Terbaru Ebook, Raya Datang lagi.

Imej
Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua...  Maafkan tak update dalam seminggu ni. Sibuk dengan tugasan lain..  Tapi pagi ni saya nak sampaikan berita gembira, patut minggu lepas lagi dah update tapi kita bagi ruang kepada penulis lain dan team Love Novel up promosi dulu. Ini dia projek di bawah Love Novel Publishing bersama dengan rakan-rakan penulis.  Ebook Raya ada 3 Volume , Jom kita Intai penulis-penulis dlm setiap volume :-  PENULIS E-BOOK RAYA DATANG LAGI VOL 1 🌻 LYNN SAFIYA  🌻 SHADHIA 🌻 ARSYA AISYA 🌻 ACIK ZAZA 🌻 LUVIS EIJA PENULIS E-BOOK RAYA DATANG LAGI VOL 2 🍁 YUMI HYRA 🍁 SHIMA AWANG πŸ‘ˆ saya (tajuk Ramadan Tiba)  🍁 ISMEANA NUR 🍁 FATIN NABILA 🍁 AEIN DHIYAUDDIN PENULIS E-BOOK RAYA DATANG LAGI VOL 3 🌺 MIA AZWARI 🌺 SUHAILA RASHID 🌺 ARSYA AISYA 🌺 WANI HUSNA 🌺 FAZILA ADAM 🌺 EYRA SHAZLEYRA Medium penghantaran ? mcm biasa la , uolss boleh pilih antara 2 medium ini  πŸ‘‰Email  πŸ‘‰Whatapps Tak nak beli kombo pun boleh.. Setiap satu berharga RM19 (harga promo sehingga 30 J

Nufah Bab 3

Untuk pembelian klik di sini 



“Siapa?” Puan Rosiah terus bertanya apabila melihat wajah muram si anak bertukar cerah.

“Kak Dian mama. Dia ajak keluar hari ni. Kakak cakap hari ni dating dengan mama, nak beli bunga telur,” jelas Nufah dengan senyuman.

Dia dan Dian sangat rapat. Tidak ada rahsia di antara mereka. Dian selalu menjadi penasihat tidak rasminya dalam soal cinta. Tidak ada rahsianya yang tidak diketahui Dian. Teringatkan Dian, terasa rindu pula. Agak lama mereka tidak berjumpa. Hanya bermesej di Whatsapp sahaja. Walaupun bekerja di bawah syarikat yang sama, mereka bertugas di cawangan yang berbeza. Dian di Petaling Jaya, manakala dia pula di Cheras. 

“Hmm... .” Nada suara Puan Rosiah berubah. Dia terdiam. Namun hati diserang debar. Macam ada perkara buruk yang bakal berlaku. Dipandang anak gadisnya diam-diam.

Dia teringatkan pertemuan tidak sengaja semalam. Kemesraan pasangan itu mengundang curiga di hati. Hendak diceritakan kepada si anak, takut pula disalah faham. Namun untuk terus berdiam diri, dia takut anaknya tersalah pilih pasangan hidup. Sebagai ibu, dia mahu anaknya hidup bahagia dan saling berkasih sayang dengan pilihannya.

“Dian tu tahu pasal kakak dan Firash?”  Dia cuba selidik, buat-buat tanya.

Nufah angguk tanpa ragu. “Tahu mama. Kak Dian cakap kakak selalu fikir bukan-bukan. Firash tu sibuk.”

Wajah Puan Rosiah terus berubah. “Mana dia tahu Firash tu sibuk?”

“Kak Dian satu department dengan Firash, dia kerja di bawah Firash. Sekarang ni, mereka dalam proses membida projek menara berkembar kedua tu. Kalau dia berjaya dapatkan tender ni, daddy akan melantik Firash sebagai CEO untuk Bina Hebat Sdn.

Bhd.,” cerita Nufah. Ada rasa bangga di dalam nada suaranya bercerita tentang tunang dan syarikat milik bakal bapa mentuanya itu.

Dia yakin dengan kemampuan tunangnya, mereka mampu memenangi tender itu. Tambahan pula, Dian memang pakar dalam menganalisa pasaran dan harga semasa, tentu sekali mereka tidak akan mempunyai masalah. 

“Bukankah kakak yang selalu kerja dengan Firash?”

Nufah menggeleng. “Sejak kami bertunang, daddy dah tak bagi kami kerja dalam satu team. Jadi kakak ditukarkan dengan Kak Dian. Lagi bagus mama, senang Kak Dian jadi spy kakak, ” jelas  Nufah polos. Sedikit pun tidak berasa curiga.

Mendengar kata-kata Nufah itu, dalam diam Puan Rosiah mengeluh. Hatinya semakin berasa tidak enak. Nufah ini, walaupun sudah mahu berkahwin, masih lagi naif. Lurus mempercayai orang tanpa sedikit pun menyimpan curiga. Dia pula yang gusar dengan keadaan ini.

‘Mungkin juga, sebab itulah mereka berdua rapat,’ Puan Rosiah cuba menyedapkan hati sendiri. Namun kata-kata itu hanya berlagu di dalam hatinya sahaja.

“Baguslah. Memang betullah Firash tu sibuk. Jadi kakak tak payah risau lagi. Nanti-nanti dah kurang sibuknya, dia akan call kakak. Lagipun tak elok bakal pengantin selalu bertemu,” pujuk Puan Rosiah untuk mengusir kecurigaan di hati Nufah dan hatinya sendiri. Entah mengapa, hati tuanya tetap tidak tenang. Terasa ada perkara buruk yang bakal berjadi.

Nufah angguk, mengiyakan kata-kata mamanya. Namun jauh di sudut hati, perasaan sangsi dan curiga mula tumbuh. Dia cuba memujuk diri dengan bersikap positif. Kata orang, semakin dekat hari pernikahan, semakin kuat dugaan melanda bakal pengantin.

“Mama kita dah sampai,” ujar Nufah ceria. Kerisauan di hati dihalau jauh.

Puan Rosiah senyum memandang wajah Nufah. Kekura tangan Nufah ditepuk lembut. Dia tahu hati anaknya itu, tidak mahu orang terdekat risaukan dirinya. 

“Walau apa pun yang terjadi, kakak masih ada mama, abah dan adik-adik. Kami sentiasa ada di belakang kakak, mahu melihat kakak sentiasa gembira dan bahagia,” bisik Puan Rosiah, mengingatkan Nufah yang dia masih mempunyai keluarga yang sentiasa ada bersama walau dalam apa jua keadaan.

“Mama ni ... feeling-feeling pulak. Kami okey mama. Bukan kakak tak biasa dengan kesibukan Firash tu,” balas Nufah dengan mata berkaca-kaca. Dia terharu. Pipi Puan Rosiah diciumnya,  kemudian enjin kereta dimatikan. Saat dia mahu berpaling membuka pintu, matanya terlihat kereta Tengku Firash juga baru sampai. Hatinya berlagu riang. Tentu Dian yang memberitahu Tengku Firash dia ada di situ. Namun belum sempat kakinya memijak tanah, tangannya ditarik. 

“Tunggu kejap kakak. Abah telefon.”

“Kakak keluar dulu. Tu, Firash dah sampai. Kakak tegur dia dulu.”

Namun tangannya dipegang kejap. Kening Nufah bertaut. Mama tidak melepaskan pegangan, malah semakin kuat pula tangan Nufah digenggam. Wajah mama berubah, perlahan kepalanya bergerak ke kiri kanan, menandakan dia tidak mahu Nufah keluar dari kereta itu. Nufah keliru.

Pada masa yang sama, di dalam kereta Tengku Firash, Dian senyum menggoda. Tadi dia sempat memandang ke luar dan ternampak kereta Nufah diparkir berselang dua buah kereta  daripada kereta Tengku Firash. Keluar dari kereta, tangannya terus memaut lengan Tengku Firash.

“Nak buat apa kat sini?” Mulut menyoal tapi kaki tetap juga melangkah, menurut.

“Bunga telur. You kan dah janji nak berterus terang dengan Nufah. Putuskan pertunangan you all dan kahwin dengan I. You jangan mungkir janji pula. Tarikh kahwin kita tak sampai sebulan pun lagi. Bunga telur belum cukup lagi ni,” rajuk Dian. Sudah pasti dia maksudkan tarikh perkahwinan Nufah dengan Tengku Firash. Dia yakin, dia yang akan menggantikan Nufah nanti. 

Tengku Firash melepaskan keluhan. Dalam hati timbul keraguan. Dia sebenarnya belum tetap pendirian lagi. Hatinya masih sayangkan Nufah. Dalam masa yang sama, dia tidak mampu menangkis godaan Dian. Dia tersungkur mengikut hawa nafsu. Tidak dapat melepaskan diri, terpaksa bertanggungjawab di atas perbuatannya. Ini bererti Nufah terpaksa ditinggalkan. Tengku Firash bingung. Tidak mampu untuk membantah.

Mata Nufah terpaku melihat pasangan yang sangat dikenalinya. Seorang tunang dan seorang lagi sepupu yang selama ini dianggap kakak sendiri. Hatinya saat ini seperti kaca retak seribu. Menanti masa untuk berderai. Namun dia tidak mampu menangis, kolam air matanya kering.  Lama dia memandang sehingga tubuh mereka berdua hilang di dalam kedai tersebut.

Tarikan tangan Puan Rosiah menyedarkannya.

“Mama... .” Hanya sepatah kata saja terpancul di bibirnya. 

Tanpa senyum, Puan Rosiah mengusap lembut bahu anak gadisnya itu. Menyedarkan Nufah yang dia tidak bersendirian. Jika tadi naluri keibuannya masih ragu-ragu, kini dia faham drama yang sedang dilakonkan Dian. Semalam mungkin tak sengaja. Tapi hari ini, Dian tahu mereka akan datang ke sini, jadi dia sengaja membawa Tengku Firash bersama. Mahu menunjukkan hubungan mereka lebih daripada hubungan kerja.

Nufah masih lagi tergamam. Dalam keliru dia cuba mencantum dan mencernakan apa yang berlaku.  “Dua hari lepas mama dah terserempak dengan mereka.”

Berat mahu percaya. Kedua-duanya penting buat anaknya, tetapi kenyataan di hadapan mata, tidak dapat dinafikan lagi.

“Kenapa mama tak cakap?” bisik Nufah bertanya. Bibirnya digigit kuat. Sakit tetapi tidak sesakit hatinya saat ini.

“Mama tak tahu hubungan mereka, tapi bila kakak cakap mereka bekerja bersama mungkin mama yang salah faham. Hubungan anak muda sekarang ni mama tak faham sangat. Sebab itu bila kakak kata tengah Whatsapp Dian, mama agak, tentu dia akan datang bersama Firash jika betul mereka ada hubungan. Dian tak akan biarkan Firash mengahwini kakak.”

Nufah diam. Dalam mesejnya di Whatsapp tadi, tidak pula Dian memberitahu akan datang ke sini. Tapi hatinya berharap Dian muncul, sebab sudah lama mereka tidak berjumpa. Rupa-rupanya Dian ada rancangan lain. Sudah tentu Tengku Firash pun tahu dan ikut skrip yang Dian rancangkan. Nufah menghela nafas berat. Terasa ruang udara di dalam paru-paru sesak sehingga membuatkan dia kelemasan. Pengkhianatan ini seperti pukulan KO. Menghentam dari segenap sudut, membuatkan dia tersungkur tanpa belas kasihan.

Dia tidak tahu bila dia berbaring di dalam biliknya.

Renungannya kosong. Terdengar pintu bilik ditutup. “Apa yang telah berlaku?” Sayup-sayup terdengar suara abah menyoal.

Nufah pejamkan mata. Tidak mahu mendengar mahupun mengambil tahu apa yang sedang terjadi di sekelilingnya. Dia mahukan ketenangan.



Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ebook amal COVID - 19

Nufah Prolog

Uncle Doktor.. Nak tak jadi papa Niny? Bab 3