Terbaru Ebook, Raya Datang lagi.

Imej
Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua...  Maafkan tak update dalam seminggu ni. Sibuk dengan tugasan lain..  Tapi pagi ni saya nak sampaikan berita gembira, patut minggu lepas lagi dah update tapi kita bagi ruang kepada penulis lain dan team Love Novel up promosi dulu. Ini dia projek di bawah Love Novel Publishing bersama dengan rakan-rakan penulis.  Ebook Raya ada 3 Volume , Jom kita Intai penulis-penulis dlm setiap volume :-  PENULIS E-BOOK RAYA DATANG LAGI VOL 1 🌻 LYNN SAFIYA  🌻 SHADHIA 🌻 ARSYA AISYA 🌻 ACIK ZAZA 🌻 LUVIS EIJA PENULIS E-BOOK RAYA DATANG LAGI VOL 2 🍁 YUMI HYRA 🍁 SHIMA AWANG πŸ‘ˆ saya (tajuk Ramadan Tiba)  🍁 ISMEANA NUR 🍁 FATIN NABILA 🍁 AEIN DHIYAUDDIN PENULIS E-BOOK RAYA DATANG LAGI VOL 3 🌺 MIA AZWARI 🌺 SUHAILA RASHID 🌺 ARSYA AISYA 🌺 WANI HUSNA 🌺 FAZILA ADAM 🌺 EYRA SHAZLEYRA Medium penghantaran ? mcm biasa la , uolss boleh pilih antara 2 medium ini  πŸ‘‰Email  πŸ‘‰Whatapps Tak nak beli kombo pun boleh.. Setiap satu berharga RM19 (harga promo sehingga 30 J

Nufah Bab 7

klik di sini untuk pembelian

“ASSALAMUALAIKUM Nunu, apa khabar bakal      pengantin?”      Suara    ceria     Tisya kedengaran di hujung sana. Nufah terdiam. Dia tersenyum pahit. ‘Bakal pengantin tak jadi,’ bisik hati kecilnya.

“Waalaikumussalam.” Nada suara sedaya mungkin dikawal agar kedengaran normal di telinga Tisya.

“Aku nak datang ke JB. Kau free tak?” Nufah terus menyampaikan tujuannya.

Free ... free ... bila-bila masa kau nak datang, rumah aku sentiasa terbuka untuk kau. Nak datang honeymoon pun, aku lagi okey. Lagipun lama dah tak membawang ni,” sambut Tisya riang. Seronok sangat mendengar Nufah hendak datang bercuti. Sehinggakan dia tidak perasan, nada suara Nufah yang langsung tidak ceria.

Flight kau bila?”

“Aku naik bas. Malam ni bertolak. Nanti sampai aku call ya,” beritahu Nufah.

Baru Tisya berasa pelik. Eh, malam ni?

Oookeey!” Nada suaranya terus merudum. Baru dapat ditangkap suara Nunu yang tidak ceria. Seolaholah tersimpan duka.

“Terima kasih Isya,” bisik Nufah perlahan.

No problem. Untuk kau, aku akan sentiasa ada.” Walaupun tidak tahu apa ceritanya, Tisya tetap bersikap seperti biasa. Nantilah, Nunu sampai boleh berborak panjang.

“Aku tunggu kau.”

“Okey, assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.” Talian diputuskan. Nufah melepaskan keluhan. Baju-baju di atas katil diambil dan disusun kemas ke dalam bagasi. Nazrul masuk ke dalam biliknya.

“Mama dan abah di rumah tok wan lagi, kak?”

Nufah angguk. Nazrul duduk di atas katil kakaknya sambil memerhati Nufah mengemas pakaian.

“Naz ikut,” ucap Nazrul tiba-tiba. Dia sedih melihat kakaknya bersedih. Hatinya menyumpah dan memaki hamun Tengku Firash dan Dian. Manusia tidak bermoral seperti mereka sepatutnya dihukum kerana melukakan hati kakaknya.

Nufah menghentikan kerja mengemasnya. Dia pandang Nazrul, diukir senyum terharu. Walaupun Nazrul tidak banyak cakap, tapi dalam diamnya tetap ambil tahu apa yang sedang berlaku.

“Tak perlu. Kakak ke rumah Tisya beberapa hari je. Lama tak jumpa dia,” pujuknya. Buat ketika ini, dia tidak mahu fikirkan apa-apa selain pergi jauh dari sini.

“Tapi kakak tak biasa naik bas.”

“Eh, tak biasa apanya? Masa kakak belajar dulu selalu naik bas jugak ke sana sini sebelum abah belikan kereta,” pangkah Nufah. Ada ke patut cakap dia tak biasa naik bas?

Nazrul sengih. Dia garu kepala. Mahu juga ikut. Dipandang Nufah dengan wajah mengharap.

“Bagi kakak masa untuk bersendirian. Kakak perlu tenangkan fikiran dan fikirkan semula plan hidup baru. Bila dah tetap apa yang kakak nak buat, nanti kakak bagi tahu Rul, okey?” pujuknya lagi.

“Kalau Firash tu ada depan Rul sekarang, Rul belasah dia sampai patah riuk. Lelaki macam tu memang tak layak diberi muka. Kena belasah sekali, baru sedar diri,” membara marah Nazrul.

Dahulu dia sangkakan Tengku Firash itu terbaik buat kakaknya. Selalu juga melayannya. Bawa tengok bola juga Formula 1. Tidak disangka bertahun-tahun berkawan, belum sampai setahun bertunang, sudah berubah hati. Apa yang Tengku Firash hendak sebenarnya?

Kak Nunu lebih cantik daripada Kak Dian. Lebih pandai dan segalanya lebih, baik dari segi IQ juga EQnya. Bercinta sejak zaman sekolah, semudah itu Tengku Firash berubah. Tidak mampu menahan godaan Dian. 

Nufah sengih. Bersungguh Nazrul mahu melindunginya. Dia terharu.

“Bila hati orang ni dah berubah Rul, tak guna kita belasah ke, pujuk rayu. Takkan berubah ke asal dah. Kalau dia nak kembali pun, kakak takkan terima. Hati kakak dah mati,” tegas Nufah. Dia akan move on. Walaupun perlu mengambil masa yang lama untuk sembuh, dia akan terus mencuba.

Nazrul angkat kedua-dua ibu jarinya, tanda bagus. Setuju dengan pemikiran kakaknya.

So ... give me time to move on.” Kepala Nazrul digosok sehingga kusut rambutnya.

“Pergi keluar. Kakak nak kemas baju ni. Menyibuk je kau ni,” halau Nufah. Tidak mahu dia beremosi lagi. Sementara itu di rumah orang tua Encik Nukman.

“Apa dah jadi ni Nukman, kenapa tiba-tiba putuskan pertunangan? Mana nak letak muka kau nanti.” Encik Osman geleng kepala.

“Tak ada jodoh ayah. Takkan nak paksa lagi,” jawab Encik Nukman.

“Panggil Nunu datang. Biar aku tanya dia sendiri apa yang telah berlaku. Pantang keturunan aku maruah dipermainkan. Itulah budak-budak zaman sekarang. Tak fikir langsung pasal maruah orang tua. Suka tunang, tak suka putus,” bebel Encik Osman.

“Man yang mahu pertunangan mereka diputuskan. Firash tu tak layak untuk anak Man, ayah.”

“Tak layak apa lagi? Berdarah keturunan raja, keturunan dia lebih tinggi tarafnya di mata masyarakat. Kau tu patut berbangga keluarga dia terima Nunu sebagai menantu. Kau pulak menolak tuah!”

Encik Nukman terdiam. Menerima sahaja kemarahan orang tuanya.

“Ayah jangan risau, ayah tetap akan jadi datuk besan tengku tu. Pengantin perempuan saja berubah,” ujar Puan Rosiah. Sempat pula dia menjeling birasnya. Dari tadi berwajah tenang tanpa riak. Sakit hatinya.

“Apa kau cakap ni, Yah? Ayah tak faham.”

“Nanti esok lusa, ayah fahamlah maksud saya. Jom bang, kita balik! Panaslah rumah ni, berbahang,” Puan Rosiah mengibas-ngibas tangan di mukanya.

“Kami balik dulu ayah,” Encik Nukman meminta diri.

“Kita belum habis bercakap lagi, kau dah nak balik?” Encik Osman geleng kepala. Tidak faham dengan sikap anak dan menantunya.

“Suruh Nunu datang jumpa ayah esok,” putusnya.

“Tak payahlah ayah. Esok Nunu dah tak ada kat sini,” balas Encik Nukman.

Tidak akan dibenarkan sama sekali anaknya disoal jawab. Cukuplah anak itu terluka dengan perbuatan tikam belakang sepupu sendiri; cucu kesayangan Encik Osman. Sudah tentu Nufah yang akan dipersalahkan nanti. Lagipun dari saat dia melihat video skandal Dian dan Tengku Firash itu, dia berjanji untuk melindungi anaknya daripada terus dilukai.

“Mana dia pergi? Buat hal, kemudian lari pulak. Macam mana kau didik anak ni Nukman?” Naik senoktaf nada suara Encik Osman. Darah sudah naik sampai kepala. Geram dengan tindakan sesuka hati cucunya. Sudah dapat keluarga keturunan baik-baik, buat hal pulak. Tak kenang dek untung langsung!

“Saya yang suruh dia pergi bercuti ayah. Anak saya tu elok saya jaga dan didik dia. Tak pernah nak menyakitkan hati orang. Apatah lagi nak merosakkan hubungan orang. Nanti ayah tanyalah cucu kesayangan ayah tu, apa yang telah dia buat. Saya ada bukti setiap perbuatan dia. Jadi lebih baik dia mengaku sendiri, jika tak payah saya tunjukkan bukti tu!” tegas Encik Nukman. Panas hatinya apabila mendengar kata-kata ayahnya tadi.

Matanya tajam memandang Puan Nora, balu arwah abangnya yang tinggal bersama orang tuanya. Wanita separuh usia itu diam. Sedikit pun tidak bersuara. Jadi dia tidak pasti sama ada kakak iparnya tahu atau tidak onar yang Dian lakukan.

Encik Osman diam. Dahi tuanya berkerut seribu. Apa kaitan dengan Dian pula? Bertambah serabut fikirannya.

“Nukman ... kau cakap apa ni? Aku cakap pasal Nunu putuskan pertunangan. Yang kau pergi heret Dian sekali tu kenapa? Budak tu tak ada kaitan dalam hal ini!” Puan Timah pula menyampuk, setelah menjadi pemerhati sedari tadi. Melihat wajah merah anaknya, dia tahu Nukman terasa hati dengan kata-kata suaminya.

Puan Rosiah dan Encik Nukman menarik nafas panjang. Hati terus mengumpul kesabaran. Petik nama Dian, terus melenting ibunya, Puan Timah. Itu belum lagi dia bongkarkan rahsia Dian yang menjadi duri dalam daging. Entah-entah Nufah juga dipersalahkan.

“Keputusan yang saya buat ini, adalah terbaik untuk semua orang. Biarlah saya malu sekarang daripada membiarkan anak saya hidup menderita kelak. Tak apa, Nunu tu masih muda. Dia akan jumpa jodoh lain nanti,” putus Encik Nukman.

Hendak menjawab, nanti dia pula hilang sabar. Mereka berdua orang tuanya. Dia tidak mahu menambah dosa kerana mengecilkan hati orang tua.

“Kau faham tak, maruah keluarga tak ada gantinya!” Encik Osman tidak berpuas hati selagi dia tidak mendapat jawapan yang dimahukan. Kalau boleh, perkahwinan ini perlu diteruskan juga. Rugi besar dia nanti jika anaknya tidak jadi berbesan dengan keluarga diraja itu.

“Maruah keluarga tetap terjaga ayah. Majlis sebulan nanti tetap akan berlangsung. Pengantin perempuan saja yang bertukar.” Encik Nukman menghela nafas.

“Aku tak faham, bertukar dengan siapa? Dian?” Encik Osman tidak puas hati. Nyaring suaranya bertanya.


 



Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ebook amal COVID - 19

Nufah Prolog

Uncle Doktor.. Nak tak jadi papa Niny? Bab 3