Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2020

Ebook amal COVID - 19

Assalamualaikum dan Salam 2 Ramadan semua. Telah lama dunia blog ini saya tinggalkan walaupun saya maintain bayar yuran hosting (eh kalau silap maaf ya.. Maintain mana blog ini tetap boleh guna exclusive untuk saya je) setiap tahun. Walaupun banyak  yang saya nak kongsikan tetapi tak terluah untuk ditulis di sini. Novel baru? Manuskrip baru? Tak ada lagi buat masa sekarang. Maaf.. Mood menulis itu jauh tinggalkan saya. Tapi saya terdetik hati untuk berkongsi usaha bersama-sama rakan penulis lain bergabung menyumbangkan cerpen ebook untuk tujuan amal. Alhamdulillah dalam masa singkat ia mampu disiapkan dan sekarang sudah lebih 500 unit ebook terjual. Hasil jualan ebook ini 100% adalah untuk tujuan amal membantu golongan asnaf dan anak yatim. Dan hasil yang terkumpul beberapa hari yang lepas telah digunakan untuk tujuan tersebut. Dan jualan ini masih lagi dibuka sehingga 15 Mei 2020.  Feed back pembeli ebook ini juga sangat memuaskan. ALHAMDULILLAH mereka berpuas h