Terbaru Ebook, Raya Datang lagi.

Imej
Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua...  Maafkan tak update dalam seminggu ni. Sibuk dengan tugasan lain..  Tapi pagi ni saya nak sampaikan berita gembira, patut minggu lepas lagi dah update tapi kita bagi ruang kepada penulis lain dan team Love Novel up promosi dulu. Ini dia projek di bawah Love Novel Publishing bersama dengan rakan-rakan penulis.  Ebook Raya ada 3 Volume , Jom kita Intai penulis-penulis dlm setiap volume :-  PENULIS E-BOOK RAYA DATANG LAGI VOL 1 🌻 LYNN SAFIYA  🌻 SHADHIA 🌻 ARSYA AISYA 🌻 ACIK ZAZA 🌻 LUVIS EIJA PENULIS E-BOOK RAYA DATANG LAGI VOL 2 🍁 YUMI HYRA 🍁 SHIMA AWANG πŸ‘ˆ saya (tajuk Ramadan Tiba)  🍁 ISMEANA NUR 🍁 FATIN NABILA 🍁 AEIN DHIYAUDDIN PENULIS E-BOOK RAYA DATANG LAGI VOL 3 🌺 MIA AZWARI 🌺 SUHAILA RASHID 🌺 ARSYA AISYA 🌺 WANI HUSNA 🌺 FAZILA ADAM 🌺 EYRA SHAZLEYRA Medium penghantaran ? mcm biasa la , uolss boleh pilih antara 2 medium ini  πŸ‘‰Email  πŸ‘‰Whatapps Tak nak beli kombo pun boleh.. Setiap satu berharga RM19 (harga promo sehingga 30 J

Nufah Bab 8

Klik di sini untuk pembelian


“ASSALAMUALAIKUM…” Dian melangkah masuk.

Serentak empat pasang mata melihatnya. Jantung berdebar kencang. Sejak mendengar berita pak tehnya itu ke rumah orang tua Tengku Firash, hatinya tidak tentu arah. Rasa bersalah membelit di hati tetapi rasa pentingkan diri lebih mendominasi. Dia gembira dengan berita itu, namun dia tahu datuknya amat pentingkan maruah keluarga, sudah tentu lelaki tua itu tidak dapat menerimanya. Pasti datuknya akan memaksa pak teh supaya memujuk Nufah meneruskan juga perkahwinannya. Lagipun datuknya sangat berkenan dengan Tengku Firash. Berdarah raja, sudah tentu markahnya tinggi di hati orang tua itu. 

“Panjang umur budak bertuah ni. Dian tahu kenapa Nunu tiba-tiba nak putuskan pertunangan?” Puan Timah terus menyoal. Tangan dilambai supaya cucu kesayangannya itu mendekatinya.

Dian buat-buat tidak faham, seolah-olah tidak tahu hujung pangkal. Sudah diagak tetapi apabila diserang hendap oleh neneknya, dia mengambil masa untuk menjawabnya. Teragak-agak menjawab, kononnya dia juga tidak pasti apa yang telah terjadi.

“Tak tahu, mak tok. Jadi betullah Nunu putuskan pertunangan?” Dian menyoal naif. Seolah-olah tidak sangka perkara ini berlaku.

Puan Rosiah menjeling tajam. Meluat. Tidak percaya ini anak saudara suaminya, yang rapat dan dianggap macam anak sendiri. Tidak disangka, Dian punya bakat besar berlakon. Realistik sungguh lakonannya. Mimik muka terkejut, bagaikan tidak percaya Nufah sanggup memutuskan pertunangan dengan Tengku Firash.

“Baguslah kamu balik Dian. Kau cerita hal sebenarnya apa yang telah berlaku. Apa kau buat di belakang Nunu,” sinis suaranya.

“A...apa maksud mak teh ni?” Berkerut dahi Dian, dibuat-buat. Hatinya berdebar. Kalut. 

“Kau tanya Dian buat apa? Dian bukan Nunu. Mana dia tahu apa yang ada dalam kepala anak kau tu,” kasar bahasa Puan Timah. Dia cukup pantang apabila ada sesiapa yang mahu menyalahkan Dian. Dian itu permata hatinya, yang ditatang dengan penuh kasih sayang. Lebih-lebih lagi Dian ialah satu-satunya anak kepada arwah anak sulungnya. Pantang Dian dicuit, dia yang lebih terasa.

Puan Rosiah kesal. Patutlah suaminya mahu Nufah pergi buat sementara waktu. Demi untuk  menjaga perasaan anak sendiri daripada dicincang lumat oleh tok wan dan mak toknya.

“Yang mak teh nampak tu, salah faham je mak teh. Firash dan Dian satu pejabat, jadi biasalah kami sesekali keluar bersama sebab kerja,” reka Dian. Teringat yang mak tehnya pernah terlihat dia bersama Tengku Firash, sebelum Nufah melihat mereka.

“Mak teh ni Dian, bukan tak reti nak menilai. Tak faham lagi bezakan antara yang fake atau betul. Jadi eloklah kau berterus terang je. Panggil Firash dan jelaskan perkara sebenar. Nunu dah rela hati undur diri. Tak nak burukkan nama baik kau orang berdua,” ujar Puan Rosiah dengan menekan suaranya. Dia serius mahu menyelesaikan perkara ini dengan baik.

“Betul mak teh. Saya dan Firash tak ada apaapa hubungan,” Dian masih lagi berdalih dan enggan mengaku.

“Jangan sampai kami tunjukkan bukti yang kami ada,” ugut Puan Rosiah. Sudah lama dia menahan marah. Tidak tahu selama mana lagi benteng sabarnya mampu dipertahankan. 

“Ala, sekadar keluar berdua dengan bos, jadi masalah sangat ke?” sinis Puan Nora. Tak boleh jadi apabila Dian disoal macam orang bersalah. Yang bersalahnya si Nufah yang tak tahu nak jaga tunang sendiri. Jadi bila Dian goda sikit sudah berpaling tadah. Salah si Nufahlah, bukan Dian.

Makin merah muka Puan Rosiah. Dicuit lengan suaminya, memberi isyarat supaya menunjukkan video dan gambar-gambar tidak senonoh Dian dan Tengku Firash. Namun Encik Nukman geleng kepala. Dia baru menerima pesanan daripada Nufah, agar tidak mendedahkan bukti kecurangan tunang dan sepupunya itu kepada datuk dan neneknya. Takut nanti mereka berdua terkena serangan penyakit jantung. Baiknya si anak sebab selalu memikirkan perasaan orang lain.

Puan Rosiah menarik nafas. Terasa tangannya ditarik. “Mari kita baliklah. Tak guna bertengkar tentang perkara ini,” ajak Encik Nukman. Dia sudah kepenatan. Malam nanti hendak menghantar Nufah ke stesen bas pula. Eloklah anaknya cepat-cepat pergi dari sini.

“Kami balik dulu ayah,” Encik Nukman meminta izin.

“Man, dengar sini, perkahwinan ini perlu diteruskan juga. Kita kena jaga maruah pihak lelaki. Ini semua salah kita. Jadi kita kena tanggung dan selesaikannya. Ayah tak nak kita bermasalah pula dengan mereka nanti.”

Encik Nukman angguk. Tidak menjawab tetapi dia faham maksud ayahnya.


 


Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ebook amal COVID - 19

Nufah Prolog

Uncle Doktor.. Nak tak jadi papa Niny? Bab 3