," bisik Rafidah
Selasa, 16 November 2021
Cinta November (cerita pendek)
," bisik Rafidah
Jumaat, 22 Oktober 2021
Raikan CInta Kita - 6
Semerbak
bau nasi dagang yang baru masak. Perut Auni mula berdondang sayang.wajahnya
ceria. Majlis rumah terbuka dan kesyukuran yang tertangguh minggu lepas
akhirnya dibuat juga pada minggu ini. Semuanya gara-gara dia yang tiba-tiba
pitam kerana tekanan darah rendah dan alahan teruk minggu lepas. Apabila dapat
keluar hospital terus Aazad merancang majlis mereka. Tidak mahu ditangguh lagi.
Keluarganya telah seminggu berkampung di rumah baru mereka yang terletak di
templer park. Di pinggir hutan dan berhampiran dengan air terjun kanching. Dia
puashati. Suasana redup di rumah baru ini mendamaikan jiwanya.
“Tak
boleh makan lagi ke mak teh?” pantas disuarakan isihatinya. Tak sabar mahu
makan. Padahal hari raya lepas dia telah pun menikmati nasi dagang air tangan
mak teh ini.
“Boleh
dah. Nur ceduk gulai ayam dan ikan tu ke dalam mangkuk sikit,” arah mak teh.
Nur
sengih. “ Lepas ni tak sampai sebulan berat Kak Auni akan naik sepuluh kilo,”
usik Nur.
“Tak
apa. Abang Aazad tetap sayang,” Auni menjawab selamba. Kasih mereka tersimpul
mati. Dia yakin dengan cinta Aazad tidak akan berubah walaupun bentuk badannya
telah berubah.
Nur
mencebik. Cemburu? Taklah. Kasih sayang dan cinta suaminya sentiasa membuatkan
berada diawangan.
“Majlis
nak mula pukul berapa Auni?”
“Pukul
dua mak teh. Selepas zohor orang masjid datang.” Beritahu Auni. Tangannya sibuk
menyenduk gulai ikan ke dalam pinggan tapi terhenti seketika.
“Salmi.
Bawa nasi dagang ni ke depan. Katering dah sampai ke belum?” tanyanya kepada
pembantu rumahnya.
“Sudah
pun. Mereka sedang menghidang kat depan tu.”
Auni
angguk. “ Jangan lupa hidangkan juga pulut kuning tu. pastikan cenderahati
diberikan kepada tetamu nanti.”
“Baik
puan.”
“Garangnya
puan kita ni,” usik Nur.
“Muda
lagilah maid Kak Auni tu.”
Auni
angguk bersetuju. Mulanya dia pun tak suka juga. Tapi dalam dua minggu ini dia
perhatikan kerjanya tip top. Pendiam dan rajin juga orangnya. Jadi prasangka
buruk di buang jauh.
“Dia
bagus buat kerja. Semua kerja yang Kak Auni arahkan dia buat tanpa banyak
cakap. Rumah pun dikemas bersih.”
Nur
angguk. Dalam dia diam memerhati pembantu rumah Kak Auni melakukan kerjanya.
“Tak
nak makan sekali ke Nur?”
“Makan
dengan Abang Syam nanti kak.”
“Pergilah
mandi dan bersiap dulu. Dah dekat pukul satu ni. Nurin Sofea mana?”
“Dengan
abi dia.”
*****
“Nur?”
“Ami?”
“Aik
kat sini pun kau ada jugak?” keduanya teruja dan saling berpelukan. Kali
terakhir mereka berjumpa ketika Nur dalam pantang.
“Ni
rumah kakak sepupu aku. Kau kenal dia?” Soal Nur. Suka hatinya ada kawan di
majlis ni.
Ami
geleng kepala. “ Amru kenal Encik Aazad. Katanya client firma,” jelas Ami.
“Kau
dah makan ke?”
“Dah
dengan Amru tadi. Tu tengah berbual-bual tu. Aku dah mula bosan. Nasib baik
nampak kau tadi. Nurin mana?”
“Tidur.
Ada umi aku tengokkan. Aku kena tengok – tengokkan bebudak catering ni. Kak
Auni dah masuk dalam kejap. Pening katanya.”
“Rindu
nak gomol baby girl kau. Mesti makin bambam.”
“Selalu
bergantung kat dada mama dia ni, macam mana tak bambam.”
Ami
ketawa. “Tapi mama dia semakin cantiklah. Kau tak nampak macam mak orang. Apa
rahsianya?” risiknya.
“Rahsianya?
Tu yang hensem pakai kopiah putih dengan kurta tu,” muncung mulut Nur tunjuk
suami kesayangannya. Sebab kalau bukan encik suami yang memujuk siang malam
supaya sabar dan ikut segala pantang larang umi dan mak mertua aku, tak adalah
aku jadi macam ni.” Cerita Nur dengan memek mukanya sekali.
Ami
ketawa besar. “Ketawalah kau. Bila sampai masa kat nanti baru tahu azabnya
berpantang ni. Itu ini semua tak boleh. Kena berdian pulak tu malam-malam,
panas. Belum lagi kena pakai bekung. Makan nasi berulam kunyit, bawang putih
dan ikan bakar je. Tukar menu pun semuanya bakar. Wajib ada bawang putih
ataupun lada hitam,” sambung Nur lagi.
“Mak
aku moden sikit kot. Takkan kena pantang
ketat-ketat,” balas Ami antara yakin tak yakin. Sekarang ni pun dah macam-macam
petua mak bagi suruh dia amalkan. Jadi isteri orang ni kena pandai jaga diri
luar dalam. Biar suami sentiasa sayang. Itulah yang mak selalu ulang.
Bagi
dia pula tak buat apa pun, Amru tetap akan sayang dia. Kalau tak, takkanlah
rela hati bertanggungjawab padahal dia tak pernah pun paksa. Kemudian susah
payah pikat hatinya sehingga dia cair.
“Hahaha..
Kot kau tu aku yakin kau pun kena lalui juga. Tapi kau tak payah risaulah,
pantang makan 44 hari je. Pantang bersama 100 hari. Sekarang ni macam-macam
boleh buat untuk ikat suami dalam 100 hari tu,” Nur sengih dengan kata-katanya
sendiri. Dengar dek suaminya haruslah kena tazkirah.
Ami
dah geleng kepala. Nur yang lembut dan bercakap pun tersusun-susun dulu dah
bertukar karektor lebih terbuka sikapnya.
“Aku
macam jumpa Nur yang baru. Dulu bukan main lagi cakap kau bertapis-tapis.
Sekarang ni semuanya kau main cakap je.”
Nur
ketawa. Dia tarik tangan Ami duduk di kerusi berdekatan.
“Kau
dah kahwin Ami, boleh aku bercakap terbuka dengan kau. Dah ada pengalaman.
Kadangkala tu tak salah kita saling berkongsi pendapat dan nasihat untuk
kebaikan bersama. Lagipun aku cakap dengan kau je. Dengan orang lain mana ada.
Kalau kak long dan kak chik aku lagi teruk cakap tak bertapis. Tapi bukan lucah
ya. Berlapik dan faham sendirilah. Aku cakap ni sebab suatu hari nanti kau akan
lalui juga.” Nur mengambil nafas seketika. Dia pandang sekitar. Dilihat
suaminya dah bergabung dengan suami Ami dan beberapa lelaki lain. Rancak mereka
berbual. Tetamu pula semakin ramai datang. Abang Aazad cakap dia jemput semua
staff syarikatnya yang hampir 200 orang tu.
Kemudian
Nur pandang Ami. Nampak berseri wajah sahabatnya ini. Seri pengantin baru tak
hilang lagi.
“Kau
kena ikut pantang lepas bersalin nanti. Habis pantang 100 hari, in syaa allah
badan kau slim macam anak dara, seperti aku ni. Rasanya terasa lebih sihat dari
anak dara dulu. Untuk kebaikan kita juga,” sambung Nur lagi.
“Iya-iya
je kau cakap. Aku lambat lagilah. Nak bercinta dulu sepuasnya. Baru fikir pasal
anak,” jawab Ami. Mahu tutup topik pantang ini.
“Eh
kau merancang ke? Makan ubat?”
“Taklah.
Mana ada. Belum rezeki.”
Nur
angguk dan senyum. “ Lambat tak lambat, aku rasa dah ada dah ni.” Tangannya
sentuh perut Ami.
Pantas
Ami pegang tangan Nur. “ Kau ni, malulah. Orang ramai ni kan.”
Nur
ketawa. “Aku yakin selepas ni kau akan dapat berita gembira.”
Ami
jeling. "Pandai-pandai je kau, macamlah doktor." Mata Ami melihat
sekeliling,takut ada orang perasan perbuatan Nur itu.
Nur
buat tak kisah. “Hari-harikan? Kecuali kau bendara merah,” usiknya lagi.
Spontan
Ami cubit paha Nur. Geram!
Majlis
rumah terbuka semakin meriah.
Sepasang
suami isteri bersama anak lelakinya baru tiba.
“Betul ke rumah Encik Aazad ni, bang?”
“Betul
dah kalau ikutkan alamat yang dia bagi ni. Waze pun bawa kita ke sini,” jawab
Ferhad.
“Besar
giler rumah dia. Dah macam villa dah,” puji Asma.
“Mananya
tak besar sayang, syarikat dia antara syarikat multinasional milik melayu yang
terbesar di Asia ni. Tapi abang respek dia. Very humble dan sempoi je. Kalau
sayang nak tahu Encik Aazad inilah pelabur terbesar resort kita.”
Bulat
mata Asma mendengarnya. “Pelabur terbesar? Maksud abang?”
“Abang
nak kembangkan resort kita ke Pulau Perhentian. Abang dah tengok kawasan yang
sesuai. Ingat tak dalam enam bulan lepas kita pergi Perhentian? Sambil bercuti
sebenarnya abang tinjau tempat. Kebetulan berjumpa dengan Aazad di sana.
Isterinya cikgu mengajar di Pulau Perhentian tu. Bila cakap abang nak buka
resort terus dia cakap berminat. Minta kertas kerja. Dia tertarik dengan konsep
resort kita. Dan untuk pengetahuan sayang ID villa ni abang yang reka.”
Mata
Asma bersinar. Kemudian dia terus memerhati kawasan villa ini. Cantik dan
menarik. Gabungan moden dan tradisional.
“Villa
ini melambangkan cinta Aazad kepada isterinya. Resort kita pula melambangkan
cinta abang kepada sayang,” Ferhad memeluk bahu Asma. Sungguh kata-kata Ferhad
membuatkan Asma terharu. Dan gelagat
mereka menarik perhatian Aazad dan Amru.
“Assalamualaikum..”
Aazad menyapa.
Dek
kerana terbuai dengan perasaan mereka, Asma dan Ferhad terlupa di mana mereka
berada. Membera wajah Asma, malu.
“Waalaikumussalam...”
“Sampai
juga kau. Sila-sila masuk..” Aazad mengajak. Mereka saling berjabat tangan.
“Apa
khabar Ferhad,” Amru hulur tangan.
“Laa
kau? Jumpa juga kat sini. Aku baru ingat nak pergi beraya rumah kau lepas ni.”
Ferhad teruja. Mereka saling ketawa. Aazad pula terpinga-pinga.
“Kau
kenal dengan Ferhad ni?” Aazad menyoal.
“Isteri
Ferhad berkawan dengan isteri aku. Aku pula melabur dalam resort dia.”
“Dan
Aazad ni merupakan pelabur terbesar resort aku di Pulau Perhentian.”
“Assalamualaikum..”
Hisyam memberi salam dan menghampiri mereka bertiga.
Asma pandang Hisyam. Ada juga? Hati dah
melonjak gembira. Mesti Nur dengan Ami pun ada sekali kat dalam tu.
“Waalaikumussalam.
Syam?” Mereka bersalaman.
“Jumpa
juga kau kat sini?”
“Abang
Aazad ni suami sepupu Nur. Masuk dulu, kita sembang kat dalam..” jelas Hisyam
sambil ajak masuk.
“Nur
dengan Ami ada kat dalam Asma. Pergilah masuk,” beritahu Hisyam.
Asma
angguk. Dia pandang Ferhad. Ferhad angguk memberi kebenaran. Lalu ditarik
tangan Farhan supaya mengikutinya. Dibiarkan lelaki bersembang sesama mereka.
“Masuk-masuk
makan dan sembang kat dalam dulu,” ajak Aazad pula.
Tetamu
semakin ramai datang. Aazad sebagai tuan rumah tersenyum lebar menyambut
kedatangan tetamunya.
“Assalamualaikum..”
“Waalaikumussalam
Tuan Syed. Sila-sila..”
“Selamat
hari raya Aazad. Ini isteri saya Riya dan anak-anak saya, Zara dan Ali.”
Riya
kagum. Cantik villa ni. “Nanti kita tengok villa kita pula sayang. Abang bina
lagi cantik,” jawab Syed Al-Aiman seakan dapat mendengar pujian di dalam
hatinya.
“Riya
tak cakap apa pun.” Heran dia dengan Mr Noble man ni. Selalu apa yang bermain
di dalam hati, akan dijawab oleh. Kena pulak tu.
“You
are me. Abang tahu apa yang sayang abang rasa dan fikirkan,” bisik Syed Al-
Aiman lagi.
Riya geleng kepala. Tak tahu nak kata apa dah.
Belum cakap pun dah dapat jawapannya. Hatinya berbunga bahagia. Biarpun mereka
berjodoh lambat, namun kemanisannya sentiasa dirasai. Cinta yang dirasakan
mustahil bersatu suatu masa dulu, terbukti kuasa Allah taala lah yang
menentukan segalanya. Terasa tangannya ditarik, Riya terus mengekor langkah
suaminya. Zara dan Ali juga mengikut mereka berdua.
“Mama..
nak pergi main sana,” Zara tunjuk ke taman mainan kecil yang dipenuhi oleh
anak-anak para tetamu.
“Makan
dulu. Lepas ni boleh pergi main. Ajak adik sekali,” jawab Riya.
Zara
angguk. Dia ambil pinggan berisi nasi dagang yang dihulurkan oleh mamanya.
“Ali
punya?” Ali pandang mamanya. Suara kecil dan wajah comel Ali sentiasa memikat
hati orang yang memandangnya.
“Mama
suapkan.” Ali angguk lalu dia ikut papanya mencari tempat duduk.
Hisham
tepuk bahu Amru.
Tersentak.
Tangan kanannya mengusap belakang tengkuk. Sejak tadi matanya tidak lepas
pandang isteri sendiri. Entah mengapa, melihatnya ketawa dan tersenyum, hatinya
berbunga bahagia. Ami semakin manja dengannya. Syukur dipanjatkan, semoga kasih
sayang mereka semakin bercambah dan terus subur di hati.
Hisham
geleng kepala. Faham sangat dengan fasa berbulan madu ni. Kalau boleh setiap
hari nak ada di depan mata je. Mahu berulit setiap masa.
“Am,
tak lari ke manalah isteri kau tu. tak payah nak tengok-tengok selalu.”
Amru
sengih.
“Tapi
aku faham apa yang kau rasa. Dulu pun aku macam kau juga. Setiap detik nak bini
ada dekat sebelah je..” sambung Hisyam. Dia tak malu akui. Indah dan bahagianya
perasaannya tika itu.
Dan
mereka terus berbual.
Aazad
semakin sibuk menyambut tetamu yang datang. Auni muncul disebelahnya setelah
berehat seketika.
“Sayang
okey ke ni?” tegur Aazad. Dipaut bahu isteri kesayangannya itu.
Auni
angguk. “ Okey abang...” balasnya. Ditatap wajah risau suaminya dengan penuh
kasih sayang.
“Assalamualaikum...”
“Waalaikumussalam...
Dato’Naim, Datin.. jemput-jemput masuk.” Auni turut senyum dan bersalam
menyambut tetamu mereka.
Majlis
rumah terbuka mereka berjalan lancar.
Jumaat, 15 Oktober 2021
Raikan Cinta Kita - 5
“Kenapa?” Amru jungkit kening. Dari tadi lagi Ami
pandangnya tak berkelip.
“Hensem! Patutlah Cik Yana tu tergila-gilakan abang,”
omel Ami sebelum dia memandang ke dalam cermin. Senyum kacak encik suami
terbias di cermin. Memang dia terpukau tapi hati ego untuk terus memandang
wajah itu.
“Sayang pula, cantik dan manis. Patutlah abang
tergila-gilakan sayang..” Amru pula memuji menggunakan perkataan tergila-gila.
Memang betul pun. Sejak matanya jatuh pandang pada Ami dalam kelab dulu,
hatinya telah jatuh tergolek. Jika bukan kesilapan mereka dulu pun, dia yakin
akan memikat Ami juga.
Ami menjuih bibirnya. Langsung tak percaya. Dia
bukannya cantik sampaikan orang boleh tergila-gilakannya. Kalau tak, tentu
Hafiz tidak meninggalkannya. Inner magik disarung ke kepala. Kali ini terasa
mahu memakai shawl seperti tutorial Ariani yang dilihatnya di dalam FB.
Harapnya menjadilah. Dia bukannya pandai sangat nak belit-belit ni, selalunya
pakai tudung bawal dan instant je.
“Tak percaya?”
“Langsung tak. Saya bukannya cantik sangat pun,” balas
Ami.
“Tak apa tak cantik di mata orang ramai, asalkan
cantik di mata hati abang,” bisik Amru yang berada rapat di belakang Ami.
“Jauhlah sikit, orang nak pakai tudung ni.” muka Ami
dah berubah merah. Apasal tak jadi pulak ni. Tengok video itu senang je nak
pakai. Merah malu dah berubah jadi merah geram. Eeeii... rasa macam nak tarik
gumpal je tudung ni.
Amru memerhati dalam diam. Dia kulum senyum. Gelagat
si isteri di depan cermin mencuit hatinya. Pelbagai cari pakai belit dilakukan
oleh isteri tapi satu pun tidak menjadi. Padahal di matanya dah cantik
terletak. Dia pandang jam di I phonenya, dah terlewat lima minit nak ke rumah terbuka.
Ami masih lagi belum siap. Sayup-sayup terdengar suara ayah mertuanya memanggil
mereka.
“Sayang pandai tak pakai ni?”akhirnya dia menyoal.
Ami mengeluh, kecewa. Dibuka brooch di bawah dagu.
Nasib baik ada tudung bawal digosoknya tadi.
“Kenapa pulak ni?”
“Tukar tudunglah. Susah pakai ni, tak jadi,” jawab Ami
geram. Tangannya dah mahu tarik shawl di atas kepala.
Amru segera menghenti perbuatan isterinya. “Jangan.
Biar abang tolong pakaikan.”
Ami pandang suaminya tak percaya. “Pandai ke?”
“Abang try je dulu. Kalau tak jadi jugak baru sayang
tukar tudung,” balas Amru. Dia menarik Ami berdepan dengannya. Shawl di kepala
dibetulkan, panjang sebelah.
Ami diam membiarkan suaminya lakukan. Mata pandang
wajah bersih suami. Eh, rupanya dagu encik makhluk perosak ni berlekuk. Patutlah ramai perempuan selalu curi pandang.
Nampak duri-duri janggut mula menghitam. Nasiblah dia cuma setakat dagunya tapi
rasa mahu gigit pulak dagu tu. Ami ketap bibir.
Amru terpaksa
menundukkan, sempat lagi dia curi cium dahi Ami dalam pada membelit tudung.
Kemasan terakhir, dipinkan hujung tudung di bahu kanan dan kiri. Memerah lagi
wajah cik isterinya.
“Siap!” dipalingkan tubuh Ami mengadap cermin.
Ami terpegun. Tangan Amru masih lagi berada di
bahunya. Mata mereka saling bertatapan. Senyuman yang terukir di bibir suami,
dibalasnya. Dia kagum.
“Abang belajar dari mana pakaikan tudung ni?” soal Ami
akhirnya.
“Dari youtube. Tengok sayang gigih belajar, abang pun
belajar jugaklah. Okey ke tak okey ni? Selesa ke tak selesa?” Amru inginkan
kepastian.
Ami angguk. “Okey. Abang lebih pandai dari saya.”
Lebar senyuman Amru. “Untuk isteri abang tersayang,
mestilah kena pandai, lepas ni biar apa je yang pakaikan shawl sayang. Nanti
abang belikan lagi banyak shawl.” Amru dah merangka apa yang dia mahu lakukan.
Ami lebih cantik dan manis memakai shawl.
“Betul ni?”
“Betul sayang. Apa sahaja untuk isteri abang ni,”
bisik Amru. Rasa macam tak nak keluar bilik pulak. Bukan selalu boleh bermesra
dengan cik adik ni. Selalunya tarik muka masam. Kemudian ada je benda nak buat,
tak nak berlama-lama dalam bilik.
Ami cair. Entah bila Amru berada di belakangnya.
Memeluk dari belakang. Tangan Amru di atas perutnya digenggam erat. Pertahanan
diri telah lama roboh. Cuma ego yang masih belum turun lagi.
“Achik.. Amru dah siap ke belum?” terdengar suara mak
memanggil sambil ketuk pintu bilik mereka.
“Dah mak.. Nak keluarlah ni...” sahut Ami.
Jumaat, 8 Oktober 2021
Raikan Cinta Kita - 4
“Selamat hari raya, sayang..”
“Selamat hari raya juga abang..”
Dan bibir itu jatuh ke dahi Riya. Syahdu.. Tahun ke
dua meraikan hari raya aidilfitri bersama-sama.
Saat yang satu ketika dulu sikit pun tidak pernah terlintas akan
dilaluinya. Cinta alam maya yang telah dinoktahkan, siapa sangka masih ada
jodoh lagi di antara mereka.
“Abang minta maaf andai selama Riya menjadi isteri
abang, ada kekurangan dari segi layanan dan perhatian abang,” bisik Syed Al
Aiman.
Riya angkat ke dua tangannya memeluk suaminya.
Kepalanya bergerak mendongak wajah kacak itu.
Lelaki ini tak pernah ada salah dengannya. Dia yang patut minta maaf.
Banyak songeh dan ada kala sengaja menguji kesabarannya. Lelaki ini terlalu
sabar dan setia. Malah terasa tidak layak untuknya.
“Sikit pun tak ada. Riya yang patut minta maaf. Riya
selalu merajuk dan degil. Selalu bantah cakap abang. Selalu juga sakitkan hati abang.” Matanya dah
berkaca. Sejak menjadi isteri Noble-Man ini dia jadi besar kepala. Sebab tahu
lelaki ini amat mencintainya. Sanggup buat apa sahaja untuk dia. Dia isteri
yang tidak tahu bersyukur.
“Setiap hari abang dah maafkan. Kesudian Riya jadi
isteri abang pun dah besar rahmatnya. Kalau tak, jadi bujang tualah abang.”
“Bujang tua genteng,” usik Riya.
Syed Al-Aiman ketawa. Pelukan diketatkan.
“Riya bertuah tau, sebab dapat teruna abang,” kemudian
Riya ketawa dengan kata-katanya sendiri. Muka dah memerah.
Syed Al-Aiman angkat kedua keningnya, terlukis riak
nakal di wajahnya.
“Tapi teruna pun, abang hebatkan?” bisiknya. Tangannya
dah menjalar ke tubuh isterinya.
Pantas Riya menolak. “Eh kejap lagi nak ke masjid.
Riya nak tengok Zara dan Ali kejap.” Dia bangun. Segan. Bila encik suami buat
aksi menakal di siang hari, dia selalu salah tingkah. Tapi tangannya ditahan
oleh Syed Al-Aiman.
“Hahaha... Sayang.. Sayang..”
“Riya siap je. Biar abang yang tengokkan mereka.”
Kucupan hinggap lagi di dahi Riya sebelum lelaki itu keluar dari bilik mereka.
Bibir Riya menguntum senyum, bahagia.
“Zara..”
Dilihat gadis kecilnya diam di atas katil. Muka masam.
“Kenapa ni?”
“Nak ikut mama dan papa,” rengeknya.
“Mama dan papa nak pergi umrah sayang. Sepuluh hari je
kami pergi,” pujuk Syed Al-Aiman.
“Lama.. mati rindulah Zara dan adik nanti,” Zara dah
teresak. Takut kena tinggal. Selepas solat sunat hari raya nanti mama dan papa
angkat berangkat ke Mekah. Dia mahu ikut sekali.
Syed Al Aiman geleng kepala. “Zara tahu ke makna mati
tu apa?”
Zara geleng kepala. Dia ikut apa yang orang dewasa
cakap kat dalam tv tu.
“Mati tu maknanya kembali ke sisi Allah taala. Zara
tidak akan dapat berjumpa lagi mama dan papa.”
Terus Zara meraung. “Tak nak. Nak mama dan papa.”
Syed Al-Aiman tarik Zara ke atas ribanya. Pipi basah
anaknya dikesat. Tersengguk-sengguk Zara menangis.
“Kenapa pulak ni?” Riya menjenguk ke dalam bilik.
“Nak ikut sekali...”
“Kan mama dan papa nak pergi umrah. Zarakan dah janji
nak jaga Ali.” Riya melangkah masuk. Dia duduk berlutut di depan anak dan
suaminya.
Zara geleng kepala. “Nak ikut..”
“Tak boleh sayang. Kan papa dah janji, cuti sekolah
bulan 9 nanti nak bawa Zara dan adik ke Disyneyland.”
“Alaa.. Disneyland lain, ini lain..” balas Zara
membentak.
“Dah sudah.. jangan nak mengada. Mama dan papa pergi
kejap je. Zara pun nanti akan ikut Uncle Fatah pergi holiday. Nanti terus
lupakan mama dan papa,” tegas Riya.
Terus Zara terdiam. Dia sengih. Drama sebabak
airmatanya tak pernah berjaya kalau dengan mama. Papa je. Nyaris tadi papa nak
cair. Kalau tak hooreyy boleh ikut sekali.
“Cepat siap. Kejap lagi Abang Alif sampai.”
“Baik mama..” terus Zara terjun turun dari riba
papanya. Dicapai tangan papanya.
“Selamat hari raya papa. Maaf zahir batin. Zara nak
duit raya tahun ni lebih banyak dari tahun lepas tau. Lepas tu nak koleksi
Princes Elsa yang kita tengok hari tu.” Sempat lagi dia mengpau papanya.
“No, young lady. Jangan berangan nak semua tu.”
Masam terus muka Zara mendengarnya. Dengan mamanya
semua tak boleh. terus dia hentak kaki, protes.
“Salam dulu dengan mama,” arah Riya tegas. Geram. Ada
gadisnya ini makin banyak perangai.
Dengan separuh rela, Zara mendekati mamanya. Tangan
dihulurkan, “selamat hari raya mama,” ucapnya tanpa ikhlas.
“Lagi..” tangan kecil anak itu dipegang kemas.
“Lepas solat raya baru Zara minta maaf. Nak merajuk
sat,” bersahaja saja balasan Zara.
Syed Al Aiman hampir ketawa. Riya juga tahan senyum.
Boleh jugak macam tu.
“Mama sentiasa maafkan Zara walaupun Zara tak minta
maaf lagi. Now, go.. Abang Alif tengah tunggu.”
“Sayang garang sangat dengan Zara tu. Dia kecil lagilah.”
Riya jeling. “Dah abang manjakan dia. Riya kenalah
tegas. Nanti naik lemak pulak anak dara tu. Abang tu yang cepat cair. Jangan
biasakan diri termakan rajuk dia tu. nanti susah dia nak dengar cakap kita
lagi.”
“Sesekali sayang. Bukan selalu.”
Riya mendengus. “Selalu. Bukan sesekali abang,” balas
Riya.
Syed Al-Aiman sengih. Dia gosok kepalanya.
Jumaat, 1 Oktober 2021
Raikan Cinta Kita - 3
“Selamat hari raya abang. Asma minta maaf dari hujung
rambut ke hujung kaki di atas setiap salah dan silap Asma dari hari pertama
jadi isteri abang sehingga sekarang. Asma pernah benci dan marah kat abang
sebab tinggalkan Asma tanpa sebarang berita. Padahal masa tu abang tengah
berjuang di antara hidup dan mati. Abang sakit, Asma tidak ada di sisi abang.
Asma minta maaf sangat-sangat sebab fikir yang bukan-bukan. Tak percayakan
abang padahal abang dah cakap awal-awal jangan percaya apa yang orang cakap
jika itu bukan dari mulut abang sendiri,” bisik Asma.
Dia menangis. Bibirnya menyentuh belakang tangan
suaminya. Sungguh dia bukan isteri yang baik. Hatinya masih ada terlalu banyak
prasangka jahat terhadap isteri. Bibirnya biarpun kata tak apa, merelakan tapi
hatinya tak pernah ikhlas. Di dalamnya selalu berperang antara dua rasa.
Ferhad tarik isterinya bangun. Matanya juga basah.
Nasib baik mereka bermaafan di dalam bilik. Jarinya menyapu air mata isterinya.
Wajah Asma semakin nampak matang dan cantik. Bukan lagi gadis polos lima tahun
lepas. Bibirnya ukir senyum dan angguk perlahan.
“Abang lagi banyak buat salah dengan sayang. Abang
lemah dan dungu. Abang biarkan diri diperbodohkan oleh adik sendiri. Abang
biarkan isteri abang sendirian. Abang lupa isteri abang empat tahun lamanya.
Abang gagal tunaikan janji abang pada ibu dan nenek. Abang biarkan sayang
sendirian membesarkan anak kita. Abang tidak ada di saat sayang perlukan abang.
Abang berseronok di luar sana, sayang berendam air mata di sini. Maafkan abang
sayang. Abang bukan suami yang baik,” luah Ferhad.
Pengakuan isterinya tadi membuatkan dia rasa rendah
diri. Dia hanya tanggung sakit berbulan sahaja. Isterinya pula tanggung sakit
selama empat tahun ini, melihat dia yang kononnya bahagia di sana. Hak seorang
isteri telah dinafikan selama itu. Dia pula buta dengan kebaikan Tiffany.
Kemesraan Fatin Nur dan ketaatan kepada mama dan papanya. Tanpa sedar telah
melakukan kezaliman kepada anak isteri sendiri. Biarpun hati telah memaafkan
kesalahan mama dan papa, hatinya tetap terkilan. Perbuatan kejam Fatin selama
hatinyamasih berdenyut tidak akan dimaafkan.
“Abang yang banyak salah dengan sayang. Sayang tak ada
salah pun dengan abang. Jika ada, abang telah maafkan ketika malam pertama
kita,” bisik Ferhad. Syukur diucapkan di dalam hatinya. Kembali bersatu, adalah
momen yang paling bermakna di dalam hidupnya.
Asma geleng kepala. Mana boleh suami buat salah pada
isterinya. Kalau ada pun dia telah memaafkan. Bertahun menunggu biarpun ada
yang menyarankan agar dia minta cerai taklik sahaja. Kemudian kahwin lain, dia
tidak mahu. Cinta pertama dan terakhir adalah untuk seorang lelaki sahaja.
Iaitu yang menjadi suaminya. Yang mengenalkan cinta kepadanya. Yang mengajarnya
tentang indahnya cinta halal. Yang mengajarnya erti sabar dan tabah.
“Tak. Ini ujian hidup kita. Ini bahagian kita diuji.
Alhamdulillah kita telah lulus ujian itu. Abang kembali dalam hidup kami. Asma
tidak mahu apa pun lagi selain abang, suami yang Asma sayang dan cintai.”
Ferhad angguk. Ya, tidak ada yang lebih menggembirakan
selain kembali ke pangkuan anak isteri. Kali ini dia berjanji tidak akan
meninggalkan mereka lagi. Jika perlu ke mana-mana pun, akan di angkut semuanya.
Ini hidupnya, nyawanya.
Ferhad kesat kesan air mata di wajah isterinya. Dia
berdiri. Ditarik Asma ikut berdiri. Pakaian isterinya dibetulkan. Mekap yang
comot dibersihkan sehingga wajah isterinya kembali cantik.
“Takbir dah berbunyi, jom kita ke masjid,” ajak
Ferhad.
Asma ukir senyum. Dia angguk dan bergerak mengikut
Ferhad keluar. Farhan telah sedia menunggu di ruang tamu. Mulut anak itu penuh
dengan makanan.
“Cedap mama...”
“Mulut penuh, jangan cakap,” tegur Muna.
“Kau tak nak pergi solat sunat aidilfitri?” tanya
Asma.
“Tak. Aku rasa tak sedap perut ni. Dah memulas-mulas.
Rasa macam adik Farhan ni dah nak keluar?”
“Haa.. Habis tu kenapa tak ajak Fahim pergi hospital?”
soal Asma terkejut. Dia pandang suaminya.
“Air ketuban tak pecah lagi. Biarlah. Pergi awal pun
bukan boleh buat apa,” balas Muna selamba.
“Lagipun kalau pergi awal-awal tak merasalah aku nak
makan rendang, ketupat dan tapai ni. Baik aku pulun makan dulu sebelum baby ni
keluar,” sengih Muna. Bila dah bersalin, kena berpantang, telan air liur je laa
nanti.
“Habis tu siapa yang temankan kau kat rumah ni?”
“Mama dan Farrah ada. Fatin nak sampai kejap lagi.”
Asma diam. dia pandang suaminya. Wajah Ferhad bertukar
kelat.
“Dia balik sendiri. Iskandar beraya rumah bini muda
dia...” cerita Muna lagi. Kalau diikutkan hati, dia tak hingin juga sambut raya
dengan kakak ipar hipokrit itu. Tapi inikan rumah arwah nenek mereka. Jadi dia
tidak berhak untuk menghalangnya datang.
“Lepas solat raya, aku dan abang terus ke kubur.
Kemudian beraya rumah Pak Ali dan Nur. Aku tak balik sini dah,” jelas Asma. Dia
bukan malaikat. Dia juga bukannya maksum. Ada hati yang terluka parah dek
perbuatan Fatin, tidak mampu dipulihkan lagi. Mungkin ambil masa
bertahun-tahun. Mungkin juga sehingga akhir hayat. Dia memaafkan tapi untuk
menerima dan bermesra itu tidak mungkin dapat dilakukannya.
“Okey, nanti aku cakap dengan mama dan papa,” balas
Muna. Dia faham sangat apa yang Asma rasa. Dia yang menemani saat getir dalam
hidup Asma. Jadi tidak menyalahkan Asma jika tidak mahu memaafkan Fatin.
“Farhan.. Nak ikut mama dan papa ke masjid tak?”
“Nakkk....” melompat Farhan mendekati mereka.
“Kami pergi dulu..”
Muna angguk. Melihat kemesraan Asma sekeluarga, syukur
dilafazkan di dalam hati. Akhirnya cinta mereka kembali bersatu.
“Farhan mana?” tanya Fahim sebaik sahaja keluar dari
balik. Dia lengkap memakai baju melayu warna ungu, sedondong dengan jubah Muna.
“Ikut mama dan papa dia ke masjid.”
Fahim angguk. “Betul sayang okey ni? Tak nak ke
hospital lagi?” dia inginkan kepastian.
Muna angguk. “ lepas abang balik masjidlah kita pergi.
Muna nak makan sepuasnya dulu.”
Fahim geleng kepala. Dia mendekati isterinya,dikucup
kepala isterinya sebelum berlalu ke muka pintu.
“Assalamualaikum ibu, ayah, adik dan Nek Som. Kami
datang melawat,” bisik Asma sebaik sahaja mereka sampai di pusara mereka.
Airmata tanpa diundang membanjiri kolam air matanya. Empat tahun dia datang
bersendirian melawat mereka di pagi raya. Kali ini keluarga kecilnya telah
bersatu. Cukup lengkap untuk meraikan aidilfitri. Tapi jauh di sudut hati ada
rasa terkilan tidak mampu diungkapkan. Mereka tidak berpeluang meraikan
aidilfitri bersama.
Asma duduk di atas tikar yang dibentangkan oleh
suaminya. Farhan Hadi duduk ditengah-tengah. Dia usap kepala anaknya. Kemudian
mengambil yasin yang dihulurkan.
“Abang?”
“Yasin ada dalam dada abang..” beritahu Ferhad.
Asma angguk.
Dia terlupa.
“Farhan baca al-fatihah untuk nenek dan atuk ya.. Dah
hafalkan?”
Farhan angguk. Seketika kemudian terdengar suara
Farhan membaca al-fatihah. Asma senyum sebelum membuka surah yasin dan mula
membacanya.
“Nenek.. Ferhad
dah kembali nek. Maafkan Ferhad kerana mengecewakan nenek. Ferhad patutnya
tidak layak mendapat isteri sebaik Asma. Ferhad gagal melaksanakan
tanggungjawab menjaga dan melindungi Asma nek,” bicara Ferhad selepas selesai
membaca yasin dan berdoa. Matanya basah. Dia rindukan bebelan neneknya. Rindu
mahu menatap wajah bersih itu.
“Ibu.. maafkan Ferhad.”
Asma sentuh lengan suaminya. Dia faham perasaan
suaminya ketika ini. Nampak senyuman terukir di bibir suaminya senyuman kesal.
“Abang dah kembali ke pangkuan kami. Asma yakin nenek
dan ibu gembira melihat kita telah bersama semula,” pujuk Asma.
“Terima kasih sayang. Sayang dan Farhan adalah harta
abang yang paling bernilai. Abang akan jaga selagi hayat abang masih ada. “
Asma genggam tangan suaminya. Dia angguk. Yakin dan
percaya apa yang dilafazkan.
“Abang Ferhad, Asma..”
Panggilan dari belakang mereka membuatkan mereka
berpaling. Fatin Nur bersama dengan mama dan papa. Wajah Ferhad berubah. Asma
pula sedaya upaya memaniskan muka.
“Kau nak apa?” tanya Ferhad kasar.
Fatin tersentak. Mama dan papa berlalu menuju ke kubur
Nek Som. Mereka tidak mahu masuk campur.
“Fatin minta maaf di atas segala kesalahan yang Fatin
lagikan terhadap abang dan Asma.”
“Maaf? Aku boleh maafkan kau. Dengan syarat kau jangan
muncul depan aku lagi!” balas Ferhad tegas. Hatinya berdenyut sakit apabila
teringatkan betapa liciknya Fatin memisahkannya dengan Asma.
“Abang...” Asma peluk lengan Ferhad. Marah suami sama
juga marahnya. Tapi melihat wajah sedih penuh penyesalan Fatin membuatkan dia
tak sampai hati.
“Kami dah memaafkan awak. Tapi untuk melupakan setiap
perbuatan awak dulu belum lagi mampu. Mohon ampun dari Allah taala. Mohon doa
agar hati kami mampu melupakan keperitan dulu.”
Fatin tersedu. Dia jatuh terduduk sebaik sahaja abang
dan kakak iparnya berlalu.
Di dalam kereta, masing-masing melayan perasaan.
Farhan sengaja diberikan tab melayan youtube.
“Balik nanti kemas pakaian,” suruh Ferhad tiba-tiba.
“Nak ke mana?”
“Jalan-jalan makan angin. Lagipun kita tak pernah lagi
pergi bercuti. Kali ini kita berjalan lama sikit. Pusing satu Semenanjung ni
sambil lawat saudara mara,” cadang Ferhad lagi.
Asma angguk. Bagus juga. Kali terakhir mereka bercuti
ketika Ferhad datang memujuk di Penang dulu.
“Asma ikut je ke mana abang pergi.”
Ferhad berpaling dan tersenyum. “Terima kasih sayang.
Awal tahun depan abang bawa sayang dan Farhan tour Benua Eropah pula.”
Jumaat, 24 September 2021
Raikan Cinta Kita - 2
“Kak Auni....”
“Isyy mak budak ni. Cuba buat perangai elok-elok
sikit,” tegur umi. Dia geleng kepala.
Masih lagi tak berubah sikap biarkan dah jadi seorang ibu.
Nur sengih.
Nurin Sofea menggeliat di atas ribanya. Terganggu dengan suara soprano
mamanya. Oppss terlupa. Dia mengulit
Nurin kembali. Melihat kakak sepupu yang agak lama tidak ditemui, hatinya
teruja. Banyak cerita yang ingin dikongsikan. Suami ustaznya entah ke mana
menghilang dengan abah. Tak pernah lama berada di rumah. Ada sahaja benda yang
mereka buat. Sesekali bila moodnya swing, mahu merajuk sampai habis syawal ni.
Iyalah selalu tinggalkannya sendirian di rumah.
Auni melangkah menghampiri Nur di sofa. Dia labuhkan punggungnya di sisi
Nur, adik sepupu kesayangannya. Adik manja dulu sudah menjadi seorang ibu.
Terserlah sifat keibuan di wajah manis Nur. Namun sikap manjanya tak berubah.
“Nasib baik tak terlompat bangun tadi. Kalau tak
kasihan baby terjatuh sebab mamanya brutal,” bebel Auni. Dicuit pipi tembam Nurin Sofea. Geramnya nak
gigit-gigit. Tidurnya tak terkuit langsung.
“Itu pun nasib baik Mak Teh ada kat sini ni haa..
Kalau tak dah terkam dah kamu tadi, Auni,” tambah umi pula.
Sengihan Nur masih lebar. Dia hulur tangan mahu
bersalam dengan kakak sepupu kesayangannya ini. Tangan Auni dicium. Pipinya
pula menjadi sasaran bibir Auni. Rindu sangat. Kali terakhir mereka berjumpa
adalah semasa majlis perkahwinannya. Ketika Kak Auni kahwin, dia tidak dapat
balik sebab tengah final exam.
“Kak Auni makin cantiklah,” puji Nur.
“Adik kak Auni ni pun sama. Makin cantik berseri,”
balas Auni. Wajah Nur nampak bercahaya. Jelas di matanya, Nur bahagia hidup
bersama Hisyam. Dulu bukan main lagi mahu lari dari rumah, tak mahu kahwin.
Sekali, bila dah jadi isteri, terus tak mahu berpisah. Dia teringat cerita Mak
tehnya, selepas dibawa berbulan madu di Bukit Tinggi Freser, terus mahu ikut
Hisyam ke Kuala Lumpur.
“Duduklah Aazad. Budak berdua ni kalau berjumpa terus
lupa orang di keliling,” pelawa umi. Dia
geleng kepala.
“Abang Aazad, Nur pinjam Kak Auni kejap eh. Tak lama
sejam dua je,” terus Nur minta kebenaran.
“Tak bolehlah Nur, nanti abang rindu pulak tak jumpa
buah hati abang sejam dua ni,” balas Aazad, mengusik.
Nur cemik bibir. “ Kedekutlah abang ni. Sejam dua je.
Bukan setahun dua.”
“Hahaha... Kalau setahun dua, demam rindulah abang
sampai kurus kering,” balas Aazad sambil ketawa.
“Tak usah layan cakap dialah Nur. Hisyam mana?”
“Entah!” balas Nur. Ada nada rajuk di dalam suaranya.
Cemburu bila masa suaminya banyak dimonopoli oleh abahnya sendiri.
“Aik?” Auni angkat kening.
“Abang tu anak menantu emas abah, bukannya Nur. Jejak
je kaki kat kampung terus abah heret ikut dia entah ke mana. Sibuk mengalahkan
pak menteri lawat kawasan,” bebel Nur
geram.
“Budak manja ni tak habis-habis nak jeles dengan abah
sendiri Auni. Dia mahu berkepit je dengan Hisyam 24 jam. Mahunya tak kena tarik
dengan abah,” cerita Kak long yang baru
keluar dari biliknya. Dia baru sahaja sampai bersama keluarganya. Anak-anaknya
pula sebaik keluar dari kereta terus ikut angah pergi beraya.
Mulut Nur terus memuncung. “ Dah jadi suami adik,
mestilah nak berkepit dengan dia je. Takkanlah nak berkepit dengan abah pulak.
Marah umi,” jawab Nur tidak mahu kalah.
“Eh hello dik. Kak long pun ada suami juga. Tapi tak
adalah macam kau, asyik nak merenyam dengan laki je,” sindir kak long. Dia
ambil tempat di sofa sebelah kanan.
Muka Nur memerah. Dia ketap bibir. Sentap dengan
kata-kata berbisa kak longnya. “ Suka hatilah, dah laki aku,” balasnya keras.
“Isyyy.. budak-budak ni. Jumpa bertengkar. Tak jumpa
rindu. Baru je salam minta maaf tadi dah bergaduh balik?” umi geleng kepala.
“Saja nak menyakat adik ni umi. Biar tough sikit. Ni
sikit- sikit Hisyam. Hisyam tu pula manjakan sangat budak manja ni,” balas kak
long.
“Aku pun Aazad manjakan juga. Lebih dari Nur ni. Kau
tu pun sama masa awal-awal kahwin dulu. Siap abang long kena temankan kau kat
hospital, kau tak bagi balik bila kena kerja di hari raya,” Auni buka pekung
kak long.
“Aah. Umi pun ingat. Nangis- nangis telefon laki dia.
Suruh teman dia kerja kat hospital tu. Terpaksalah laki dia batalkan cuti,”
sambung umi.
Kak long pula dah merah mukanya. “Laparlah pulak. Umi,
nasi dagang ada simpan untuk kak long tak?” mahu mengelak apabila diri sendiri
terkena.
“Ada. Atas meja kat dapur tu. Auni dan Aazad pergi
makan sekali dengan kak long. Mak teh sengaja simpan untuk korang juga bila mak
kamu telefon cakap kau mengidam nak makan nasi dagang mak teh.”
Bulat mata Auni mendengarnya. Dia terlupa sebenarnya.
Bila mak teh sebut, baru dia teringat. Terus kecur air liurnya.
“Mengidam?” serentak suara Nur dan kak long bergema.
Auni sengih. “Baru dua bulan.”
“Alhamdulillah kak Auni. Tahniah. Ni mesti berjangkit
dari adik ni,” sengih Nur melebar.
“Bukan Auni yang kena jangkit dengan kau tu je, kak
long pun sekali,” sampuk kak long.
“Betul ke ni?” umi inginkan kepastian.
“Betul umi. Sebab tulah kak long asyik penat je. Rasa
malas dan nak tidur je.”
“Alhamdulillah. Bertambah lagi sorang cucu umi.”
“Pergilah makan. Nur ni tak ke mana perginya. Mengulit
Nurin je,” arah umi lagi.
“Mari Auni, Aazad. Tinggal je budak manja tu,” ajak
kak long pula.
Ketiga-tiga mereka melangkah ke dapur. Umi pula menuju
ke pintu rumah apabila terdengar bunyi enjin motor. Tentu abah dan menantu
kesayangannya dah balik. Nur perlahan-lahan mengangkat Nurin di ribunya, mahu
diletakkan di dalam bilik. Sebenarnya mahu sembunyi dalam bilik. Merajuk dengan
cik abam ustaz dan abah punya pasal.
Hisyam melangkah masuk. Abah berada di belakangnya.
“Nur mana umi?”
“Eh, tadi ada duduk kat sofa tu,” beritahu umi. Dia
pandang ke depan. Ruang tamu kosong. Cuma terdengar orang bercakap-cakap di
dapur.
“Masuk bilik kot. Letak Nurin yang tertidur dalam
bilik. Budak tu merajuk,” sambung umi lagi.
Hisyam angguk dan senyum. “ Saya masuk dalam dulu umi,
abah,” dia meminta izin.
“Pergilah pujuk dia. Tak makan sejak tengahari tadi,
tunggu kamu balik,” beritahu umi.
Segera Hisyam melangkah menuju ke bilik Nur. Pintu
ditolak perlahan. Terlihat anak perempuannya tidur lena di atas katilnya. Dia
pandang sekitar bilik, kalibat isterinya tidak kelihatan. Pintu bilik air pula
tertutup rapat. Dihampiri Nurin Sofea di katil, pipi tembamnya dicuit. Tangan
kecil Nuri bergerak, mengeliat. Terus bibir Hisyam mengukir senyum.
Pintu bilik air terbuka. Isterinya melangkah keluar.
Wajah itu masam tanpa senyuman.
“Sayang..” panggilnya.
Nur buat tak dengar. Sejadah diambil dan dibentangkan
di atas lantai. Dia diam tanpa menegur suaminya. Solat asar segera ditunaikan.
Hisyam turut terdiam. Dibiarkan Nur menunaikan
tanggungjawabnya kepada Allah taala dahulu. Dia usik-usik si kecil. Geram.
Semakin gebu. Wajahnya saling tak tumpah wajah isterinya ketika bayi dulu. Bayi
tercomel yang dia jaga dan sayanginya dua puluh dua tahun dulu. Sanggup setiap
hari dia datang bertamu di rumah ini semata-mata mahu bermain dengan si comel
itu.
Selesai solat asar, Nur masih lagi tidak menghiraukan
suaminya. Dia memakai tudung, mahu keluar berbual dengan Kak Auni. Sengaja mahu
mogok diam dengan suami sendiri.
“Sayang...” tangan Nur disambar Hisyam. Lantas ditarik
dekat kepadanya. Kemudian tangannya naik melingkar pinggang isterinya.
Nur tunduk. Dibiarkan saja tingkah suaminya. Rajuk
masih tebal di hati. Hidung dikepit dan ditarik.
“Sakitlah,” dia mengaduh manja. Kepalanya ditarik
kebelakang. Mahu melepaskan sepitan itu. Wajahnya semakin masam. Sakit dan
geram. Tangannya cuba rungkai pelukan dipinggang tapi semakin erat pula
lingkaran tangan itu. Tubuhnya semakin ditarik rapat.
“Lepaslah, orang nak keluar jumpa Kak Aunilah,” marah
Nur. Tapi suaranya tetap kedengaran manja di telinga Hisyam.
“Sorry..” bisik Hisyam. Dia tak hiraukan kata-kata
isterinya itu, sebaliknya ditarik tubuh genit itu sampai terduduk di atas
pahanya. Nasib baik Nurin Sofea terus lena walaupun terganggu dengan drama
romantik abi dan mamanya.
Nur terdiam. Duduk di atas paha dan dipeluk erat,
semua rajuknya macam dah terpujuk. Apatah lagi suara lembut garau si suami
meminta maaf. Pipinya pula menjadi sasaran bibir si suami.
Ehemm... getaran di dada masih sama seperti kali
pertama mereka bersentuhan. Pipinya memerah. Tangannya pula naik memeluk leher
suami. Rajuknya melebur. Mari pula mood
nak bermanja. Tapi...
Kruk.. kruk..
perutnya berbunyi nyaring.
Hisyam sengih. “ Lapar?” soalnya.
Nur angguk.
“Kenapa tak makan?”
Nur ketap bibir. Macamlah encik suami ni tak tahu.
Selagi tak nampak muka cik abam ni mana dia nak makan.
“Makan bila lapar. Jangan tunggu abang. Tak nak makan
banyak pun, makan sikit buat alas perut. Sayang mana boleh biarkan perut tu
lapar. Nurin kan menyusu. Nanti kasihan kat Nurin tak cukup khasiat.”
“Siapa suruh abang keluar berjalan tak ingat kat kami.
Tak reti nak balik tengok anak bini makan ke tak,” balas Nur, melepaskan
perasaannya.
Hisyam tarik nafas. Dia keluar tadi tak adalah lama
sangat. Selepas Zuhur. Sekarang baru pukul lima petang.
“Tak lama pun abang keluar dengan abah, sayang dah
tarik muka?” Hisyam geleng kepala.
“Lamalah.. orang tunggu.”
“Abang ikut abah ke kampung sebelah. Abah nak tunjuk
kambing yang nak dibeli untuk buat akikah Nurin nanti. Kemudian terus solat
asar kat surau situ,” jelas Hisyam.
Nur pula terdiam.
“Abang ikut abah pun sebab hal anak kita juga,” jelas
Hisyam. Dia geleng kepala. Manja dan cepat merajuk, dua sikap ni macam dah
sebati dengan diri isterinya. Cepat sangat nak sentap, dengan abah sendiri
pulak tu.
“Maaf, I’m sorry,” perlahan suara Nur meminta maaf.
Tahu dia bersalah. Mengada melebih-lebih. Padahal encik suami keluar dengan
abah je.
Hisyam tarik Nur ke dadanya. “Sayang tak ada buat
salah pun. Cuma mengada-ngada je. Jika buat salah pun abang sentiasa
memaafkan,” bisiknya.
Nur balas pelukan itu. Dia merapatkan wajah mereka.
Dahi bertemu dahi dan hidung bertemu hidung. Suka dengan kedudukan intim mereka
tanpa mereka sedari ada mata sepasang mata comel sedang memerhatikan mereka.
Mulut dah mula tercebik-cebik. Tubuh digolek ke kiri dan ke kanan, mahu bangun mendekati abi dan mamanya.
“Maa.. “
Terasa sentuhan di belakangnya, Hisyam memutuskan
renungan kasih mereka lantas berpaling ke belakang. Nurin Sofea tergolek
meniarap sambil tersengih-sengih memandang ke dua orang tuanya.
“Laa... budak bambam ni dah bangun? Baru kejap je
tidur tadi,” bebel Nur. Dia bangun dari riba suaminya kemudian duduk di
sebelah.
“Puteri abi dah bangun?” Hisyam angkat Nurin dan
dibawanya ke dalam dakapannya. Pipi tembam anaknya digomol.
“Jom kita keluar makan. Nanti pengsan pulak mama..”
bisik Hisyam kepada anak daranya. Sebelah tangan mendukung Nurin Sofea, sebelah
lagi memeluk bahu si isteri.
“Korang bila balik Kuala Lumpur?” soal Auni ketika
mereka berkumpul di ruang tamu. Perutnya terasa penuh dengan nasi dagang. Dua
pinggan penuh dihabiskan tadi.
Nur pandang suaminya. Dia kalau boleh sebulan syawal
ni, sebulanlah berada di kampung. Sedih mahu berpisah dengan Nurin. Anaknya
terpaksa ditinggalkan di bawah jagaan umi buat sementara waktu. Baki satu
semester perlu dihabiskan sebelum memperolehi ijazah.
“Pagi sabtu.”
“Umi dengan abah ikut sekali,” tambah umi pula.
“Haa? Betul ni umi?” Nur terasa mahu melompat gembira.
“Betullah. Abah kamu ni risau sangat anak dan cucu dia
demam rindu.”
Makin melebar senyuman Nur. Dia bangkit dan terus
menuju ke arah uminya. Dipeluk erat tubuh gempal itu. Kemudian dia mendekati
abah pula, terus dihadiahkan ciuman di pipi abah tanpa malu.
“Sayang abah dan umi ketat-ketat,” ucapnya. Hati yang
merusuh kerana perlu tinggalkan Nurin dikampung mula tenang. Tak perlu lagi dia
tanggung rindu kepada bambamnya.
“Berapa lama mak teh dan pak teh akan tinggal di Kuala
Lumpur nanti?” tanya Auni. Dalam hati dah merangka mahukan mak teh masakkan
nasi dagang untuk rumah terbukanya nanti.
“Sampai Nur habis belajar.”
“Bolehlah Auni minta mak teh masakkan nasi dagang
untuk open house nanti,” ujar Auni teruja.
“Auni..” tegur Aazad. Dia tidak mahu menyusahkan mak
saudara isterinya. Lagipun mereka boleh ambil katering untuk uruskan soal
makanan.
“Abang akan tempah katering nanti. Jangan susahkan mak
teh,” sambungnya.
“Tapi..”
“Tak susah eh. Mak teh suka masak. Nanti mak teh boleh
masakkan. Bila nak buat open house?”
“Sabtu minggu lagi satu. Nak buat solat hajat dan doa
selamat sekali.”
Jumaat, 17 September 2021
Raikan Cinta Kita - 1
“Open house?” Auni angkat tubuhnya.
Dia betulkan
postur tubuhnya mengadap encik suami. Kenapalah encik suami semakin kacak di
matanya. Rasa macam tak mahu pandang tempat lain. Nak pandang muka dia je lepas
tu gigit-gigit hidung mancung dia tu. Perubahan hormon ke apa ni? Pelik
semacam. Masa mula-mula kahwin dulu tak adalah angau macam ni.
“Open house plus
warming house. Doa selamat sekali. Sempena Auni dapat tukar ke KL dan kita
akhir tak perlu PJJ lagi,” Aazad ambil tangan Auni dan letakkan di atas pahanya.
Ramadhan dan Syawal kali ini lebih bermakna buat apabila pertukaran Auni
akhirnya diluluskan. Rumah yang mereka duduki di Pulau Perhentian akan menjadi
rumah percutian mereka. Sesekali mereka akan pulang ke sana.
Auni angguk. Dia bawa tangan Aazad ke perutnya.
“Sempena Aazad JR juga.”
Mulut Aazad terbuka dan tertutup semula. Matanya tunak
memandang jauh ke dalam mata isterinya, tidak berkelip, inginkan kepastian.
Wajah manis itu memerah. Gerakan kecil kepala si isteri menguatkan lagi
kata-kata tadi. Mata Aazad berkaca. Begitu juga mata isterinya. Tangan bergerak
ke belakang tubuh Auni. Dipaut tubuh kecil itu rapat ke dadanya. Bibirnya pula
mengalunkan ucapan syukurnya kepada Allah s.w.t.
Auni membalas pelukan suaminya. Kaca air di matanya
pecah. Dia paut erat tubuh suaminya. Esakannya terlepas. Dua tahun mereka
berusaha dan berdoa tanpa jemu untuk memiliki zuriat sendiri. Di akhir ramadhan
ini akhirnya menjadi kenyataan.
Kelulusan pertukaran tempat kerjanya dan adanya si kecil di dalam
perutnya membuatkan ramadhan dan syawal kali ini penuh makna. Terasa gegaran
tubuh si suaminya. Semakin erat dia memelukny
a. Tahu yang perasaan Aazad juga
sama sepertinya. Tidak mampu menahan sebak di dada. Indahnya syawal kali ini.
“Terima kasih sayang... I love you soo much,” bisik
Aazad berkali-kali. Pautan dibadan
isteri tidak dilepaskan. Kalau boleh selamanya dia mahu memeluk tubuh ini.
tubuh kecil tapi berjiwa kental. Tak pernah jemu berusaha untuk membuatnya
berasa bahagia dan dicintai. Tidak pernah jemu menyokong dan memberi dorongan
kepadanya supaya menjadi insan yang lebih baik.
“Terima kasih untuk abang juga. Abang yang sentiasa
berusaha keras merealisikan impian kita ini,” balas Auni. Wajahnya masih lagi di bahu Aazad. Bau tubuh
suaminya menyenangkannya. Mendamaikan rasa hatinya. Kalau boleh selamanya dia
mahu letakkan wajahnya di situ. Di celah leher suaminya.
Aazad menjarakkan tubuh mereka. Mereka saling
memandang. Kedua tapak tangan Aazad
mencekup wajah Auni. Ibu jarinya bergerak membersihkan sisa air mata di pipi
isterinya.
“Kita sama-sama berusaha sayang. Anugerah ini adalah
amanah dari-Nya. Kita perlu jaganya baik-baik,” bisiknya.
Auni angguk. Dia paut tangan suaminya. Bibirnya
bergetar.
Satu, dua.. tiga ciuman hinggap di mata dan bibirnya.