Khamis, 24 Jun 2021

Volume 2 ; Raya Datang Lagi Teaser 1

Vol.2 Ramadan Tiba 
Teaser... 

Untuk pembelian klik di sini 


“Farhan.. jom kita balik,” ajak Aida.  Dah remang senja, orang ramai pun telah ramai beransur-ansur pulang.

Tetapi Farhan Hadi masih belum berganjak. Masih belum puas bermain pasir.

“Esok kita datang lagi. Nanti kita ajak papa dan mama sekali,” pujuk Aida

Farhan Hadi buat-buat tak dengar. Dia terus bermain dengan pasir. Balik ke rumah pun mama dan papa asyik berdua seolah-olah macam dia tak ada. Semasa mula-mula papa balik, dia sangat gembira, akhirnya ada papa. Tapi selepas balik bercuti, semuanya berubah. Papa tidur dengan mama, dia kena tidur sendiri. Papa dah tak benarkan mama memandikannya, tapi mama boleh pula mandikan papa. Banyak lagi perkara yang membuatkan dia tidak puashati.

Farhad Hadi menyesal. Kalau papa tak balikkan, bagus. Tak perlu dia berebut mama dengan papa. Sebab itu dia tak nak balik. Dia tahu papa tentu suka dia tak balik rumah dan kacau dunia papa dan mama.

“Makin gelap ni. Nanti hantu air naik ambik Farhan kan, tak takut?” acah Aida. Dia picit kepala. Sejak bila pulak Farhan Hadi jadi degil ni.

Farhan Hadi angkat kepala melihat Mama Aida.

“Esok kan dah puasa. Mana ada hantu lagi. Malaikat dah ikat semua hantu dan syaitan kat dalam neraka,” petah jawab Farhan Hadi sambil ketawa.




Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan