Selasa, 29 Jun 2021

Volume 2 ; Raya Datang Lagi teaser 2

Ramadan Tiba Teaser 2 
Vol. 2


“Abang tak dah tak suka dia tapi entahlah...” keluh Zamri.

“Jadinya abang suka siapa? Nurul?”

Zamri angguk lemah.

“Kalau suka Nurul bertindak cepat. Jangan bagi dia tinggalkan abang. Terus ikat dia jadi bini. Kalau tengok whatapps dia ni, keputusan Nurul dah bulat. Hari tu dia ada cakap biar abang yang putuskan pertunangan sebab tak sanggup kecewakan mak tok. Tapi ni dia buat keputusan sendiri, nampak dia memang dah bertekad.”

Zamri menekur kepala. Hati jadi takut kena tinggal. Melihat keadaan Zamri yang tiba-tiba nampak lemah tu, Baizura tak sampai hati nak terus marah lagi. Dia pantas mencari tiket flight untuk Zamri. Hari ini Zamri kena balik kampung juga. Dia pun akan balik sekali.

“Tak payah buat muka seposen. Uya dah book tiket. Selepas berbuka puasa nanti kita balik kampung. Malam ni  kita berbuka sama-sama kat airport. Aizat tunggu kat sana,” beritahu Baizura. Selepas dia booking tiket tadi, dia terus whatapps dekat suaminya supaya tunggu di airport. Mereka akan balik kampung malam nanti.

Zamri angguk. Ambil telefon nak hantar whatapps tapi sebelum sempat menaip whatapps Iphonenya dirampas.

“Jangan nak mengada whatapps perempuan tu. Selepas ini kes dia, Aizat yang uruskan. Segala urusan kerja orang lain akan ambil alih. Uya arahkan Abang Zam ambil cuti panjang sehingga lepas raya. Nikah dan ambil hati Nurul,” tegas Baizura.




Psssttt.. Korang kena cepat tau.. Harga diskaun akan berakhir 30 Jun ini. Untuk lebih jimat lebih baik beli dalam tempoh promosi ini... 

Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Khamis, 24 Jun 2021

Volume 2 ; Raya Datang Lagi Teaser 1

Vol.2 Ramadan Tiba 
Teaser... 

Untuk pembelian klik di sini 


“Farhan.. jom kita balik,” ajak Aida.  Dah remang senja, orang ramai pun telah ramai beransur-ansur pulang.

Tetapi Farhan Hadi masih belum berganjak. Masih belum puas bermain pasir.

“Esok kita datang lagi. Nanti kita ajak papa dan mama sekali,” pujuk Aida

Farhan Hadi buat-buat tak dengar. Dia terus bermain dengan pasir. Balik ke rumah pun mama dan papa asyik berdua seolah-olah macam dia tak ada. Semasa mula-mula papa balik, dia sangat gembira, akhirnya ada papa. Tapi selepas balik bercuti, semuanya berubah. Papa tidur dengan mama, dia kena tidur sendiri. Papa dah tak benarkan mama memandikannya, tapi mama boleh pula mandikan papa. Banyak lagi perkara yang membuatkan dia tidak puashati.

Farhad Hadi menyesal. Kalau papa tak balikkan, bagus. Tak perlu dia berebut mama dengan papa. Sebab itu dia tak nak balik. Dia tahu papa tentu suka dia tak balik rumah dan kacau dunia papa dan mama.

“Makin gelap ni. Nanti hantu air naik ambik Farhan kan, tak takut?” acah Aida. Dia picit kepala. Sejak bila pulak Farhan Hadi jadi degil ni.

Farhan Hadi angkat kepala melihat Mama Aida.

“Esok kan dah puasa. Mana ada hantu lagi. Malaikat dah ikat semua hantu dan syaitan kat dalam neraka,” petah jawab Farhan Hadi sambil ketawa.




Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Isnin, 21 Jun 2021

Terbaru Ebook, Raya Datang lagi.

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua... 

Maafkan tak update dalam seminggu ni. Sibuk dengan tugasan lain.. 
Tapi pagi ni saya nak sampaikan berita gembira, patut minggu lepas lagi dah update tapi kita bagi ruang kepada penulis lain dan team Love Novel up promosi dulu.


Ini dia projek di bawah Love Novel Publishing bersama dengan rakan-rakan penulis. 


Ebook Raya ada 3 Volume , Jom kita Intai penulis-penulis dlm setiap volume :- 

PENULIS E-BOOK RAYA DATANG LAGI VOL 1
🌻 LYNN SAFIYA 
🌻 SHADHIA
🌻 ARSYA AISYA
🌻 ACIK ZAZA
🌻 LUVIS EIJA

PENULIS E-BOOK RAYA DATANG LAGI VOL 2
🍁 YUMI HYRA
🍁 SHIMA AWANG πŸ‘ˆ saya (tajuk Ramadan Tiba) 
🍁 ISMEANA NUR
🍁 FATIN NABILA
🍁 AEIN DHIYAUDDIN

PENULIS E-BOOK RAYA DATANG LAGI VOL 3
🌺 MIA AZWARI
🌺 SUHAILA RASHID
🌺 ARSYA AISYA
🌺 WANI HUSNA
🌺 FAZILA ADAM
🌺 EYRA SHAZLEYRA

Medium penghantaran ? mcm biasa la , uolss boleh pilih antara 2 medium ini 

πŸ‘‰Email 
πŸ‘‰Whatapps


Tak nak beli kombo pun boleh.. Setiap satu berharga RM19 (harga promo sehingga 30 Jun 2021) Selepas tempoh promo harga asal RM22 sebuah. macam di bawah ni. 
Karya saya ada di vol. 2. 



Kisah siapa yang saya tulis? 
Korang baca tak novel saya di bawah penerbitan Love novel? 
Cinta Asma & Ferhad
Cinta Si Adik Manja (Hisyam & Nur)
Aku Bukan Penggoda ( Aizat & Zura) 

Dalam Raya Datang lagi ni saya tulis kisah mereka, kesinambungan dari novel-novel tersebut. Agak panjang juga cerpen dalam ni leih kurang 15k perkataan) Kira NOPEN (Novel pendek atau mini novel ) laa kan 

Untuk next entri saya akan up teaser untuk cerita saya dalam ni.. Inshaallah tidak rugi beli, semua kisah dalam ke tiga-tiga volume ini menarik dan best belaka.  




Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Jumaat, 11 Jun 2021

Ebook Shima Awang / Shima Rostam

Assalam dan salam tengahari...
Saya belum sempat nak update cerita lagi di dalam blog ini.. Inshaallah kita mulakan minggu depan... 
Akan ada cerita bersiri di sini dan habis dekat sini. Ada juga yang akan dibukukan nanti.

Oppss.. sebelum itu kalau berminat hendak membaca karya saya. boleh dapat di shopee dan juga ebook di e-sentral.com 

Boleh lihat videonya di sini... 


Dan juga... lupa pula nak bagitahu.. ebook NUFAH sudah berada di e-sentral.com. 
Boleh dapatkan di sini.. 


Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Selasa, 8 Jun 2021

Saya kembali ke dunia blogger.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..




Beberapa hari tanpa sebarang entri terbaru, sebetulnya saya masih lagi dalam proses menyusun jadual entri untuk blog ini.

Alhamdulillah.. selepas bertahun-tahun memohon adsense akhirnya diluluskan juga. Terima kasih blogger walaupun masih belum ada pendapatan di sini namun inshaallah akan datang kita akan realisasikan. 

Keutamaan content di blog ini adalah cerita-cerita yang saya tulis dan juga inshaallah saya cuba memberi peluang kepada penulis-penulis lain yang ingin ceritanya diterbitkan di sini. Akan datang.. jika ada yang ingin mencuba menceburkan diri ke dunia penulisan, segan dan tidak tahu di mana hendak bermula, boleh bermula di sini. Yang berminat boleh menghubungi saya melalui whatapps dan juga email shima.rostambs@gmail.com 
 
Akan datang saya akan up entri untuk ebook terbaru saya.. masih lagi dalam proses.. Inshaallah.. akan keluar secepat mungkin..

Salam sayang... 


Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Sabtu, 5 Jun 2021

Uncle Doktor... Nak Tak Jadi Papa Niny? Bab 4iii

Dapatkan ebook di sini
Dapatkan Novel di shopee (klik di sini) 


Doktor Sam...

Aku tersenyum mendengar usikan nakal misi-misi yang bertugas di wad 5D ini.

“Wish me luck,” ujarku, mahukan lebih sokongan daripada mereka. Mungkin sudah tiba masanya aku memikirkan semula status yang kusandang 5 tahun ini.

“Serius doktor? No kidding?”  Misi Asnah menyoal. Mungkin terkejut mendengar kata-kata aku kali ini. Iyalah, selama ini aku layankan sahaja tanpa ambil pusing. Luka dan terkilan, amat dalam di hatiku dulu.

Disebabkan rasa bersalah yang menebal kerana kurang memberi perhatian kepada anak sendiri, aku jadikan wad dan hospital ini rumah keduaku. Merawat pesakit cilik menjadi keutamaanku. Menghiburkan dan mengambil berat tentang mereka supaya mereka tidak takut menerima rawatan. Sebab itulah aku memilih cabang pediatrik sebagai pengkhususan utamaku.

“Muka saya macam bergurau ke ni?” Kening kuangkat sebelah sambil memandang misi-misi di hadapanku.

Mereka ibarat keluargaku. Hampir sepuluh tahun aku berkhidmat di sini. Usikan dan gurauan sudah biasa bagi kami. Ketika aku kehilangan anak isteri dahulu, merekalah yang mengambil berat dan memberikan sokongan.

First sight, mama ke anaknya?” Semakin menjadi-jadi pula mereka bertanya.

Haha... Mak ai, soalan!

“Both. Mana boleh anaknya saja. Kena ambil sekali pakej tu.” Aku tertawa. Tangan meramas rambut sendiri, tanda aku pun segan dengan kata-kataku. Layankan sahaja. Teringat mama Niny tadi, hatiku digeletek rasa.

“Iya, kena ambil pakej tu. Beli satu percuma satu. Kami sokong. Muda lagi mamanya tu.  Belum setahun berpisah dengan suami. Menurut kawan yang melawat tadi, bekas suami curang dan kaki pukul. Mamanya pernah masuk hospital keguguran, sebab kena tumbuk dek suami sendiri,” cerita Misi Asnah.

Kalau bab mengutip cerita dan bergosip, dialah juara. Tapi bukan gosip buka aib orang, sebaliknya, melalui mulutnya kami tahu kisah setiap pesakit yang masuk ke sini. Dan kami sedaya upaya membantu mereka.

“Kasihannya. Bodohlah bekas laki dia tu,” sambung pula misi lain. Dah tengah malam, masing-masing berkumpul di kaunter jururawat sambil berbual-bual menghilangkan mengantuk. Beginilah keadaannya ketika syif malam.

Aku terdiam. Hatiku tersentuh. Meresap perasaan kasihan dan ingin melindungi mereka.

“Jadi tolong saya jaga mereka sementara saya off day ni. Esok mereka dah boleh keluar rasanya. Hold dulu sehingga saya datang,” pinta aku. Aku mahu menguruskan sendiri mereka nanti.

“Tak ada masalah doktor. Kami pun nak pastikan doktor berjaya memikat hati si mamanya. Si anak tu confirm dah terpikat.” Dengar lagi mereka mengusik aku.

Aku ketawa dan menunjukkan thumb up buat misi-misi di situ sebelum pergi. Mereka terbaik. Faham hatiku dengan hanya melihat riak muka dan bahasa badan sahaja. 



Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Jumaat, 4 Jun 2021

Uncle Doktor... Nak Tak Jadi Papa Niny? Bab 4ii


Dapatkan ebook di sini 
Novel pula di shopee (klik di sini) 


Lini...

Malam itu, Doktor Sam muncul sewaktu jarum jam menghampiri angka 11. Niny telah lama dibuai mimpi. Aku lega, tak adalah soalan bombastik yang keluar dari mulut Niny. Kalau tidak, entah di mana nak kusorokkan mukaku.

Tapi bila Doktor Sam muncul, misi bukan main senyum-senyum dan bisik-bisik mengusik. Aku jadi malu. Doktor Sam pula selamba sahaja, macam tak ada apa-apa yang berlaku.

“Niny dah lama tidur? Badan dia panas lagi tak?” Doktor Sam menyoal prihatin. Dia perhati seketika Niny yang sedang tidur. Bibirnya mengukir senyum. Kemudian baru dia mengambil kertas catatan yang ada di atas meja di hujung kaki Niny. Dilihat dan dibaca sepintas lalu.

“Tak ada demam dah ni, petang tadi. Jadi esok pagi, boleh balik jika tak jadi apa-apa malam ni,” beritahunya. Aku perhati tingkahnya. Dia gosok kening dengan hujung jari, membuatkannya kelihatan sangat macho. Wajah tenangnya membuatkan aku rasa ingin terus melihat. Tapi aku sedar diri.

 “Dah makan?” Soalnya tiba-tiba. Cuba memecahkan keadaan janggal ini. Nasib baik tadi aku tidak terus merenungnya. Hati aku lega.

“Dah,” cepat aku jawab walaupun terkejut dengan soalannya. Segan. Kebaikan Doktor Sam membuatkan hatiku berdenyut tidak sekata. Rasa telah banyak sangat menyusahkan dia dengan perangai mengada-ngada Niny.

“Saya minta maaf doktor. Niny kacau hari rehat doktor. Sebab Niny, doktor bersusah payah datang sini.”

Doktor Sam pandang tepat ke wajahku. Aku gugup. Sehinggakan aku pulak terasa tersalah cakap. Tak sanggup menentang mata tajamnya, aku tunduk memandang wajah comel Niny.

“Tak. Niny tak mengganggu saya pun. Sebaliknya menyedarkan saya dan membawa saya kembali ke realiti. Sejak jumpa dia semalam, saya dah jatuh sayang pada Niny.”

Pengakuan itu membuatkan aku mengangkat muka memandang wajahnya kembali. Aku lihat dia menatap wajah lena Niny penuh kasih sayang. Aku terpegun melihatnya. Air muka Doktor Sam tika ini jelas menggambarkan kasih sayang seorang ayah.

Aku terleka seketika sehingga suara Doktor Sam mengejutkan ku.

“Ini saya ada bawakan McD. Makanlah. Saya tahu makanan hospital tak sedap.”

Aku pandang dia dan plastik di tangannya. Serba salah.

“Terima kasih doktor. Tapi saya tak makan malam.” Aku menolak dengan baik. Segan dan tidak mahu menyusahkannya. Lebih baik aku cipta jarak lebih awal.

“Tak makan malam ni, boleh makan pagi esok. Nanti boleh minta misi panaskan.” Melihat aku tidak mahu mengambilnya, dia letakkan di atas meja.

“Saya beli khas untuk Niny. Ingatkan dia tak tidur lagi,” katanya lagi. Aku pula yang terasa bersalah.

“Dia tunggu juga tadi. Tapi time tidurnya pukul 9.30 malam. Itu pun pukul 10 baru dia tidur tadi.” Aku cerita perkara sebenar. Tadi bukan main susah lagi mahu memujuk Niny tidur. Dia berkeras juga mahu menunggu uncle doktornya. Tapi sebab siang tadi tidak tidur, lama-lama dia tertidur sendiri.

“Saya di gym tadi. Nanti esok pagi saya datang lagi.”

Aku angguk.

Dan tak lama selepas itu, Doktor Sam meminta diri. Aku hantarnya dengan pandangan mata sehingga dia hilang di sebalik dinding.

“Tak lama lagi, bolehlah kita merasa nasi minyak Doktor Sam ni. Dah lama tunggu.” Terdengar usikan di kaunter jururawat di luar bilik.

Niny...Niny... Aku pandang Niny yang terlena, keluhan kecil terlepas dari bibirku.





Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Khamis, 3 Jun 2021

Uncle Doktor... Nak Tak Jadi Papa Niny bab 4 i


Boleh dapatkan ebook di sini
Novel di shopee (klik di sini)
Doktor Sam...

Panggilan video call telah lama terputus. Mata terus hilang mengantuk. Bibir pula tanpa sedar terjungkit ke atas. Niny, si cilik comel ini sudah berjaya menambat hatiku. Telatahnya telah mengusir rasa yang menghuni hatiku setelah pemergian Adeliya. Bertahun rasa itu terkepung dan memerangkapku di satu dimensi masa, sehingga aku tidak mampu move on.

‘Uncle  pun rindukan Niny.”

“Uncle  doktor, nak tak jadi papa Niny?”

Lamaran polos yang keluar dari bibir comel itu bagaikan renjatan elektrik yang memberi kejutan pada jiwaku. Mengejutkan aku dari lena yang panjang. Menghangatkannya kembali.

 “Niny dah lama tak ada abah. Kasihan mama kena kerja dan jaga Niny lagi,” bisik Niny di telingaku. Hanya aku sahaja yang mendengarnya. Ketika itu, sekilas aku melihat wajah mama Niny memerah. Namun jelas keletihan di wajah itu. Aku agak usianya tentu dalam 25 tahun. Masih muda dan perlu memikul tanggungjawab sendirian.

“Niny.. Uncle  dah jatuh sayang pada Niny. Tapi mama? Nak ke terima uncle?”  Aku bersoal sendiri. Kepala kugosok perlahan.

Tak mampu lena, lebih baik aku ke gym. Nak terus ke hospital, rasanya tak perlu aku nampak beriya-iya sangat. Lagipun perasaan mama Niny, aku perlu ambil kira juga. Sekarang ini aku tahu di wad pediatrik sudah terapung cerita dan gosip Niny melamar Doktor Sam jadi papanya. Tapi sedikit pun hati tidak berasa marah dengan cerita itu, malah semakin mahu pula gosip itu menjadi realiti. Aku mendengus senang. Bahagia hidup kalau jadi kenyataan.

“Ha, doktor! Ada di rumah rupanya. Dah lama tak nampak.” Mendengar teguran itu, aku terus berpaling.

“Kak Ani...apa khabar kak?”  Aku mengukir senyum.

“Alhamdulillah akak baik. Off day ke hari ni doktor?”

“Aah kak. 48 hour kat hospital. Ni baru off. Nak ke mana kak?”

“Nak pergi tengok anak asuhan akak. Masuk hospital semalam sebab demam sawan.”

Aku angguk.

“Doktor ada rawat dia kot. Niny namanya.”

“Niny?”

Takdir ke jodoh ni? Kebetulan sangat!

“Nur Adini?”

Kak Ani angguk.

“Niny dah okey ke doktor? Kasihan mamanya. Mereka tu baru je pindah tingkat 5. Single mother.” Tanpa aku bertanya, Kak Ani bercerita tentang mereka.

“Niny kena pantau 24 jam. Tak demam dan sawan, lepas 24 jam dah boleh balik.”

“Alhamdulillah. Lega Kak Ani dengar,” balas kak Ani. Jelas tergambar kelegaan di wajahnya.

“Saya tak tahu pulak Kak Ani mengasuh lagi.” Aku mengajaknya berbual. Perasaan ingin tahu tentang dua beranak itu semakin menebal di hatiku.

“Memang sejak Adel pergi, akak tak mengasuh dah. Tapi..” Kak Ani terhenti sejenak. Dia pandang wajahku, dia macam ragu-ragu hendak meneruskan bicara.

“Niny buatkan Kak Ani teringatkan Adel?” Aku lengkapkan ayat.

Kak Ani angguk dengan perasaan bersalah. Dia tahu sedalam mana kasih aku kepada Adeliya. Dia tahu selama ini aku berperang dengan memori dan perasaan bersalah terhadap anakku sendiri.

“Sebab Niny pun mengingatkan saya pada Adel. Dan Niny mengejutkan saya dari lena yang panjang,” ujarku bermakna.

“Sudah lama Adel pergi doktor. Doktor patut dah mulakan hidup baru dan bina keluarga baru.”

Aku angguk dan senyum. Betul nasihat Kak Ani itu.

“Bila kenal Niny ni, baru saya tahu dah lama saya terima pemergian Adel. Saya rasa saya dah bersedia memulakan hidup baru,” akui aku penuh makna. Sekilas wajah Niny dan mamanya melintas dalam mindaku.

Kak Ani angguk. Dia nampak terkejut. Dalam masa yang sama, jelas dia gembira mendengar kata-kataku.

“Alhamdulillah. Gembira Kak Ani mendengarnya. Memang patut dah lama doktor memulakan hidup baru,” ujarnya ikhlas.

“Kak Ani, jangan beritahu Niny, saya pun tinggal di sini.” Aku sengih, garu kepala. Tahu permintaan aku itu tak masuk akal. Tapi aku ada rancangan aku sendiri, sejak Niny video call aku tadi.

“Kenapa?” Berkerut dahi Kak Ani, tak faham dengan permintaan pelikku.

“Bila Kak Ani jumpa Niny nanti, Kak Ani akan faham.” Sengaja aku berteka teki.

“Baiklah. Kak Ani pergi dulu doktor. Takut lewat pula sampai sana.”

“Baik Kak Ani. Hati-hati bawa kereta,” pesanku mengingatkan Kak Ani. 



Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Rabu, 2 Jun 2021

Nufah Bab 10 -terakhir di sini.

Bab ini merupakan bab terakhir di blog ini. Nak tahu kisah Sean dan Nufah ini, dapatkan novelnya di sini



“KITA nak buat apa sekarang?” Akhirnya Puan

Nora bertanya apabila dia dapat berduaan dengan anaknya. Panas hatinya tadi, tapi disabarkan diri apabila teringatkan pesanan Dian. Jangan lakukan apa-apa. Semua nanti Dian akan uruskan. Berlagak saja seperti tidak tahu apa yang sedang berlaku.

“Menunggu, bu.” Dian senyum bermakna. Dia tahu hati budi Nufah. Sebab itulah dia berani mengambil risikonya.

Berkerut dahi Puan Nora mendengarnya. “Nak tunggu apa lagi?”

“Nanti ibu akan tahulah. Sekarang ni, kita hanya perlu menunggu sahaja, semuanya akan berjalan lancar seperti yang Dian rancangkan,” beritahunya penuh yakin. Lagipun Tengku Firash tidak akan sesekali meninggalkannya. Dia telah mengikat Tengku Firash dengan cinta berahinya. Lelaki itu sudah mabuk dengan cintanya dan cinta Nufah tidak akan mampu mengalahkan cintanya. 

“Jangan Dian syok sendiri sudah. Bertahun mereka bercinta, takkan semudah itu Firash akan tinggalkan Nunu,” keluh Puan Nora, tidak yakin.

Dian melabuhkan punggung di sebelah ibunya. Bahu ibunya dipaut penuh kasih. “Ibu, kalau Firash tak tinggalkan Nunu, buat apa pak teh dan mak teh datang beritahu yang mereka telah putus tunang?”

Puan Nora geleng kepala. “Dian kena faham, Nunu yang putuskan pertunangan itu, bukan Firash. Kalau Firash tak setuju, bukan ke pertunangan itu tidak akan terputus?”

Dian pula terdiam. Hati mula ragu-ragu. Betul juga cakap ibunya, namun untuk menunjukkan keraguan di dalam hatinya, tidak mungkin. Dia telah mengikat nafsu Tengku Firash. Sekarang hanya dia yang sentiasa ada di mata lelaki itu.

“Dian yakin. Nunu tetap dengan keputusannya. Ibu pun tengok tadi kan? Pak teh tetap dengan pendirian nak putuskan pertunangan ini. Ibu jangan risau dengan desakan tok wan tu, pak teh akan buat keputusan lain untuk memuaskan hati tok wan.”

“Tapi...”

“Jangan risau ibu. Dian tahu apa yang Dian buat. Ibu diam-diam je,” pintas Dian. Dia tidak mahu ketidakyakinan ibunya mempengaruhi jiwanya juga.

Lagipun sudah lama dia merancang semua ini. Dia yakin, rancangannya akan berjalan lancar.

Melihat keyakinan anaknya, Puan Nora tersenyum dalam diam. Namun senyum itu hanya sepintas lalu, tanpa disedari Dian.

 

******

PULANG dari menghantar Nufah, ada kereta diparkir di hadapan pagar rumahnya. Encik Nukman dan Nazrul saling berpandangan. Tengku Firash sedang bersandar elok di keretanya. Sabar menanti walaupun jelas wajahnya keruh. Dahi berkerut. Rokok, entah berapa puntung habis dihisap sementara menunggu kepulangan Encik Nukman.

“Pak cik...” sapa Tengku Firash. Hatinya lega apabila melihat abah Nufah. Dijeling juga di dalam kereta, namun Nufah tidak kelihatan.

“Mmm ... kamu datang buat apa?” Encik Nukman terus menyoal. Walaupun nadanya tenang, ada kekesalan di dalamnya.

“Saya nak jumpa Nunu pak cik. Saya call tak dapat.”

“Nunu dah pergi,” celah Puan Rosiah, yang baru muncul dari dalam rumah. Hendak tak hendak sahaja dia pandang wajah menantu tak jadinya itu. Hatinya geram, harap muka sahaja kacak tapi iman di lutut. Tidak pandai membezakan mana yang baik dan buruk, intan ataupun kaca.

“Sudahlah, kamu baliklah. Keputusan kami sekeluarga dah muktamad. Pertunangan ini diputuskan demi kebaikan kamu juga. Jangan ingat Nunu tak tahu apa yang kamu dah buat dengan Dian.” Kata-kata yang keluar dari mulut Encik Nukman memberikan kejutan besar kepada Tengku Firash.

“Dian bagi tahu? Bukan salah saya pak cik. Dian yang goda saya,” Tengku Firash mula mencipta alasan.

“Bukan Dian bagi tahu. Mak cik ni ha,  nampak dengan mata kepala sendiri. Nunu pun nampak jugak. Patutlah kamu asyik busy semedang. Whatsapp dan call Nunu tak berjawab,” Puan Rosiah terus menyerang dengan kata-katanya.

Dahi Tengku Firash berkerut. Memang betul dia sibuk. Nufah pun faham. Tapi bila masa dia tidak menjawab panggilan atau mesej Nufah? Mungkin ada sekali dua, tapi tidak pernah pula dia tidak membalas langsung.

“Alasan ... cukuplah dengan alasan kamu tu Firash. Nunu dah lepaskan kamu. Jadi lebih baik kamu bertanggungjawab. Majlis ini boleh diteruskan, jadikan Dian sebagai isteri kamu.”

Wajah Tengku Firash semakin keruh. Walaupun dia memang mahu memutuskan pertunangan ini, apabila Nufah bertindak terlebih dahulu, egonya tercabar. Dia tidak dapat menerimanya.

“Saya boleh saman Nunu sebab mungkir janji!” Tengku Firash mula mengugut. Egonya tercalar teruk.

Mana mungkin dia membenarkan diri dan keluarganya dimalukan.

Encik Nukman geleng kepala. Dia mengeluarkan telefon pintarnya kemudian menunjukkan video yang ada di dalam simpanannya. Serta-merta wajah Tengku Firash pucat. Dia cuba merampas telefon tersebut tetapi Encik Nukman lebih cekap melarikannya.

“Kamu sudah faham kenapa?”

“Mana dapat video tu?” tanya Tengku Firash dengan suara tinggi. Matanya merah.

Delete video tu!” arahnya dalam marah.

“Video ini sebagai bukti, kalau kamu nak teruskan hasrat menyaman tu. Tapi pak cik rasa, baik kamu fikir betul-betul. Lagipun Dian tu apa kurangnya? Cantik. Luar dan dalam pun kamu dah tahu. Jadi lebih baik kamu bernikah dengan dia. Majlis itu pun tetap berlangsung juga. Kalau kamu mahu, pak cik boleh berbincang dengan orang tua kamu.”

Tengku Firash diam. Tanpa kata dia terus masuk ke dalam keretanya dan beredar dari situ. Kepalanya kusut. Hatinya rusuh, menyesal dengan setiap perbuatannya. Keputusan Nufah memutuskan pertunangan ini, memberi tamparan hebat buatnya dan dia sudah tidak boleh membetulkan semua kesilapannya.

+Yang ... You kat mana? I risau..

Mesej daripada Dian tidak dipedulikan.

Di mana Nunu? Dia mahu memberikan penjelasan.

Dia menyesal.


 



Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Selasa, 1 Jun 2021

Nufah Bab 9

Klik di sini untuk pembelian



“JAGA diri kakak baik-baik. Ada masalah telefon abah dan mama. Tak payah risaukan keadaan di sini. Tahulah abah uruskan tok wan dan mak tok tu,” pesan Encik Nukman.

Nufah angguk, tanda faham pesanan abahnya. Sekarang ini dia tidak mahu lagi memikirkan perkara yang menyakitkan hatinya. Dia mahu membersihkan hati dan juga jiwanya.

“Majlis tu tak perlu dibatalkan abah. Nanti abah jumpa dengan Firash, suruh dia pinang Dian. Biar mereka kahwin. Mereka dah terlalu jauh terlanjur,” pinta Nufah.

Walaupun hatinya sakit, Dian itu tetap sepupunya. Sudah tentu maruah Dian, maruah keluarga mereka juga. Bagaimana nanti kalau Tengku Firash tidak mahu bertanggungjawab? Sedangkan mereka sudah seperti suami isteri. Tidak kira tempat melakukan hubungan.

“Tahulah abah.” Encik Nukman sudah tidak terkata apa lagi. Dalam terluka pun, Nufah masih lagi memikirkan kebajikan orang yang melukainya. Dia sendiri kalau boleh, sudah tidak mahu ambil tahu lagi tentang anak saudaranya itu. Sudah besar panjang. Ada datuk yang boleh menjadi walinya. Jadi dia tidak perlu bersusah payah menjaga kebajikan anak arwah abangnya itu.

Nufah senyum pahit. Air muka abahnya yang kelat itu, jelas menunjukkan yang si ayah tidak suka dia mengambil berat tentang Dian lagi. Walau apa pun terjadi Dian itu pernah menjadi kakak kesayangannya. Biarlah dia mengalah sekarang daripada dicurangi kemudian.

“Pergi naik. Bas nak bertolak dah tu. Dah sampai, telefon abah. Nombor telefon baru ni hanya keluarga kita saja tahu. Satu lagi abah nak pesan, jangan tinggal lama sangat di rumah Tisya tu. Kakak kena faham, dia dah berkeluarga. Tak manis kalau kakak menumpang lebih daripada tiga hari. Nanti cari hotel. Tak pun kakak boleh berjalan keliling Semenanjung ni. Tunggu Ila habis exam dulu. Pasal belanja, nanti abah transfer duit.” Wajah Nufah berubah. Matanya berkaca-kaca. Pesan abah itu amat terkesan di hatinya.

“Terima kasih abah. Tak apa, duit saving kakak banyak lagi. Bila lagi kakak nak gunakan,” beritahunya. Dia paut tubuh abahnya. Air matanya tumpah di bahu abahnya.

Encik Nukman menepuk-nepuk lembut belakang Nufah, seolah-olah memberikan kekuatan juga restunya.

“Mana tahu, lepas ni kakak akan jumpa lelaki yang betul-betul sayangkan kakak. Lebih hebat daripada Firash tu. Tentang jodoh dan masa depan, kita tak tahu aturan Allah. Jadi jangan lupakan Allah. Sentiasa mengadu dan berdoa kepada-Nya.”

Nufah mengangguk laju. Tangan Encik Nukman ditarik dan disalamnya. Mujurlah juga mama tidak ikut sekali menghantarnya. Kalau tidak, dua kali banjir stesen bas TBS ini.

“Dah tahu kakak nak tinggal mana, bagi tahu Rul.” sampuk Nazrul. Lama dia menunggu abahnya habis berpesan kepada kakaknya.

Nufah sengih. Dia hulur tangan ke kepala Nazrul. Sengaja digosok kepala itu sampai kusut rambutnya.

“Kakak tahu. Tapi mama bagi ke?’ Kening diangkat sebelah. Air matanya sudah kering. Walaupun senyumannya masih hambar, keprihatinan adiknya membuatkan hatinya terasa hangat. Biar dua orang mengkhianati, masih ramai lagi yang menemani dan menyayanginya.

“Tak bagi, Rul pujuk sampai bagi,” balas Nazrul yakin.

Encik Nukman geleng kepala. Tidak pula mengiyakan atau melarang. Nantilah sampai masanya, barulah keputusan akan dibuat.

Lambaian terakhir daripada abah mengusik jiwanya. Abah tidak banyak bercakap tetapi abah sentiasa menjadi benteng melindungi anak-anaknya. Nufah menarik nafas panjang. Sebak di dada mahu dihalau jauh-jauh. Tekad di hati telah bulat. Dia akan memulakan hidup baru. Sukar baginya untuk melupakan apa yang terjadi, tetapi dia akan belajar untuk merelakan serta pasrah menerima ujian tersebut seikhlas hati. Wajah dipalingkan menghadap tingkap bas. Orang di sebelah tidak dihiraukan. Dia tidak mahu diganggu.

Are you okay, miss?” Suara garau lelaki asing di sebelah mengejutkan Nufah. Mata yang basah dikeringkan dengan lengan baju.

I’m okay. Thank you,” balas Nufah tanpa memandang wajah lelaki asing itu.

Dia tidak mahu diganggu. Matanya ditutup dan mahu tidur. Dia berharap lelaki itu faham bahasa tubuhnya.

“If you need anything, you can ask me anytime. Or if you need my shoulder, I’m yours.” Lelaki asing itu masih lagi cuba mengajak Nufah bercakap.

Nufah angguk. “Thanks, but no thanks.” Suaranya mendatar. Namun ia tidak membuatkan lelaki asing itu terasa. Malah di sebalik jambang itu, seulas bibirnya mengukir senyum.


 



Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.