang boleh diharap. Dialah yang banyak menolong uminya mengasuh dan menjaga Haikal dan Hasif.
“Baba tak nak cakap banyak. Cuma satu je baba nak pesan, setiap apa yang kita lakukan ada akibatnya. Sama ada baik atau buruk. Along buat perangai macam ni, baba tak rugi apa. Nenek dan Atuk pun tak rugi. Yang rugi adalah diri along sendiri. Along fikirlah, nak terus buat perangai ke nak ke sekolah. Tuntut ilmu demi masa depan along sendiri. Along ingat lagi tak pesan umi setiap pagi, apa yang dia cakap?” kataku tenang. Aku pandang Husna yang membungkus diri dalam selimut. Seketika tiada gerakan, sehinggalah aku terasa sabarku semakin menipis. Tidak mahu menunggu lagi, aku melangkah ke pintu.
“Baba...” suara halus bersulam tangisan kedengaran. Aku berpaling kembali. Wajah Husna basah dengan air mata. Aku kembali ke katil anak gadis kecilku. Duduk di birai katilnya. Melihat wajah basah itu, aku terus tarik tubuh kecil itu ke dalam pelukannya. Tubuhnya bergegar. Esakan kuat mula kedengaran. Aku biarkan along melepaskan perasaannya.
“Along isk.. isk.. rindu umi.”
Aku peluk dan tepuk belakangnya. “Rindu umi, along baca al-fatihah. Umi sentiasa ada dalam diri along. Walaupun umi telah pergi dulu, namun umi masih ada di sini. Dalam hati kita. Along tak boleh berterusan macam ni. Umi tak suka. Umi mahu along teruskan kehidupan seperti biasa,” pujukku.
“Tapi.. Along nak umi. Along tak mahu umi pergi.. isk.. isk..”
“Baba ada.. Baba akan terus ada di samping along dan adik-adik.. Baba takkan tinggalkan anak-anak baba.”
Husna angkat muka pandangku. “ Baba janji?”
“Baba janji.”
“Baba janji takkan kahwin dengan mak cik sebelah tu. Baba janji takkan biarkan Atia dan Hasif tu rapat dengan mak cik tu?”
Aku terdiam. Geleng kepala perlahan. Aku keringkan air mata Husna dengan jariku.
“Itu baba tak boleh janji. Bab jodoh dan ajal maut ini ditangan Allah taala. Kalau baba janji dengan Along dan mungkiri janji, baba pula berdosa. Sedangkan dua perkara itu bukan di dalam kawalan baba.”
Husna mendengus. Entah dia faham ke tidak apa yang aku terangkan.
“Along tak suka. Along tak nak umi tiri. Umi tiri jahat. Nanti dia dera along dan adik-adik macam mak tiri cinderella tu.”
Aku diam. Wajah itu masam mencuka.
“Tak semua umi tiri jahat. Along tak boleh judge orang tanpa mengenalinya. Kalau dia jahat kenapa Atia dan Hasif nakkan Mak Long Za tu. Kenapa mereka nak ikut mak long? Along kena kenal dengan mak long dulu. Jangan terus cakap dia jahat.”
Husna diam. Wajahnya jelas memberontak. Tak suka dengan apa yang aku cakap.
“Lupakan dulu semua itu. Sekarang ni cepat siap. Baba bagi 10 minit siap. Kalau tak pergi jalan kaki ke sekolah,” tegasku. Tidak mahu memberi muka lagi.
Husna jeling.
“Now Husna!”
Terus dia bingkas bangun. Tahu yang apabila aku menyebut namanya bererti aku tidak mahu mendengar bantahan lagi.
Pulang dari menghantar Along dan angah ke sekolah, aku terus ke rumah Mak Cah. Aku terus menuju ke dapur apabila melihat pintu dapur terbuka. Seketika aku kelu melihat pemandangan di depanku. Atia berada di atas riba Za. Manakala Hasif memeluk leher dari belakang. Mereka sedang makan dan mengekek Hasif dan Atia ketawa. Gembira diberi layanan istimewa itu.
Za tak bertudung. Aku menelan liur sendiri. Lama aku tidak melihat Za begitu. Seingatku kali terakhir ketika Za lepas PMR. Selepas itu Za mula bertudung.
“Assalamualaikum...

Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Ahad, 26 November 2017

Cinta Bawah Sedar Bahagian 6

Zaid
“Atia dan Asif suka sangat dengan Za tu. Baru jumpa dah melekat. Jadi..” aku pandang mak yang terhenti katanya. Ayah pun sama memandang mak. Mak pandang aku dan ayah, kemudian jatuh pada wajah masam along. Sejak aku benarkan Atia dan Asif ikut Za balik, along mogok suara denganku. Perangai degil along semakin menjadi-jadi. Semakin sensitif. Semua perempuan yang berbuat baik sikit, dia dah lancar perang. Takut sangat aku ni tersuka dan kahwin lain. Padahal dalam hati aku ni masih penuh dengan kasih sayang umi mereka. Aisyah adalah isteri terbaik yang Allah berikan walaupun dia hanyalah pilihan ke dua ku.
“Mak rasa Za tu sesuai jadi pengganti Aisyah. Jadi ibu anak-anak kau,”
Sreett..
Bunyi kerusi tertolak kasar ke belakang. Along bangun dan membawa pinggan yang masih berisi separuh nasi. Aku perhatikan sahaja perbuatannya. Di dalam hati istiqfar diucapkan berkali-kali. Along semakin mencabar kesabaranku. Tiga bulan pertama Aisyah meninggal, Along menjadi pendiam. Menangis dalam diam. Ada kalanya Along cuba menyakiti Atia. Along seolah-olah menyalahkan Atia yang menyebabkan kematian uminya. Along sengaja mencubit-cubit Atia sehingga menangis. Aku, mak dan ayah selalu cuba memahamkan Along tentang takdir, ajal maut itu telah ditetapkan oleh Allah Taala. Atia tidak bersalah. Atia yang paling kasihan dan memerlukan Aisyah. Tidak pernah merasa belaian dan kasih sayang umi. Atia yang paling kasihan. Tapi along, masih dengan sikap degilnya, hanya tunduk diam.
Aku menarik nafas. Ayah geleng kepala.
“Budak tu sensitif bab pengganti umi dia. Yang awak sebut depan dia kenapa?” ayah menegur mak. Kelat masam muka mak.
“Sampai bila bang? Husna tu semakin degil. Tak dengar kata,” rungut mak. Tidak puashati. Macam ada sesuatu yang berbekam di dalam hati mak.
Aku faham kerisauan mak. Husna semakin berubah agresif dan tak terkawal. Di sekolah pun dia banyak ponteng kelas.  
“Sekurang-kurangnya bila Zaid ni kahwin dengan Za, boleh Za tu jaga dan tengok-tengok Husna ni. Dia rindukan belaian kasih ibu tu,” sambung mak lagi.
“Jadi awak suruh Zaid ni kahwin semata-mata nakkan pengasuh budak-budak ni? Betulkan niat awak tu dulu. Kamu Zaid, jangan nak ikut sangat cakap mak kau ni. Kalau betul nak kahwin lain, biar ikhlas hati bukan semata-mata kau nak lepas tangan didik anak-anak kau ni,” tegas ayah.
Mak jeling ayah. Aku angguk. Sebab diri sendiri tidak terfikir lagi ke arah pernikahan kali ke dua. Aku lebih senang macam sekarang. Walaupun terpaksa mengorbankan kerjayaku, namun hatiku puas apabila anak-anak sentiasa ada di depan mata. Untuk mengubati kehilangan dan menjaga anak-anak dengan tanganku sendiri, aku meneroka bidang lain. Ternyata hobi menulis dulu berguna sekarang sebagai sumber pendapatanku yang baru.
“Kau fikirlah apa yang mak cakap tadi. Mak ni dah tua, tak mampu nak selalu tengok-tengokkan anak-anak kau tu. Mereka perlukan ibu. Perlukan tangan wanita untuk membentuk dan mendidik mereka. Za tu sampai sekarang tak kahwin lagi. Tak tahu dia tunggu siapa. Semua pinangan orang dia tolak. Mak Cah kau cakap, dia tunggu kau.”
Ternaik keningku apabila mendengarnya. Aku geleng kepala. Teringat dulu bila hati dah sampai seru berkahwin, Za orang pertama yang ada di dalam hati dan fikiranku. Memang masa yang memisahkan kami sehingga menjadi renggang. Tapi dia tetap ada di dalam hatiku dulu. Bila pinanganku ditolak, aku serah bulat-bulat kepada mak untuk memilih calon lain. Dan tak sampai enam bulan selepas penolakan itu, aku telah selamat berkahwin dengan Aisyah. Ternyata calon pilihan mak, adalah yang terbaik untukku.
“Mak menyesal dulu...” Aku diam pandang mak. Hanya menguis-nguis saki baki nasi di dalam pinggan. Ayah sudah ke depan bersama angah. Angah, anak lelaki sulungku pula semakin pendiam. Menurut kata tapi dia seolah-olah berada di alam lain. Itu juga membuatkan aku risau.
“Kalau mak tak ikutkan hati marah sebab Za tolak pinangan itu, tentu kau kahwin juga dengan Za tu. Mak ingatkan dia tolak sebab dah ada calon lain. Rupanya dia tolak sebab nak jaga adik-adik dia dulu. Jadi contoh kepada adik-adik dia. Sampai sekarang Mak Cah kau cakap, mana Za tu ada teman lelaki. Berhubung dengan lelaki pun sebab kerja. Sekarang ni, dia korbankan kerjaya dia pula nak jaga Mak Cah kau tu.”
Aku diam. Sepuluh tahun aku bahagia dengan Aisyah. Nama Za pun sudah tenggelam di dalam timbunan memori indah yang aku cipta dengan Aisyah dan anak-anak. Sikit pun aku tidak kenangkan Za, yang pernah ada ruang di dalam hatiku dulu.
“Mak rasa bersalah. Kalau kau rasa dah tiba masa kau perlukan pengganti Aisyah, angkatlah Za sebagai isteri kau.”
“Nanti-nantilah mak Zaid fikirkan.” Itu sahaja yang mampu aku jawab. Fikiranku tiba-tiba jadi sesak. Macam-macam memori bersama Za terlayar.
Jaga elok-elok novel ni. Novel kesayangan aku.

Psst
Aku nak kahwin dengan kau je!!

Za-Id

Novel Badai Semalam, aku belek dan baca di belakangnya. Novel kesayangan Za yang diberikan ketika aku mahu melanjutkan pelajaran dulu. Yang tidak pernah aku belek sehinggalah Aisyah datang kepadaku bertanya.
“Za-Id ni siapa?”
“Nama abanglah,”jawabku.
“Bukan. Syah tahulah nama suami Syah Zaid. Ni.. macam kombinasi nama orang je.” Ditunjukkan novel itu kepadaku. Aku terkedu. Aku tidak pernah tahu malah tak pernah pun belek novel ini selepas Za menyerahkannya. Mala aku tidak membawanya sekali ketika pergi dulu, masa itu aku rasa tidak penting pun novel ini. Dan novel ini elok terletak di atas rak buku di dalam bilikku sehinggalah Aisyah datang padaku.
“Siapa?”
“Entah abang pun tak tahu,” jawapan untuk menjaga hati isteriku sendiri. Dan malam itu buat petama kali aku menyentuh novel itu dengan pelbagai rasa. Aku sentuh tulisan tangan Za. Menarik nafas panjang sebelum dilepaskan, ada rasa terkilan jauh di sudut hati. Namun aku percayakan jodoh ini adalah yang terbaik untukku. Aku perlu melupakan rasa yang pernah ada dulu.  
“Andai kata Syah pergi dulu, abang carilah pemilik novel ni. Jika ada jodoh abang kahwinlah dengan dia.”
Mata Aisyah bersinar lembut. Entah bila Aisyah tersedar dan menjadi pemerhati dalam diam. Sikit pun dia tidak menunjukkan cemburu. Aku senyum nipis. Perlahan ubun-ubun kepalanya aku kucup.
“Syah rasa.. Dah rampas abang dari dia,” bisiknya.
Dan aku terus hilang kata. Semua itu sudah terlambat.
Hampir dua tahun bicara itu, macam masih terasa baru semalam aku bercakap dengan Aisyah tentang novel di dalam tanganku ini. Helaian terakhir aku selak. Sejak tahu tentang tulisan ini, aku curi-curi tengok tanpa pengetahuan Aisyah. Za tidak pernah lagi aku lihat selepas kahwin. Dua tahun lepas baru aku ketahui rahsia hati Za.
Baru hari ini aku berpeluang bertemu dan bercakap dengannya. Dingin. Za bukan lagi seorang yang peramah. Cakapnya tersusun dan di atur. Lebihnya perhatian diberikan kepadal Hasif dan Atia walaupun baru bertemu. Mengenangkan apa yang telah berlaku. Pengorbanan yang Za lakukan dulu untuk keluarganya, sangka burukku padanya membuatkan aku segan. Rupanya Za sehingga kini tidak pernah berubah. Aku yang berubah. Za yang masih cantik dan comel seperti dulu. Tak pernah berubah.
Ruang di sebelah kananku dingin.  Ketiadaan Hasif dan Atia menambahkan kesunyianku. Selalunya tika ini ruang katil ini dipenuhi dengan Hasif dan Atia. Ingin tahu apa yang sedang berlaku di rumah sebelah, aku mengambil telefon pintarku dan mula menekan aksara.
Assalam Za. Hasif dan Atia buat apa?
Wasalam. Tengah menyusu. Dua-dua dah mengantuk ni.
Ooo... memang bedtime mereka ni. Harap mereka tak menyusahkan Za
Tak. Mereka baik. :D
Terima kasih Za.
Sama-sama.
Maafkan abang.
Dan whatapps terakhir tak terjawab.

Bab 7