Terbaru Ebook, Raya Datang lagi.

Imej
Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua...  Maafkan tak update dalam seminggu ni. Sibuk dengan tugasan lain..  Tapi pagi ni saya nak sampaikan berita gembira, patut minggu lepas lagi dah update tapi kita bagi ruang kepada penulis lain dan team Love Novel up promosi dulu. Ini dia projek di bawah Love Novel Publishing bersama dengan rakan-rakan penulis.  Ebook Raya ada 3 Volume , Jom kita Intai penulis-penulis dlm setiap volume :-  PENULIS E-BOOK RAYA DATANG LAGI VOL 1 🌻 LYNN SAFIYA  🌻 SHADHIA 🌻 ARSYA AISYA 🌻 ACIK ZAZA 🌻 LUVIS EIJA PENULIS E-BOOK RAYA DATANG LAGI VOL 2 🍁 YUMI HYRA 🍁 SHIMA AWANG πŸ‘ˆ saya (tajuk Ramadan Tiba)  🍁 ISMEANA NUR 🍁 FATIN NABILA 🍁 AEIN DHIYAUDDIN PENULIS E-BOOK RAYA DATANG LAGI VOL 3 🌺 MIA AZWARI 🌺 SUHAILA RASHID 🌺 ARSYA AISYA 🌺 WANI HUSNA 🌺 FAZILA ADAM 🌺 EYRA SHAZLEYRA Medium penghantaran ? mcm biasa la , uolss boleh pilih antara 2 medium ini  πŸ‘‰Email  πŸ‘‰Whatapps Tak nak beli kombo pun boleh.. Setiap satu berharga RM19 (harga promo sehingga 30 J

Nufah Bab 2

Klik di sini untuk pembelian.

W

AJAH Dian basah. Digigit bibirnya, cuba menyembunyikan tangisan. Dia menyesal kerana mengikut kata hati, tapi dia juga cintakan Tengku Firash. Dia tidak sanggup melihat Tengku Firash mengahwini gadis lain. Dia tahu dia yang bersalah, tapi dalam soal cinta, mana ada pihak yang betul atau salah. Tubuh Tengku Firash dipeluk erat, seakan tidak mahu dilepaskan selamanya.

Tengku Firash memeluk bahu Dian. Dia juga resah. Dia yang sepatutnya dipersalahkan dalam hal ini, tetapi perasaannya memang tidak mampu diubah lagi. Tidak selamanya dia dapat mengelak. Dia perlu berterus terang dengan Nufah, sebab dia tidak mampu melepaskan Dian lagi. Mereka telah jauh terlanjur. Dia juga tidak mampu kehilangan Dian. Dian memberikan dia kenikmatan dan kepuasan yang diinginkan. Menjadikan dia lupa saat-saat manis bersama Nufah.

Tengku Firash menarik nafas panjang, hatinya nekad. Dian adalah pilihannya sekarang.

“Kita kena berterus terang dengan Nunu. Tapi I tak nak kehilangan you, darling,” bisik Dian pasrah. Hatinya pedih, terasa yang dia bukan pilihan Tengku Firash. Namun hatinya nekad, Tengku Firash mesti menjadi miliknya. Wajah sedih dan bersalah sengaja ditunjukkan kepada Tengku Firash.

“Dalam hal ini I yang bersalah sebenarnya. Hati I yang berubah. You tak bersalah dear. Jangan risau, I akan selesaikan perkara ini. Kita akan kahwin nanti,” pujuk Tengku Firash.

“Tapi Nunu? Kasihan dia. I jahat. Dia percayakan I selama ini, tapi I khianati dia,” Dian menangis lagi.

Petang semalam mereka terserempak dengan ibu saudara Dian iaitu mama Nufah,  ketika sedang makan di My kitchen Thai Restoran. Wajah penuh tanda tanya wanita separuh baya itu membuatkan mood Dian merudum. Pulang ke kondo mereka, Dian menangis kerana terasa bersalah. Puas dia memujuk, barulah Dian terpujuk.  

Akan tetapi bangun pagi ini, mood Dian masih lagi tidak berubah. Wajahnya mendung, mata berkaca-kaca. Sangkanya, kehangatan malam tadi telah mengusir lara di hati Dian, rupa-rupanya semakin bertambah buruk. Dia pula hilang punca memujuk.

“Habis tu you nak hidup bermadu dengan Nunu ke? Sanggup? I okey je,” bisik Tengku Firash, mengusik. Sesak nafasnya melihat air mata Dian. Dari tadi menangis saja. Dipautnya Dian ke dalam dakapan.

Namun Dian menolaknya. Dia berpaling membelakangi Tengku Firash. Siapa kata dia sanggup bermadu? Susah payah dia menggoda Tengku Firash, mana mungkin untuk hidup bermadu? Tengku Firash hanya miliknya seorang. Selagi Tengku Firash tidak membuat pilihan muktamad, selagi itu dia berasa tidak selamat. Bila-bila masa sahaja Tengku Firash akan meninggalkannya. Berpaling berkahwin dengan tunang kesayangannya. Dia telah berusaha sehingga ke tahap menyerahkan kesucian diri, mana mungkin dia mengalah.

“Sampai hati you buat I macam ni. Jadi selama ni you tipu I, kata dah tak cintakan Nunu lagi?” Dian bangkit menjauhkan diri. T-shirt Tengku Firash diambil dan dipakainya, menutup tubuh yang terdedah tanpa seurat benang.

Dear... !” Belum sempat Dian menjauh dari katil, Tengku Firash melelar pergelangan tangannya.

Please ... I  bergurau je. Tak kanlah I tergamak nak madukan youI cintakan you. Hati I ni untuk you sorang. Nunu dah tak penting lagi. Jadi tak mungkin I sanggup terima dia lagi. I hanya perlukan you sebagai isteri I. Dear, I love you,” pujuk Tengku Firash.

Dian gigit bibir. Cuba menyembunyikan senyuman dalam tangisannya. Hatinya bersorak gembira atas ‘kemenangannya’ menggoda Tengku Firash. Akhirnya Tengku Firash mencintainya. Ungkapan ‘I love you’ itu yang ditunggunya selama ini.

You ... you love me? You dah tak cintakan Nunu lagi?” Dian berpaling. Wajah kacak Tengku Firash dipandang lama, mencari keikhlasan di dalam pengakuan itu.

I cintakan you. Lebih daripada I cintakan Nunu selama ini. Bila you hadir dalam hidup I, barulah I tahu makna cinta yang sebenarnya. Baru I tahu perasaan I pada Nunu tak sekuat cinta I pada you.”

Mata Dian semakin berkaca-kaca. Dia amat gembira dan tangannya terus merangkul leher Tengku Firash. Dan buat sekian kalinya, mereka meraikan cinta sejati mereka.

Hati Dian puas. Kali ini dia yakin Tengku Firash akan memutuskan pertunangannya dengan Nufah. Dia yang akan menjadi penggantinya. Persiapan perkahwinan Nufah akan menjadi persiapan perkahwinannya. Akhirnya, dia dapat memiliki apa yang dimiliki oleh Nufah selama ini.

+Nunu, jom keluar. Dah lama kita tak dating.

-Nunu dating dengan mama ni. On da way nak ke kedai pengantin, cari bunga telur. Ada 200 lagi tak cukup.

+Owh ... Okey. Kedai biasa kita pergi ya?

-Iya kak.

+Alrite. -


Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ebook amal COVID - 19

Nufah Prolog

Uncle Doktor.. Nak tak jadi papa Niny? Bab 3