Isnin, 29 Oktober 2018

Review 1- Cinta Asma dan Ferhad

Hai semua...
Siapa dah memiliki novel Cinta Asma dan Ferhad. Terbitan Lovenovel. Tahun 2017 -pesta buku.
Maaf baru nak share review novel ini kat sini.
Stok masih ada ya. Boleh contact publisher untuk beli atau dapatkan di mana-mana kedai buku berhampiran... Dah setahun lebih dah. Hope masih ada lagi...

Best! Best! Dan SANGAT best! 
Banyak pengisian didalam cerita ini. Kesetiaan seorang isteri (Asma) diuji walaupun suaminya (Ferhad) menghilang tanpa berita. Menjadi isteri seawal usia 18 tahun tidak menghalang Asma untuk menghadapi segala dugaan mendatang sendirian setelah ibu dan nek Som meninggal dunia. Mengandung disaat suami menghilang dan dibenci adik ipar sendiri. Fatin meracun fikiran orangtuanya agar menerima Tifany sebagai isteri Ferhad. Tifany obses untuk memiliki cinta Ferhad.

Kerana kasih kepada Nek Som yang memeliharanya selepas dihantar ke kampung oleh ibu bapanya ketika berumur 15 tahun, Ferhad sanggup menunaikan permintaan neneknya yang menyayangi Asma dan ibunya, Rohani seperti darah daging sendiri walaupun dia tidak mengenali Asma sebelum ini. Tanggungjawab sebagai suami isteri mereka jalani walaupun masa yang ada hanya berbaki beberapa minggu sebelum Ferhad kembali bekerja di UK dan Asma meneruskan pengajiannya. 

Asma
Kagum dengan kematangan fikiran Asma yang hanya berumur 18 tahun ketika menjadi isteri Ferhad. Ferhad menghilang tanpa berita tetapi tidak melunturkan rasa cinta Asma kepada Ferhad walaupun dihina dan dicemuh rakan sekuliahnya. Keluarga mertuanya "menyisihkan" dirinya hasil hasutan Fatin Nur si adik ipar yang berhati iblis. Fatin lebih suka Tifany yang obses akan cintanya terhadap Ferhad. Ikatan persahabatan yang kukuh terjalin diantara Asma, Aida, Syarifah dan Muna. Mereka yang membantu Asma menghadapi hidupnya tanpa Ferhad.


-Review oleh Bukubook 


Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Selasa, 4 September 2018

Teaser 1 : Siti dan Polis Comel - Aein Dhiyauddin

Selamat petang!

Siti dan Polis comel berduet dengan mini novel saya Cinta Bas Expres. Kisah romantik seram campur action sekali. Lain dari yang lain. Cukup membuatkan korang terhibur.

Teaser..


"Betullah, saya tersepak kepala tu. Saya
ingatkan selipar yang anjing tu gigit selipar saya. Saya kejarlah sampai belakang bangunan ni. Saya tak tipulah tuan. Kalau saya tahu macam ni, biarkan aje kepala tu kat sini. Bukan kepala tu mati kena bunuh ke apa. Sebab kemalangan aje. Kepala dia putus kena cermin yang jatuh dari lori.” Siti membebel.

Aizat yang sedang mencatat sesuatu terhenti. Dia tahu pasal kemalangan malam tadi daripada kawannya di balai. Tapi hal kepala putus tu tak disebarkan kepada awam kerana si mati adalah anak orang kenamaan.

“Kak, jomlah cari mayat aku. Jangan layan polis
ni. Nanti akak yang kena sumbat dalam penjara. Harap Muka aje comel.”

“Kamu ni, sabar kejap boleh tak? Boleh pengsan akak layan kamu dan inspektor ni. Dah mati tu buat cara dah mati. Jangan masuk campur urusan manusia!” Siti jadi hilang sabar. Dia terlupa Inspektor Aizat sedang
memerhatikannya.

Aizat pasang telinga. Memang jelas Siti seakan
berbual dengan seseorang. Tapi siapa? Mungkin betul khabar angin yang dia dengar mengenai Siti. Aizat memikirkan cara bagaimana hendak membuatkan Siti
bercakap. Dia memerhatikan Siti dengan lebih teliti. Mungkin Siti tak perasan kerana sedang asyik menyiku angin.

Siti gadis yang unik. Orang lain jumpa kepala
manusia pasti dah pengsan. Tapi Siti buat muka
selamba. Lagipun ini bukan kali pertama dia jumpa Siti. Kali pertama dia jumpa Siti semasa penemuan mayat budak sekolah perempuan yang dirogol. Kali kedua pun kes yang sama.

“Borak dengan siapa?” Aizat mendekatkan
wajahnya ke arah Siti, terlalu dekat dengan telinga Siti.

Siti menjauhkan wajahnya. Bahaya ni. Siti
beranjak sedikit. Polis ni terlalu comel untuk dia buat tak tahu. Sekali polis ni senyum, secara automatik mulutnya boleh menderhaka. Kalau kenyit mata, habis semua rahsia dibongkarkan agaknya.

“Tak ada sesiapa tuan.” Siti buat-buat pandang
langit. Dia makin rapat dengan hantu perempuan itu. Aura sejuk mula mencucuk tulang. Siti mencari sesuatu. Baru dia sedar Alan dah hilang dari radar.

“Jangan tipu, Siti. Tak baik menipu. Saya boleh
tahu kalau awak menipu.” Aizat tak putus asa. Sengaja dia provoke Siti agar rahsia Siti terbongkar. Bukan dia tak pernah dengar manusia punya kebolehan begini.

“Tuan inspektor, tuduhan tuan tak ada asasnya.
Tuan inspektor nampak tak, ada orang lain antara kita berdua ni? Semua anggota tuan tengah sibuk dengan kepala tu. Jadi mana ada sesiapa yang nak temankan saya berbual?”

Aizat senyum. Degil juga Siti ni. Tak makan
dengan ugutan. Nampaknya perempuan ini memang bukan calang-calang.

“Kak, janganlah layan polis comel ni lagi. Karang habis mayat aku busuk. Lagipun mak aku tentu dah mula risau. Waktu aku balik sekolah ni.” Hantu itu tarik lengan Siti yang berlapik baju kurung. Walaupun berlapik, Siti
tetap rasa sejuk. Terasa tulang-temulangnya ngilu bak digigit air batu.

“Kamu ni pun satu, sabarlah! Belum busuk
mayat tu!”

Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Rabu, 29 Ogos 2018

Teaser 1 - Hati Yang Kau Sakiti.

Baru merajinkan diri munculkan diri di sini. Maaf ya. Kadangkala saya tidak tahu apa yang perlu dicoretkan di sini. fokusnya tentang novel. tentang karya saya. Sebetulnya tidak ada manuskrip terbaru yang disiapkan jadinya bersawanglah di sini.

Untuk menulis merepek-repek rasa tak perlu. Sebab saya mahu fokuskan di blog ini tentang karya, novel dan juga cerpen saya...

Okey... kita layan iklan acah-acah novel yang terbit awal tahun ini. Ini adalah novel penuh ke 5 saya. Ke dua di bawah penerbitan anaasa.


“Putus lagi?” sindir Aali sambil tayang sengih.
Amru jeling tajam. Bukannya nak bersimpati. Menyindir lagi ada.
“Kau tak payah sedih sangat. Berlambak gadis macam Bella tu tengah beratur nak masuk dalam hati kau tu.”
“Cinta pertama tu beb!”
“Cinta pertama ke dua ke tiga, ada aku kesah?” Aali angkat kening. Dia peluk bahu Amru sambil dorongnya ke kereta.
“Putus cinta memang sakit. Tapi takkan jadi kudis bila kau putus dengan Bella tu. Dia tak sesuai dengan kau!”
“Tiga tahun aku dengan dia, tahu tak?”
“Tiga tahun yang sia-sia... Ini menunjukkan Bella tu bukan calon jodoh kau. Dia hanya layak jadi kekasih kau je.”
“Apasal kau anti sangat dengan Bella ni?” Amru tak faham.
Sejak awal dia bercinta dengan Bella, Aali dah tunjuk tak suka. Tak beri muka langsung dekat dia dulu. Nampak Bella ada, dia terus blah.
Aali tarik nafas. Rasanya rahsia yang dia simpan selama ini kena bocorkan. Biar Amru tahu siapa Bella yang sebenarnya.
Mereka tiba di Cafe. Waktu rehat  di tengah bulan ni tak ramai yang datang makan. Ikut saranan pak-pak menteri supaya berjimat cermat. Bawa bekal dari rumah. Nasiblah orang bujang macam mereka kena makan dekat Cafe. Itu pun tak selalu. Sebab Amru juga sahut seruan pak menteri itu.
"Kau kenal Ahmad, sepupu aku tu?"
Amru angguk. Dah macam kawan baik dia juga Ahmad tu. Tapi dah lama dia tak jumpa Ahmad tu. Sejak tak jadi kahwin, dia bawa diri bekerja di Dubai. Amru tunggu Aali meneruskan cerita. Dalam hati dah tertanya apa kaitannya dengan Ahmad.
“Bella, sebelum bercinta dengan kau, dia bercinta dengan Ahmad sejak zaman masa sekolah. Mereka hampir nak kahwin dah. Dua tiga hari sebelum majlis, Bella buat perangai. Tak suka bakal mak mertua dia masuk campur urusan majlis mereka. Biar keluarga dia yang uruskan semua termasuk majlis pihak lelaki. Bella bagi kata dua, mak atau dia. Kalau tak, tak payah kahwin. Terkejutlah Ahmad. Selama ni dia anggap Bella dapat terima mak dia. Bella juga bersikap kurang ajar dan lempar kata-kata yang menyakitkan hati bakal mak mertuanya depan muka Ahmad.”
“Hari itu juga Ahmad batalkan perkahwinan mereka. Dia tak boleh terima bakal isteri dia tak hormatkan mak dia.”
Amru terdiam dan berfikir. Sikap Bella yang terang-terangan tidak suka apabila dia bercakap tentang ibunya. Sikap jengkel Bella semakin terserlah apabila dia terlewat dan memberi alasan kerana ibunya.
Aali pandang Amru. “Kau dah nampak perangai dia sebenarkan?”
“Hmmm,” makanan yang dipesan tiba.
“Jadi tak guna kau bersedih sebab perempuan itu. Dia bukan isteri material yang sesuai untuk kau.”

Amru diam lagi. Tiga tahun bukan masa yang singkat. Melupakan momen indah mereka juga bukan mudah. Lagipun setiap manusia ada zaman gelap masing-masing. 



Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Selasa, 27 Mac 2018

Bab 10 Cinta Si Adik Manja

Yuhuuuuu... bab 10 pulak... Selamat membaca


“Kenapa Hisyam berjanji dengan abah tidak berhubung dengan adik?” angah tidak lepaskan peluang bertanya ketika dia sedang duduk bersantai dengan abah dan umi di ruang tamu. Hatinya dah puas berteka teki. Hisyam pula suruh tanya kepada abahnya sendiri.

Adik masih lagi terperap di dalam bilik. Mogok. Marahkan dia. Ada dia kesah? Kak long pula tengah berkemas hendak pulang selepas asar nanti. Esok dia telah mula kerja. Kak chik pula pulang ke rumah mertuanya sebelum kembali ke Kuala Lumpur. Jadi tinggal dia dan adik sahaja menemani abah dan umi di rumah ini.

“Abah tak suka Syam rapat dengan adik ke?” mulutnya terus ringan bertanya.

“Tak suka apanya. Hisyam tu menantu idaman abah kamu.” Zulaikha tolong jawabkan.

Terlopong angah mendengar jawapan uminya. Makin pelik.

“Kalau menantu idaman, kenapa abah larang pulak. Tak kasihankan adik ke menderita rindukan Hisyam. Sampaikan angah terkena tempiasnya. Hilang kawan baik,” luah angah tidak puashati.

“Adik tu budak lagi. Mana dia tahu apa-apa pun. Hisyam pula pergi ke sana bukannya pergi suka-suka. Pergi menuntut ilmu agama. Abah tahu apa yang abah buat. Kau pun budak lagi masa tu,” tegas abah jawab. Terus angah terdiam.

“Tapi bukan susah sangat pun telefon sekadar tanya khabar,” rungut angah perlahan.

“Hisyam tu dah ada perasan dekat adik sejak dulu. Jadi memang patutlah abah larang. Batas hubungan kena jaga. Adik masa tu kecil lagi. Mana dia tahu tentang hal kasih sayang ni. Dia tahu Hisyam sayangkan dia. Jadi betullah apa yang abah buat tu,” Zulaikha membela suaminya. Walaupun dulu dia pun merungut tidak puashati. Namun apabila melihat pandangan Hisyam terhadap anak bongsunya tadi, rasanya tindakan suaminya dulu betul.

“Tak betul abah. Tengok sekarang ni hubungan mereka jadi lagu mana? Adik nak pandang muka Hisyam pun tak nak. Siap cakap tak pernah kenal siapa Hisyam ni.”

“Marah-marah sayang..” sampuk kak long. Dia dah siap mengemas, tinggal nak masukkan dalam bonet kereta je. Terhenti sekejap bila terdengar perbualan hangat angah dengan kedua orang tuanya.

“Macamlah angah tak tahu. Adik tu marahnya kejap je. Marahnya tak ke manalah. Lagipun abah dah tunangkan adik dengan Hisyam tu. Cuma tunggu masa saja sekarang ni.” Zulaikha membuka rahsia.

“APA umi?” kuat suara kak long bertanya. Terkejut dengan kenyataan itu. angah ternganga mulut.

Abah dan umi tenang-tenang sahaja. tahu berita itu pasti mengejutkan anak-anak mereka.

“Betullah apa yang umi cakap tu. Ingat abah saja-saja ke larang Hisyam tu berhubung dengan adik.”

“Kenapa kami tak tahu? Berapa lama mereka dah bertunang? Sebelum Hisyam ke Mesir?” bertalu-talu kak long bertanya. Hatinya teruja ingin tahu. Dia dah agak dah tadi. Cuma takut nak teka.

“Kamu pun budak-budak lagi masa tu. Semua masih sibuk belajar. Lagipun tak buat majlis tunang. Hisyam cuma bagi cincin tanda.”

“Yang adik pakai tu?” cepat kak long tangkap. Dia teringat cincin belah rotan yang tersarung di jari manis adik.

Umi angguk. Abah pula sekadar mendengar perbualan isteri dan anak-anaknya.

“Adik tak tahu cincin tu cincin tanda?”

“Tak,” jawab umi.

Angah geleng kepala. Pandai betul Hisyam berahsia. Patutlah tak contact dia langsung. Rupanya nak jaga rahsia takut pecah. Dia tak terkata apa dah. Kak long pula senyum lebar.

“Jadi adik dah bertunang sebelum kak long kahwin lagilah umi.”

Umi angguk. “Aah. Dia yang tunang dulu. Abah suruh Hisyam ikat adik dulu. Kemudian lupakan adik seketika. Tumpukan pada pelajaran. Biar kami yang jaga adik,” cerita umi.

“Selepas adik habis belajar di Matrikulasi. Abah nak kahwinkan mereka. Selepas itu pandai-pandailah Hisyam pujuk adik tu,” suara abah.

“Cepatnya bah. Nak ke adik tu?”

“Nak ke tak nak. Selepas matrik nanti abah akan nikahkan jugak!” tegas abah.

“Nikah siapa?” soal Nur tiba-tiba. Kuat betul suara abah tadi. Kak long pun sibuk cakap pasal tunang-tunang. Nak juga dia tahu.

Terus semua terdiam. Nur berjalan mendekati abah. Dilabuhkan punggung di sisi abah. Tangannya tarik lengan abah, lalu dipeluk. Kepalanya diletakkan di atas bahu abah.

“Abah dah sihat ke?” tanyanya polos.

“Sihat. Abah demam sikit je,” lembut Haji Yusuf menjawab. Yang lain terdiam. Tak berani nak cakap, takut rahsia terpecah sebelum masanya.

“Kak long balik dululah, umi abah. Dah lambat nak masuk kerja ni.”

“Baik. Hati-hati bawa kereta tu. Nanti bawa budak-budak balik sini. Mesti rindu dengan cik su dia ni.”

“In shaa allah umi.” Tangan kedua orang tuanya disalam. Kak long pandang adik bongsunya sengih-sengih. geram dicubit kuat pipinya sebelum berlalu.

“Kak longggg....” jerit Nur manja.

Kak long ketawa sambil lambai tangan. Nur usap pipi. Ketap bibir geram!

*****

“Adik tak pergi jalan tepi pantai?” Abah ambil tempat di sebelah adik, di bangku batu di laman rumah.

“Malaslah abah. Panas lagi ni. Aini dan Siti tak balik lagi. Tak cukup geng nak melepak dekat sana,” jawab Nur.

“Abah nak air?” segera Nur bertanya.

“Ambilkan abah air suam je.”

Nur angguk sebelum angkat kaki ke dapur. Tertembung dengan uminya di muka pintu, menatang sepinggan buah jambu dan mangga muda yang telah dipotong bersama semangkuk colek.

“Sedapnya umi,” sempat tangan Nur mengambil sepotonng jambu dan dimasukkan ke dalam mulutnya.

“Umi dah buat air teh o lemon. Ada kat atas meja. Bawa ke mari nanti.”



“Baik umi.”




Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Jumaat, 23 Mac 2018

Bab 9 : Cinta Si Adik Manja




Pop.. pop..

WhatApps masuk. Nur menjeling telefon bimbit di sebelah. Paling aktif berwhatapps mesti geng gadis pingitan Kg Berangan. Sejak semalam tak berhenti berbunyi. Malas dia nak baca. Buka selepas tu skrol laju-laju. Sebab tak habis lagi bercerita tentang anak tok imam kacak baru balik dari Mesir itu. Tak ada topik lain. Bosan! Baru sahaja nak tutup mata, telefonnya bergegar. Nak tak nak Nur buka juga whatapps.

Nisa Comey.

Memang perasan minah ni sorang. Mesti nak cakap pasal abang dia lagilah tu.

Esk ni jgn lupa datang rumah aku

Apa? Aku tak balik lagilah! Buat apa nak pergi rumah kau.

Jangan nak tipu. Abang Syam ckp kau dah balik. Dia yang pergi ambil kau tadi kan? :D

Huh! Siapa Abang Syam? Aku tak kenal pun!

Lantak kaulah Nisa nak cakap apa pun. Yang penting aku benci tahap petala ke tujuh Abang Hisyam kau tu. Manusia munafik nombor satu. Menyesal aku baik dengan dia dulu.

Alaa.. Kau jangan buat-buat lupakan abang kesayangan plak. Esok kenduri kesyukuran dia. Psst bukan ke selama ini kau tunggu Abang Syam balik ke?:D

Eh! Mana ada kau, jangan nak buat ceritalah Nisa. Aku benci Hisyam tu. Manusia munafik! 

Sudahlah aku nak tidur, mengantuk. Tengoklah kalau aku rajin aku pergi. Tak aku membuta dekat rumah je!

Hahaha... Jumpa esok.

Nur mendengus. Terus ditutup telefon pintarnya. Ditutup kepala dengan bantalnya. Cuba dikosongkan fikiran agar dirinya tenang dan kantuknya segera datang.

*****

Nisa tersenyum-senyum. Terbayang wajah Nur yang sudah pastinya bengang dengan dia. Tahu sangat perangai minah tu, cepat sentap. Namun cepat juga sejuk. Alaa lepas bangun nanti, okeylah tu. Malas datang pun esok pastinya kena heret juga dengan mak teh. Tak pun dia yang akan pergi heret nanti. Hatinya tengah teruja nak lihat riak wajah Nur apabila berdepan dengan Abang Hisyamnya.

“Tersengih-sengih sendiri tengok telefon kenapa? Baru lepas cakap dengan gewe ke?” tegur Hisyam.

Nisa berpaling tengok abangnya. dia sengih lagi. “Nisa mana ada pak we, Abang Syam. Whatapps dengan Nurlah. Tahu tak dia gelar abang apa?”

Hisyam angkat kening menyoal. Gelas di tangan didekatkan ke mulutnya.

“Orang munafik!”

Hisyam terbatuk. Nasib baik dah telan air. Kalau tak mahu mahunya tersembur ke muka Nisa.

Nisa ketawa mengekek. “Dia benci sangat dengan abang. Bila kami bercakap pasal abang dalam group whatapps, sekali pun dia tak respon.”

“Siapa munafik?” Naemah mencelah.

“Abang Syamlah mak. Nur yang cakap,” beritahu Nisa.

Dia ambil cucur pisang panas yang baru dietakkan di atas meja, ditiup-tiup sebelum dimasukkan ke dalam mulut. Tengahari ini mak tak masak nasi sebab pagi tadi telah masak nasi dagang untuk sarapan. Masih ada lagi dalam periuk tu. Perut dia pun masih kenyang kerana menghabiskan dua pinggan penuh nasi dagang. Memang patutlah badannya semakin bulat.

‘Tak apa abang sayam ada,’ Oppps Nisa pandang mak dan abangnya. Fuh nasib baik tak terlepas di mulut hanya di hati. Dia tunduk sembunyi senyum. Lega.

“Nur dah balik? Syam dah jumpa dia?” Naemah pandang anak lelaki sulungnya.

Sinar mata anak lelakinya membayangkan kerinduan yang sarat. Terpaksa ditanggung sepanjang perpisahan terjadi. Dia faham sangat perasaan itu. Dia pun pernah muda. Pernah juga ditinggalkan lama ketika suaminya melanjutkan pelajaran ke Mesir 27 tahun dulu. Dia pula tidak dapat mengikut kerana tengah alahan mengandungkan Hisyam.

Hisyam angguk. “Tadi Syam ikut angah ambil dia.” Dia geleng kepala, kemudian sengih. Teringatkan layanan dingin Nur tapi tidak ada pula dia terasa. Sebab memang diakui salahnya.

“Apa reaksi dia?” Naemah ingin tahu. Teringat tujuh tahun lepas apabila kak teh minta baju Hisyam yang telah pakai, buat ubat demam Nur. Hisyam juga demam di sana. Dia tidak menyangka yang ikatan perasan mereka begitu kuat. Patutlah abang teh mahu mereka terikat dulu.

Hisyam geleng kepala. “ Marah dan benci. Sikit pun tak nak pandang Syam, mak.”

Naemah senyum lembut.

“Dia merajuk tu. Syam tak pernah hubungi dia sejak pergi Mesir. Perlahan-lahanlah pujuk. Dekati dia balik,” nasihat Naemah.

“Siap cakap tak pernah kenal dengan Syam.” Hisyam ketawa kecil. Tercuit hati dengan muncung sedepa Nur.

“Padan muka abang,” Nisa mencelah. Yang jadi mangsanya dialah. Selalu menjadi pemberita tidak bertauliah abangnya.

“Jangan ambil hati. Nur tak tahu apa-apa lagi tu. Masa Syam tinggalkan dia, masih budak lagi. Orang dah janji, mesti dia tunggu.”

“Betul tu mak. Kalau Nisa pun ingat sampai bila-bila. Janji palsu. Siapa yang tak sakit hati. Tapi kenapa abang tak telefon dia? Hantar email atau surat pun jadilah. Ini tidak diam terus. Suruh pulak orang jadi orang tengah. Mana dia nak dengar,” bebel Nisa. Dia ingat lagi dulu, Abang Syam suruh sampaikan salamnya. Langsung Nur buat tak faham, tak dengar.

“Adalah sebabnya. Jangan nak ambil tahu hal orang tua. Belajar tu yang penting. STAM hujung tahun ni. Satu apa pun mak tak tengok Nisa belajar.” Naemah pandang Nisa geram. Suka sangat menyibuk.

“Orang ada belajarlah mak. Setiap pagi orang bangun awal belajar.” Nisa membela diri. Dia ada caranya sendiri untuk belajar. Yang penting study smart not only study hard.

“Iyalah tu, belajar ke main telefon. Telefon tu hah asyik ada kat tangan je. Entah bila letak mak pun tak perasan,” sindir Naemah. Ada juga sesekali dia mengintai, yang banyaknya masa Nisa habiskan dengan membelek telefon.

Muncung mulut Nisa mendengar sindiran itu. Hisyam sengih. Dia angkat kening mengejek si adik. Nisa terus angkat punggung. Takut kena bebel lagi. Ini belum lagi Abang Syam buka mulut.

“Iyalah.. orang pergi studylah ni,” ujar Nisa sebelum melangkah naik ke biliknya.

Hilangnya Nisa di sebalik pintu, Naemah kembali memandang anak lelakinya.

“Ada jumpa pak teh tadi? Sebulan lepas pak teh terkena serangan jantung selepas tunaikan solat zuhur. Nasib baik suami kak long tu ada, cepat bertindak,” cerita Naemah.

“Syam bersarapan di rumah pak teh tadi. Dia nampak semakin sihat,” beritahu Hisyam.

“Sihat orang tua. Itu pun dah puas kak long dengan suaminya pujuk suruh jaga makan minum. Dimarah balik budak-budak tu. Keras kepalanya tak juga luntur.”

Hisyam ketawa. Sebagaimana dia kenal pak teh sejak kecil, begitulah juga sikapnya sekarang.

“Dia ada cakap pasal hal Syam dan Nur tu?”

Hisyam geleng. “ Tak ada pula tadi. Kenapa mak?”

“Dua minggu lepas, mak dengan ayah ada pergi melawat dia. Kami ada bercakap pasal kamu. Pak teh cakap nak percepatkan nikahnya.”

Hisyam berhenti mengunyah. Terkejut mendengar berita itu. Walaupun ada sebahagian dari hatinya merasa gembira tapi apabila memikirkan Nur, dia tidak boleh bersikap mementingkan diri sendiri.

“Nur baru 19 tahun mak. Muda lagi.”

“Katanya selepas Nur habis belajar matrikulasi nanti. Tiga bulan lagi.”



Hisyam terus terdiam. Nampaknya dia kena bincang perkara ini dengan pak teh.
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Khamis, 22 Mac 2018

Bab 8 : Cinta Si Adik Manja

Psst... boleh runtuh rumah bila Nur ni mengamuk... Hahaha.. Kasihan Abang Syam..



Pang!!

Pintu dihempas kuat. Tanpa menghiraukan ke dua lelaki itu, Nur terus meluru masuk ke dalam rumah. Beg pakaiannya pun tidak diambil. Biar sahaja angah yang angkut masuk. Abah dan umi dicari.

Angah geleng kepala. Perangai kepala angin adik bongsunya tak pernah berubah. Hairan, apa yang dia marahkan sangat? Dia kerling Hisyam yang baru juga keluar daripada kereta. Tentu Hisyam terkejut. Dia pun terkejut juga.

“Mari masuk Syam, kita makan sekali. Abah dan umi tengah tunggu kita ni,” ajak Angah.

“Adik tengah marah tu?” Hisyam sengih. Boleh tahan garang Nur sekarang. Terkejut jugak dia tadi. Tapi lain pulak hatinya rasa, jelingan tajam Nur nampak menggoda tadi. Hailaa hati, dah pandai macam-macam nampak.

Angah sengih. “Kau tak payah ambil hati dengan adik aku tu. Nur tujuh tahun lepas dan sekarang sama saja. Marahnya kejap. Nanti pandailah kau pujuk bagi baik balik. Lagipun salah kau kan?” sindir angah.

Dalam hatinya juga berharap adiknya dan Hisyam akan berbaik seperti dulu. Melihat Hisyam dan Nur tadi, hatinya macam digaru sesuatu. Ada yang tak beres di antara mereka. Lebih dari janji yang dimungkiri. Bahu Hisyam ditepuk dan ditarik masuk.

Dalam segan Hisyam melangkah masuk juga. Lagipun dia mahu berjumpa pak teh dan mak teh juga.

“Tapi hati aku ni nak tahu jugak sebab sebenar kau tak telefon.” Perlahan angah bisik di tepi telinganya.

Soalan itu merencatkan langkah Hisyam. Dia pandang wajah selamba angah di sebelahnya. Wajah Hisyam berubah kelat seketika sebelum dia kembali tenang. Dalam masa yang sama, mereka telah sampai di meja makan.

“Panjang umur Hisyam. Kami baru saja bercakap tentang kamu,” tegur mak teh apabila terlihat Hisyam dan angah menghampiri meja makan.

Nur yang berada di situ, terus mati senyum. Dia tak jadi tuang air teh ke dalam cawan. Tanpa menegur atau memandang mereka yang berada di situ, dia terus berlalu menuju ke bilik.

“Adik makan dulu, baru sambung tidur,” tegur kak long.

“Tengok muka orang tak tahu malu tu, tak jadi lapar!” tanpa menoleh dia menjawab sebelum pintu bilik dihempas kuat.

“Astaqfirullah’azim.” Mengucap pak teh. Terkejut mendengar pintu dihempas kuat.

“Tadi pintu kereta, ni pintu bilik pulak, boleh roboh rumah ni kalau hari-hari macam ni,” omel angah. Dia meletakkan plastik berisi nasi kerabu atas meja.

“Duduk Hisyam. Tak payah ambil hati dengan perangai Nur tu,” sapa mak teh.

Hisyam angguk. Dia senyum faham.

“Duduk, duduk..” ajak pak teh pula.

“Pasal Nur tu kita cerita kemudian. Pak teh tahu dia marah sangat pasal kamu tak telefon. Lepas ni pandai-pandailah pujuk dia semula.”

Angah dan kak long saling berpandangan. Angkat kening menyoal dalam diam. Bahu kak long bergerak turun naik, tanda tak tahu. Mereka menikmati hidangan nasi kerabu, kuih muih yang dibeli oleh angah tadi.

“Masa ambil adik tadi, ada kawan lelaki satu kolej teman dia. Rupanya saudara Syam jugak,” cerita angah.

“Boyfriends adik ke?” Kak long teruja. Wajahnya bersinar ingin tahu.

“Entah. Kawan je kot. Tapi aku tengok budak tu macam sukakan adik,” sambung angah.

“Budak tu saudara belah siapa? Ayah kamu?” Mata pak teh tertala kepada Hisyam.

Hisyam angguk. “ Ya, pak teh. Cucu Pak Itam, yang tinggal kat kampung Rhu Rendang tu.”

“Oooo.. aku kenal dengan Pak Itam tu. Budak tu anak sulung, anak dia yang tinggal di Putrajaya kan?”

“Betul, pak teh. Tahun lepas mereka sekeluarga menunaikan umrah. Saya yang jadi mutawif mereka.”

Pak teh angguk. “Jemput makan Syam.”

*****

Pulang dari rumah pak teh, dia terus masuk bilik. Mahu tidur sekejap. Dia berbaring terlentang memandang siling, tangan kanannya diletakkan di atas dahi. Wajah manis masam Nur tadi mencuit hatinya. Marah Nur hanya seketika mencalar hati. Selebihnya dia rela dimarah ataupun dimaki asalkan dapat melegakan kemarahan gadis itu. Salahnya! Dia akui. Berjanji sebelum pak teh datang bersemuka dengannya. Akibatnya dia terpaksa mungkir janji terdahulu yang dibuat.

Kesannya bukan hanya pada Nur, tapi dia juga. Peritnya dia menahan keinginan untuk mendengar suara comel itu tujuh tahun lalu. Peritnya dia terpaksa berkorban kerana janji yang terpatri. Nur demam. Dia juga demam. Dia yang mencadangkan jubahnya yang tersangkut di dinding bilik diberikan sebagai ubat rindu Nur. Dia pula di sana terpaksa bergelut sendiri. Mujurlah setiap kali dia menelefon kampung, ibunya tidak pernah lokek bercerita tentang Nur. Biarlah Nisa menjadi penggantinya sementara walaupun dia tahu, Nur telah menyimpan dendam di dalam jiwanya.

Tok.. tok.. tok..

Terjongol kepala Nisa di celah pintu. “Abang Syam buat apa? Tidur ke?” tegurnya. Pintu bilik dibuka lebar.

“Tak lagi… Saja baring-baring kejap. Nak apa?”

Nisa sengih-sengih sambil menghampiri katil abangnya. Matanya terpandang sebuah kotak ditepi almari baju. Cuma kotak tersebut yang masih belum dibuka. Kata Abang Hisyam, kotak tu kawan dia punya. Dia duduk dibirai katil.

“Nur balik hari ni,” beritahu Nisa.

“Abange tahu. Tadi temankan angah pergi ambil dia.” Hisyam bangkit bangun dan duduk bersandar di kepala katil. Dia pandang Nisa.

Sengih Nisa melebar.

“Amboi tak sabar nak jumpa adik kesayangan dia tu. Adik yang kat depan ni buat tak tahu je. Sooo…” Nisa jungkit kening. Ada rasa teruja di hati. Selama ini dia menjadi penyampai maklumat tak bertauliah kepada abangnya. Padahal dulu dia cemburu sangat melihat keakraban Nur dengan Abang Hisyamnya. Nur yang selalu Hisyam lebihkan. Tapi selepas melanjutkan pelajaran ke Mesir, hubungan itu macam terputus. Hisyam tidak lagi rapat dengan Nur. Sebaliknya, Hisyam menggunakannya untuk mengutip maklumat tentang Nur. Siap ada upah lumayan lagi asalkan segala-gala tentang Nur diceritakan.

Hisyam mengeluh. Teringat layanan dingin Nur tadi. “Dia buat tak kenal abang. Marah-marah.”

Nisa terus ketawa. Kelakar tengok muka kecewa abangnya. ‘Padan muka.’

“Abang Syam yang cari pasal. Janji bagai nak rak. Tapi satu pun abang tak buat. Padan muka!”

“Abang ada janji dengan pak teh juga. Terpaksalah korbankan salah satu.”

“Janji apa?” Nisa dah pelik. Ini kali pertama Abang Hisyam bercerita.

“Nanti Nisa akan tahu jugak,” balas Hisyam. Mahu lagi berahsia.

Nisa cemik bibir.

“Susah tak nak pujuk Nur kalau dia marah?” Tanya Hisyam tiba-tiba.

Nisa angkat bahu, tak tahu. Tak pernah lagi Nur marah selama ini. Merajuk suka-suka tu adalah. Malah tak pernah pun dia tengok Nur marah. Nur tu lembut dan manjalah. Mana reti marah.

“Nur mana reti marah? Merajuk tu banyak kalilah jugak. Tapi tak adalah merajuk teruk sangat,” balasnya.

“Betul ke Nur marah abang? Atau merajuk je?” Nisa inginkan kepastian. Tak caya ni. Julung kali dengar Nur marah orang. Abang Hisyam pulak tu!

Hisyam angguk. Marah betul bukan main-main. Kalau merajuk pun dia tak reti nak pujuk juga. Dia rindukan Nur yang comel dulu. Versi dewasa ni bukan comel lagi dah tapi cantik dan manis. Walaupun muka tu masam.

“Hurmmm…” Nisa pandang abangnya yang larut dalam perasaannya sendiri. Ada rindu dan kecewa terbias di wajah itu. Membuatkan tanda soal di dalam kepalanya beranak pinak dan semakin besar.

“Tapi kenapa abang nak sibuk-sibuk pasal Nur pulak?” soalnya musykil.

Hisyam diam. Biarlah Nisa mengomel sendiri. Esok-esok nanti dia akan tahu juga.




Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Rabu, 21 Mac 2018

Bab 7 : Cinta Si Adik Manja

Passttt : Suka cerita ni boleh share ya..
Yeaahhh.... Abang Syam dah balik..



“Angah lambat! Adik whatapps sebelum sampai stesyen lagi. Lambat jugak!” bebel Nur. Dia terus hulur begnya kepada angah.

“Angah minta maaf...” Angah sengih sambil gosok kepala. Sudah tahu dengan perangai adik bongsunya tak suka menunggu tapi lebih suka orang menunggunya. Tadi dia sengaja berlengah.

“Kalau abah ambil, mesti tak lambat. Sukarela ambil orang tapi buat orang tunggu!” Nur jeling Azim di sebelah. Sebenarnya rimas dengan mamat ni. Dari tadi lagi tidak berganjak dari sisinya. Sudahlah semalam duduk rapat-rapat sampaikan dia hampir-hampir terpenyek di dinding bas.

“Lainkali taak..” Nur hilang kata apabila ternampak seseorang di belakang angah. Cakapnya terhenti. Senyuman lelaki itu melumpuhkan bicaranya.

“Assalamualaikum Nur..” dia memberi salam sebaik berhenti di sebelah angah.

Wajah Nur pucat seketika.

“Abang Hisyam?” Azim hulurkan tangan bersalam. Dia tersengih. Mungkin ini takdir terindah untuknya mengenali keluarga Nur. Dia jeling Nur di sebelah yang telah berubah wajah. Pucat dan tergamam.

“Azim?” Hisyam sambut salam. Hisyam pandang wajah Nur dan Azim. Angah pula yang terpinga-pinga.

“Bila Abang Syam balik?” ramah Azim bertanya. Dia masih ingat dengan jelas wajah Abang Hisyam, mutawif yang membimbing keluarganya ketika menunaikan umrah tahun lepas. Rupanya saudara sebelah papanya.

“Kau kenal ke?” Angah pandang mereka dengan wajah ingin tahu.

“Kenal, cucu Pak Itam Ahmad. Yang tinggal Pasir Puteh tu,” jawab Hisyam. Matanya pandang Nur sekilas. Hatinya bergetar indah. Wajah Nur kesayangannya tak banyak berubah. Tapi masam. Sikit pun tidak memandangnya. Sapaannya tadi juga tidak dibalas.

“Saya kawan Nur di kolej,” jelas Azim. Dia senyum manis. Terasa jalan untuk memikat hati Nur terbentang di depan mata. Tentu Abang Hisyam boleh tolong ni.

“Nak berkenalan ke beramah mesra ke, boleh tak kita balik dulu!” celah Nur dengan suara mendatar. Dia sedaya upaya menahan rasa sebak di dada. Matanya sedikit berkaca. Dia genggam tali begnya sekuat hati, menahan amukan rasa yang mahu keluar.

“Tuan puteri dah nak mengamuk ni, marilah kita...” Angah sengih melihat wajah masam dan terluka adiknya. Tahu yang Nur sedang menahan perasaan.

“Mari Abang Syam bawa beg tu,” pinta Hisyam. Tangan dihulurkan.

“TAK PAYAH!” keras tapi nadanya terkawal. Terhenti perbuatan Hisyam.

“Tuan Puteri bad mood. Jangan ambil hati Syam.”

Hisyam angguk. Dia tersenyum nipis. Azim pula diam melihat kejadian itu walaupun dalam hatinya tertanya-tanya.

Nur mula melangkah. Penat mahu menunggu. Penat lagi hatinya menunggu dan merindu bertahun-tahun. Dan kali pertama berjumpa, wajah itu tenang tanpa riak bersalah. Selamba macam selama bertahun ini tak ada apa yang berlaku.

*****

"Kita singgah makan dululah." Mata yang hampir tertutup terus terbuka luas. Nur pandang angah di sebelah. Cadangan yang membuatkan hatinya panas. Sudahlah datang ambil dia berteman. Selepas itu mahu singgah makan-makan pulak.

"Nak makan ke nak melantak ke hantar adik balik dulu!" keras suaranya. Mata menjeling maut. Dia sudah tak peduli. Biarlah Azim tahu perangainya yang sebenar. Bukannya comel sangat pun.

"Umi pesan tadi minta belikan nasi kerabu. Abah nak makan," beritahu angah.

Nur kilas ke dua lengan di dada, tandanya dia memang tak suka idea singgah sarapan dulu ni. Kalau boleh tak nak pandang ke dua wajah lelaki yang berada di tempat duduk belakang lama-lama. Semak otak.

“Sekejap je, tak lama. Lagipun Hisyam baru balik ni. Tentu adik ada banyak benda nak tanya dia kan?” pujuk Angah lembut.

“Siapa Hisyam? Tak pernah register dalam kepala adik ni orang nama Hisyam,” tinggi Nur menjawab.

Sengaja nak lelaki di belakang tu dengar. Sakit hati melihat wajah tenang tanpa sedikit rasa bersalah itu. Tujuh tahun lepas dia rasa separuh mati merindui abang kesayangannya. Namun lelaki itu tega terus mendiamkan diri tanpa sedikit pun mengingati janji yang terlafaz. Dia tahu masa tu, dia masih budak hingusan. Tapi hatinya polos. Bila orang berjanji, dia percaya bulat-bulat. Natijahnya jiwanya merana. Jadi kali ini tidak akan sekalipun diberikan peluang untuk lelaki itu hadir ke dalam hidupnya lagi. Nur pandang ke luar tingkap. Bibir matanya panas.

Angah terdiam. Dipandang cermin pandang belakang. Pandangan matanya bertembung dengan Hisyam. Lelaki itu gerakkan kepala perlahan. Sikit pun tidak membalas kata tadi. Manakala Azim diam. Komunikasi isyarat di antara Hisyam dan Angah cuba difahaminya. Apa kaitan Hisyam dengan Nur? Kenapa tiba-tiba sahaja gadis idamannya berubah sikap? Tapi dia masih ingin berlama lagi bersama Nur.

“Tapi aku laparlah Nur. Singgahlah kejap. Mak tok dan tok ayah aku mesti tak sedia apa-apa sarapan pagi ni. Aku tak cakap pun nak balik sini. Ingat nak bagi kejutan,” celah Azim.

Nur diam menahan rasa. Cuba menenangkan perasaan yang bergelodak di dalam jiwanya.

“Lantak kaulah. Peduli apa aku. Bukan aku suruh kau ikut aku pun,” balas Nur kasar. Serabut dengan Azim yang tak faham bahasa ni. Luahan perasaan tengah malam tadi mengjengkelkan hatinya. Semakin meluat. Perasan hebat. Perasan kacak. Ingat aku ni terdesak nakkan dia sebagai teman lelaki ke!

Azim terdiam. Kata-kata kasar Nur sedikit mencalar hatinya. Dia menelan liur, kesat.

Angah diam berfikir. Dipandang sekilas si adik di sebelah. Diam tak berkutik. Tak faham sebenarnya apa yang berlaku. Bukan ke Hisyam dulu lebih disayangi berbanding dia? Bukan ke Hisyam yang ditunggu kepulangannya? Apa telah terjadi? Berlegar kepala Angah mencari jawapan. Perut dah berlagu rock tapi dia tahu kalau dah adiknya cakap tidak, sampai ke sudah tidak. Perangai ikut macam abah. Nama lagi anak manja abah.

“Kita bungkus je.” Tiba-tiba Hisyam bersuara.

Nur buat tak dengar. Padahal suara itulah yang dirindui.

“Dah itu kata kau, aku ikut je. Azim nak bungkus jugak ke atau nak pulang terus. Angah boleh hantarkan?”

“Bungkus jugalah angah. Lagipun dah lama tak makan nasi kerabu ni,” balas Azim. Dia pandang Nur dari belakang, tapi sikit pun gadis itu tidak menoleh. Marah benar? Tapi kenapa?

“Jangan ambil hati Azim dengan kata-kata adik angah tadi. Dia ni memang kepala angin, sama macam abah. Maklumlah anak manja abah. Tapi bila dah kenal lama baru tahu adik abang ni baik dan lembut orangnya.”

Azim sengih. Dia angguk. Dipandang Hisyam di sebelah, turut tersenyum.








Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Selasa, 20 Mac 2018

Bab 6 : Cinta Si Adik Manja




“Azim?” Nur terkejut. Ingatkan mereka berteman setakat terminal sahaja, rupanya sepanjang perjalanan ke Kelantan.

“Kau buat apa atas bas ni?” Nur memberikan pandangan tajam.

Azim selamba sahaja mengambil tempat di sebelah Nur.

“Balik kampunglah.”

“Bukan rumah keluarga kau kat KL ke?”

“Itu rumah daddy dan mummy aku. Aku nak balik kampung daddy aku di Pasir Puteh,” jelas Azim. Suka dia melihat wajah terkejut Nur. Comel sangat. Sepanjang malam tak tidur pun tak apa kalau dapat tengok wajah comelnya.

Nur tarik nafas. Air mukanya berubah. Suka tak suka terpaksa juga bertemankan Azim malam ini. Harapnya janganlah mamat ni ajak dia bersembang sepanjang jalan. Dia mahu tidur sahaja. Tapi boleh ke tidur dengan mamat ni ada di sebelah?

“Kita sama negeri Nur, senanglah nanti..” bisik Azim penuh makna.

Nur mendengus. Dahinya berkerut. Tidak ambil kisah sangat apa yang Azim cakapkan. Lantak dialah! Bila hati tak suka dengan seseorang atau keadaan, dia akan shut down dirinya. Tak ambil kisah atau ambil tahu. Yang paling penting, secepat mungkin dia mahu keluar daripada situasi yang tidak selesa ini.

“Kenapa tak balik rumah orang tua kau?” Nur bertanya. Dia pandang Azim yang sengih sejak tadi. Sengih miang, gatal. Selalunya senyum macho. Malam ini macam senyum merenyam, membuatkan hatinya cuak.

“Tak ada siapa kat rumah tu. Baik aku balik jumpa tok ayah aku. Senang sikit nak ajak kau berdating nanti.” Azim tenung ke dalam mata Nur.

Nur ketap bibir. Dia segera melarikan matanya. Tangan kanan genggam kuat kusyen bawah punggungnya. Situasi ini benar-benar tidak disukainya. Matanya dijulingkan ke atas. ‘Ingat aku nak ke keluar dating dengan kau? Baik aku keluar dating dengan abah,’ bebel hati Nur lagi.

Teringatkan abah. Tak sabar nak ajak abah berdating ke KB Mall. Banyak barang yang hendak diborong, terutamanya novel.

“Bolehkan aku datang rumah kau, ajak kau keluar nanti?” Azim tagih jawapan. Dia kerdipkan matanya seolah mengharapkan jawapan yang positif. Tapi sebaliknya meremang bulu roma Nur mendengarnya. Seram.

Bas sudah mula bergerak keluar dari Terminal Bas Makmur. Dibetulkan duduknya agar lebih selesa. Pertanyaan Azim dibiarkan tidak berjawab. Dia sengaja melarikan wajahnya memandang ke luar bas. Masih lagi di dalam bandar, Nur melihat deretan kedai dan orang masih lagi ramai berkeliaran mencari keperluan masing-masing.

“Bolehkan?” bisik Azim, dekat. Hampir-hampir Nur terlompat bangun. Giler lah mamat ni. Tubuh Nur berganjak ke hampir ke dinding bas, mahu menjauhkan mukanya dari wajah Azim. Senyuman kacak Azim nampak menakutkan.

‘Pasti aku tak tidur malam ni.’

“Boleh apa?” Nur buat tak faham. Dia pandang wajah Azim sepintas lalu, sebelum di pandang ke depan.

“Datang rumah kau. Ajak kau dating nanti.”

“Kalau kau berani, datanglah,” cabar Nur.

“Nak pikat anak dara orang kenalah berani,” ujar Azim penuh keyakinan.

Nur diam. Tak malu betul Azim ni. ‘Macamlah aku pun suka dia.’

Azim tak melepaskan peluang untuk terus memandang wajah manis Nur. Sejak kali pertama melihat Nur, dia telah jatuh cinta. Sehingga sekarang cinta yang dirasakan hanya sekadar cinta monyet itu rupanya kuat penangannya. Semakin terus bertapak di dalam hatinya. Bukan dia tak cuba untuk melupakan apa yang dirasakannya, namun tidak boleh. Wajah Nur sentiasa tertayang di dalam kepalanya. Setelah yakin dengan perasaan sendiri, dia berusaha mendekatinya. Bukannya mudah.

“Aku nak tidurlah Azim. Selamat malam,” ucap Nur. Mematikan setiap kata yang telah tersusun di dalam hati Azim untuk diluahkan.

Azim diam. Dia pandang Nur yang memalingkan wajah mengadap dinding. Tubuhnya juga mengiring sedikit. Azim mengeluh perlahan. ‘Tak apa, ada masa lagi,’ bisik hatinya.

Dia juga memejamkan mata, cuba memancing kantuk agar datang. Namu hati dan fikirannya masih cergas. Mungkin teruja kerana sepanjang perjalanan ini berada di sebelah gadis pujaannya.

Dua jam berlalu, namun matanya tetap cerah. Dikalih ke sebelah melihat Nur. Dari bahasa tubuh dia tahu, Nur juga tidak lena.

"Saya jatuh cinta pandang pertama pada awak, Nur," bisiknya perlahan. Tidak mampu lagi menahan bibirnya dari menyatakan isihatinya.

Mata yang hampir tertutup, terus terbuka luas. Terkejut. Terus hilang kantuknya. Nur pandang orang di sebelahnya sekilas sebelum kembali mengadap belakang tempat duduk orang dihadapannya. Situasi yang tidak langsung terlintas difikirannya. Apatah lagi akan dilalui di dalam bas.

'Dugaan apa pulak ni.. Aku tak sedia nak balas apa. Aku sendiri tak tahu apa perasaan yang aku rasa. Tiba-tiba je mamat ni buat pengakuan luar alam. Siapa nak tolong aku jawab ini,'

Lama Nur berperang dengan diri sendiri. Di kerling jam tangan. Jam 12 malam. boleh catat sejarah peribadi ni. Pengakuan cinta pertama oleh Azim.

Nak balas ke tak nak balas ni?

Suka?

Cinta?

Entahlah, dia sendiri pun keliru. Bukannya pernah alami situasi macam ni. Nak kata dia tak suka, suka je si Azim ni. Nak kata cinta? Wow.. tak sampai tahap tu lagi darjah rasa dalam hati ni. Lagipun kenal tak sampai setahun.

"Nur?" panggil Azim lembut dan romantik.

Berdiri bulu roma Nur. Badannya dijauhkan sehingga rapat ke dinding bas.

Umi...tolong adik! Hati Nur sudah meraung.

Nur tak tenang duduk. Rasa ingin menghalimunkan diri sendiri. Biar Azim tak nampak dia. Biar dia tak dengar pengakuan Azim tadi.

"Nur... Saya sayang awak. Kali pertama saya nampak awak, hati saya terus kata awaklah cinta pertama dan terakhir saya. Awaklah yang akan saya jadikan isteri suatu hari nanti."

Wajah Nur semakin merah. Dia tidak sanggup lagi memandang wajah Azim yang redup. Berdiri bulu romanya.

Lambat lagi ke nak sampai ni? Aku tak sanggup dah. Nak sampai cepat! rintihnya.

Hati Nur makin resah. Azim pula macamlah tempat duduknya sempit sangat sehingga menghimpitnya ke dinding bas. Sesak nafas.

"Erk... Azim.."

"Ya sayang."

Gulp.. Kesat.

Giless.., terlebih makan gula ke Azim malam ni.

Mata Azim redup memandang wajahnya sehinggakan dia hampir tidak merasa apa. Kebas.

"Boleh tak kau jauh sikit. Aku tak selesa, susah nak bernafas." Senafas Nur tuturkan. Lama-lama duduk serapat begini boleh mati sesak nafas.

" Opps. Maaf sayang." Sengih Azim. Kepala tidak gatal digaru. Dia berganjak membetulkan duduknya. Tidak sedar dia rupanya hampir menghimpit Nur. Teruja dapat peluang duduk rapat dengan pujaan hati, dia hampir gagal mengawal gelora rindunya. Ini saat yang dinantikan.

****

“Kau tunggu apa lagi? baliklah dulu. Angah aku dah nak sampai ni.” Nur cuba halau Azim balik. Tapi lelaki itu tetap tidak mahu berganjak dari sisinya. Masih lagi berwajah tenang dan senyuman kacak.

Huh.. Aku tak hairan pun. Makin menyampah pulak tengok muka lagak macho Azim tu. tak faham bahasa rupanya mamat ni. Patutlah orang buat tak layan pun, datang jugak menyendeng. Angah ni pun satu. Orang dah whatapps sebelum nak sampai lagi, pukul 7 pun tak nampak batang hidung dia. Memang nak kenalah!

“Tak apa, saya tunggu. Lagipun risaulah awak sorang kat sini.”

“Kau ni buta ke apa? Bukan aku sorang, ramai lagilah. Tu.. tu... bukan manusia ke?” rimas dan geram. Nur dah tak jaga bahasa lagi dah. Lantak kaulah.

Tangan kanan Azim naik usap kepalanya. Bibirnya tetap koyak senyum. Tak terasa pun. Hati rasa sayang nak tinggalkan Nur sendiri. Lagipun inilah peluangnya untuk berkenalan dengan angah Nur, mana tahu boleh kamceng nanti.

Melihat riak bersahaja dan tidak ada tanda mahu bergerak pergi, Nur mendengus geram. ‘Suka hati kaulah Azim. Ada aku kesah kau teman ke tak.’

Nur belek telefon pintarnya mencari nombor angah buat sekian kalinya. Dua kali telefon tadi jawapannya tetap sama, “on the way. Kejap lagi sampai.” Kejap apa kalau dah dekat setengah jam dia tercongok kat sini. Melampaulah angah ni! Tak pernah datang cepat.

Azim pandang wajah masam dan tidak puashati Nur. Masih lagi manis di matanya. Mana ada tak cantik kalau hati dah sayangkan. Yang busuk pun dikatakan berbau wangi. Yang buruk pun dikatakan baik sahaja. Dia perasan Nur menjelingnya. Namun tidak dilarikan renungannya. Nak buat bekal dua tiga hari nanti. Dia sengih bila Nur memalingkan wajahnya. Tak kesah pun. Dia yakin Nur akan jatuh hati juga nanti.



“Assalamualaikum.. adik.”
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Isnin, 19 Mac 2018

Bab 5 Cinta Si Adik Manja


"Kau orang ni kalau tak mengumpat pasal aku, memang tak boleh hidup aman ke?" tempelak Fatihah. Ditanggalkan kasut, bersepah di tepi pintu. Kemudian dilemparkan pula begnya di atas katil. Panas hati. Tadi sempat dia mencuri dengar mereka mengutuknya. Memang pun dia cemburu dengan Nur. Tanpa sebarang usaha, Nur senang memenangi hati orang, termasuk Azim. Bencinya semakin mendalam.

Nur dan Intan saling berpandangan. Mengumpat ke? Mana ada?

Fatihah ni cantik orangnya. Tinggi lampai dan berwajah peranakan mamak. Sebab itulah dia di antara pelajar yang agak menonjol dan sering menjadi perhatian pelajar lelaki. Manakala Intan pula bertubuh agak montel dan berwajah keanakan. Dia pula sederhana tinggi dan berwajah melayu asli. Ramai yang cakap wajahnya sejuk mata yang memandang. Tapi dia tidak ambil kisah sangat. Lagipun dia bukanlah seorang yang peramah dan agak pendiam sedikit. Itu tanggapan orang apabila kali pertama bersua, padahal dia juga seorang yang boleh tahan peramahnya.

Intan juling mata ke atas. Dia mengumpat pasal orang tak apa pulak. Sekali terkena, terus meroyan? Nur sengih. Intan agak tidak sebulu dengan Fatihah dan selalu mengajuk perbuatannya. Intan cakap Fatihah ni perasan cantik. Perasan dia ratu di sini dan semua orang kena sukakannya. Lain pula apa yang dia fikir. Sikap Fatihah ni lebih kurang sama dengan sikapnya. Tetapi sikapnya hanya menonjol apabila bersama dengan ahli keluarganya dan juga kawan-kawan baik sahaja. Lagipun memang mereka faham sangat, dia anak merangkap adik bongsu yang dimanjakan.

"Kau dah telefon abah?" tiba-tiba Fatihah menyoal.

Nur pandang pelik.

"Sudah. Siap pesan pada umi lagi pagi esok buat sambal mangga dan kerabu terung aku nak ratah." Dijawab juga. Dia sudah terbayangkan keenakan makanan tersebut. Sambal mangga dan kerabu terung ni sangat istimewa. Hanya umi yang tahu menyediakannya.

"Sambal mangga aku pernah dengar, kerabu terung tak pernah dengar, apa lagi rasa. Apa bahan-bahannya?” Intan ingin tahu. Bab-bab makanan ni serah padanya. Bukan saja suka makan, malah Intan juga suka masak. Setiap kali balik rumah, ada saja makanan yang dibawa untuk dijamu kepada rakan sebilik.

Ngeh... Ngeh... Nur sengih. Bab masak ni memang dia tak tahu. Umi pun tak ada paksa dia masuk dapur. Dipanggil masuk pun untuk makan sahaja. Peristiwa dapur hampir terbakar gara-gara umi minta tolong tengokkan ikan dalam kuali menyebabkan dia takut dapur gas. Jadi sampai ke hari ini dia tak pandai masak.

"Aku reti makan je, masak tak tahu,"akui Nur.

"Takkanlah kau tak pernah tengok umi masak, belajar sikit-sikit pasal kerja-kerja di dapur?" Fatihah pula menyoal dengan nada sinis. Siap dengan mimik muka meluat. Walaupun Nur baik dan tidak pernah menyakitinya dengan kata-kata sinis, tapi dia menyampah. Sentiasa merasakan sikap Nur yang lembut itu dibuat-buat. Kemesraan berbual-bual dengan orang tuanya terasa menjengkelkan. Seolah-olah ingin menunjuk-nunjuk bahawa dialah anak yang paling disayangi.

“Aku pernah tolong umi masak ketika umur 13 tahun. Dan dapur terbakar. Jika abah tak bertindak cepat, confirm rumah dah hangus terbakar. Sejak itu umi dan abah tak kasi aku masak.”

“Haaa?” keduanya terkejut.

“Biar betul kau ni? Sampai nak terbakar rumah.” Intan hampir melompat.

Nur sengih malu.

“Aku dengan masak ni mana serasi. Aku dengan makan je, okey.” Nur naikkan dua batang jarinya, simbol keamanan.

Fatihah mencemik. “Alasan. Baik kau jadi tomboy!” cemuhnya.

“Jadi kau tak pernah cuba memasak selepas itu?” Intan jeling Fatihah sebelum pandang Nur.

“Ada. Masak air. Masak nasi aku pandailah.” Nur ketawa. Teringat bila dia cuba tolong umi mengacau gulai di atas dapur, cepat umi tegur, tak payah.

“Teringin jugak nak masak. Tapi buka dapur gas pun aku takut.”

“Parah kau ni.”

“Nanti kahwin, hari-harilah makan kedai nanti. Tak kuasa laki kau nak layan kerenah mengada kau tu. mesti cari lain,” bisanya kata-kata yang keluar dari mulut Fatihah. Siap dengan memek muka mencemik lagi.

“Tak kisah. Kalau dia sayang dan cintakan aku. Tentu dia sanggup terima kekurangan aku ni. Bukannya aku akan paksa dia kahwin pun nanti.” Nur tak mahu kalah. Buat apa nak fikir pasal kahwin lagi. Nanti sampai masa pandai-pandailah dia nak bagi suaminya makan.

“Lelaki ni sebelum dapat memanglah cinta mati. Semua nampak baik dan manis. Tapi bila dah hidup sebilik dan tidur sebantal, semua yang buruk-buruk saja yang dinampaknya nanti.” Fatihah tak mahu kalah.

"Lambat lagi cerita pasal nikah ni. Tunggu aku habis belajar dulu."

"Manalah tahu, kau juga yang cakapkan, abah kau lebih suka anak-anak gadisnya nikah ketika belajar. Baru senang hati nak lepas belajar jauh."

"Kak long dan kak chik aku tu gatal. Masa belajar sudah sibuk bercinta. Sebab itulah abah nikahkan mereka awal-awal."

Rasanya dia terkecuali kot. Sebabnya sehingga kini dia tidak pernah bercinta. Cuma hatinya kadang kala terasa merindui seseorang. Puas juga dia mencari siapa yang membuatkan hatinya rindu, namun gagal.

"Tu kau yang cakap, bukan abah kau."

"Aku rasa kau pun senasib macam kak long dan kak chik kau tu jugaklah. Kena kahwin awal," ramal Fatihah.

Nur terdiam. Hatinya mula termakan kata-kata Fatihah itu. Masuk akal juga. Lagipun abah ni over protective sikit, takut perkara buruk terjadi pada anak daranya jika tak ada orang tengok-tengokkan.

Manakala Fatihah tersenyum dalam hati. Mengharu birukan hati Nur memberikan kepuasan padanya. Biar dia risau. Asyik senyum dan ketawa, meluat aku, bisik hati jahatnya.

Intan yang senyap sejak tadi mula bersuara semula. "Kau tak payah fikirkan sangat Nur. Takkanlah abah kau senang-senang nak lepaskan anak dara bongsunya awal-awal. Mesti kau terkecuali ni."

Nur senyum nipis. Mungkin juga. Takkanlah abah sanggup buat macam tu. Dia kan anak kesayangan abah.

*****


"Assalamualaikum...." Dan bibirnya terus tersenyum menyapa.

Angah berpaling. Senyumannya melebar.

"Walaikumussalam. Bila kau sampai?” Tujuh tahun berlalu. Fizikal mereka banyak berubah. Dari badan sekeping, jadi tegap dan sado. Wajah pula semakin semakin matang. Sesuai dengan usia mereka yang dah menjangkau 26 tahun.

“Tengah malam tadi,” jawab Hisyam.

Dia pandang angah yang membongkokkan tubuhnya, tangan bertongkat di lutut. Nafas termengah-mengah. Muka angah merah. Seketika kemudian dia membuat senaman ringan sebelum menarik nafas panjang.

“Awal kau keluar ambil angin. Tak tidur ke?”

Hisyam sengih. Sebab rindukan suasana kampung yang telah lama ditinggalkan, selepas subuh tadi dia terus turun berjalan. Banyak yang berubah tapi setiap sudut kampung ini ada memorinya yang tersendiri. Istimewa dan akan kekal sebagai kenangan indah di hatinya.

“Ambil udara segar kampung, selepas subuh tadi, mata aku ni terus celik. Jetlag. Rindu nak tengok kampung,” jawab Hisyam. lebih rindu dengan kenangan bersama adik dulu.

“Aku ingatkan kau dah lupakan kampung halaman,” sindir angah. Dia kemudian sengih.

“Mana boleh lupa. Tempat lahir dan besar aku ni. Rindu tak pernah surut pun.” Perlahan suara Hisyam menjawab. Ada rasa bersalah di dalam nadanya. Sebab tidak pernah cuba berhubung dengan angah., padahal mereka ni berkawan baik sejak kecil lagi. Hanya sekali saja dia membalas email angah yang memberitahu tentang adiknya demam rindu. Itu pun ringkas sangat. Dia tahu angah marahkannya. Tapi tangannya terikat janji.

“Baguslah kalau ingat. Bukan lupa macam janji kau dengan adik aku dulu,” sinis angah.

Hisyam diam. Dia pandang jauh ke tengah laut. Bibirnya senyum nipis. Tahu yang angah tidak berpuas hati dengan sikapnya itu. Namun belum masanya lagi dia menjelaskannya.

“Adik demam terus selepas kau pergi. Berminggu-minggu jugak. Mujurlah ada jubah yang kau tinggal, jadi ubat demam dia.”

Hisyam diam. Dia tahu. Bahkan dia juga turut demam rindu.

Sikap diam Hisyam menyebalkan hati angah. Geram hatinya. “ Kenapa kau berjanji tapi tak tunaikan janji itu? Adik aku setiap hari tunggu kau telefon? Patutnya kau tak berjanji kalau tak boleh tunaikan janji tu. Jangan biar orang tunggu. Lebih-lebih lagi budak manja macam adik aku tu.”

Hisyam tarik nafas. Baru berjumpa setelah tujuh tahun, angah dah luahkan perasaan tidak puashatinya. Dia pula tidak ada kata mampu mempertahankan diri sendiri. Salahnya. Memang dia akui. Tapi jika ini untuk menjaga hati orang tua, dia sanggup makan hati.

“Aku tahu. Tapi apa yang dah berlaku aku tak boleh nak putar semula. Aku pun berada di dalam keadaan serba salah.” Hisyam masih ingat apa yang terjadi dulu. Seminggu dia demam nak sesuaikan diri. Dalam masa yang sama mendapat khabar, Nur pun demam. Dia teringatkan jubahnya yang tersangkut di dalam bilik tidurnya, lantas dihubungi maknya di kampung.

“Kenapa tak telefon? Itu saja aku nak tahu alasannya. Ataupun sekurang-kurangnya telefon aku.”



“Nanti kau akan tahu juga. Yang pasti, aku tak pernah lupakan adik. Dia sentiasa ada di dalam hati aku,” ujar Hisyam penuh makna.
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Bab 4 Cinta Si Adik Manja

“Nur tunggu...”

“Nur..”

Terdengar namanya dipanggil, Nur menoleh ke belakang.

Azim tersenyum lebar. Dia melangkah cepat mendekati gadis pujaannya. Nasib baik sempat mengejar. Susah betul nak bercakap dengan gadis ini. Whatapps pun jarang-jarang dapat balasan. Membuatkan hatinya semakin penasaran. Penangan cinta pandang pertama.

“Ada apa?” Nur kerling jam di pergelangan tangannya. Lagi setengah jam pukul 2 petang. Dia ingin cepat-cepat sampai ke bilik dan berkemas. Tak sabar nak balik kampung. Mamat ni pula ajak bual. Tahu tak masa itu emas, sekarang!

“Rindu!”

Bulat mata Nur pandang wajah Azim di depannya. Serta merta wajahnya merah. Dasar buaya darat. Tak pernah malu nak meluahkan rasa. Bermulut manis sentiasa, bebel hatinya.

“Dah gugur rindukan? Aku nak balik.” Nur pusing badan dan kembali melangkah. Dia tak ingin berlama. Terasa aura panas Azim membakar hatinya. Sedangkan dia berusaha membekukan hatinya. Tidak ingin cair sebelum tiba masanya.

“Eh nanti dululah. Aku ada lagi benda nak cakap dengan kau ni. Tu baru intro,” halang Azim. Bukan senang nak jumpa. Jadi tak semudah itu dia akan lepaskan si manis ini. yang siang malam mengacau hidupnya. Bukan senang juga dia nak jatuh cinta. Jadi sekali jatuh cinta, dia akan pastikan cintanya terbalas. Ini bukan cinta monyet tapi cinta pandang pertama.

“Kau ni setiap kali jumpa aku, memang ada je benda nak cakap,” perli Nur.

Azim sengih dan garu kepala. Memang betul pun. Sebab setiap kali berdepan dengan Nur, secara spontan dia jadi terlebih peramah. Ada saja benda nak dibualkan.

“Apa dia? Cakaplah cepat. Aku nak balik kemas baju. Pukul 5 nanti nak gerak dah.”

“Ok.. kalau macam tu kita keluar sama-samalah. Aku pun naik bas malam ni jugak.” Kesempatan ini tidak akan dilepaskan. Peluang untuk berduaan dengan Nur perlu direbut.

‘Bas yang sama dengan kau. Duduk sebelah lagi..’ sambung Azim dalam hati. Itu kejutannya pada Nur. Dia pasti Nur mesti suka.

Nur geleng kepala. Dia tengok wajah Azim. Nak tolak tak sampai hati. Lagipun renungan Azim boleh mencairkan hatinya bekunya.

“Sukahati kaulah...” balas Nur. Dia segera melangkah meninggalkan Azim. Azim tidak lagi mengejar Nur. Sebaliknya dia juga kembali ke bloknya untuk berkemas dengan senyuman lebar.

Dan tanpa disedari ada sepasang mata memandang dengan penuh cemburu.

****

Nur melangkah masuk ke dalam bilik yang dikongsi dengan Fatihah dan Intan. Intan ada dalam bilik. Sengih-sengih seperti kerang busuk apabila melihatnya masuk. Dahi Nur berkerut, kening dijungkit tinggi.

“Apa?” hati digaru nak tahu. Lain macam je senyuman Intan tu.

Sengihan Intan makin lebar. Muka blur Nur membuatkan dia ingin ketawa. Nur cantik dan manis. Sebab itulah tanpa Nur tahu, dia menjadi perhatian mata pelajar lelaki di kolej ini. Intan geleng kepala. Tak faham kadang kala dengan sikap Nur ni. Ada tika dia banyak cakap. Ada tika juga dia jadi pendiam. Manja dan menggetis bila bercakap dengan orang tua dan adik beradiknya di telefon. Ada juga dia melihat Nur termenung jauh seolah-olah sedang merindui seseorang. Nak kata perahsia sangat tak juga, tapi ada sebahagian dari dirinya yang dia tak tahu dan mungkin tak mahu orang lain tahu.

“Tadi Azim kejar kau kan?”

Nur angkat bahu. Dia tarik keluar beg pakaiannya. Mana pakaian yang ingin dibawa balik, sudah siap-siap dilipat dan diletakkan di atas katil.

“Entah.. Aku dengar dia panggil nama aku je. Tak tahu pulak dia kejar,”jawab Nur lurus. Kemudian dia sengih.

“Dia kejar ke tadi?”

Intan ketawa, geleng kepala.

“Dia kejar kau tadi.. Macam cerita hindustan pulak. Semua orang pandang. Dia panggil kau kuat gilerr,” beritahu Intan. Dia ada depan sikit dari Nur tadi. Memang kuat suara Azim memanggil Nur.

Wajah Nur membera merah. Malunya. Mesti akan jadi gossip hangat nanti.

“Betul ke ni?” Tak percaya. Sebab rasa tak kuat sangat suara Azim tadi. Tapi betul ke? Kot-kot dia yang terlebih melayan perasaan sampai tak dengar.

“Betullah. Semua orang pandang korang tadi. Kau tu yang tak perasan. Sokmo gitu.” Terhenti tangan Nur yang sedang memasukkan pakaiannya ke dalam beg. Dia pandang Intan yang senyum lebar.

“Malunya aku,” desisnya. Nur hempas punggung atas katil. Dia raup mukanya. Masih terasa bahang panas wajahnya. Aduh.. memang jadi drama betullah. Hati yang suka semakin turun darjah kesukaannya. Macam budak-budak!

“Tapi dia cool kan? Langsung tak malu tunjuk dia sukakan kau,” puji Intan.

Nur mencebik.

“Cool lah sangat.”

“Aku rasa mesti ramai peminat Azim cemburukan kau. Azim dahlah hensem. MPP pulak tu,” sambung Intan lagi. Azim dan Nur sepadan sangat.

Nur pandang Intan. Ayat ramai peminat cemburu itu membuatkan dia terfikir sesuatu. Seminggu dua ni rasa macam ada orang perhati. Ada yang senyum sinis padanya. Kerana hal inikah?

“Patutlah..” dia pandang Intan.

“Patut apa? Intan pula tertanya-tanya.

“Patutlah aku rasa makin ramai yang cakap laser dengan aku. Jeling aku.”

Intan geleng kepala, “laa kau baru perasan ke? Kawan kau sendiri pun makin kuat melaser kau,” sindir Intan

Bulat mata Nur memandang Intan. “Ma.. makssud kau? Tihah?”

Laju Intan angguk.

“Dia tu die hard fan si Azim. Dan Si Azim pulak tersuka kat kau. Mana tak laser minah tu.”

“Aku tak tahu pun.”

“Kau tu, bukannya ambil kisah keadaan sekeliling. Kau duduk dalam dunia kau je. Sebab tulah kau tak tahu.”

“Habis tu macam mana ni?” Nur gigit bibirnya. Tak sangka pulak jadi macam ni.

“Macam mana apa? Buat tak tahu je,” jawab Intan. Fatihah tu jangan dilayan sangat. Mentang-mentanglah dia tu cantik, ingat yang kurang sikit cantik ni tak ada tarikan tersendiri ke? Lebih-lebih lagi Nur. Bukan tak cantik, malah sepuluh kali lebih cantik dari Tihah tu. Cumanya, Nur bukan jenis suka menonjolkan diri.

“Intan! Aku tak nak lah Si Tihah tu buat aku musuh. Bukannya aku yang kejar Azim. Tapi dia. Lagi satu aku bukannya sukakan Azim pun!”

“Tu laa aku kata, kau buat tak tahu je. Lagipun kau bukannya boleh halang Azim tu sukakan kau. Biarkan. Lama-lama nanti okey lah tu.”

Jeda. Nur mengeluh. Spontan jarinya memusing-musing cincin di jari manisnya. Sudah macam tabiat. Hati tak tenang, cincin itu yang jadi mangsa.

“Betul ke kau tak sukakan Azim tu?” Intan pandang Nur. Dia inginkan kepastian. Iyalah siapa yang tak suka Azim tu, kacak dan pintar lagi. Bonus, anak dato’. Ayah dia pegawai kanan kerajaan. Wajah Nur berubah mendengar soalannya.

Nur angkat bahu. Tak tahu sebab hatinya sedang rindukan orang jauh. Sakitnya rindu itu membuatkan dia tak mampu menemui rasa lain di hatinya. Berdebar juga ingatkan dia yang mungkin telah berada di kampung. Serta merta benci pula ambil alih. Bermacam cuaca di dalam hatinya kini.

“Entah. Suka tu macam mana? Aku tak tahu apa rasanya.” Nur jawab mudah. Malas nak fikir. Buat hatinya berdenyut sakit dek ingatkan lelaki itu.

“Laa kau ni...Dengar ni aku nak jelaskan..” beriya-iya Intan nak cakap. Siap lagi duduk bersila di atas katil Nur, sebelah beg pakaian.

“Kau rasa kau suka dia bila dalam sehari kau tak tengok dia, kau rasa rindu. Macam dah lama sangat tak jumpa dia. Bila tengok dia, kau akan rasa ada rama-rama berterbangan dalam hati kau. Dan tanpa kau sedar, bibir kau akan tersenyum. Hati kau berdebar-debar. Dan kalau boleh kau nak jumpa dia selalu. Nak selalu berada berdekatan dengannya. Itu rasanya.Ada kau rasa macam tu?”

Nur sengih tayang gigi yang tersusun cantik. Dia berfikir sejenak.

“Berdebar tu ada sikit. Tapi lebih kurang macam terkejut je. Lebih terkejut bila kau cerita pasal Tihah die hard fan dia. Tak de pulak aku ingatkan rasa rama-rama berterbangan dalam hati.”

“Azim yang hensem dan kacak tu pun kau tak suka?” Intan tak percaya. Nur ni memang hati beku sungguh. Tak tahulah macam mana taste dia lagi.

“Alah.. bukan dia seoranglah yang kacak kat kolej ni. Si Tajul Ariff tu pun kacak jugak. Presiden MPP lagi tu,” cebik Nur.

"Cumanya... Aku rasa berdebar lain macam nak balik kampung ni. Teruja nak balik tapi dalam masa yang sama aku rasa takut pulak," luah Nur tanpa sedar.

Itulah yang dirasai sejak dua tiga hari ni. telefon abah sudah. berborak dengan kak chik sudah. Tapi rasa yang dirasai ini tidak hilang. Makin bertambah kuat debarannya.

"Mainan perasaan kau je tu. tahu dah kau tu. rindu kampung macam bertahun tak balik. Padahal baru bulan lepas balik,” sindir Intan. Homesickness Nur ni tak pernah hilang.

"Sudahlah Nur. Cepat berkemas. nanti takut tak sempat nak kejar bas pulak."

Nur angguk. Dia sengih. Rindu di dada semakin sakit rasanya.



Tiba-tiba terdengar pintu ditolak kuat. Muncul Fatihah dengan wajah mencuka.

Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Ahad, 18 Mac 2018

Bab 2 : Cinta Si Adik Manja


Cerita lama diberi nafas baru.. Harap lebih menghiburkan...




Geng gadis pingitan Kg Berangan

Nisa

Hensem tak Abang Syam?

Siti is typing..

Nur jeling whatapps tanpa rasa mahu membalas. Wajah itu yang selalu dielakkan dilihat. Tapi Nisa makin galak pula berkongsi gambar abangnya. Nak tegur tapi apa alasan dia? Biarpun bertahun-tahun berlalu, sakit di hatinya masih berdenyut tatkala kawan-kawannya rancak bersembang tentang lelaki itu.

Siti

Hensemnya Abang Syam.. melting. Bila dia nak balik Nisa?

Aini

Kan? kacak betul. Macam pak arab dah pulak. Eh.. macam model yang aku tengah skodeng dalam IG ni taylor philips.. My hero.. Sure boleh cair hati aku ni.

Nisa

Selasa ni. Aku pun tak sabar nak tunggu abang aku tu. 7 tahun tak jumpa. Rindu giler kat gurauan dia. Aku dah cakap, tak beli hadiah harijadi aku untuk 7 tahun ni, aku boikot. Hahaha..


Nur diam membaca tanpa mencelah. Bila topik Abang Nisa ni, dia selalu out of zone. Menyampah tapi nak juga baca. Benci tapi curi-curi tengok juga. Walaupun selepas itu dia dengan geramnya padam segala gambar lelaki itu. Munafik. Mungkir janji. Entah-entah sekarang dah kahwin dan beranak pinak, sebab itulah tak hairan langsung kat budak hingusan ini! Dia bencikan Hisyam!

Nisa is typing...

Misah

Abang Syam tak de mak we lagi kan? Aku ingat nak masuk nama sebagai calon mak we dialah..

Nisa

Dia dah ada calonlah. Bakal kakak ipar aku tu cantik sangat. Jangan nak berangan jadi kakak ipar aku ya ;P


Wajah Nur pucat! Bait-bait kata Nisa itu bagaikan menikam hatinya, bertubi-tubi. ‘Apasal aku rasa sakit sangat!’ Matanya hangat. Telefon pintarnya diletak atas meja. Suasana dalam perpustakaan tenang. Semua yang berada di sini fokus menelaah. Dikerdipkan mata beberapa kali. Mahu mencari ketenangan diri yang tercalar. Buku rujukan kimia di atas meja di depannya ditatap sepintas lalu. Hatinya tawar untuk terus mengulangkaji.

Abang Hisyam nak balik

Abang Hisyam dah ada tunang cantik, lawa.

Abang Hisyam dah nak kahwin.

Berulangkali kata-kata itu berlegar di dalam kepalanya. Nur gigit bibir bawahnya, menahan rasa sakit.

Abang Hisyam penipu!

Abang Hisyam munafik

Tak padan belajar kat Mesir tapi pemunafik besar! Jerit batinnya.

Notifikasi whatapps di dalam group terus berbunyi. Dia tahu kawan-kawannya hangat bercakap pasal Hisyam. Dia tak mahu baca lagi. Sakit di hatinya semakin parah. Tapi dia tidak tahu hendak diluahkan pada siapa. Sudah tentu bukan kepada Nisa mahupun kawan-kawan yang lain. Mereka tidak boleh tahu rahsia hatinya yang satu itu.

“Hey Nur, kau okey?” cuitan dan teguran lembut di belakangnya membuatkan dia mendiamkan diri. Cuba mengumpul ketenangan diri. Tisu pantas diambil, wajah dikesat.

Pemilik suara tadi bergerak ke sisi. Kerusi di sebelah di tarik perlahan sebelum melabuhkan punggung. Senyuman kacak menghiasi wajah Azim. Tapi dahinya berkerut apabila melihat wajah sedih Nur.

“Kau kenapa?” dia ingin tahu.

Nur gerakkan kepalanya ke kiri ke kanan. Bibir kuntum senyum tawar. “ Tak ada apalah. Mata aku masuk habuk.”

“Bila kau datang?” soalnya berbasa basi. Kalau boleh ketika ini, dia tidak mahu ada orang mendekatinya. Tapi Nur juga tahu Azim bukan orang yang suka dengan perkataan tidak atau tak boleh. Azim memang seorang yang tak reti bahasa. Dia buat tak layan pun Azim akan tetap datang menempel dekatnya. Sudah tidak mampu dihalau, jadi dibiarkan saja. Lama-kelamaan mereka mula berkawan. Azim ni okey jadi kawan. Tapi yang tak okey, dia jadi mangsa jelingan orang.

“Dah lama. Aku ada discussion dengan group tutor aku.” Azim terus mengamati wajah Nur. Wajah pertama yang dipandang ketika mendaftar kolej. Terus melekat di hatinya. Dia tahu Nur berbohong. Mata masuk habuk, alasan lapuklah. Budak kecik pun pun tahu.

Nur angguk. “Dah habis ke belum kau datang kacau aku ni,” soalnya.

“Take 5 minute break . Kau sorang? Mana Intan dan Fatihah?” mata Azim mencari mereka.

“Entah. Kat bilik kot.” Nur angkat bahu. Selepas habis kuliah tadi dia terus ke mari. Ingatkan nak selesaikan assignment kimia yang pensyarah berikan. Walaupun tarikh hantarnya selepas cuti semester nanti, namun bagi dia semua kerja perlu diselesaikan sebelum cuti. Barulah boleh bercuti dengan tenang hati. Tapi bila baca whatapps group tadi, dia tahu hatinya tidak akan tenang dalam cuti dua minggu nanti.

Azim angguk. Wajah Nur ditatap lembut. Manakala Nur pula tunduk. Adakalanya dia sengaja melarikan anak matanya melihat sekitar. Tidak mahu bertentang mata dengan Azim. Kali ini dia segan. Dia tahu Azim tahu dia berbohong.

“Lima minit kau dah tamat. Baik kau pergi,” usir Nur.

Azim sengih. dia garu kepala. Ralit tadi dia merenung wajah comel di depannya.

“Balik nanti saing sama,” ajaknya.

Nur geleng. “Mesti kau lambat habis lagikan. Malas aku nak tunggu. Kejap lagi aku nak balik dah.”

Azim angguk hampa. “Malam nanti kita makan sama-sama nak? Aku belanja,” ajaknya pula.

Nur pantas geleng kepala. “ Aku tak makan malam. Biasanya aku makan sebelum pukul 7.” Nur memberi alasan.

“Tak apalah. Aku tunggu kau dekat kafe pukul 7,” balas Azim, tak putus asa,

“Balik ni aku beli makan siap-siap. Makan dengan Intan dalam bilik. Lainkalilah.” Nur tetap menolak.

Azim hampa. “Okeylah. Lainkali,” balasnya perlahan. Tak apa. Masih ada beberapa bulan lagi sebelum mereka habis belajar. Ada banyak masa lagi nak memikat hati Nur, bisik Azim kepada dirinya sendiri.

“Azim, cepat wei. Sudah-sudahlah tu jual minyak. Banyak lagi tak diskus ni,” Aulia datang mencelah, salah seorang ahli group tutorial Azim datang menegur. Barangkali bosan menunggu Azim yang menempel di sisinya.

Azim bangun. “Malam nanti aku whatapps kau ek.”

Nur angguk. Aulia pula memberikannya jelingan. Bukannya dia yang nak Azim tu menempel di situ.

*****

“Macam mana bang? Apa kata Hisyam?” segera Ainul Mardihah bertanya apabila melihat suaminya di depan pintu.

Azrul mengeluh. Ainul segera berganjak ke tepi memberi ruang untuk suaminya melangkah masuk. Terdengar suara kakak iparnya menegur abangnya, Ayuni keluar dari biliknya. Terus dia menghampiri Azrul, dadanya berdebar hebat bersama dengan harapan setinggi gunung. Siang malam dia berdoa agar jodohnya bersama Hisyam. Harapnya kali ini impiannya akan menjadi kenyataan.

Azrul menapak ke kerusi. Dihempaskan tubuhnya di situ. Dia pandang isteri dan adiknya. Mereka memandangnya dengan penuh harapan. Hatinya diburu rasa bersalah. Salahnya yang silap perhitungan. Kini Ayuni yang menerima akibatnya. Kalaulah dia tidak bersikap terburu-buru, tentu sekali Ayuni tak kecewa.

“Ambil abang segelas air masak, Ayu,” perintahnya. Ayuni menurut walaupun hatinya tak sabar ingin tahu.

“Apa kata Hisyam, bang?” Ainul Mardihah menyoal lagi.

Azrul menyelesakan duduknya. Kepalanya bergerak kiri kanan. Ainul Mardihah terdiam. Sudah diagak jawapannya, namun hati masih juga mahu menaruh harapan. Kasihan Ayu. Dia diam.

“Air abang,” Ayuni hulurkan gelas air berisi air suam kepada abangnya. Dia ambil tempat di depan abangnya. Sedia menadah telinga mendengar jawapan terbaru Hisyam.

Azrul pandang isterinya, lama. Dia mencari kekuatan untuk berterus terang. Ainul Mardihah mengerdipkan mata, memberi isyarat supaya meneruskannya.

“Abang minta maaf Ayu. Semua ini salah abang. Kalaulah abang siasat dulu bukan buat tanggapan, tentu tak jadi macam ni...” Azrul tarik nafas. Dia pandang adiknya yang sudah tundukkan kepala, sedang meramas tangan sendiri.

Ainul berkalih tempat. Duduk di sisi Ayuni.

“Abang Hisyam cakap apa?” bibir Ayuni bergetar.

Azrul tenung wajah Ayuni seketika. “ Dia dah ada tunang di kampung. Bertunang sebelum datang ke Mesir.”

Dia tahu itu. Ayuni pandang lagi abangnya. Dia tidak ada masalah tentang itu. Dia sanggup terima tunang Hisyam sebagai madunya, asalkan dia jadi isteri pertama. Sungguh dia tak kisah berkongsi Hisyam dengan perempuan lain.

“Hisyam menolak cadangan itu, Ayu. Kata Hisyam, dia hanya perlukan seorang isteri sahaja dalam hidupnya.”

Ayuni geleng kepala. Tidak mahu terima. Bodoh Hisyam ni. Ada perempuan sanggup jadi madu pun tak mahu. Dia ketap bibir. Matanya bergenang. Hatinya sakit. Sukar mahu terima penolakan itu.

“Ayu tahu dia tipu. Abang percaya dia dah bertunang?”

Azrul geleng kepala. Percaya atau tidak, itulah yang Hisyam jelaskan tadi. Jelas niatnya untuk menjodohkan Hisyam dengan adiknya, tidak diterima oleh lelaki itu.

“Dia dah menolak, Ayu. Tipu atau tidak, tak perlu dipersoalkan. Dia bukan jodoh Ayu.”

“Tidak!”

“Ayu yakin sangat dia jodoh Ayu. Berkali-kali Ayu solat istikharah, Ayu nampak dia.” Ayuni tidak segan lagi menangis.

“Sebab ketika Ayu solat istikharah itu, hati Ayu dah pilih dia. Hati Ayu dah penuh dengan wajah dia. Tak kena tu Ayu.”

Ayuni bingkas bangun, air matanya dikesat kasar. Dia melangkah ke biliknya. Pintu dihempas kuat. Hatinya bertekad. Hisyam tetap akan jadi suaminya!




Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Sabtu, 17 Mac 2018

Bab 1 Cinta Si Adik Manja


Note : Cerita lama diberi nafas baru.. Semoga lebih menarik dan terhibur pembacanya...


“Adik balik nanti, jangan bagitahu abah sakit.” Pesanan itu telah berkali-kali diulangi. Namun hati masih juga mahu pesan.

Dr Nur Hasni pandang abahnya. Dia geleng kepala. Asyik itulah yang abah ulang. Takut sangat si adik bongsunya tahu.

“Ya. Kami takkan bagitahu adik. Abah janganlah risau. Nanti BP naik lagi.”

Buat sekian kali, diulang lagi, jawapan yang sama untuk pesanan yang sama. Gamaknya abah masih tak percaya mereka tidak akan terlepas cakap. Risau abah kalau adik tahu yang dia sakit. Dia jeling angah yang sedang mengurut kaki abah. Sejak abah keluar hospital, inilah rutinnya setiap hari. Memantau tekanan darah dan kesihatan abah. Dia sanggup ambil cuti lama demi menumpukan perhatian merawat abah.

Angah sengih. tak kata apa. kalau dia jawap pun, jawapan yang sama juga. Bukan mereka tak tahu, abah susah hati takut adik tahu dia sakit. Abah dan adik sangat rapat. Sebab itulah abah tidak mahu adik tahu. Dia masih ingat lagi ketika abah terkena demam denggi. Ketika itu dia masih dalam tempoh housemanship di Hospital Sultanah Zainab 2. Adik sikit pun tidak mahu berganjak dari sisi abah. Sanggup menunggu abah di hospital. Itu baru demam. Kalaulah adik tahu abah terkena minor attack ni, terus mahu berhenti belajar, gamaknya.

“Kalau abah tak mahu adik tahu, kena dengar nasihat kak long. Makan kena pantang,” akhirnya angah mencelah. Sejak tadi, dia hanya menjadi pendengar. Bila abah diam buat tak dengar cakap kak long, dia pula sambung nasihat. Mengharap tak banyak, sedikit dari nasihat mereka abah akan dengar. Bukannya mereka tak tahu, abah ni keras hati, degil. Mana nak dengar cakap atau nasihat anak ni. Padahal apa yang mereka nasihatkan adalah untuk kesihatan abah juga. Supaya cepat sembuh.

“Aku tahulah! Tak payah nak ajar aku ni,” dengus abah. Tak suka dengar teguran satu-satunya anak lelakinya.

Angah pandang kak longnya, kan dah cakap? Itulah telepati ke dua beradik itu. Mulut tak bergerak tapi hati masing-masing sudah memahami apa yang mahu dikatakan. Angah angkat bahu. Perlahan kepalanya bergerak kiri dan kanan. Abah dalam sakit pun masih berdegil. Dia terus meneruskan kerjanya mengurut abah.

“Kau cuti berapa lama angah?” abah beralih topik. Teringatkan si bongsu yang akan pulang bercuti jumaat ini.

“Sebulan abah,” jawab Angah atau namanya Thaqif Iman. Anak ke dua dan satu-satunya anak lelaki yang Pak Teh ada.

Dia pandang anak lelakinya seketika, sebelum bersuara, “ jumaat depan adik balik. Nanti kau pergi ambil dia.”

“Baik,” balas angah sambil angguk. Tak suruh pun, memang dia akan ambil adik.

******

Hisyam menghela nafas. Sesekali ada rasa rindu singgah di hatinya. Tujuh tahun masa menjarakkan mereka. Wajah comel Nur, anak bongsu Pak Teh sentiasa bermain di mata hatinya. Selari dengan masa yang berlalu, Nur telah tumbuh menjadi seorang gadis pingitan yang cantik. Acapkali adiknya, Nisa berkongsi gambar Nur dengannya. Menatapi wajah itu, dia menjadi semakin rindu. Tidak mahu terus hanyut, gambar itu dipadamkan daripada telefon pintarnya. Bukan mahu menghilangkan rindu itu tapi mahu hati tidak terlampau hanyut di dalam gelora rindunya sendiri.

Matanya dipejam seketika, cuba dilupakan apa yang bergayutan di hati saat ini. Namun memori indah bersama Nur lewat tujuh tahun lepas terus berlegar-legar. Itulah yang menjadi ubat kala hatinya merindui kampung halaman. Rindu sentiasa sarat. Namun dek kerana janji, dia bertahan sehingga hari ini. Mindanya terus bekerja menyelak setiap kenangan lalu. Dia larut di dalam kenangan bersama Nur, tanpa sedar bibirnya menguntum senyum. Dia dan Nur mempunyai ikatan hati yang istimewa. Entah mengapa sejak dia terpandangkan wajah comel Nur yang berusia tiga bulan, hatinya terpaut kasih. Jadi setiap kali ada kesempatan, digunakan sebaiknya melayan Nur bermain. Mereka serasi bersama dan masanya banyak dihabiskan bersama Nur berbanding dengan Nisa, adiknya. Mujurlah Nisa tidak pernah cemburu walaupun adakalanya bermasam muka juga.

Setelah melanjutkan pelajaran, dia diserang demam rindu. Hampir-hampir saja dia mengalah dengan hatinya dan pulang ke kampung. Namun, dikuatkan semangat. Janji perlu dipegang. Amanah seorang bapa perlu ditunaikan. Jadi dikuatkan semangat, dia bangkit menentang rasa yang menggunung di hati. Demi masa depan. Demi kasihnya, dia terus berjuang menimba ilmu di sini.

Ralat dan terkilan. Ada rasa sukar dijelaskan. Namun Nur sentiasa ada di dalam setiap doanya. Kesejahteraan Nur selalu didoakan. Setiap kali rindu meresap di hatinya, dia bermunajat kepada Allah taala. Berserah diri kepada DIA agar hatinya redha dengan apa yang telah ditakdirkan untuknya

Diri Hisyam jauh terbang ke dalam kenangan silam.

Wajah Nur masam apabila tumpuannya membuat kerja sekolah diganggu. Setiap petang mereka akan menghabiskan masa bersama. Dia akan menemani Nur membuat kerja sekolah. Kadang kala angah datang mengacau adiknya.

"Abang Syam ni dah sewel agaknya, senyum sorang. Eeii... Tak nak kawan dengan Abang Syam lagi" Nur merajuk dengannya apabila dia tidak dapat menahan gelak. Geli hati melihat angah lari lintang pukang dikejar oleh Nur dengan sebatang ranting. Boleh tahan lajunya Nur berlari ketika itu.

'Nur... Nur ....' Makin hampir tarikh kepulangannya, makin rancak kenangan manis bermain di fikirannya.

Bibirnya tanpa sedar tersenyum manis.

Tok... Tok...

Bertebaran kenangan manisnya dibawa hembusan bayu dingin melalui jendela yang terbuka luas. Cuaca walaupun agak panas kebelakangan ini, namun sesekali hembusan bayu yang bertiup mendinginkan suasana. Menghalau jauh haba panas itu. Dia berpaling dan menuju ke pintu biliknya.

Sebaik sahaja pintu dibuka, terpacak tubuh sederhana milik Azrul, sahabatnya yang sama-sama berjuang menuntut ilmu di bumi anbiya ini.

"Assalamualaikum, Syam," sapa Azrul sambil menghulurkan tangan bersalaman. Mereka berpelukan seketika sebelum Hisyam mengajak Azrul masuk.

"Dah siap kemas?” soal Azrul berbasa basi.

Hisyam angguk. "Sudah. Semuanya aku dah hantar naik kargo semalam. Tinggal beg pakaian ni je.”

Azrul angguk. Sepintas lalu, matanya melihat sekeliling. Rumah sewa Hisyam sunyi. Rakan serumahnya tentu sedang mengikuti kuliah sekarang.

"Aku datang bawa hajat besar," lalu mata Azrul singgah di wajah Hisyam.

"Hajat apa?" Hisyam bertanya tenang.

Azrul pula berasa gementar di dalam hati. Mereka teman seperjuangan di sini. Banyak berkongsi susah senang di rantau orang. Dia yakin Hisyam adalah jodoh terbaik untuk adiknya. Kala dia meluahkan hasrat hati kepada adiknya, Ayuni tiada bantahan. Mujurlah kali ini pilihannya sama dengan pilihan hati Ayuni.

"Aku mahu meminang kau untuk adik aku," beritahu Azrul dalam senafas.

Hisyam angkat wajah. Matanya bertembung dengan mata Azrul. Ada harapan besar di dalam mata sahabatnya itu. Hisyam tarik nafas. Dia larikan matanya melihat sekitar ruang tamu rumahnya. Mencari kata yang terbaik untuk diberitahu supaya Azrul tidak tersinggung dengan penolakannya.

Dia ambil masa. Padahal jawapan di dalam hatinya telah ada sejak dulu. Bukan sekali, seorang wanita meluahkan perasaan melalui orang tengah. Bukan juga kali ini dia berdepan dengan hajat orang untuk membantunya membina masjid. Sedangkan di dalam hatinya telah terpasak satu nama, terpahat di situ sejak dulu. Sejak dia memahami erti kasih sayang.

"Aku tak perlukan jawapan itu sekarang. Ambil masa kau. Lakukan solat istikharah. Minta petunjuk dari Allah taala," ujar Azrul dengan penuh harapan. Dia harap sangat agar Hisyam menerima hasratnya kali ini.

"Aku sebenarnya telah bertunang sebelum sambung belajar ke sini."

Kenyataan itu mengejutkan Azrul. Tak mungkin. Tujuh tahun tempoh yang amat panjang untuk satu ikatan pertunangan. Dia tidak percaya.

"Syam, aku tak paksa kau terima lamaran aku ni. Tapi aku nak kau minta petunjuk dari Allah dulu. Aku yakin hati kau akan memilih adik aku. Dia sesuai jadi isteri kau. Aku yakin kau akan bahagia nanti," tekan Azrul. Dia amat berharap Hisyam jadi adik iparnya. Nanti mereka boleh sama-sama berjuang berdakwah.

Hisyam geleng kepala. Wajahnya tenang. Ditentang mata Azrul. Mereka mungkin sahabat baik. Berminat sama-sama mahu terus menebarkan ilmu yang ada di dalam dada mereka. Namun matlamat dan cita-cita mereka berbeza. Cara mereka berdakwah pun berbeza. Dia ada impian dan cita-cita lebih besar. Tidak mahu terikat dengan hanya satu jalan sahaja.

"Sejak dulu hati aku telah memilih tunang aku tu Rul. Lagipun aku kena pegang pada janji dengan orang tuanya," tegasnya. Janji yang diikat bukan untuk dimungkiri biarpun dia terpaksa memungkiri janjinya dengan Nur.

Azrul tersentak. Seketika dia hilang kata dengan ketegasan suara Hisyam. Kemudian dia ketawa.

"Tujuh tahun Syam. Tidak mungkin perempuan sanggup tunggu selama selama itu. Kau pun tak pernah balik. Aku rasa tunang kau tu dah kahwin," Azrul cuba menyedarkan Hisyam dengan hakikat sebenar yang dirasakan betul. Dia yakin tekaannya tak salah. Lagipun dia pasti Hisyam terpaksa menerima pertunangan itu. Jika tidak tentu Hisyam terus balik setelah tamat belajar tiga tahun lepas.

Hisyam geleng kepala. Azrul tidak tahu apa-apa. Sudah tentu dia anggap tujuh tahun itu tempoh yang amat lama untuk ikatan pertunangan. Sedangkan selama tempoh itu adalah tempoh menunggu bunga pilihan hatinya mekar indah di taman orang tuanya.

“Kau tidak tahu apa-apa tentang tunang aku Rul, jadi jangan yakin sangat apa yang kau rasa itu betul. Sedangkan hakikatnya kau tidak akan jangka sama sekali. Pertunangan ini adalah kehendak hati aku. Memberi aku keyakinan untuk datang menuntut ilmu di sini tanpa risaukan dia terjumpa pilihan hati yang lain. Ia juga jaminan orang tuanya, yang kami akan disatukan apabila aku pulang nanti. Lagipun…” Hisyam tarik nafas, dia melirik ke arah temannya yang tertunggu kata-katanya.

“Tidak balik tak semestinya tidak tahu apa yang berlaku di tanah air sendiri. Setiap perkembangan tunang aku, aku tahu walaupun aku telah berjanji dengan orang tuanya untuk tidak mengganggunya dalam tempoh ini.”

Azrul terus terdiam. Ketegasan Hisyam mematikan kata-katanya. Dia teringatkan wajah penuh harapan Ayuni.



‘Ayu.. kau buat abang rasa bersalah.’










Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Cinta Si Adik Manja : Prolog

Note : Cerita lama diberi nafas baru.. Harapnya lebih ramai yang menyukai versi baru ini...



Tujuh tahun lalu...

“Hisyam sayangkan Nur?” 

Soalan yang tidak dijangka keluar dari mulut Pak Teh mengejutkannya. Membuatkan hatinya tersentak. Dia berpaling pandang Pak Teh yang berjalan di sebelahnya. Wajah tua itu nampak tenang. Tidak dijangka soalan itu yang terpancul keluar dari mulut Pak Teh membuatkannya terkelu seketika. Sekalipun dia tidak terfikir Pak Teh akan bertanya secara terus terang. Hatinya cuak. Bagaimana nanti Pak Teh tahu isi hatinya? Adakah dia akan dilarang untuk terus rapat dengan Nur nanti?

“Sayang Pak Teh. Macam adik sendiri,” jawabnya jujur. Rasanya itulah jawapan yang paling baik dapat difikirkan. Selebihnya hatinya berat mahu mengakui. Rasa di dalam hatinya lebih dari itu. Takkanlah mahu mengaku pulak. Nur baru dua belas tahun. Mahunya kena sembelih dengan Pak Teh nanti. 

Pak Teh angguk tanpa kata. Wajahnya tenang, tak nampak terkejut dengan jawapan Hisyam itu. “Berapa lama kat Mesir nanti?” 

“Dalam 7 atau 8 tahun, lebih kurang. Lepas habis belajar nanti, ingat nak kerja dekat sana sekejap cari pengalaman, kumpul duit kemudian baru balik,” cerita Hisyam mengenai perancangannya. 

Pak Teh angguk. Dalam diam dia berfikir. Namun kaki tetap melangkah menuju ke rumah.

“Tujuh tahun lagi adik dah 19 tahun. Sudah boleh kalau nak berkahwin pun.” Hisyam berkerut kening. 19 tahun? Baru nak masuk universiti? Pak Teh ni biar betul? Muda lagi. Takkanlah Pak Teh nak kahwinkan Nur dah? Hati dah berdebar sakan, tak sanggup memikirkan ada lelaki lain menyayangi Nur. 

“Hmmm... Pak Teh fikirkan tentang masa depan Syam dan Nur. Pak Teh tahu Syam sayang Nur lebih dari seorang abang. Jadi Pak Teh nak tanya, sudi jadikan Nur isteri Syam nanti?” 

Pak Teh pandang wajah anak muda di sebelahnya. Raut wajah itu terkejut mendengar kata-katanya. Dia seorang ayah yang sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak perempuannya. Dia tahu Hisyam adalah lelaki terbaik untuk anak bongsunya itu. Walaupun dia tahu si anak bongsunya itu masih lagi budak, namun perancangannya bukan waktu sekarang, bahkan untuk tujuh atau lapan tahun akan datang. 

Hisyam terdiam. Bukan dia tidak pernah fikirkan tentang masa depannya dengan Nur. Bahkan untuk meninggalkan kampung ini hatinya sedikit ragu, adakah kepulangannya nanti hubungan mereka akan rapat seperti sekarang. 

“Fikirlah dulu. Solat istikharah. Pak Teh tak paksa.” Bahunya ditepuk sebelum Pak Teh meninggalkannya. 



Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.