Terbaru Ebook, Raya Datang lagi.

Imej
Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua...  Maafkan tak update dalam seminggu ni. Sibuk dengan tugasan lain..  Tapi pagi ni saya nak sampaikan berita gembira, patut minggu lepas lagi dah update tapi kita bagi ruang kepada penulis lain dan team Love Novel up promosi dulu. Ini dia projek di bawah Love Novel Publishing bersama dengan rakan-rakan penulis.  Ebook Raya ada 3 Volume , Jom kita Intai penulis-penulis dlm setiap volume :-  PENULIS E-BOOK RAYA DATANG LAGI VOL 1 🌻 LYNN SAFIYA  🌻 SHADHIA 🌻 ARSYA AISYA 🌻 ACIK ZAZA 🌻 LUVIS EIJA PENULIS E-BOOK RAYA DATANG LAGI VOL 2 🍁 YUMI HYRA 🍁 SHIMA AWANG πŸ‘ˆ saya (tajuk Ramadan Tiba)  🍁 ISMEANA NUR 🍁 FATIN NABILA 🍁 AEIN DHIYAUDDIN PENULIS E-BOOK RAYA DATANG LAGI VOL 3 🌺 MIA AZWARI 🌺 SUHAILA RASHID 🌺 ARSYA AISYA 🌺 WANI HUSNA 🌺 FAZILA ADAM 🌺 EYRA SHAZLEYRA Medium penghantaran ? mcm biasa la , uolss boleh pilih antara 2 medium ini  πŸ‘‰Email  πŸ‘‰Whatapps Tak nak beli kombo pun boleh.. Setiap satu berharga RM19 (harga promo sehingga 30 J

Nufah Bab 6

Untuk pembelian, boleh klik di sini



“HELLO mummy...

“Apa yang telah berlaku ni, Firash? Keluarga Nufah datang memutuskan pertunangan kamu. Firash tahu tak, lagi sebulan majlis nak langsung. Mana mummy nak letak muka ni?” Syarifah Manora terus menyerang.

Tengku Firash terkedu. Hatinya berdebar. Rasa tidak enak. Dia panik.

Mummy kejap lagi Firash call balik.” Talian diputuskan. Nombor Nufah ditekan.

            ‘Nombor     yang     anda     dail     tiada    dalam

perkhidmatan. Terima kasih.’

Tidak puas hati, Tengku Firash dail sekali lagi. Jawapan yang sama diterima. Dicuba lagi, namun tetap sama. Dian yang masuk ke dalam pejabatnya, tidak dihiraukan. Dia sibuk mendail. Hampa. Hatinya cemas, walaupun dia tahu lambat laun dia perlu juga berterus terang. Cuma dia tidak menyangka yang Nufah akan bertindak terlebih dahulu.

Kemudian nombor pejabat pula didail.

“Nufah please,” pintanya selepas panggilan diangkat.

“Maaf Tengku, Nufah telah meletakkan jawatan dengan notis 24 jam. Baru pagi tadi mamanya datang hantar notis dan mengambil barang-barangnya,” beritahu orang di sebelah sana.

Tengku Firash terdiam. Talian diputuskan. Kemudian barulah dia memandang Dian di hadapannya.

You beritahu Nunu tentang kita?” Mata Tengku Firash tajam merenung Dian.

Hati masih lagi mahu menafikan yang hubungan sulitnya terbongkar. Dia tahu, apabila keluarga Nufah tiba-tiba datang memutuskan pertunangan, sudah pastilah  rahsianya telah terbongkar. Jadi mengapa dia perlu panik? Bukankah itu rancangannya? Namun egonya yang melangit itu mahu dirinya yang menentukan hala tuju hubungan mereka. 

Dian terkulat-kulat. Kepalanya digelengkan.

“Kenapa?” Hati cuba ditenangkan. Dian tahu Nufah nampak kelibat mereka hari itu. Namun dia sengaja buat-buat bertanya. Riaknya tampak keliru dan tidak tahu apa-apa.

Tidak sampai hati pula Tengku Firash mahu menuduh Dian. Wajah bingung Dian jelas menunjukkan dia tidak terlibat dalam perkara ini.

I tak dapat call Nunu. Telefon dia tutup. Cuba you call dia,” keluh Tengku Firash.

Tanpa sebarang kata, Dian terus menelefon Nufah. Suara operator kedengaran di hujung talian. Dia geleng kepala.

“Tak dapat.”

“Jap, I call mak teh.” Dian terus menghubungi Puan Rosiah. Talian bersambung tetapi tidak berangkat.

“Tak angkat. Kenapa? Apa yang berlaku?” Dian didesak rasa ingin tahu. Melihat wajah gelabah Tengku Firash, hatinya sakit. Nampak sangat Tengku Firash masih cintakan Nufah.

Tengku Firash mengatur nafas. Hati berdebar, rasa takut dengan kehilangan Nufah.

“Keluarga Nufah datang ke rumah orang tua I, putuskan pertunangan,” beritahunya dalam helaan nafas berat.

Dian gembira dalam diam. Nampaknya rancangannya berjalan lancar tanpa perlukan usaha lebih. Lantas dia berjalan mengelilingi meja Tengku Firash, mendekatinya. Bahu Tengku Firash dipicit perlahan dengan jari runcingnya. 

“Mungkin selama ini, dia tak cintakan you. Jadi dia rasa lebih baik dia putuskan sebelum terlambat.” “Dia patut cakap dengan I,” tekan Tengku Firash, menahan marah.

“Sebenarnya dia ada beritahu I, dia tak yakin dengan perasaannya. Dia keliru. Tak tahu sama ada cintakan you atau tidak.” Dian mereka cerita, biar Tengku Firash semakin meragui cinta Nufah.

Tengku Firash geleng. Tidak mahu percaya tapi hatinya juga sangsi. Teringat selama ini dia yang bersungguh-sungguh dalam hubungan mereka, selalu menunjukkan cintanya dengan memberikan kejutan dan hadiah. Sebaliknya Nufah amat jarang menunjukkan perasaannya. Malah selalu mengatakan hadiah dan kejutan yang diberikan itu membazir. 

“Kalau tak, takkanlah dia sanggup memutuskan pertunangan ini. Lagi sebulan nak kahwin. Patutlah dia lambat-lambatkan edar kad jemputan,” cerita Dian lagi. Cuba mencucuk jarum kesangsian di dalam hati Tengku Firash.

Tengku Firash diam, berfikir.

Dian tidak puas hati. “Sebab itulah I berani dekatkan diri dengan you. Sebab I tahu Nunu tak ikhlas sayangkan you. I tak nak you kecewa, sebab itu I minta tukar ke sini. Nunu selalu bercerita dengan I tentang perasaan dia. Jadi I tahu apa dia rasa.”

Wajah Tengku Firash berubah warna. Ada riak marah dan kecewa terlukis. IPhonenya digenggam kuat. Dia cuba menahan perasaan yang ingin meletus.

Dian paut kepala Tengku Firash ke dadanya.

Darling ... I kan ada. I tak akan tinggalkan you. I cintakan you. Lagipun you dah janji hanya I yang akan jadi pengantin you nanti. Nunu putuskan pertunangan ini, kita dah tak ada halangan lagi.”

Tengku Firash diam, tidak mengulas. Bibir Dian dalam diam terjungkit ke atas. Puas hati. 


Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ebook amal COVID - 19

Nufah Prolog

Uncle Doktor.. Nak tak jadi papa Niny? Bab 3