Terbaru Ebook, Raya Datang lagi.

Imej
Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua...  Maafkan tak update dalam seminggu ni. Sibuk dengan tugasan lain..  Tapi pagi ni saya nak sampaikan berita gembira, patut minggu lepas lagi dah update tapi kita bagi ruang kepada penulis lain dan team Love Novel up promosi dulu. Ini dia projek di bawah Love Novel Publishing bersama dengan rakan-rakan penulis.  Ebook Raya ada 3 Volume , Jom kita Intai penulis-penulis dlm setiap volume :-  PENULIS E-BOOK RAYA DATANG LAGI VOL 1 🌻 LYNN SAFIYA  🌻 SHADHIA 🌻 ARSYA AISYA 🌻 ACIK ZAZA 🌻 LUVIS EIJA PENULIS E-BOOK RAYA DATANG LAGI VOL 2 🍁 YUMI HYRA 🍁 SHIMA AWANG πŸ‘ˆ saya (tajuk Ramadan Tiba)  🍁 ISMEANA NUR 🍁 FATIN NABILA 🍁 AEIN DHIYAUDDIN PENULIS E-BOOK RAYA DATANG LAGI VOL 3 🌺 MIA AZWARI 🌺 SUHAILA RASHID 🌺 ARSYA AISYA 🌺 WANI HUSNA 🌺 FAZILA ADAM 🌺 EYRA SHAZLEYRA Medium penghantaran ? mcm biasa la , uolss boleh pilih antara 2 medium ini  πŸ‘‰Email  πŸ‘‰Whatapps Tak nak beli kombo pun boleh.. Setiap satu berharga RM19 (harga promo sehingga 30 J

Nufah Bab 5

Untuk pembelian klik di sini

“ABAH ... mama ... kakak nak putuskan pertunangan ini,” putus Nufah.  Tiada guna dia meneruskan pertunangannya dengan Tengku Firash.

Cukuplah seminggu ini hidupnya seperti zombie. Tak lalu makan, tidur tak lena. Imej mesra Tengku Firash dan Dian bermain-main di ruang mata. Dua hari lepas, dia mendapat mesej daripada bekas rakan sekumpulannya ketika bekerja di dalam kumpulan Tengku Firash. Semakin luka parah hatinya. Sedikit pun dia tidak menyangka, kepercayaan yang diberikan, dikhianati tanpa sedikit belas kasihan. Dian dianggap kakak dan juga kawan baiknya, mengapa dia sanggup merampas tunangnya? Mengapa? Apa salahnya? Tak cukup baikkah dia selama ini? 

Encik Nukman dan Puan Rosiah saling berpandangan. Dapat dilihat riak terkejut di wajah Encik Nukman. Manakala Puan Rosiah pula, meskipun terkejut, dia telah menjangka keputusan drastik anak sulungnya itu. Hatinya berbelah bagi, antara maruah keluarga dan juga kebahagiaan anaknya.

“Kakak dah habis fikir? Ambil kira setiap sudut?” tekan Encik Nukman.

Seminggu berlalu, tiada usaha daripada pihak Tengku Firash menghubunginya kembali walaupun pesanan telah ditinggalkan, mungkin inilah yang terbaik. Ternyata bakal menantunya bukan lelaki yang boleh diharap menjaga dan membahagiakan anaknya. Jadi, apa pun keputusan anaknya, dia akan sokong. Mungkin bukan jodoh Nufah. Cuma dia inginkan kepastian, tidak mahu Nufah menyesal di kemudian hari.

Nufah angguk, tidak mampu menyembunyikan kekecewaan. Luka di hatinya terus berdarah. Air mata pula sudah kering. Makan minum tidak dihiraukan, hilang selera apabila teringatkan pengkhianatan mereka. Orang yang paling dekat dan dipercayai merampas kebahagiaannya. Jika ikutkan rasa kecewa dan marah, mahu dia bersemuka dengan mereka berdua. Apa salahnya sehingga mereka berlaku curang di belakangnya? 

“Mama rasa kakak patut bersemuka dulu dengan Firash. Tanya dia sendiri. Mana tahu ini salah faham je. ” Puan Rosiah memberi saranan. Dia tidak sanggup melihat anaknya kecewa. Hari pernikahan pun semakin hampir. Nasib baik kad jemputan belum diedar lagi.

Nufah geleng.

“Tak ada apa yang perlu ditanya lagi mama. Kakak yang bodoh percayakan Dian. Percaya kononnya cinta kakak ni mampu mengikat hati Firash selamanya. Kakak terlalu yakin dan lupa diri. Hakikatnya bila Allah mahu terbalikkan hati, bila-bila masa boleh berubah.”

Nufah sudah puas berfikir. Mungkin ada juga khilafnya. Mungkin sebab dia terlalu ambil mudah dalam perhubungan ini, maka kejadian ini menimpanya. Cukuplah sekali kepercayaannya dikhianati.

“Mungkin salah faham. Dian dan Firash tidak ada hubungan lain selain rakan kerja,” ujar Encik Nukman positif, menyokong kata-kata isterinya tadi. 

Nufah diam. Dia gigit bibir kuat-kuat, kemudian nafas dihela panjang. Kalau boleh dia juga mahu menganggap semua ini salah faham semata-mata, tetapi pesanan Whatsapp yang diterima daripada rakan kerjanya dahulu, terus meragut segala sisa perasaan yang tertinggal. Dia membuka pesanan tersebut, lalu dihulurkan telefon pintar itu kepada mama dan abahnya. Biarlah mereka melihat sendiri. Jika sekadar gambar, mungkin dia boleh beralasan itu hanya ‘photoshop’ untuk menyedapkan hati, tapi apabila yang dihantar itu video, masakan dia mampu menidakkan? Lagipun dia amat kenal pejabat itu. 

+Assalam Nunu, pertama kali aku minta maaf. Aku bukan nak menyibuk atau jadi batu api dalam hubungan kau dengan TF. Tapi mata aku ni cukup sakit tengok kemesraan melampau mereka. Aku tahu Dian tu kakak sepupu kau. Kau baik dengan dia. Dulu kau kata sebab percayakan Dianlah kau tak kisah bertukar tempat dengan dia. Tapi kau tahu tak perangai Dian sebenarnya? Sejak awal dia masuk ke sini, dia dah cuba goda TF. Lama TF bertahan melawan godaan dia, tapi sejak dua tiga bulan ni, aku tak tahu godaan tahap berapa dia lakukan sehingga TF dah mula caring dia. Macam lembu ditarik hidung, mengikut kata dan setiap perbuatan Dian. Di sini aku sertakan gambar dan juga video mereka making out dalam pejabat TF. Mungkin dah kemaruk sangat, mereka terlupa nak kunci pintu. Aku dan Fida nampak secara tak sengaja. Habis mata aku ni ketumbit. Aku harap kau sabar. Mungkin Allah nak tunjuk perangai sebenar mereka. 

Encik Nukman dan Puan Rosiah terdiam. Amat terkejut. Puan Rosiah tidak sanggup melihatnya. Manakala Encik Nukman pula menghantar gambar dan video tersebut ke nombornya. Kemudian gambar dan video di dalam telefon pintar Nufah dipadamkan. Dia tidak mahu Nufah melihat gambar dan video itu dan membuatkan jiwanya terus tertekan. Telefon bimbit itu dihulurkan kembali. 

“Abah dah padamkan gambar dan video tu. Abah dah sent ke Whatsapp abah. Nanti abah dan mama akan hubungi keluarga Firash untuk putuskan pertunangan ini. Kakak jangan fikirkan lagi perkara ni,” putus Encik Nukman.

Tidak perlu lagi dia memujuk Nufah untuk mengekalkan hubungan itu. Keputusannya muktamad. Video dan gambar itu sebagai bukti Tengku Firash bukan lelaki baik. Langsung tidak layak menjadi menantunya.

Nufah diam. Air matanya gugur. Puas dia menahan perasaan, berlagak tabah namun kali ini gagal. Melihat wajah merah abah menahan marah, wajah terkedu mama, dia tahu dia telah membuatkan orang tuanya risau keadaan dirinya.

“Malam ni taip surat perletakan jawatan 24 jam. Berapa bulan pampasan kena bayar tu, abah akan bayarkan. Mulai hari ini, kakak putuskan hubungan dengan Firash, Dian dan syarikat tu. Abah dan mama akan uruskan perkara lain.”

Nufah tunduk. Puan Rosiah memeluknya. Tidak ada kata pujukan daripadanya kerana dia tahu kata-kata tidak akan mampu memujuk rasa kecewa dan terluka Nufah. Dibiarkan Nufah melepaskan perasaannya melalui tangisan. 

“Ada baiknya kakak pergi bercuti. Jauh dari sini,” saran Puan Rosiah. Telefon pintar Nufah diambil dan dimatikan. Kemudian dihulurkan kepada suaminya.

“Esok abang belikan nombor telefon baru untuk kakak. Nombor lama tu kita potong. Mama tak nak Firash mahupun Dian contact kakak. Semua hal kakak kita uruskan nanti,” tekannya pula. 

Encik Nukman angguk. Itulah yang terbaik. Esok dia akan ke rumah bakal besan tak jadinya. Memutuskan hubungan ini. Kemudian ke rumah orang tuanya menjelaskan perkara tersebut. Jika mak ayahnya membantah, dia akan tunjuk gambar tadi. Dia lebih rela maruahnya tercalar sedikit daripada membiarkan anaknya hidup menderita kelak. Kalau mak ayahnya tetap mahu menjaga maruah, biar Dian sahaja jadi pengganti.

Rasanya, Dian tidak sabar mahu mengambil tempat pengantin perempuan. Majlis boleh diteruskan juga. Persiapan yang telah dibuat, serahkan sahaja kepada mereka. Kalau mereka tergamak gunakan, terpulanglah. Memang dasar tak tahu malu!


 


Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ebook amal COVID - 19

Nufah Prolog

Uncle Doktor.. Nak tak jadi papa Niny? Bab 3