Beautiful Jodoh; Bab Dua

Imej
Jika cerita di blog ini menarik, boleh share link di mana-mana medsoc. Saya berbesar hati dengan sokongan korang semua...  Novel ini akan bakal dibuka Pra Tempahan Pertengahan  Bulan Ogos  2021 nanti... Inshaallah nantikan. Dia melihat Anis Syatilla dari jauh. Senyum malu-malu ketika bercakap. Wajahnya berseri tanda dilamun cinta baru. Haura Nur perhati lagi. Dia rasa macam dia kenal susuk tubuh lelaki yang bercakap dengan Anis Syatilla itu. Lelaki itu berdiri membelakanginya. Dia amati diam-diam. Apabila yakin siapa lelaki itu, riaknya berubah. Dia tak suka! Haura Nur melangkah mendekati mereka. “Abang..” Haura Nur panggil keras. Lelaki itu terus berpaling dan wajahnya berubah. “Buat apa kat sini? Tak kerja?” soal Haura Nur dengan wajah tegang. Dia menjeling Anis Syatilla di hadapan abangnya. “Ara.. Dah habis kuliah ke? Abang tunggu Aralah.” Ramah lelaki itu membalas teguran Haura Nur. “Tunggu Ara ke menggatal?” sindir Haura Nur tajam. Panas pulak bila melihat Anis Syatill

Volume 2 ; Raya Datang Lagi teaser 2

Ramadan Tiba Teaser 2 
Vol. 2


“Abang tak dah tak suka dia tapi entahlah...” keluh Zamri.

“Jadinya abang suka siapa? Nurul?”

Zamri angguk lemah.

“Kalau suka Nurul bertindak cepat. Jangan bagi dia tinggalkan abang. Terus ikat dia jadi bini. Kalau tengok whatapps dia ni, keputusan Nurul dah bulat. Hari tu dia ada cakap biar abang yang putuskan pertunangan sebab tak sanggup kecewakan mak tok. Tapi ni dia buat keputusan sendiri, nampak dia memang dah bertekad.”

Zamri menekur kepala. Hati jadi takut kena tinggal. Melihat keadaan Zamri yang tiba-tiba nampak lemah tu, Baizura tak sampai hati nak terus marah lagi. Dia pantas mencari tiket flight untuk Zamri. Hari ini Zamri kena balik kampung juga. Dia pun akan balik sekali.

“Tak payah buat muka seposen. Uya dah book tiket. Selepas berbuka puasa nanti kita balik kampung. Malam ni  kita berbuka sama-sama kat airport. Aizat tunggu kat sana,” beritahu Baizura. Selepas dia booking tiket tadi, dia terus whatapps dekat suaminya supaya tunggu di airport. Mereka akan balik kampung malam nanti.

Zamri angguk. Ambil telefon nak hantar whatapps tapi sebelum sempat menaip whatapps Iphonenya dirampas.

“Jangan nak mengada whatapps perempuan tu. Selepas ini kes dia, Aizat yang uruskan. Segala urusan kerja orang lain akan ambil alih. Uya arahkan Abang Zam ambil cuti panjang sehingga lepas raya. Nikah dan ambil hati Nurul,” tegas Baizura.




Psssttt.. Korang kena cepat tau.. Harga diskaun akan berakhir 30 Jun ini. Untuk lebih jimat lebih baik beli dalam tempoh promosi ini... 

Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ebook amal COVID - 19

Nufah Prolog

Uncle Doktor.. Nak tak jadi papa Niny? Bab 3