Langkau ke kandungan utama

Ebook amal COVID - 19

Assalamualaikum dan Salam 2 Ramadan semua.

Telah lama dunia blog ini saya tinggalkan walaupun saya maintain bayar yuran hosting (eh kalau silap maaf ya.. Maintain mana blog ini tetap boleh guna exclusive untuk saya je) setiap tahun.

Walaupun banyak  yang saya nak kongsikan tetapi tak terluah untuk ditulis di sini. Novel baru? Manuskrip baru? Tak ada lagi buat masa sekarang. Maaf.. Mood menulis itu jauh tinggalkan saya.

Tapi saya terdetik hati untuk berkongsi usaha bersama-sama rakan penulis lain bergabung menyumbangkan cerpen ebook untuk tujuan amal. Alhamdulillah dalam masa singkat ia mampu disiapkan dan sekarang sudah lebih 500 unit ebook terjual.


Hasil jualan ebook ini 100% adalah untuk tujuan amal membantu golongan asnaf dan anak yatim. Dan hasil yang terkumpul beberapa hari yang lepas telah digunakan untuk tujuan tersebut.



Dan jualan ini masih lagi dibuka sehingga 15 Mei 2020. 
Feed back pembeli ebook ini juga sangat memuaskan. ALHAMDULILLAH mereka berpuas hati dengan 13 kisah di dalam ebook setebal 400++ muka surat ini. 







Jadi kepada yang berminat hendak membeli ebook ini, korangboleh beli bila-bila masa saja.. 


Detail E-Book Kompilasi Cerpen Projek Amal Covid19 ๐ŸŒผ
=====

Semoga niat baik anda dibalas dengan seribu kebaikan ❤❤❤

๐ŸŒผ *KOMPILASI CERPEN PROJEK AMAL COVID19 * ๐ŸŒผ

๐ŸŒผ Gabungan 13 penulis Love Novel Publishing
๐ŸŒผ 13 cerpen
๐ŸŒผ 1 Ebook
๐ŸŒผ 100% hasil jualan akan disumbangkan kepada pihak yang memerlukan
๐ŸŒผ Sumbangan akan disalurkan sepanjang bulan Ramadhan dan menjelang Syawal

๐ŸŒผ ORDER DIBUKA DARI 17 APRIL 2020 SEHINGGA 15 MEI 2020

๐ŸŒผRM15 SAHAJA

๐ŸŒผSILA PILIH MEDIUM PENGHANTARAN:

✅WHATSAPP
✅EMEL
✅FB MESSENGER

๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ

Sila buat bayaran ke nombor akaun berikut dan lengkapkan butir-butir pembelian.

*MAYBANK*
*564388561988*
(Love Novel Publishing)

*CIMB*
*8603015618*
(Love Novel Publishing)

www.wasap.my/601123432311/EbookAmalCovid19

๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ

Butir-butir pembelian:

Nama :
Tarikh bayaran:
Pilihan Penghantaran (Whatsapp/Emel/Messenger) :
Whatsapp :
Emel :
FB Messenger:
Bukti pembayaran:

Ebook Sedia Ada. Akan dihantar dalam tempoh kurang 24 jam oleh pihak Love Novel Publishing. Terima kasih atas kesabaran๐ŸŒผ

๐ŸŒบ๐ŸŒบ๐ŸŒบ๐ŸŒบ

Rasa ragu-ragu.. Nak beli ke tak? Kita layan teaser pendek antara cerpen - cerpen  pilihan



Teaser cerpen nukilan saya - Dosa semalam.. 

Okey setakat ini saya kongsikan dulu.. Kita jumpa di entri akan datang... Inshallah.. Selamat berpuasa.. ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Uncle Doktor.. Nak tak jadi papa Niny? Bab 3

Untuk tempahan klik link ini : www.wasap.my/601123432311/uncledoktor Lini... “Mama, uncle doktor mana?” “Uncle doktor sibuk. Duduk diam-diam. Nanti mama cakap pada misi supaya suntik Niny.” Aku sudah tidak tahu hendak menjawab apa lagi. Boleh dikatakan setiap minit Niny bertanyakan Doktor Sam. Orang sebelah sudah senyum-senyum, melihat kami. “Misi uncle doktor mana? Niny kan baik, dengar cakap, kenapa uncle doktor tak datang check Niny. Niny kan sakit..” Misi pula yang jadi mangsa Niny. Aku cuma mampu beristighfar di dalam hati. Cepatlah boleh keluar wad ni! Mulut Niny sudah tidak mampu kukawal lagi. Hendak dimarah pun bukan dia dengar. Nanti merajuk, aku juga yang susah memujuk. “Uncle doktor dah habis syif dia dah. Esok pagi baru dia datang.” “Alaaa...! Nanti Niny rindu macam mana?” “Kasihan uncle doktor nak rehat. Mamakan ada ni. Jangan nak mengada-ngada Niny!” Suaraku dah tegang. Tapi masih lagi kukawal nadanya. Geram betul dengan Niny ni. “Ala..alaa..Kasih

Uncle Doktor.. Nak tak jadi papa Niny bab1

[Tak edit] Lini... “Niny.. kita mandi dulu sayang. Lepas tu mama suapkan ubat,” pujukku tanpa melihat Niny yang terbaring lesu di atas katil. Tangan aku pantas menarik kain tuala dan baru aku berpaling memandang Niny. Aku tergamam. Tuala di tangan terjatuh ke kaki. Tubuh Niny menggigil dan tegang. Mata ke atas. Mulut berbuih. Aku menerpa, panik. Air mata entah bila merambu keluar. Niny aku ambil dan dukung keluar bilik. Dalam keadaan panik, hanya perkataan hospital terlintas di dalam benakku. Tudung aku capai dengan tangan kiri. Beg dan kunci kereta aku main ambil tanpa melihat. Tubuh Niny terus menggigil tanpa henti. Terasa haba tubuhnya panas. Aku takut dan panik. Aku berlari keluar. Kereta di pecut laju menuju ke hospital. Kereta dibrek mengejut di hadapan kecemasan. Aku turun dan terus membuka pinta sebelah penumpang. Dalam suara serak dan wajah bekas air mata, Niny aku dukung erat. “Kenapa puan?” petugas di kecemasan menyoal ku. Matanya memandang Niny di dalam peluka