Terbaru Ebook, Raya Datang lagi.

Imej
Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua...  Maafkan tak update dalam seminggu ni. Sibuk dengan tugasan lain..  Tapi pagi ni saya nak sampaikan berita gembira, patut minggu lepas lagi dah update tapi kita bagi ruang kepada penulis lain dan team Love Novel up promosi dulu. Ini dia projek di bawah Love Novel Publishing bersama dengan rakan-rakan penulis.  Ebook Raya ada 3 Volume , Jom kita Intai penulis-penulis dlm setiap volume :-  PENULIS E-BOOK RAYA DATANG LAGI VOL 1 🌻 LYNN SAFIYA  🌻 SHADHIA 🌻 ARSYA AISYA 🌻 ACIK ZAZA 🌻 LUVIS EIJA PENULIS E-BOOK RAYA DATANG LAGI VOL 2 🍁 YUMI HYRA 🍁 SHIMA AWANG πŸ‘ˆ saya (tajuk Ramadan Tiba)  🍁 ISMEANA NUR 🍁 FATIN NABILA 🍁 AEIN DHIYAUDDIN PENULIS E-BOOK RAYA DATANG LAGI VOL 3 🌺 MIA AZWARI 🌺 SUHAILA RASHID 🌺 ARSYA AISYA 🌺 WANI HUSNA 🌺 FAZILA ADAM 🌺 EYRA SHAZLEYRA Medium penghantaran ? mcm biasa la , uolss boleh pilih antara 2 medium ini  πŸ‘‰Email  πŸ‘‰Whatapps Tak nak beli kombo pun boleh.. Setiap satu berharga RM19 (harga promo sehingga 30 J

Nufah Bab 4

Untuk pembelian boleh klik di sini

HATI Dian puas. Rancangannya berjalan lancar.

Sudah tentu Nufah nampak mereka tadi. Senyum puas disembunyikan dalam diam. Kali ini, walaupun Tengku Firash masih lagi ragu-ragu membuat keputusan, Nufah akan ambil keputusan sendiri. Nufah yang baik, tentunya akan memilih untuk mengalah. Dia faham sangat hati adik sepupunya itu. Terlalu baik dan lembut.

You pilihlah apa yang tak cukup lagi. Tak pun call Nunu, tanya dia.” Mulut Tengku Firash terkatup. Dia lupa, sepatutnya keadaan terbalik. Wajah Dian berubah mendung.

Tengku Firash dihurung rasa bersalah. Seharusnya dia tidak menyebut nama tunangnya di hadapan Dian. Namun dia sudah terbiasa. Nufah yang sentiasa mengutamakannya. Sentiasa mendahulukan kehendaknya. Tidak mementingkan diri dan pandai membawa diri. Tidak mendesak dan merajuk, menjadikan hubungan mereka hambar. Salah satu sebab hatinya beralih arah. Dian mengembalikan perasaan yang telah lama ditinggalkan. Menjadi romeo semula, membuatkan hatinya teruja. Sebab itulah hubungan dia dengan Nufah semakin jauh. Membosankan.

I tahu I ni orang ketiga, you tak payah nak ingatkan.” Moodnya mati. Dian angkat kaki menuju ke pintu kedai. Sengaja merajuk, mahu Tengku Firash memujuk. Satu kelemahan Nufah, tidak pandai merajuk dan bermanja. Dalam rajuk, ada senyum sinis nipis yang disembunyikan. Dian tahu Tengku Firash tidak akan membiarkannya tanpa memujuk.

Dear... .” Tengku Firash kalut mengikut. Dia tak sengaja. Lengan Dian ditarik.

Sorry dear. I tak sengaja. You pilih ikut cita rasa you. Apa yang Nunu pilih, you tak berkenan kita tukar nanti. Kita masih ada masa lagi,” pujuknya.

“Ada masa; bila you segera putuskan pertunangan dan beritahu keluarga tentang kita. I tak boleh nak tunggu lagi. I rasa bersalah sangat dekat Nunu. Macam I ni perempuan jahat. Rampas tunang sepupu sendiri.” Dian terus membakar hati Tengku Firash. Mahu lelaki itu rasa bersalah.

You tak salah. I yang berubah hati. I yang salah. Jatuh hati dengan you,” pujuk Tengku Firash lagi. Dia keliru. Saat ini dia tidak sanggup melihat air mata Dian tumpah. Kasihnya semakin mengalir untuk gadis ini.

Dia akan berterus terang secepat mungkin. Dia yakin hatinya sudah berubah dan tidak cintakan Nufah lagi.

“Esok I akan jumpa Nunu. Putuskan pertunangan kami. I akan berterus terang tentang hubungan kita. I yakin Nunu akan faham.” Keyakinan cuba disemat ke dalam hatinya juga. Lagipun dia yakin, Nufah sedar tentang hubungan mereka yang semakin hambar. Ikatan cinta di hati mereka semakin pudar.

 

*****

“MUNGKIN salah faham ni. Abang tak percaya. Firash dan Dian tidak akan mengkhianati kakak.”

Puan Rosiah pandang suaminya, jika suaminya tidak percaya, dia lagilah tidak mahu percaya. Mereka menjadi saksi hubungan Nufah dan Tengku Firash. Kedua-duanya membesar di depan mata. Dari tingkatan satu sehingga masing-masing berkerjaya. Tidak ada satu pun yang kurang di mata mereka. Tengku Firash hormatkan mereka. Nufah setia menunggu. Cinta mereka terus subur. Hanya beberapa minggu sahaja lagi majlis akan berlangsung, kini segalanya berubah.

“Nanti abang call Firash, kita kena tanya dia sebelum menjatuhkan hukuman. Mungkin salah faham je ni,” tekan Encik Nukman. Dia perlu mendengar penjelasan kedua-dua belah pihak sebelum membuat keputusan.

“Sudah dua minggu kakak tak dapat call Firash. Whatsapp pun nak tak nak jawab. Trylah abang call dia. Mana tahu dengan abang dia nak bercakap.”

Sebagai ibu, biarpun sakit hati, kebahagiaan anak tetap diutamakan. Lagipun dia mengenali Firash sejak kecil, jadi dia tahu hati budi bakal menantunya itu. Telah lama mereka bercinta, tentu sekali sebagai ibu, dia mahukan pengakhiran yang membahagiakan anaknya.

Telefon pintar ditekap ke telinga kanan, nada dail jelas kedengaran tetapi hingga ke deringan terakhir tidak bersambut. Encik Nukman pandang isterinya. Dia geleng kepala. Hatinya berasa tidak sedap. Hal anak-anak jarang sangat dia ambil pusing tetapi apabila melibatkan anak saudara sendiri, terpaksa dia masuk campur. Melihat Nufah seperti jasad berjalan, dia tahu ada yang tak kena.

“Dah lama Yah tahu?” Perhatian beralih kepada isterinya.

“Dua hari lepas Yah ada terserempak dengan mereka, makan bersama. Mesra semacam. Tapi Yah sedapkan hati sendiri, mereka keluar sebab kerja kot. Lepas tu, tengah hari tadi semasa kami keluar nak beli bunga telur, Dian Whatsapp kakak kata nak jumpa. Jadi kakak cakap keluar dengan Yah. Sampai kat kedai tu, Yah rasa tak sedap hati. Nampak kereta Firash. Kakak ni nak turun tegur tapi Yah tak bagi. Dian keluar dari kereta Firash tu. Berpeluk lengan.” Puan Rosiah berhenti seketika.

“Kakak try call Firash. Sampai ke sudah tak berangkat. Dia call Dian, Dian kata tengah dating dengan boyfriend. Jadi, apa makna tu bang? Terangterang kami nampak Firash dengan Dian. Yah tahu, Dian sengaja biar kami nampak tadi.”

Encik Nukman terdiam. Berat hati hendak percaya tetapi yang bercerita ini isterinya. Yang nampak anak bininya. Takkan benda besar begini mahu direka. Lagipun, ini melibatkan maruah keluarga mereka. Pengantinnya pula anak perempuan sulung mereka. Pilihan sendiri, bukan pilihan orang tua. Bercinta pula bertahun. Hanya tinggal beberapa minggu sahaja majlis pernikahan akan dilangsungkan.

“Kita tunggu dulu. Biar anak-anak selesaikan sendiri. Abang yakin salah faham je ni.”

 Puan Rosiah geleng kepala. Ikutkan hati, hari ini juga dia mahu bersemuka dengan Tengku Firash. Mahu mendengar sendiri dari mulut Tengku Firash, masih hendakkan Nufah atau tidak. Kalau hati sudah beralih arah, tidak mengapa, ramai lagi lelaki di Malaysia ini. Pasti akan ada lelaki yang lebih baik dan ikhlas cintakan anaknya nanti.

“Bukan orang lain bawak cerita, Yah dan kakak tengok dengan mata kami sendiri, abang tak nak percaya juga. Kononnya Dian tak mungkin rampas tunang sepupu sendiri. Abang, anak saudara abang tu talam dua muka. Buat baik ada makna. Dari dulu lagi saya tak suka Dian tu. Tapi sebab dia anak saudara abang, saya diamkan. Abang tengok sekarang, apa dah jadi?”


Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ebook amal COVID - 19

Nufah Prolog

Uncle Doktor.. Nak tak jadi papa Niny? Bab 3