Terbaru Ebook, Raya Datang lagi.

Imej
Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua...  Maafkan tak update dalam seminggu ni. Sibuk dengan tugasan lain..  Tapi pagi ni saya nak sampaikan berita gembira, patut minggu lepas lagi dah update tapi kita bagi ruang kepada penulis lain dan team Love Novel up promosi dulu. Ini dia projek di bawah Love Novel Publishing bersama dengan rakan-rakan penulis.  Ebook Raya ada 3 Volume , Jom kita Intai penulis-penulis dlm setiap volume :-  PENULIS E-BOOK RAYA DATANG LAGI VOL 1 🌻 LYNN SAFIYA  🌻 SHADHIA 🌻 ARSYA AISYA 🌻 ACIK ZAZA 🌻 LUVIS EIJA PENULIS E-BOOK RAYA DATANG LAGI VOL 2 🍁 YUMI HYRA 🍁 SHIMA AWANG πŸ‘ˆ saya (tajuk Ramadan Tiba)  🍁 ISMEANA NUR 🍁 FATIN NABILA 🍁 AEIN DHIYAUDDIN PENULIS E-BOOK RAYA DATANG LAGI VOL 3 🌺 MIA AZWARI 🌺 SUHAILA RASHID 🌺 ARSYA AISYA 🌺 WANI HUSNA 🌺 FAZILA ADAM 🌺 EYRA SHAZLEYRA Medium penghantaran ? mcm biasa la , uolss boleh pilih antara 2 medium ini  πŸ‘‰Email  πŸ‘‰Whatapps Tak nak beli kombo pun boleh.. Setiap satu berharga RM19 (harga promo sehingga 30 J

Nufah Bab 10 -terakhir di sini.

Bab ini merupakan bab terakhir di blog ini. Nak tahu kisah Sean dan Nufah ini, dapatkan novelnya di sini



“KITA nak buat apa sekarang?” Akhirnya Puan

Nora bertanya apabila dia dapat berduaan dengan anaknya. Panas hatinya tadi, tapi disabarkan diri apabila teringatkan pesanan Dian. Jangan lakukan apa-apa. Semua nanti Dian akan uruskan. Berlagak saja seperti tidak tahu apa yang sedang berlaku.

“Menunggu, bu.” Dian senyum bermakna. Dia tahu hati budi Nufah. Sebab itulah dia berani mengambil risikonya.

Berkerut dahi Puan Nora mendengarnya. “Nak tunggu apa lagi?”

“Nanti ibu akan tahulah. Sekarang ni, kita hanya perlu menunggu sahaja, semuanya akan berjalan lancar seperti yang Dian rancangkan,” beritahunya penuh yakin. Lagipun Tengku Firash tidak akan sesekali meninggalkannya. Dia telah mengikat Tengku Firash dengan cinta berahinya. Lelaki itu sudah mabuk dengan cintanya dan cinta Nufah tidak akan mampu mengalahkan cintanya. 

“Jangan Dian syok sendiri sudah. Bertahun mereka bercinta, takkan semudah itu Firash akan tinggalkan Nunu,” keluh Puan Nora, tidak yakin.

Dian melabuhkan punggung di sebelah ibunya. Bahu ibunya dipaut penuh kasih. “Ibu, kalau Firash tak tinggalkan Nunu, buat apa pak teh dan mak teh datang beritahu yang mereka telah putus tunang?”

Puan Nora geleng kepala. “Dian kena faham, Nunu yang putuskan pertunangan itu, bukan Firash. Kalau Firash tak setuju, bukan ke pertunangan itu tidak akan terputus?”

Dian pula terdiam. Hati mula ragu-ragu. Betul juga cakap ibunya, namun untuk menunjukkan keraguan di dalam hatinya, tidak mungkin. Dia telah mengikat nafsu Tengku Firash. Sekarang hanya dia yang sentiasa ada di mata lelaki itu.

“Dian yakin. Nunu tetap dengan keputusannya. Ibu pun tengok tadi kan? Pak teh tetap dengan pendirian nak putuskan pertunangan ini. Ibu jangan risau dengan desakan tok wan tu, pak teh akan buat keputusan lain untuk memuaskan hati tok wan.”

“Tapi...”

“Jangan risau ibu. Dian tahu apa yang Dian buat. Ibu diam-diam je,” pintas Dian. Dia tidak mahu ketidakyakinan ibunya mempengaruhi jiwanya juga.

Lagipun sudah lama dia merancang semua ini. Dia yakin, rancangannya akan berjalan lancar.

Melihat keyakinan anaknya, Puan Nora tersenyum dalam diam. Namun senyum itu hanya sepintas lalu, tanpa disedari Dian.

 

******

PULANG dari menghantar Nufah, ada kereta diparkir di hadapan pagar rumahnya. Encik Nukman dan Nazrul saling berpandangan. Tengku Firash sedang bersandar elok di keretanya. Sabar menanti walaupun jelas wajahnya keruh. Dahi berkerut. Rokok, entah berapa puntung habis dihisap sementara menunggu kepulangan Encik Nukman.

“Pak cik...” sapa Tengku Firash. Hatinya lega apabila melihat abah Nufah. Dijeling juga di dalam kereta, namun Nufah tidak kelihatan.

“Mmm ... kamu datang buat apa?” Encik Nukman terus menyoal. Walaupun nadanya tenang, ada kekesalan di dalamnya.

“Saya nak jumpa Nunu pak cik. Saya call tak dapat.”

“Nunu dah pergi,” celah Puan Rosiah, yang baru muncul dari dalam rumah. Hendak tak hendak sahaja dia pandang wajah menantu tak jadinya itu. Hatinya geram, harap muka sahaja kacak tapi iman di lutut. Tidak pandai membezakan mana yang baik dan buruk, intan ataupun kaca.

“Sudahlah, kamu baliklah. Keputusan kami sekeluarga dah muktamad. Pertunangan ini diputuskan demi kebaikan kamu juga. Jangan ingat Nunu tak tahu apa yang kamu dah buat dengan Dian.” Kata-kata yang keluar dari mulut Encik Nukman memberikan kejutan besar kepada Tengku Firash.

“Dian bagi tahu? Bukan salah saya pak cik. Dian yang goda saya,” Tengku Firash mula mencipta alasan.

“Bukan Dian bagi tahu. Mak cik ni ha,  nampak dengan mata kepala sendiri. Nunu pun nampak jugak. Patutlah kamu asyik busy semedang. Whatsapp dan call Nunu tak berjawab,” Puan Rosiah terus menyerang dengan kata-katanya.

Dahi Tengku Firash berkerut. Memang betul dia sibuk. Nufah pun faham. Tapi bila masa dia tidak menjawab panggilan atau mesej Nufah? Mungkin ada sekali dua, tapi tidak pernah pula dia tidak membalas langsung.

“Alasan ... cukuplah dengan alasan kamu tu Firash. Nunu dah lepaskan kamu. Jadi lebih baik kamu bertanggungjawab. Majlis ini boleh diteruskan, jadikan Dian sebagai isteri kamu.”

Wajah Tengku Firash semakin keruh. Walaupun dia memang mahu memutuskan pertunangan ini, apabila Nufah bertindak terlebih dahulu, egonya tercabar. Dia tidak dapat menerimanya.

“Saya boleh saman Nunu sebab mungkir janji!” Tengku Firash mula mengugut. Egonya tercalar teruk.

Mana mungkin dia membenarkan diri dan keluarganya dimalukan.

Encik Nukman geleng kepala. Dia mengeluarkan telefon pintarnya kemudian menunjukkan video yang ada di dalam simpanannya. Serta-merta wajah Tengku Firash pucat. Dia cuba merampas telefon tersebut tetapi Encik Nukman lebih cekap melarikannya.

“Kamu sudah faham kenapa?”

“Mana dapat video tu?” tanya Tengku Firash dengan suara tinggi. Matanya merah.

Delete video tu!” arahnya dalam marah.

“Video ini sebagai bukti, kalau kamu nak teruskan hasrat menyaman tu. Tapi pak cik rasa, baik kamu fikir betul-betul. Lagipun Dian tu apa kurangnya? Cantik. Luar dan dalam pun kamu dah tahu. Jadi lebih baik kamu bernikah dengan dia. Majlis itu pun tetap berlangsung juga. Kalau kamu mahu, pak cik boleh berbincang dengan orang tua kamu.”

Tengku Firash diam. Tanpa kata dia terus masuk ke dalam keretanya dan beredar dari situ. Kepalanya kusut. Hatinya rusuh, menyesal dengan setiap perbuatannya. Keputusan Nufah memutuskan pertunangan ini, memberi tamparan hebat buatnya dan dia sudah tidak boleh membetulkan semua kesilapannya.

+Yang ... You kat mana? I risau..

Mesej daripada Dian tidak dipedulikan.

Di mana Nunu? Dia mahu memberikan penjelasan.

Dia menyesal.


 



Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ebook amal COVID - 19

Nufah Prolog

Uncle Doktor.. Nak tak jadi papa Niny? Bab 3