Terbaru Ebook, Raya Datang lagi.

Imej
Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua...  Maafkan tak update dalam seminggu ni. Sibuk dengan tugasan lain..  Tapi pagi ni saya nak sampaikan berita gembira, patut minggu lepas lagi dah update tapi kita bagi ruang kepada penulis lain dan team Love Novel up promosi dulu. Ini dia projek di bawah Love Novel Publishing bersama dengan rakan-rakan penulis.  Ebook Raya ada 3 Volume , Jom kita Intai penulis-penulis dlm setiap volume :-  PENULIS E-BOOK RAYA DATANG LAGI VOL 1 🌻 LYNN SAFIYA  🌻 SHADHIA 🌻 ARSYA AISYA 🌻 ACIK ZAZA 🌻 LUVIS EIJA PENULIS E-BOOK RAYA DATANG LAGI VOL 2 🍁 YUMI HYRA 🍁 SHIMA AWANG πŸ‘ˆ saya (tajuk Ramadan Tiba)  🍁 ISMEANA NUR 🍁 FATIN NABILA 🍁 AEIN DHIYAUDDIN PENULIS E-BOOK RAYA DATANG LAGI VOL 3 🌺 MIA AZWARI 🌺 SUHAILA RASHID 🌺 ARSYA AISYA 🌺 WANI HUSNA 🌺 FAZILA ADAM 🌺 EYRA SHAZLEYRA Medium penghantaran ? mcm biasa la , uolss boleh pilih antara 2 medium ini  πŸ‘‰Email  πŸ‘‰Whatapps Tak nak beli kombo pun boleh.. Setiap satu berharga RM19 (harga promo sehingga 30 J

Nufah Bab 9

Klik di sini untuk pembelian



“JAGA diri kakak baik-baik. Ada masalah telefon abah dan mama. Tak payah risaukan keadaan di sini. Tahulah abah uruskan tok wan dan mak tok tu,” pesan Encik Nukman.

Nufah angguk, tanda faham pesanan abahnya. Sekarang ini dia tidak mahu lagi memikirkan perkara yang menyakitkan hatinya. Dia mahu membersihkan hati dan juga jiwanya.

“Majlis tu tak perlu dibatalkan abah. Nanti abah jumpa dengan Firash, suruh dia pinang Dian. Biar mereka kahwin. Mereka dah terlalu jauh terlanjur,” pinta Nufah.

Walaupun hatinya sakit, Dian itu tetap sepupunya. Sudah tentu maruah Dian, maruah keluarga mereka juga. Bagaimana nanti kalau Tengku Firash tidak mahu bertanggungjawab? Sedangkan mereka sudah seperti suami isteri. Tidak kira tempat melakukan hubungan.

“Tahulah abah.” Encik Nukman sudah tidak terkata apa lagi. Dalam terluka pun, Nufah masih lagi memikirkan kebajikan orang yang melukainya. Dia sendiri kalau boleh, sudah tidak mahu ambil tahu lagi tentang anak saudaranya itu. Sudah besar panjang. Ada datuk yang boleh menjadi walinya. Jadi dia tidak perlu bersusah payah menjaga kebajikan anak arwah abangnya itu.

Nufah senyum pahit. Air muka abahnya yang kelat itu, jelas menunjukkan yang si ayah tidak suka dia mengambil berat tentang Dian lagi. Walau apa pun terjadi Dian itu pernah menjadi kakak kesayangannya. Biarlah dia mengalah sekarang daripada dicurangi kemudian.

“Pergi naik. Bas nak bertolak dah tu. Dah sampai, telefon abah. Nombor telefon baru ni hanya keluarga kita saja tahu. Satu lagi abah nak pesan, jangan tinggal lama sangat di rumah Tisya tu. Kakak kena faham, dia dah berkeluarga. Tak manis kalau kakak menumpang lebih daripada tiga hari. Nanti cari hotel. Tak pun kakak boleh berjalan keliling Semenanjung ni. Tunggu Ila habis exam dulu. Pasal belanja, nanti abah transfer duit.” Wajah Nufah berubah. Matanya berkaca-kaca. Pesan abah itu amat terkesan di hatinya.

“Terima kasih abah. Tak apa, duit saving kakak banyak lagi. Bila lagi kakak nak gunakan,” beritahunya. Dia paut tubuh abahnya. Air matanya tumpah di bahu abahnya.

Encik Nukman menepuk-nepuk lembut belakang Nufah, seolah-olah memberikan kekuatan juga restunya.

“Mana tahu, lepas ni kakak akan jumpa lelaki yang betul-betul sayangkan kakak. Lebih hebat daripada Firash tu. Tentang jodoh dan masa depan, kita tak tahu aturan Allah. Jadi jangan lupakan Allah. Sentiasa mengadu dan berdoa kepada-Nya.”

Nufah mengangguk laju. Tangan Encik Nukman ditarik dan disalamnya. Mujurlah juga mama tidak ikut sekali menghantarnya. Kalau tidak, dua kali banjir stesen bas TBS ini.

“Dah tahu kakak nak tinggal mana, bagi tahu Rul.” sampuk Nazrul. Lama dia menunggu abahnya habis berpesan kepada kakaknya.

Nufah sengih. Dia hulur tangan ke kepala Nazrul. Sengaja digosok kepala itu sampai kusut rambutnya.

“Kakak tahu. Tapi mama bagi ke?’ Kening diangkat sebelah. Air matanya sudah kering. Walaupun senyumannya masih hambar, keprihatinan adiknya membuatkan hatinya terasa hangat. Biar dua orang mengkhianati, masih ramai lagi yang menemani dan menyayanginya.

“Tak bagi, Rul pujuk sampai bagi,” balas Nazrul yakin.

Encik Nukman geleng kepala. Tidak pula mengiyakan atau melarang. Nantilah sampai masanya, barulah keputusan akan dibuat.

Lambaian terakhir daripada abah mengusik jiwanya. Abah tidak banyak bercakap tetapi abah sentiasa menjadi benteng melindungi anak-anaknya. Nufah menarik nafas panjang. Sebak di dada mahu dihalau jauh-jauh. Tekad di hati telah bulat. Dia akan memulakan hidup baru. Sukar baginya untuk melupakan apa yang terjadi, tetapi dia akan belajar untuk merelakan serta pasrah menerima ujian tersebut seikhlas hati. Wajah dipalingkan menghadap tingkap bas. Orang di sebelah tidak dihiraukan. Dia tidak mahu diganggu.

Are you okay, miss?” Suara garau lelaki asing di sebelah mengejutkan Nufah. Mata yang basah dikeringkan dengan lengan baju.

I’m okay. Thank you,” balas Nufah tanpa memandang wajah lelaki asing itu.

Dia tidak mahu diganggu. Matanya ditutup dan mahu tidur. Dia berharap lelaki itu faham bahasa tubuhnya.

“If you need anything, you can ask me anytime. Or if you need my shoulder, I’m yours.” Lelaki asing itu masih lagi cuba mengajak Nufah bercakap.

Nufah angguk. “Thanks, but no thanks.” Suaranya mendatar. Namun ia tidak membuatkan lelaki asing itu terasa. Malah di sebalik jambang itu, seulas bibirnya mengukir senyum.


 



Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ebook amal COVID - 19

Nufah Prolog

Uncle Doktor.. Nak tak jadi papa Niny? Bab 3