Isnin, 28 Oktober 2019

Uncle Doktor.. Nak tak jadi papa Niny? Bab 3


Untuk tempahan klik link ini :www.wasap.my/601123432311/uncledoktor

Lini...

“Mama, uncle doktor mana?”

“Uncle doktor sibuk. Duduk diam-diam. Nanti mama cakap pada misi supaya suntik Niny.” Aku sudah tidak tahu hendak menjawab apa lagi. Boleh dikatakan setiap minit Niny bertanyakan Doktor Sam. Orang sebelah sudah senyum-senyum, melihat kami.

“Misi uncle doktor mana? Niny kan baik, dengar cakap, kenapa uncle doktor tak datang check Niny. Niny kan sakit..” Misi pula yang jadi mangsa Niny.

Aku cuma mampu beristighfar di dalam hati. Cepatlah boleh keluar wad ni! Mulut Niny sudah tidak mampu kukawal lagi. Hendak dimarah pun bukan dia dengar. Nanti merajuk, aku juga yang susah memujuk.

“Uncle doktor dah habis syif dia dah. Esok pagi baru dia datang.”
“Alaaa...! Nanti Niny rindu macam mana?”

“Kasihan uncle doktor nak rehat. Mamakan ada ni. Jangan nak mengada-ngada Niny!” Suaraku dah tegang. Tapi masih lagi kukawal nadanya. Geram betul dengan Niny ni.
“Ala..alaa..Kasihan Niny. Nanti misi telefon uncle doktor datang. Okey?” Niny langsung tidak mendengar cakap aku.
 
“Misi.. jangan ikut sangat cakap Niny tu.” Cepat-cepat aku bersuara. Takut pula misi betul-betul menelefon Doktor Sam.

Misi sengih sambil kenyit mata pada Niny. Aku dah susah hati. Tak pasal-pasal misi tadi telefon Doktor Sam. Tidakkah akan mengganggu rehatnya nanti. Aku tahu kerja doktor ini masa kerjanya bukan macam pekerjaan biasa. Ada yang sampai 24 jam mereka kena bertugas. Iyalah, orang sakit tak kira masa. Tambah pula hospital kerajaan kekurangan doktor. Lagi double waktu kerja mereka. Janganlah misi tadi betul-betul telefon Doktor Sam, doaku dalam hati.

Dan doaku termakbul. Misi pun tentu faham. Macam-macam kerenah pesakit cilik. Lebih-lebih lagi yang macam Niny ni, nampak sangat dahagakan kasih sayang ayah. Aku menarik nafas panjang. Niny, aku perhatikan dalam diam. Matanya sentiasa memandang pintu bilik medikal 1 ini, mengharapkan kemunculan seseorang. Hatiku tersentap melihat wajah mengharap Niny.

Tapi Niny tak faham. Setiap kali nampak misi, terus dia bertanyakan uncle doktornya. Aku jadi segan dibuatnya. Tidak tahu bagaimana mahu menghentikan permintaan Niny. Sehinggakan aku menyoal diri sendiri, Niny ni betul ke demam sawan malam tadi? Macam orang tak sakit, malah lebih aktif daripada biasa.

“Kakak doktor, bila uncle doktor nak datang?” Tak malu Niny bertanya, bila ada doktor pelatih datang melihatnya.

“Uncle doktor?” Terpinga-pinga doktor pelatih baru itu.

“Doktor Sam” Misi tolong jawabkan. Kebetulan misi sedang mengambil tekanan darah dan suhu badan.
Agaknya semua orang dalam wad kanak-kanak ini sudah tahu, Niny hendak Doktor Sam jadi papanya. Sebab setiap kali misi datang, Niny akan bertanyakan uncle doktor. Begitu juga apabila doktor lain datang membuat pemeriksaan rutin.

“Oo... Niny ni?”

Misi angguk senyum-senyum. Aku pula senyum kelat. Segan rasanya, entah apa yang mereka fikirkan.

“Sekejap Niny.” Doktor pelatih itu mengeluarkan telefonnya dan mula membuat video call.

“Eh! Tak payah doktor. Tak perlu kacau Doktor Sam berehat.” Aku kalut membantah.

Kujegil mata pada Niny. Tapi anakku ini tersengih menampakkan giginya bila wajah Doktor Sam terpapar di skrin telefon.

“Uncle doktor! Bila nak datang sini?” Suara Niny ceria.
 
“Niny?” Terdengar suara Doktor Sam seakan terkejut. Mungkin dia ingatkan panggilan atas urusan kerja, tapi wajah Niny yang muncul.

“Niny rindu uncle doktor. Cepatlah datang sini.”

Allah.. Allahu.. Manalah aku nak sorok muka ni!

Doktor pelatih dan mereka yang berada berdekatan sudah sengih-sengih. Jadi aku sengaja jauhkan diri.

“Malam nanti uncle doktor datang. Niny dengar cakap mama dan misi ya.”

“Alright. Babai uncle doktor.” Mujur tak lama dia bercakap.
Niny senyum puas hati. Lepas rindunya. Aku pula yang terasa berbahang panas. Rasa nak demam dengan kerenah mengada-ngada anakku. Aku jeling Niny yang ceria. Hatiku lega walaupun sesak nafas dengan perangainya.

Petang itu Nida singgah melawat Niny.

“Niny, dah sihat dah?” Diusapnya kepala Niny.

“Sihat dah. Uncle doktor yang rawat Niny, mestilah cepat sihat.”

“Uncle doktor?” Berkerut dahi Nida mengulang nama uncle doktor. Matanya memandangku menyoal dalam diam.

“Doktor..”

“Aah... Uncle doktor tu nanti akan jadi papa Niny tau, Acik Nida.” Tak sempat aku jawab, Niny sudah memintas kataku, menjelaskannya.

“Papa Niny?” Lagilah Nida keliru. Entah apa tanggapannya padaku.

“Kau jangan percaya apa yang Niny cakap tu. Uncle doktor tu Doktor Sam. Doktor yang merawat dia malam tadi. Niny ni buat perangai. Doktor Sam yang pujuk. Dah orang baik dengan dia, terus nak jadikan papa dia,” jelasku. Tak mahu Nida salah faham pula.

Nida angguk faham. Tapi ada senyum mengusik di bibirnya. Aku jeling mata ke atas. Takkan Nida pun percaya dengan olah budak ini. Cukuplah kulit muka aku berasa tebal berinci-inci bila berdepan dengan misi dan doktor lain. Jangan pula si Nida pun terikut sama perangai Niny.

“Uncle doktor tu handsome tak Niny?”

“Handsome Acik Nida. Lebih handsome daripada abah. Dan 100 kali lebih baik daripada abah. Niny nak dia jadi papa Niny.” Bersungguh-sungguh Niny bercerita. Matanya bercahaya dan penuh harapan. Hatiku tersayat. Rupanya dalam diam, Niny rindukan belaian kasih sayang ayah. Tapi ayah Niny tak pernah menghargai kehadirannya malah dikatakan sial, menyusahkan hidupnya.

“Kalau nak uncle doktor jadi papa Niny, dia kena kahwin dengan mama Niny dulu.” Nida mula memberi idea mengarut.

“Nida, kau jangan nak ajar Niny yang bukan-bukan ya.” Aku memberi amaran. Niny usianya baru 4 tahun, dalam tempoh 6 tahun pertama, otak kanak-kanak seperti span menyerap setiap perkara yang orang beritahu. Lebih-lebih lagi kalau perkara itu yang dia mahukan juga. Lagi cepat dia faham. Yang bermasalah nanti tentulah dia.

“Kahwin tu apa?” Bulat mata Niny pandang Nida.
“Nida, kau jangan nak ajar bukan-bukan pada Niny. Budak ni mulut tak ada insurans. Nanti entah apa-apa pula dia cerita nanti.” Aku memberi amaran sekali lagi, siap kutarik lengan Nida menjauh sedikit. Tidak membenarkan mereka berbisik.
Nida ketawa.

“Acik Nida, kahwin tu apa?” Tak putus asa juga si Niny hendak tahu. Dia akan terus bertanya sehingga mendapat jawapan yang memuaskan hatinya.

“Tak ada apa-apalah. Budak-budak tak perlu tahu. Itu orang dewasa je tahu,” jawabku bagi pihak Nida. Aku jegilkan mata, memberi amaran pada Nida supaya tidak bercakap apa-apa.
“Nanti Niny tanyakan dekat uncle doktor, kahwin tu apa.”

“Nida...!” Keras suaraku.

Nida ketawa. Dia angkat kening. Aku ketap bibir, menarik nafas. Tak mampu hendakku memarahinya sebab dia banyak membantu aku dan Niny. Walaupun baru seminggu kenal, dia tidak pernah berkira menolong kami. Aku sangat bersyukur, di saat terkontang-kanting mencari rumah sewa, aku ditemukan dengan Nida. Dia juga yang kenalkan aku dengan Kak Ani, pengasuh Niny yang tinggal di tingkat 7 apartment kami. Dia banyak menyenangkan urusanku.

“Okey. Uncle doktor datang malam nanti, Niny tanya.”

Nida angkat ibu jarinya. Aku tepuk dahi. Minta-mintalah Doktor Sam tak datang malam ini. Ataupun Niny sudah tidur bila dia datang nanti!




Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Jumaat, 18 Oktober 2019

Uncle Doktor.. Nak tak jadi papa Niny? Bab 2


{tak edit}

Untuk order boleh tekan link bawah 👇
 Lini...

Malam itu aku cuma tidur-tidur ayam. Sekejap-kejap terjaga dan memeriksa suhu badan Niny. Walaupun aku tahu setiap 4 jam misi akan datang memeriksa tekanan darah dan suhu badannya. Namun sebagai ibu, hati aku tetap risau. Ini kali pertama Niny demam sawan. Tak terlintas di fikiranku, si kecil yang lincah bermain siang tadi, lesu berbaring di atas katil hospital.

Enam pagi, walaupun mata kelat pedih kerana tidak cukup tidur, badanku pula telah lama terjaga. Teringatkan yang aku datang sehelai sepinggang, tak mungkin aku boleh tinggalkan Niny sendirian. Jadi terpaksa aku susahkan rakan serumah baruku.
Telefon pintarku ambil dan harapnya Nida telah bangun ketika ini.

“Assalamualaikum, Nida..”
“Hurmm.. Waalaikumussalam. Lini? Kau tak balik ke semalam?” dari nada suara Nida, aku tahu dia baru terjaga.
“Tak. Aku kat hospital. Malam tadi Niny demam sawan.”
“Ya Allah. Habis tu Niny macam mana sekarang. Dah okey ke belum?” jelas dari nada suaranya Nida terkejut. Aku dengar dia bangun dan membuka pintu biliknya. Mungkin mahu memastikan kami betul tidak ada di rumah. Ketika Niny terkena sawan semalam, Nida belum balik lagi. Aku pula langsung tak terfikir hendak memberitahunya. Pagi ini baru teringat yang aku datang sehelai sepinggang.
“Masih lagi demam tapi dah okey. Kena tahan kat wad dulu. Doktor nak pantau dalam masa 24 jam ni. Kalau okey, lepas tu boleh balik. Aku.. Aku nak minta tolong ni,” jelasku.
“Apa dia?” cepat Nida membalasnya.
“Minta tolong kau hantarkan baju aku dan Niny. Semalam aku datang sehelai sepinggang. Kau just bawakan bagpack yang warna biru tepi katil dalam bilik aku tu. Dalam tu semua dah ada.”
“Okey. Ada apa lagi kau nak pesan? Kau nak aku belikan makanan? Minuman?” suara Nida prihatin.
 Aku terharu. Baru seminggu kami tinggal serumah. Layanan Nida sangat baik. Dia faham dengan situasiku.
“Tak apa. makanan dan minuman nanti aku boleh beli kat sini. Lagipun hospital ada sediakan makanan. Cuma kau tolong bawakan susu Niny. Ada kat atas meja tu. Dengan termos sekali.”
“Okey. Aku singgah sebelum pergi kerja nanti.”
“Terima kasih Nida. Nak sampai whatapps, nanti aku turun ambil.”
“Mama...” suara halus Niny menyapa telingaku.
“Niny dah sedar. Aku letak dulu.”
“Okey.. hope Niny cepat sihat.”
“Aamiin.. Inshaallah...”
Talian diputuskan dan aku mendekati anakku. Tanganku menyentuh dahinya. Suam-suam. Hati aku lega.
“Mama... Nak air.” terhenti tanganku yang hendak membetulkan selimutnya. Satu botol air mineral pun tak ada sekarang.

“Niny tunggu kejap, mama pergi beli air.” Sambil tu aku boleh ambil barang sekali dengan Nida.

Niny geleng kepala. Mulut tercebik-cebik mahu menangis. Tangan didepangkan. Mahu didukung dan tak nak ditinggalkan.
“Mama pergi sekejap je. Niny duduk kat sini. Kejap lagi misi dan doktor datang nak tengok Niny.”

Niny geleng kepala laju. “Nak ikut mama.” Matanya dah berkaca. Aku serba salah.

“Kenapa ni?” tiba-tiba suara garau Doktor Sam menyapa kami.

“Niny nak air, jadi saya nak tinggal kejap beli air,” jelas aku dengan senyum – senyum kelat. Segan dengan doktor yang baik hati ini. Teringat bagaimana Doktor Sam memujuk Niny semalam.

“Uncle doktor. Nak air,” celah Niny tiba-tiba. Aku jegil mata. Niny buat tak faham bahasa. Mata dikedip-kedipkan sambil pandang Doktor Sam. Niny buat muka comel. Hati aku dah naik geram. Hailaa anak. Apa pula perangai dia nak buat ni. Muka aku rasa dah nak berubah warna biru.

“Nak air? Kejap uncle doktor ambilkan air.” Tak sampai sesaat Doktor Sam menghilang di sebalik pintu.

Aku pula yang segan bila doktor pelatih yang muncul bersama Doktor Sam tadi senyum-senyum memandangku. Aku balas dengan senyum segan.

“Kan mama dah cakap mama pergi beli, kenapa minta lagi.” Aku cubit pipi montel Niny geram. Sebab Niny, Doktor Sam sanggup pergi belikan air. Mana aku nak sorok muka nanti.
“Nanti mama tinggalkan Niny,” muka Niny dah mencemik masam.
Aku terdiam. Rupanya dia risau aku tinggalkannya.
“Doktor Sam tu memang macam tu kak, dengan semua orang dia baik dan suka menolong. Memang selalu budak-budak dimanjakan,” jelas doktor pelatih itu. Dia cuba hilangkan resah dan segan di dalam hatiku.
“Owh ye ke? Baik Doktor Sam tu.”
“Memang baik. Ada yang kena tinggal lama kat dalam wad ni, tiap-tiap hari minta Doktor Sam dukung,” ceritanya lagi.
Aku senyum lega. Jadinya bukan Niny saja yang mendapat layanan istimewa dari Doktor Sam. Lima minit kemudian, Doktor Sam kembali dengan sebotol air mineral, sekotak susu segar dan roti sosej. Dan dia sendiri yang membukakan penutup air dan melayan Niny. Hatiku tersentuh. Teringatkan Niny yang kekurangan kasih sayang abahnya.
Wajah Niny mula memerah. Bibir tak segan silu tersenyum. Dia minum sambil dilayan oleh Doktor Sam. Aku hanya memerhati. Tak tahu nak cakap apa lagi walaupun hati telah berbukit segannya.
‘Beruntung anak Doktor Sam, ada ayah yang prihatin dan penuh kasih sayang ini,’ bisik hatiku.
Cup..
Bulat mataku melihat kelakuan anak daraku. Tak segan silu cium pipi Doktor Sam.
“Terima kasih uncle doktor,” berseri wajah Niny. Macam dah tak demam dan sakit. Mujarab betul layanan ikhlas Doktor Sam.
Doktor Sam senyum lebar. Tangannya naik mengusap rambut Niny. Kemudian dia mencium dahi Niny.
“Good girl. Meh doktor nak check Niny pula. Kalau sakit cakap kat Uncle Doktor,” bisiknya memujuk.
Niny angguk dan patuh. Tak banyak bunyi dan ikut apa yang Doktor Sam cakapkan. Aku hanya menjadi pemerhati. Hatiku tersentuh. Selesai pemeriksaan, Doktor Sam memandangku.
“Setakat ini tindakbalas dan respon Niny tidak ada masalah. Tapi sebab ini kali pertama dia kena demam sawan, jadi kita kena pantau 24 jam. Takut ada lagi sawan. Kalau tak ada esok dah boleh balik,” terangnya.
Aku angguk.
“Ada tak dalam keluarga yang ada sakit sawan?”
“Dalam keluarga saya tak ada. Sebelah abahnya saya tak tahu pulak.”
“Abahnya mana? Kerja?”
“Abah? Niny mana ada abah dah. Abah dah lari dengan Aunty Sue.”
Aku tergamam mendengar Niny mencelah. Rupanya selama ini Niny faham apa yang telah berlaku di antara aku dan abahnya. Berkaca mataku. Patutlah Niny tak banyak bertanya. Malah Niny lebih gembira dengan ketiadaan abahnya.
“Niny..” suaraku serak.
“Tapi Niny tak kisah pun abah lari dengan Aunty Sue. Niny benci abah. Dia selalu pukul mama,” mulut kecil itu terus berceloteh. Aku terdiam.
Doktor Sam, Doktor pelatih, misi dan juga mereka yang berada di dalam wad ini turut terdiam mendengar cerita Niny. Aku cuba tenangkan diri, menarik nafas panjang dan sedaya upaya menahan air mata keluar. Rupanya Niny memerhati dalam diam penderitaan aku selama ini. Entah sejak bila dia mengerti dan faham tentang apa yang terjadi.
Mata Doktor Sam berkaca. Dia usap kepala Niny dan dipeluknya.
“Uncle doktor, nak tak jadi papa Niny?” polos Niny bertanya, tiba-tiba.
Macamlah dia tidak bercerita apa-apa yang menyentuh emosi tadi. Suasana sedih bertukar ceria kembali. Ada mak-mak yang tersengih mendengarnya. Doktor pelatih lagi tersengih lebar. Aduhai Niny.. Mama tak tahu dah nak ajar awak macam mana ni. Awak dah terlebih bijak dan pandai. Tentunya ini kali pertama mereka dengar pesakit cilik melamar Doktor Sam jadi papanya.
“Aah uncle doktor pun single lagi ni. No hal, anytime boleh boleh jadi papa Niny,” usik misi.
Saat ini mahu aku sorok wajah ke dalam selimut. Mulut Niny tak demam, berkicau macam biasa membuatkan aku pula yang mahu demam mendengarnya.
Tak sempat aku nak jeling wajah Doktor Sam, berubah ke tidak. Saat ini aku mahu lari jauh. Malah nak juga ku jahit mulut Niny, tak nak bagi dia bercakap lagi.
“Ehemm.. Nanti uncle doktor pertimbangkan, okey sayang. Tapi untuk Niny rasanya sekarang pun boleh,” balas doktor Sam selamba.
“Uhuk.. huk...” hampir serentak mereka yang berada di dalam bilik medikal 1 ini terbatuk dan bertepuk tangan. Suka mendengar jawapan Doktor Sam itu.
Aku langsung tak angkat muka. Muka terasa pijar.
“Okey.. Janji tau uncle doktor. Jadi papa Niny.”
Ya Allah Niny, memang kau nak malukan mama ni, anak oi.
“Dengar tu uncle doktor...” usik misi lagi.
Ketika ini aku dah tak angkat muka lagi. ketap bibir dan berdoa agar cepat Doktor Sam pergi. Doaku termakbul. Selang beberapa minit selepas itu Doktor Sam dan doktor pelatih itu berlalu pergi.
Aku mengeluh lega. Tapi mataku tajam melihat Niny. Comel je dia tersenyum-senyum sambil makan roti yang Doktor Sam belikan tadi.
“Kenapa cakap macam tu tadi? Tak baik. Malu mama. Lainkali jangan cakap lagi.”
Dahi Niny berkerut. Mata pula terkebil-kebil memandangku. Tidak faham kenapa aku tiba-tiba memarahinya.
“Uncle doktor tu baik mama. Niny nak dia jadi papa Niny, ” ujar Niny dengan suara polosnya. Mengharap.
Aku tepuk dahi. Tak tahu dari mana pula Niny belajar minta papa ni.
Kata-kata Niny itu mengundang senyuman dari mereka yang berada di dalam bilik itu. Aku pula tak mampu nak jelaskan supaya Niny faham. Kata-kata dia telah mendedahkan statusku yang sebenarnya. Janda anak satu. Tentu bermacam-macam tanggapan negatif bermain di dalam fikiran mereka nanti. Aku senyum pahit. Walaupun sudah 6 bulan menjanda, aku masih lagi dalam proses menyesuaikan diri. Seboleh mungkin aku mahu menyembunyikan statusku dan mengelakkan orang memandang serong kepadaku.
“Aaah..betul. uncle doktor tu baik. Kalau Niny jadi budak baik tentu uncle doktor nak jadi papa Niny,” bisik misi.
“Misi...” Aku pula yang malu. Aku tak nak orang salah sangka dan pandang serong kepadaku.
Misi sengih.

“Tapi kan, memang Niny sorang yang dapat layanan istimewa dari Doktor Sam tu.” Misi pecahkan rahsia.

 Jadi tadi tu yang doktor pelatih cakap, tak betul ke?

Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Khamis, 17 Oktober 2019

Uncle Doktor.. Nak tak jadi papa Niny bab1



[Tak edit]

Lini...

“Niny.. kita mandi dulu sayang. Lepas tu mama suapkan ubat,” pujukku tanpa melihat Niny yang terbaring lesu di atas katil. Tangan aku pantas menarik kain tuala dan baru aku berpaling memandang Niny. Aku tergamam. Tuala di tangan terjatuh ke kaki. Tubuh Niny menggigil dan tegang. Mata ke atas. Mulut berbuih. Aku menerpa, panik. Air mata entah bila merambu keluar. Niny aku ambil dan dukung keluar bilik. Dalam keadaan panik, hanya perkataan hospital terlintas di dalam benakku. Tudung aku capai dengan tangan kiri. Beg dan kunci kereta aku main ambil tanpa melihat. Tubuh Niny terus menggigil tanpa henti. Terasa haba tubuhnya panas. Aku takut dan panik. Aku berlari keluar.

Kereta di pecut laju menuju ke hospital. Kereta dibrek mengejut di hadapan kecemasan. Aku turun dan terus membuka pinta sebelah penumpang. Dalam suara serak dan wajah bekas air mata, Niny aku dukung erat.

“Kenapa puan?” petugas di kecemasan menyoal ku. Matanya memandang Niny di dalam pelukan.

“Niny de..demam.. tadi badan dia tetiba menggigil dan mata terbeliak ke atas,” sedaya upaya ku cuba terangkan keadaan sebenar. Badanku menggigil. Entah bila Niny diambil dari pelukanku.

“Tenang puan. Puan pergi parking kereta dulu dan datang kembali ke zon kuning.”

“Tapi...”

“Kami jaga dan berikan rawatan. Puan parking kereta dulu kemudian datang ke sini.”

Tubuhku menggeletar. Mendengar pujukan petugas kecemasan itu aku cuba bertenang. Menarik nafas dan berusaha memanggil kembali semangatku. Aku angguk dan senyum risau. Niny terpaksa aku tinggalkan di dalam jagaan mereka.

10 minit kemudian aku kembali ke bahagian kecemasan dan terus ke zon kuning. Pintu ditolak dan tangisan nyaring Niny kedengaran kuat. Aku cepatkan langkah mendekati Niny yang sedang dikerumumi oleh 3 orang petugas kecemasan.

“Mamaa... mamaa..” serak dan pilu. Meronta dalam lemah.

“Mama sini sayang.” Tangan kecil Niny dipegang dan kepalanya kuusap.

“Anak puan dah berapa hari demam? Suhu dia tadi 40°. Kami dah masukkan ubat dan air. Sebelum ini dia demam kena sawan juga ke?” soalan bertalu-talu ku jawab dengan gelengan. Mulut terasa kering. Rasa risau dan takut menakluki hati.

“Hari ini hari kedua. Saya bagi ubat demam biasa. Check suhu dia tak lebih dari 38°. Dia pun aktif macam biasa. Makan minum okey. Tapi tadi tiba-tiba dia kejang masa saya nak mandikan,” jawab ku.

“Berapa lama dia kejang tu, macam mana keadaan dia ketika itu?”

“Saya tak pasti. Dalam tak sampai 5 minit kot. Sebab saya terus angkat dia bawak dia ke sini. Tangan kaki keras dan tegang. Tangan merengkok. Kaki pun sama.”

Dan macam-macam lagi soalan yang mereka tanya. Aku jawab sekadar mampu. Niny pula tidak mahu duduk atas katil. Dia mahu didukung. Tangan kuat memelukku seolah-olah takut aku meninggalkannya.

“Suami pun mana? Anak puan kena maksud wad untuk pemantauan. Jadi kena uruskan pendaftaran masuk wad di kaunter 1,” jelas pembantu perubatan itu.

Aku diam. Niny masih kuat memelukku. Saat ini hatiku luluh. Rasa tak terdaya. Dengan Niny yang sakit dan urusan yang perlu aku uruskan. Niny seolah-olah faham yang aku kena meninggalkannya sekejap. Semakin erat dia memaut tubuhku.

Faham dengan keadaanku. “Puan bagi saya mykid dan duit RM1, saya tolong uruskan.”

Terkebil-kebil aku memandangnya seketika sebelum menggagau ke dalam beg tangan aku mencari mykid dan duit RM1 itu.

“Terima kasih.” Suaraku kawal. Cuba menahan sebak di dada.
Pukul 12 tengah malam Niny dibawa ke wad. Dia masih juga tidak melepaskanku. Ketika misi mahu mengambilnya, Niny meraung kuat dan tidak mahu melepaskan pegangannya. Misi mengalah. Belakang Niny ditepuk memujuk.

“Misi nak timbang berat dan tinggi je, bukan nak ambil dia pun. Tak nak lepas langsung mama dia. Kasihan mama, penat dukung adik,” pujuk Misi.

Aku senyum mendengarnya. Dalam masa yang sama aku turut berbisik memujuk Niny agar mendengar cakap misi itu. Niny geleng lemah. Pautan dileherku tidak dilepaskan malah semakin kuat. Aku terasa tercekik.

“Niny tercekik mama ni.” Tangannya ku cuba leraikan. Leher aku terasa sakit. Sakit pun, tenaganya kuat.

“Niny.. Lepas kejap je, mama tak tinggal. Nanti mama dukung semula,” pujuk ku lagi sekali lagi..

Niny tetap geleng kepala.

“Kenapa ni?” suara garau penuh prihatin menegur dari belakang. Aku berpaling dengan Niny masih lagi di dalam dukunganku. Proses mengambil timbangan berat dan tinggi tersangkut lagi. Seorang lelaki kurus berbaju ungu menghampiri kami. Berkulit putih dan berkaca mata.

“Adik ni tak nak lepas mama dia, doktor. Tak boleh nak timbang berat dan ukur tinggi lagi ni. Kasihan mama,” adu misi yang dari tadi memujuk Niny.

Terasa mata doktor memanah ke arah aku. Aku tunduk berbisik di telinga Niny. Memujuknya supaya mendengar cakap misi. Namun Niny tetap degil. Masih lagi menyembunyikan wajahnya di celah leher ku. Tak ingin langsung orang lain menyentuhnya.

“Adik.. Doktor ada choki choki, nak tak?”  umpan doktor lelaki itu.

Aku sempat pandang namanya di dada. Sam. Doktor Sam. Aku kulum senyum. Aku biarkan Doktor Sam memujuk Niny pula. Hatiku resah dan berdebar. Kedudukan kami agak rapat. Aku perasan misi senyum-senyum pandang kami.

“Doktor Sam pujuk siapa tak pernah terpujuk,” usik misi.

Mungkin telah biasa dengan cara pujukan dan layanan Doktor Sam. Misi tadi beredar menguruskan seorang lagi pesakit cilik yang dibawa ke wad.

“Nak tak choki-choki ni. Yang ni last doktor ada. Tak nak doktor bagi kat baby ni.”

“Baby mana boleh makan choki-choki lagi. Tak ada gigi,” Niny bersuara lemah. Sempat lagi tu Niny balas balik kata-kata doktor lelaki itu. Takut sangat tak dapat  choki-choki. Bila dah keluar suara tu, nampaknya pujukan Doktor Sam berhasil. Hati aku lega bila pautan tangan Niny di leher melonggar.

Doktor Sam senyum bila melihat Niny angkat muka dari celah leher ku. Mata digosok-gosok. Aku usap kepala Niny. Bila demam Niny akan dua kali ganda manjanya.

“Kita timbang berat dan ukur tinggi dulu. Nanti baru doktor bagi choki-choki ni.” Sengaja Doktor Sam tunjuk dan kemudian simpan choki-choki ke dalam poket bajunya.

Tangan dihulurkan untuk mengambil Niny. Tanpa sebarang gesaan, Niny menyambut huluran itu dan berpindah ke dalam dukungan Doktor Sam. Aku memandang mereka dengan bibir digigit sedikit kuat. Menahan sebak yang mencengkam dada. Teringatkan bekas suamiku. Tapi tidak ada di dalam ingatan ini layanan penuh kasih sayang darinya. Niny tidak pernah merasa belaian kasih abahnya.

Cekap Doktor Sam menguruskan Niny. Aku hanya mengikut mereka bila misi menunjukkan katil Niny. Doktor Sam meletakkan Niny dan mula melakukan pemeriksaan rutin. Niny diam tak meragam lagi. Di tangannya ada choki-choki. Hatiku lega. Selepas melakukan pemeriksaan tindak balas saraf, Doktor Sam memujuk dan menidurkan Niny. Dalam masa yang sama seorang doktor pelatih datang menghampiri kami bersama dengan laptop. Dia bagaikan dah biasa dengan kelakuan Doktor Sam. Niny sudah lena. Doktor Sam mula menyoal aku. Soalan yang sama ditanyakan ketika di bahagian kecemasan tadi. Aku mengulangi jawapannya sekali lagi. Doktor pelatih itu pula mencatat setiap maklumat yang aku berikan.

“Kita akan pantau 24 jam. Kalau tak ada sawan lagi dan tak demam. Kita akan benarkan balik.” Aku angguk faham. Hati terasa lega. Lebih lagi bila melihat Niny sudah tertidur pulas.

“Terima kasih doktor.”

Doktor Sam angguk. “Sama-sama. Senyumnya ikhlas dan manis.


Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Pre order.. Uncle Doktor.. Nak tak jadi papa Niny?


Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum dan selamat tengahari..

Ramai dah tertanya-tanya bila nak bukak PRE ORDER, jadi hari ni saya buka secara rasmi.. PRE ORDER - UNCLE DOKTOR... NAK TAK JADI PAPA NINY..

RM28 + (RM8 SM/RM13 SS)

Saya buka selama sebulan.. Sehingga 6hb Nov. 2019

Free gift misteri akan diberikan pembeli terawal..

Free sebuah cerpen (dalam bentuk ebook atau diselitkan dalam novel akan diberitahu kemudian) untuk semua pembeli..



Blurb..

Niny - anak kecil yang aktif dan cerdik. tiba-tiba demam sawan membuatkan mamanya panik. Terpaksa dikejarkan ke hospital dan ditahan wad untuk pemantauan selama 24 jam. Di wad Niny berkenalan dengan Doktor Sam, doktor pediatrik yang bertugas di wad tersebut. Sikap mesra Doktor Sam telah menawan hati Niny yang kerinduan belaian kasih seorang bapa.

Maka bermulalah misi Niny mencari papa.

Uncle Doktor, nak tak jadi papa Niny? -Niny

“Sekarang pun uncle boleh jadi papa Niny. Tapi uncle kena mengorat mama Niny dulu” - Doktor Sam

“Uncle kena mengorat mama dulu eh?” – Niny

“Ya, baby girl”– Doktor Sam

“Susahlah uncle, mama tu garang” - Niny

 “🙄🙄”- Mama Niny

Bagi Doktor Sam perkenalannya dengan Niny mengejutkannya dari lena yang panjang. Menyedarkan dia bahawa peluang untuk mengecapi bahagia itu masih ada. Membuatkan hatinya ingin mencurahkan kasih sayang seorang ayah buatnya. Tapi jalannya tak mudah, dia kena jadikan mama Niny miliknya dulu.

“Lamaran saya tak ada expiry date. Awak dah bersedia cakap je. Tapi saya tak terima jawapan TIDAK.”

Kegagalan dalam perkahwinan terdahulu membuatkan mama Niny trauma untuk berkahwin lagi. Dia serik. Cukup sekali dia merasa manis dan pahitnya bergelar isteri orang.

“Niny nak uncle doktor jadi papa juga” - Niny

Berjayakah Niny dalam misinya?
Siapa Adel? Dan siapa pula Dr Erica yang tiba-tiba muncul?         
Dan paling penting berjayakah Doktor Sam melembutkan hati mama Niny?

JOM ORDER SEKARANG...
http://www.wasap.my/601123432311/uncledoctor

#UNCLEDOKTORNAKTAKJADIPAPANINY #TEAMPROMO #AKANDATANG #shimarostam
#shimarostambookdansandwich
#novelmelayu


Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Sabtu, 15 Jun 2019

Review 7 Aku Bukan Penggoda

Oleh Aida Fariz




58 / 2019
Speechless!!!
Cerita ni betul2 mencabar otak aku rasanya 😜
Kalau x faham susur galur keluarga watak boleh buat kita blurrr...
Jadi masa baca kena relax dan tenang, x mau gopoh2 😎😎😎
Banyak watak sampingan dalam novel ni. So kena baca dan hadam betul2 supaya x tetinggal kereta api 😜😜😜
Watak utamanya tentulah Aizat dan Zura.
Arggghhh!!! Aku suka sangat attitude Zura. Dia gedik tapi pada orang yang tertentu saja tau...
Sampai boleh menimbulkan spekulasi 😅😅😅
X kurang juga dengan si Aizat ni, walau serius dan beku tapi bila dengan Zura dia berubah jadi sweeeettt 😍😍😍
Watak jahat pun ada juga.
Tiga serangkai Tengku Lily, Hasya dan bapak segala celupar yang mengada2 Nik Sooraya 🤮🤮🤮
Di sebalik kisah cinta Aizat dan Zura ada dendam yang belum terbalas.
Tapi kasih sayang yang Aizat curahkan buatkan Zura kembali pada fitrahnya 😊😊😊
Masa Tengku Lily melawat pusara daddynya buat aku mengalirkan air mata... sedih 😭😭😭 yalah kan kita ni manusia semua ada khilaf dan syurga itu dipenuhi dengan pendosa yang bertaubat. Siapalah kita nak menghukum manusia...
Mak Tok...
Punya keluarga besar yang saling menyayangi.
Walaupun Hakim Lee sedikit terkilan dengan si mak tok ni, tapi Zura dapat handle semuanya dan sekali gus membahagiakan semua pihak.
Zura x tamak dan lebih mementingkan ikatan kekeluargaan. 😘😘😘
Cuma... haaa... cumaaaa... 😱😱😱
Aku x puas sebab kisah si Zura tu x dipanjangkan sampai dia bersalin...
Aku nak jugak tahu jantina dan nama anak Aizat dan Zura ni... kahkahkah boleh gitu?😄😄😄

Komen Saya : Terima kasih Aida.. Dapat lagi review ni membuatkan saya senyum sorang-sorang... Heheh nak juga kisah selepas Zura ada anak eh? kita tunggu... Ada ilham muncul saya tu SE ya... 


Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Isnin, 13 Mei 2019

Review 6 Aku Bukan Penggoda

oleh Zareeny Rahmat.




~52/60~
Jangan hilang harapan untuk menegakkan keadilan. Jangan biarkan hati dikuasai api dendam. 
Done..
Kerakusan sifat manusia kepada harta, membuatkan Puan Aminah merancang dengan teliti untuk merampas balik hak anak, cucu dan insan yang tidak berdosa. Untuk itu, Baizura seorang gadis yang berdikari ditugaskan untuk menjalankan amanah dari neneknya, Puan Aminah. Sikapnya yang manja dan peramah sentiasa mengundang fitnah dan tohmahan dari pelbagai pihak. Aizat pula yang mencintai Baizura, sanggup menggalas beban gadis kesayangan sementelah dia juga antara mangsa kelicikan manusia yang tamak. Mampukah misi ini berjaya? Naskah karya Shima Rostam ni sarat dengan kasih sayang. Saya suka part kasih sayang yang ditonjolkan antara Aizat, Zamri, Ibnu a.k.a Busu dan Baizura. Baizura benar² dilindungi dan disayangi hinggakan dia dikatakan seorang penggoda. Ada konflik yang penulis selitkan dalam naskah ini hingga membuatkan ianya lebih menarik untuk dibaca. Tahniah buat penulis. Semoga terus sukses.
#AkuBukanPenggoda
#ShimaAwang
#LNP

Notes : terima kasih kak niny.. .Sila habiskan buku-buku yang pending-pending tu ya... Sikit lagi nak capai target membaca untuk tahun ini... Muah... 


Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Jumaat, 10 Mei 2019

Review 2 Cinta Asma dan Ferhad

Sebenarnya novel ni direview 2 tahun lepas pada tarikh hari ini. Jadi di FB naik notifikasi memorinya. Saya belum up lagi dalam blog ni. Okey sebelum dia tenggelam lagi, saya cepat-cepat copy dan simpan kat sini..

Review ni oleh kak Noridah Romli.



Jauhi sifat hasad dengki..iri hati..cemburu..dendam..semuanya mendorong kepada keburukan yang boleh memberi kesan kepada sebuah perhubungan..ikatan ukhuwah kekeluargaan boleh berantakan..

Tajuk buku : Cinta Asma dan Ferhad
Penulis : Shima Rostam
Penerbit : Lovenovel 

Kisah cinta selepas kahwin antara Asma dan Ferhad..kahwin demi memenuhi permintaan nenek Ferhad dan ibu Asma,Ferhad terima tanggungjawab dan amanah dengan hati terbuka..bahagia dalam tempoh singkat tetapi peristiwa duka tatkala berjauhan..kagum dengan ketabahan dan kekuatan Asma semasa menghadapi kehilangan ekoran sikap adik ipar yang tidak menyukai Asma tetapi lebih menyokong ' friend with benefit' Ferhad.Akhirnya semua menjadi mangsa keadaan namun tulusnya cinta Asma dapat menerima saat kembalinya Ferhad ke pangkuan amat dikagumi kerana tiada sifat marah dan sakit hati yg ditunjukkan.Mulianya hati Asma dapat terima keadaan baru yang dibawa balik oleh Ferhad. Sesuatu yang amat berharga tali persahabatan yang kukuh menjadi penguat cerita ini juga.Kekuatan naskah ini pada Asma dan yang pastinya Ferhad tidak bersalah.

Namun saya sebagai seorang perempuan tidak boleh membayangkan keadaan Ferhad menyelit ditengah antara yg pertama dan yg kedua..

Kepada yang belum dapatkan CAF,patut dapatkannya kerana pelbagai jenis perasaan yg muncul dan pertama kalinya saya mengigil lutut membaca novel sebab ada bahagian yang memang terkesan.
Tahniah puan penulis..semoga dapat menghasilkan karya2 yang lebih bagus..

#ketulusancintamumenggenggamerathatiku
#cintaasmadanferhad

Notes : Terima kasih kak Idah... ada bakat terpendam tu... Nanti boleh tulis lagi reviewnya... 


Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Isnin, 6 Mei 2019

Review 1 - Hati Yang Kau sakiti

Sebenarnya dah banyak review di dalam FB. tetapi saya tak update kat sini. Nanti saya kena cari semula review itu semua dan update kat sini.( bila ada masa ya). Novel ni terbit pada Januari 2018. Dah setahun lebih berada di pasaran. Jadi pada mereka yang belum memiliki novel saya ini, dapatkan di kedai buku berhampiran ataupun secara online dengan seller-seller online juga penerbit Anaasa ya.

Oleh Chik Ma



Pestaim bc karya penulis ni..pabila si gadis punya hati sedingin ais..apa rs?jenuhlah si jejaka nk pujukkan..ada langau 2-3 org tp ditepis dgn jayanya...langau pulak jenis seksi dan menggoda mujur la lelaki ni tk pandang pun..dan pengajaran buat suami jaga hati isteri..mesti pandai pujuk dan bersabar dgn kerenah isteri..yg pasti jgn cuba2 nk pasang yg lain..dan perempuan yg obses nk balik semula ke pangkuan kekasih..jgn guna ilmu hitam sbb padah akibatnya..byk pengajaran terselit dlm novel ini😍utk kita teladani dn jadikan sempadan bg menghadapi kehidupan yg sgt mencabar ini..so tahniah👏👍👍 buat puan penulisnya dik Shima Rostam..berbaloi2 baca dan masuk dgn jiwa akak.tahniah juga buat anaasa publication krn terbitkan sebuah karya yg menarik ini utk dibaca..

Cc:dik Shikin ZS cerita ni mmg best😍😊👍

#Nextnovelramadandahdatang✌
#ABCkitabcnt

Notes.. Terima Chik Ma.. Pertama kali baca karya saya dah jatuh cinta. boleh beli novel-novel saya yang lain ya.

Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Review 5, Aku Bukan Penggoda

Oleh Shikin ZS



Tamat satu lagi novel pbakl 2019. #NovelKeLapanyang saya KIV ulasannya 😂. 


Aku bukan penggoda. 

Kerana tamak, nyawa tidak berdosa menjadi mangsa. 
Ada kehidupan yang musnah. 
Ada yang kehilangan. 
Ada yang menderita sehingga menjadi dendam. 
Kerana itu juga Baizura ada misi yang harus dia jayakan sebelum dia mampu senyum bahagia bersama insan yang dicintai. 
Adakah hutang darah dibayar dengan darah atau kemaafan yang menutup segala kedukaan dan kebencian? 
Sila beli dan baca 😊. 


Komen saya.... 

Saya suka novel ni. 
Cerita yang pada saya best, konflik sederhana tak terlalu berat. 
Watak heroin yang "bebas laku" tapi masih behave menjadikan dia bukan typical heroin yang perfect. 
Hero yang pada saya sweet walaupun tak bermadah puitis 😆. 
Paksu yang hot dengan kawan baik yang pada saya, setiap novel yang heroin ada bff memang saya suka.
Yang jenis tak tikam belakang kawan la 😂. 
Tahniah penulis dan publisher. 
Boleh perbaiki lagi penulisan menjadi lebih baik dan lebih banyak pengajaran dalam cerita.


Saya tak friend Fb dengan penulis jadi saya tag publisher nya ya 😆 . Penerbitan Lovenovel II

Notes : Terima kasih Shikin untuk ulasan ini. Semoga teruskan usaha menyokong penulis ya... 😊😊


Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Jumaat, 3 Mei 2019

Review 4 Aku Bukan Penggoda

Oleh Ibu Zyanne Alli

Done mengulangkaji novel2 ni... Tidak mengecewakan. Setiap novel mempunyai kekuatan tersendiri. Tahniah kpd cik penulis Pena Kayu
Shiroe Sherry
Shima Rostam A.k.a Shima Awang

Kesemua novel ni superb sesangat... Dah bc Namaku Khadijah wajib baca Diari Jiwa sbb berkait rapat.. Baru le tau apa kesudahan kisah Fahri.

Secret Love novel yg santai... Ibu suka blh senyum2 bc... Mcm syok sendiri plak. Ulat taik pn xde le melampo sgt bg kita pny blood go upstairs smp xleh turun...

Aku Bukan Penggoda penulis bijak menggarap cerita ni bg betul2 interesting nk bc smp habis. Teka teki akn terjawab di akhir cerita.
Well done kepada semua penulis2 hebat ni... Mcm mana le korg blh dpt idea buat citer2 ni ehhh....

"MAJULAH NOVEL UNTUK NEGARA"

#kupencintanovel
#wajibbelinovelni
#recommended

Notes.. Terima kasih ibu untuk review ini.. Semoga ibu sentiasa menyokong karya-karya saya dan penulis-penulis lain...


Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Review 3 Aku Bukan Penggoda

Oleh Kak Imaniah






REVIEW 14/60

1 May 2019


Tajuk: Aku bukan penggoda

Penulis : Shima Awang @ Shima Rostam
Penerbit : Love Novel

1st, saya nk cakap - Novel ni best giler, jujur saya cakap, saya mmg sukakan karya macam ni, dlm sweet ada deritanya, dlm bahagia ada pengajarannya.

Walaupun novel ini lebih kepada kisah cinta, keluarga dan masyarakat, ia juga mengisahkan tentang jenayah dilakukan sehingga menyebabkan 3 ank kehilangan insan tersayang, kerana duit, seorang rakan mengkhianati rakan yg memberi sepenuh kepercayaan kepadanya. Sepanjang pembacaan kita tidak sabar mengertahui apa yg bakal dibongkarkan nanti.

Baizura mangsa keadaan dimana ibu bapa dan adiknya terkorban dalam kemalangan terancang kerana sikap rakan kongsi bapanya yang tamak dan kejam, dia dibesarkan oleh neneknya, mak tok yg menanam dendam dalam diri Uya ekoran kematian kejam anak perempuan sulungnya sekeluarga. Mrk membina empayar perniagaan demi masa depan mrk dimana ramai yg terpaksa berkorban untuk merealisasikan Impian mak tok yg sudah hilang senyumnya.

Aizat juga terlibat dalam kisah sedih itu, cuma ayahnya ialah mangsa yg tk bersalah terheret bersama, Zamri anak bongsu mak tok ditugaskan untuk mendekatinya dan akhirnya mereka berjaya menjadi peguam dan membuka Firma Guaman bersama, Baizura sangat disayangi oleh kedua lelaki ini sehinggakan mrk sanggup berkorban apa sahaja untuk Uya. Uya telah diarahkan oleh mak tok utk bekerja di Kuantan, dia bekerja sebagai auditor dan ketika dia ditugaskan untuk mengaudit cawangan Firma Guaman milik Aizat dan Zamri, dia mengenali Nik Rizal rakan kongsi Aizat dan Zamri yg menyeleweng duit Syarikat, untuk menutup kesalahannya, Rizal cuba merasuah Uya tetapi tidak dilayan dan ini menyebabkan dia menfitnah gadis itu ingin mengodanya sehingga Uya telah dipecat dari mengaudit syarikatnya. Sooraya tunangnya juga membenci Uya tambahan lg bila melihat rakan2 kongsi tunangnya melayan Uya yg pada pendapatnya seperti perempuan gatal setelah melihat betapa daringnya tingkah laku Uya apabila bersama Aizat dan Zamri, dia dan Nik Rizal sentiasa menfitnah Uya tetapi nasib baik Aizat dan Zamri tidak percaya.

Akasyah sepupu Aizat juga menyukai Uya sehinggakan Aizat tidak senang duduk walaupun terang2 Uya setia padanya. Seterusnya... Beli n baca sendiri lah...

Kesimpulan. 
Selain dari jalan cerita yg lain dari yang lain, saya juga tertarik pada setiap watak yg dicreate oleh penulis kerana setiap dari mrk mempunyai karektor tersendiri. Selalunya saya cepat jemu dengan novel2 yg banyak sangat watak, tapi untuk novel ini, TIDAK.

Notes.. Alhamdulillah.. terima kasih kak Iman. semoga Kak Iman diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa positif untuk hari-hari mendatang. Serta terus menyokong novelis-novelis kita.



Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Selasa, 30 April 2019

Review 2 Aku Bukan Penggoda


Oleh Nurul Anisah..

I'm done reading this book.. Wahhhh!!! Tajuk buku nmpak macam mengancam tapi isinya memang superB sangat.. Baca time dialysis BP memang tinggi and setiap pages mesti rasa goosebumps and still nak turning pages nak tahu apa yang berlaku.. Okey the story begin with Baizura yang kehilangan keluargannya sejak dia berumur 13 tahun.. Kematian keluarganya berpunca kerana kuasa dan ketamakkan seorang manusia.. I pernah cakap manusia akan gelap mata dan hati jika ia melibatkan wang dan kuasa.. Bukan wang dan kuasa yang bodoh tetapi manusia itu sendiri yang bodoh.. Tidak tahu untuk menggunakkan ia dengan betul.. Bukan keluarga Zura shja terlibat dalam kemalangan tragis tapi ade lagi 2 buah keluarga yang lain terlibat juga.. 

Puan Aminah yang baik hati mencari waris mangsa yang terlibat dan menolong mereka.. Walaupun Zura kehilangan keluarganya ia sedikit pun tidak pernah hilang kasih sayang keluarga.. Bergantung kasih pada pakngah & makngah, Abg Zam dan Busu Ibnu(adik arwah papa Zura).. Disebabkan peristiwa pahit yg berlaku, Puan Aminah terus berubah watak.. Mengeluarkan arahan demi arahan untuk menuntut bela atas kematian anak sulungnya.. Pakngah & Makngah terpaksa PJJ & Abg Zam terpaksa menukar pengajian daripada doctor kepada peguam..Atas rancangan Puan Aminah bertemu lah Nurul & Aizat.. Zura & Zamri diarahkan untuk berbaik & berkawan sebab mereka dalam situasi yg sama..

One day, Zura ditukarkan ke Kuantan untuk mengaudit salah satu syarikat dan sambil2 tu belajar untuk jadi lebih baik.. Silap pengiraan I sebenarnya Zura lebih bijak mengatur strategi untuk menjatuhkan musuhnya sendiri tetapi actually dalam diam Aizat pun sama jugak.. Ohh sebelum tu Aizat & Zamri ini kawan baik + business partner.. Actually Aizat pun keliru kenapa buah hatinya, Baizura ni selalu sibuk dan cuba mengelak untuk beritahu hal sebenarnya yang mengganggu emosinya.. Bila tanya Zamri dia kata nak tahu apa kau jumpa Puan Aminah.. Dia lebih berhak bercerita.. Yer dengan keberanian Aizat dia bersemuka dengan Puan Aminah.. Dan disitu Puan Aminah menceritakan Apa yang berlaku 12 tahun yang dulu.. Apa yang berlaku sebenarnya?? 

Siapa dalang disebalik kemalangan itu berlaku?? 

Dapatkan Puan Aminah membalas dendam?? 

Adakah berbaloi pengorbanan yang dilakukan oleh Aizat & Baizura?? 

Semuanya terjawab dalam novel ni.. Sila dapatkan buku ni dikedai buku berhampiran you. Rugi kalau buku ni tiada dalam koleksi almari you.. 

Tahniah buat penulis novel ni Shima Rostam 
dan jugak penerbitnya Kak Peah Love Novel Wan Love Novel.

Buku yang terbaik untuk dibaca sebab jalan ceritanya pun tak membosankan tapi lebih mendebarkan.. Bukan cerita cinta tapi lebih kepada sifat seorang manusia.. Setiap buku ade penganjarannya dan tak terlepas buku ni juga ade pengajaran yang tersendiri...Renungan bersama supaya tidak berulang malah I sebagai pembaca beringat untuk tidak melakukan apa yg berlaku dalam cerita tersebut.. Setiap kejahatan akan dibalas kelak.. Salute sebab buku ni menceritakan apa2 yang berlaku family comes first.. So jangan lupa dapatkan buku ni tau..

Notes : Terima kasih Nurul Anisah... Saya doakan awak akan terus berjuang melawan sakit dan sentiasa positif.  

Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Khamis, 11 April 2019

Review Aku Bukan Penggoda..

Salam semua...
Good Day..

Ramai dah dapat dan baca Aku Bukan Penggoda. Ada yang PM saya personal cakap best... hehehe.. Alhamdulillah. Sebagai penulis mestilah sukahati kan... tapi nak bagi kritikan dan cadangan pun boleh. Nanti inshaallah saya cuba perbaiki corak penulisan saya....

Dan di sini saya nak kongsikan review oleh Zura Mohd...


Dari pandanga mata kasar dia memang pengoda dgn gaya yg agak menonjol buat Zura sentiasa menjadi tumpuan mata lelaki ..

Melepaskan Zura untuk sendiri bukan mudah bagai Aizat ..Hati Aizat sering tak tenang .. namun dia tahu sapa Zura ,sapa yg ada dalam hati gadis yg juga jadi intaian Akasyah dan Nik Rizal ..

Demi sebuah harga dan pembalasan Zura akur hidup terpisah dgn cinta hati ...pesanan nenek dan Zamri sering tersemat dalam fikiran .. apa yg pernah jd miliknya harus dimiliki semula ..

Aku Bukan Penggoda bukan lah kisah yg hanya bertunjang pembalasan dan godaan ..kisah ili lebih pada rapatnya sebuah keluarga , kasihnya seorg ibu dan nenek ..akurnya seorg suami , taanya seorg isteri ...

Tahniah kak Shima Rostam naskah menarik dan buat ku x sabar cari perkataan tamat ...

psstt kak Yong Rose Sharifuddin n Alida Love Novel kita dah habis baca Zura Gedik yer ...hehehe ..

#aiikanHeroin
#zuragedik



Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Jumaat, 5 April 2019

Bab 3 Aku Bukan Penggoda




“Terima kasih Cikgu..”

Nurul melangkah keluar dari kelas tingkatan 3. Kelas terakhirnya untuk hari ini. penat tetapi hatinya senang. Melihat wajah polos anak-anak didikannya seakan memberi kepuasan kepada dirinya. Ini adalah cita-citanya sejak kecil. Dia kagum dengan Cikgu Bedah. Walaupun air muka Cikgu Bedah garang, namun hatinya baik. Sentiasa mengambil berat tentang masalah pelajarnya. Dia masih ingat saat dia kehilang ayah kemudian ibu. Cikgu Bedahlah yang memujuk dan berada di sampingnya. Di sekolah, dia selalu berada di dalam pemerhatian Cikgu Bedah. Sikap keibuan Cikgu Bedah membuatkan dia memasang impian untuk menjadi seorang guru. Kini impiannya telah tercapai.

Baru saja punggungnya berlabuh di atas kerusi, telefon pintarnya berbunyi. Senyum merekah di bibir. yatim piatu ketika berusia 10 tahun, hidupnya tak pernah susah dan kekurangan. Dia dikurniakan pula keluarga angkat yang baik.

“Assalamualaikum kak ngah.”

“Waalaikumussalam Nurul. Dah habis kelas ke?”

“Aah.. baru habis kak ngah,” balasnya.

“Balik nanti singgah rumah. Mak rindu. Kata dah lama Nurul tak datang rumah.” Senyum melebar di bibirnya. Lama apa, padahal baru dua hari lepas dia bermalam di rumah keluarga angkatnya.

“Baik.. Nanti Nurul singgah. Kirim salam dekat mak. Kak ngah ada nak pesan beli apa-apa tak?” soalnya prihatin.

“Tak ada. Semua cukup. Kau tu yang tak ada. Mak suruh tinggal di sini tak mahu. Nak juga duduk menyewa.” Kak ngah dah masuk mood membebel. Tak pernah jemu mengulang cerita yang sama.

Dia segan. Budi baik mak dan kak ngah sekeluarga tidak mampu dibalasnya. Lagipun bukan jauh sangat dia menyewa, jalan kaki pun sampai. Sekurang-kurangnya dia masih ada ruang sendiri apabila anak cucu mak balik melawat nanti. Tidaklah dia macam kera sumbang. Walaupun semua ahli keluarga angkatnya melayannya dengan baik. Sepintas lalu terlintas satu wajah. Sebenarnya sebab pemilik wajah itulah yang membuatkan dia segan dan malu. Hati walaupun dicuba menyahkan putik-putik bunga rindu berkembang, tertumbuh juga benih cinta dalam diam.

“Okey kak ngah. Assalamualaikum..”

“Waalaikumussalam.”

*****

“Balik sekolah nanti Nurul singgah mak.”

Hmm... itu sahaja reaksi Puan Aminah. Zuliana pula diam memerhati. Jika mak diam begitu dia sedang berfikir. Mungkin ada kaitannya dengan Nurul.

“Mak nak Zamri kahwin dengan Nurul hujung tahun ni.”

Zuliana tersentak. Dia mengamati raut wajah maknya. Ada kesangsian dalam hati. Cadangan mak itu bagus tetapi sudikah mereka berdua disatukan? Setahunya Zamri dan Nurul tidak pernah berhubung selama ini. Walaupun mereka berdua tahu kewujudan masing-masing di dalam keluarga ini.

“Kena tanya mereka dulu mak. Jangan paksa. Mana tahu Zam dan Nurul ada pilihan masing-masing,” saran Zuliana. Memaksa tidak akan memberi bahagia melainkan menyeksa hati.

“Cipta peluang untuk mereka saling mengenali. Mak yakin mereka berdua mampu hidup bahagia bersama,” tegas Puan Aminah. Dia sayangkan Nurul seperti anaknya sendiri. Nurul tabah mengharungi kehilangan demi kehilangan ahli keluarganya. Biarpun matanya selalu basah namun dia tidak pernah mengalah. Wajahnya lembut, hatinya kental. Inilah calon isteri sepadan untuk Zamri.

Zuliana pula terdiam. Mencipta peluang? Bagaimana? Sedangkan Nurul di sini, Zamri di Kuala Lumpur. Aah payah pula... Menyesal pula cakap jangan paksa tadi. Sekarang dia pula kena terlibat untuk mencipta peluang mereka berkawan. Serasi berkahwin.

“Mak tak nak Nurul jadi menantu keluarga lain. Mak nak Nurul jadi menantu mak. Mak nak dia menjadi ahli keluarga ini yang sebenarnya.”

“Tapi mak..” Zuliana buka mulut untuk menyuarakan pendapatnya, namun termati kata bila mak terus menyambung cakap.

“Nurul hatinya kental. Wajahnya lembut mampu melenturkan hati Zamri. Dan dia juga tidak terlibat dalam dunia perniagaan. Mak mahu dia menjadi tonggak kekuatan Zamri. Biar ada tempat yang boleh dia melarikan diri seketika dari dunia perniagaan. Jadi Nurul paling sesuai. Dan mak tak restui hubungan Zamri dengan Hasya. Gadis itu tak ikhlas sayangkan anak mak.”

Dahi Zuliana berkerut. Dalam matanya ternampak tanda soal. Mana mak tahu tentang Hasya. Siapa dia? Sedangkan dirinya sendiri pun tak tahu apa-apa pasal kisah cinta adiknya.

“Mana mak tahu tentang Hasya?”

Puan Aminah diam tak menjawab soalannya.

“Kami dah balikkk...” dua suara menjerit nyaring mengejutkan mereka berdua.

Zulaikha sengih-sengih menuncul bersama Zarul. Mereka baru pulang dari Kota Bharu. Jam di dinding di pandang sambil angkat ibu jari.

“Tengok mummy, kami ngam-ngam sampai pukul 2.” Dia berhenti di belakang Puan Aminah. Dilingkarkan tangan ke leher Puan Aminah. Wajah tunduk nak mencium pipi tua itu. Puan Aminah larikan kepalanya. Tangan tepuk manja lengan Zulaikha di lehernya.

“Busuk-busuk peluh ada hati nak cium mak tok. Lepas. Lemas mak tok dengan bau peluh kamu ni.”

Zulaikha sengih. sikit pun dia tak terasa. Namun dilepaskan juga pelukan itu.

“Mak tok dengan mummy cakap pasal siapa? Serius je muka,” Zulaikha mula menyibuk ingin tahu.

Zarul pula telah menghilang ke biliknya.

“Jangan nak menyibuk. Budak-budak tak perlu ambil tahu tentang orang tua.”

Dia cemik bibir. tak puashati.

“Assalamualaikum..”

“Haa.. mak su datang..” sengih Zulaikha sampai ke telinga. Dia berkejar ke pintu depan.

“Mak su?” Zulaina dah pelik. dipandang wajah selamba maknya. Bila pula Nurul naik pangkat jadi mak su?

“Walaikumussalam.. Kak Nurul. Masuk.. Masuk.. Mummy dan mak tok ada kat dapur,” ramah dia mempelawa masuk. Sampai je Nurul di muka pintu, Zulaikha terus menyauk lengannya, lalu mereka berjalan bergandingan menuju ke dapur.

“Bila balik? Cuti lama ke?” Nurul menyoal. Dia telah biasa dengan Zulaikha. Setiap kali Zura pulang ke kampung, Zulaikha akan jadi peneman Zura ke mana saja dia pergi. Jadi dia kenal baik dengan sepupu Zura yang seorang ni.

“Petang semalam. Seminggu je. Lepas tu balik KL praktikal di pejabat pak su.”

“Kenapa pejabat pak su pulak? Kenapa tak praktikal kat syarikat papa je?” soal Nurul hairan. Penuntut bidang pemasaran kena praktikal di pejabat peguam?

“Mak tok suruh jadi mata-mata dia,” bisik Zulaikha.

*****

“Beb.. tak keluar lunch hari ni?” Aizat jenguk kepala ke bilik Zamri.

“Aku ada kerja nak selesaikan sikit. Kau dah lunch?”

Aizat geleng. Dia melangkah masuk ke dalam. Melabuh punggung sofa di sudut bilik. Dua butang baju teratas dilepaskan. Penat.

“Aku makan nasi lemak pagi tadi.”

“Anak tengku tu tak merengek ajak lunch dating ke?” sinis Zamri menyoal. Kadang kala tu berbulu matanya pandang gelagat si anak tengku itu.

Aizat ketawa segaris. “ Aku cakap ada lunch date dengan kau hari ni.”

Kening Zamri terangkat. Jari telunjuk dituding ke dada sendiri.

“Tak ada orang lain ke kau nak jadikan kambing hitam bro?” Zamri geleng kepala.

Aizat tidak menghiraukan rungutan Zamri itu. Hati ini hatinya lapang. Usaha selama dua tahun mula menampakkan hasilnya. Tak lama lagi tempoh 2 tahun bakal berakhir. Dan dia berjaya melaksanakan kerjanya tanpa sebarang masalah.

“Pagi tadi aku pergi jumpa Lilian Yeoh,” Aizat buka cerita. Dipandang wajah Zamri, dia senyum. Senyum kemenangan.

“Lilian Yeoh? Setiausaha syarikat tu?”

Aizat angguk. “ Kena gertak sikit dah kecut. Dia bongkar cerita 10 tahun lalu. Dokumen asal masih dia simpan. Jadi senang kerja aku nanti.”

Zamri angguk. “Apa langkah kau seterusnya?”

“Syarikat tu masih lagi hak milik pemilik asal. Jadi aku nak pemilik asal hadir ke mesyuarat agung pemegang saham pertengahan tahun ni. Aku akan bongkarkan segala penipuan tengku itu nanti.”

“Aku nak jemput dia balik ke sisi aku.”

Zamri ketawa. “Aku rasa kau perlu tengok ini dulu.” Dia bangun dan melangkah mendekati Aizat. I-phone bertukar tangan.

“Bila masa pulak aku bercinta?” hati panas.

Zamri angkat bahu. “Dia tahu?”

“Mungkin.. bekas kawan baik ni.. Haa.. ada follow,” beritahu Zamri selepas dia tekan-tekan I-phonenya.

“Giler perasan..”

“Baru kau tahu? Bermain dengan api, tanggunglah akibatnya. Sepupu kau tu bila-bila masa tunggu nak masuk line..”

“Esok hari jadi Zura. Jangan lupa pulak..” peringat Zamri.

Kening Aizat ternaik sebelah. dia bangun. “Esok aku cuti!”

Dan tanpa menunggu jawapan balas dari Zamri dia melangkah keluar.





Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Bab 2 Aku Bukan Penggoda





“Seriuslah kak.. Encik Nik tu tengah usha akak. Tiap-tiap hari belanja makan,” bisik Nadya. 

Zura jeling. “Buat kerja. Jangan buat gossip pulak.” Rimas pulak dia. Tiap hari ada saja alasan diberikan supaya mereka ikut lunch. Ingat senang ke nak memikat dia dengan hanya belanja makan. Dia tahu Nik Rizal ada niat lain. Cuma Nadya tak tahu. 

Nadya ketawa tutup mulut. “Bukan buat gossip kak. Cakap yang betul je.” 

“Dengar dek bakal tunang dia, kita yang kena halau nanti. Tak ada masalah cari masalah,” Zura memberi amaran. Ada dia terdengar Clarice bercerita, anak saudara Encik Ali itulah kekasih hati Nik Rizal. Jangan nak main mata, perempuan itu cantik dan tahap cemburunya boleh tahan juga. Setiap gadis yang cuba menggoda Nik Rizal, selalu dapat habuan. Kena viral, kena diberhentikan kerja dan macam-macam lagi Nik Sooraya akibat cuba menggoda bakal tunangnya. 

Nadya mencemik. “ Takkanlah time kerja pun bakal tunang datang berumah tangga kat sini. Tak kerja ke?”

“Mana tahu. Clarice cakap bakal tunang Encik Nik, anak saudara Encik Ali, anak Tan Sri Nik Salim. Katanya lagi model muslimah, sambilan,” cerita Zura. Tak sengaja dia ajak Clarice bergossip semata-mata mahu mengorek rahsia. 

Zura terangguk-angguk. “Baguslah, sepadan.”

Tok..tok..”

Keduanya angkat muka. Nik Rizal senyum kacak. “Jom dah waktu lunch.” 

“Tak apalah Encik Nik. Kami lunch dekat- dekat ni je,” tolak Zura secara baik. 

Nadya tunduk sembunyi senyum.

“Bila lagi you all nak merasa I belanja. Lagipun I tak ada selera makan sorang. Ada gadis cantik teman selera sikit I makan.”

“Kami kenyang lagi ni. Mungkin lewat sikit keluar. Nak settlekan kerja dulu,” Zura memberi alasan lagi. 

“Kerja boleh tunggu. Perut lama mana boleh tunggu. Nanti kena gastrik pula. Tak payah segan-segan dengan I.” Beriya-iya Nik Rizal memujuk. dia memandang Nadya meminta pertolongan. Harapnya gadis itu faham. 

“Nad laparlah Kak Zura. Bila lagi nak merasa Encik Nik belanja kan? Jomlah,” pujuk Nadya. 

Zura jegilkan mata. Kalau boleh dia tidak mahu kerap sangat dilihat bersama dengan Nik Rizal. Hatinya tak enak. 

“Hari ni je. Esok I tak ada kat pejabat. Ada kes di mahkamah Pekan,” beritahu Nik Rizal. 

“Haaa.. Esok pula kita dah last. Lepas ni tak merasa Encik Nik belanja lagi..” sampuk Nadya. 

Zura pandang Nadya. Hatinya tak setuju. Tetapi Nadya sengaja kelip-kelipkan matanya. Memujuk. 

“Okey... Sebagai tanda menghormati keikhlasan Encik Nik.” Zura mengalah. 

Nik Rizal tersenyum lebar. Hatinya bukan main gembira lagi. Peluang yang ada mesti digunakan sepenuhnya. 

Berjalan seiringan ke kereta, tanpa sedar ada mata memerhati. Ada hati dimamah cemburu. Ada hati berbekam dendam. 

*****

“Bie.. you kat mana?” Lunak manja suara Nik Sooraya bercakap dengan bakal tunangnya. Tapi mata tajam memerhati langkah tiga manusia sambil berbual mesra itu ke kereta. Bukan main lagi bercanda di tengah panas. Hatinya hangat apabila melihat si lelaki dengan penuh budiman membuka pintu kereta kepada si cantik seksi itu tadi.

Jadi sengaja dia ingin menduga jawapan si bakal tunang. 

“I ada lunch meeting dengan client. Why?” si bakal tunang menyoal penuh mesra. 

Dapat dilihat gelagatnya, sedang melihat jam di pergelangan tangan kemudian mata melilau ke sekitar kawasan, bagaikan mencari sesuatu. Nasib baik kedudukan terlindung.

“Owwh.. I ingat nak ajak you lunch sekali. I on the way ke pejabat you ni.” 

“Lunch meeting I kat bandar, baby. Apa kata malam ni I datang ambil you. Kita dinner bersama,” pujuk si bakal tunang di dalam talian. 

“I dah lambat ni.. Client tengah tunggu. Kita jumpa malam ni ya. Muaah..” talian diputuskan sebelum sempat Nik Sooraya membalasnya. 

Bibir diketap kuat. Sakit hati melihat kereta Nik Rizal berlalu pergi. Terpandang sekilas bukan main lebar senyuman lelaki itu. Si gedik di sebelahnya pun apa kurangnya. Tak sedar diri! Laju kakinya melangkah ke pejabat Nik Rizal. Dia yakin Azie tidak keluar makan tengahari. 

Pintu kaca ditolak kuat. Azie terdongak memandang ke pintu utama pejabatnya. Nik Sooraya melangkah dengan wajah merah dan berwajah ketat. Air mukanya menakutkan. Azie cuba senyum namun jelas dibuat-buat. Nik Sooraya melangkah mendekati meja penyambut tetamu itu. Mata tajam bak mahu membunuh itu membuatkan mulut Azie terkunci untuk menyapanya. Dia terkebil-kebil memandang Nik Sooraya di hadapannya. 

“Encik Nik mana?” nadanya mendatar, menelan amarah di hati. Dia cuba bertenang. Tapi mata tajam menatap wajah pekerja Nik Rizal itu. 

Azie hilang suara. Dia gugup. Selama ini dia selalu melihat senyum mesra dan peramah Nik Sooraya. Bila berubah macam ni hilang seri cantik di wajah itu. Nampak macam singa betina tengah tunggu nak melahap mangsa. Dan kenapa pula dia yang terasa bakal menjadi mangsanya.

“Dia ke mana?” Nik Sooraya menekan suara. Diri semakin hilang sabar. Azie nampak kecil besar kecil besar di matanya. Entah-entah mereka ini berpakat untuk menipunya. 

“Er.. Er..”gulp. Hilang suara, hilang kata. Terkebil-kebil memandang wajah singa Nik Sooraya. 

“Dia keluar dengan perempuan mana!” tidak mendapat jawapan untuk soalan pertama. Soalan lain pula diajukan. 

“CAKAPLAH!!” tengking Nik Sooraya. 

Wajah Azie berubah. Tergambar ketakutan di wajah itu. 

“Dia keluar lunch dengan auditor Cik Soraya.” 

“Auditor ke kekasih baru dia?” hatinya tidak mahu percaya. Faham sangat dengan perangai pantang melihat perempuan cantik seksi Nik Rizal. 

Azie angguk kemudian geleng. Dia salah tingkah. 

“Me.. memang betul Cik Zura auditor. Dia datang buat audit seminggu kat sini,” terang Azie. 

“Yang mana satu? Bertudung ke tak bertudung?”

“Tak bertudung,” jawab Azie. 

Nik Sooraya mendengus tak puashati. Dia jeling tajam Azie. “Dia tu datang buat audit ke sengaja datang nak menggatal pikat Rizal?” 

Azie angkat bahu. Kepalanya tergeleng-geleng. Tak tahu dan tak ambil tahu. Selama 3 hari Zura dan pembantunya datang audit, mereka fokus kepada kerja. Sesekali datang bertanyakan dokumen kepadanya. Selain itu mereka langsung tak keluar bilik mesyuarat yang digunakan. Bosnya sahaja yang rajin menjenguk mereka buat kerja. Dan bukan main lama lagi berada di dalam bilik itu.

“Mereka dari firma audit mana?” 

“Tetuan Ibnu, Ali & Co, Cik Soraya.” 

Dan tanpa sebarang soalan lain, Nik Sooraya berpaling mahu keluar dari situ. Tetapi sampai ke pintu langkah terhenti. Dia menoleh. 

“Jangan bagi tahu Encik Nik I datang hari ini,” mata tajam memberi amaran juga. 

Azie angguk. Dia angkat tangan kanan separas bahu, seolah-olah bersumpah. Spontan tingkahnya. Gerun dengan sikap Nik Sooraya yang berubah menjadi singa betina itu. 

“Weh.. perempuan tu kenapa?” tiba-tiba beberapa orang staff yang tidak keluar makan tengahari mengerumuninya. 

“Meroyan... ternampak Encik Nik keluar makan dengan Cik Zura kot.” 

Mereka sengih. “Tapi cantik giler kan Cik Zura tu. Padanlah Encik Nik nak himpit.” 

“Dia tu rasa tergugatlah tu. Harapkan cantik dengan tepek mekap tebal je,” selamba sahaja mereka berkumpul mengutuk. Terus bergossip tentang bos kasanova mereka. Faham sangat. Azie lah selalu menjadi mangsanya. 

“Ni perempuan yang entah ke berapa. Kalau aku jadi Cik Soraya dah lama tinggalkan Encik Nik. Bukan stok boleh dibuat suami.” 

“Cik Soraya pun bukan stok boleh buat isteri juga. Untuk perhiasan boleh.”



“Bukan main korang eh. Anak Tan Sri tu. Tak pasal kena saman!” 




Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.