Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2021

Beautiful Jodoh; Bab Dua

Imej
Jika cerita di blog ini menarik, boleh share link di mana-mana medsoc. Saya berbesar hati dengan sokongan korang semua...  Novel ini akan bakal dibuka Pra Tempahan Pertengahan  Bulan Ogos  2021 nanti... Inshaallah nantikan. Dia melihat Anis Syatilla dari jauh. Senyum malu-malu ketika bercakap. Wajahnya berseri tanda dilamun cinta baru. Haura Nur perhati lagi. Dia rasa macam dia kenal susuk tubuh lelaki yang bercakap dengan Anis Syatilla itu. Lelaki itu berdiri membelakanginya. Dia amati diam-diam. Apabila yakin siapa lelaki itu, riaknya berubah. Dia tak suka! Haura Nur melangkah mendekati mereka. “Abang..” Haura Nur panggil keras. Lelaki itu terus berpaling dan wajahnya berubah. “Buat apa kat sini? Tak kerja?” soal Haura Nur dengan wajah tegang. Dia menjeling Anis Syatilla di hadapan abangnya. “Ara.. Dah habis kuliah ke? Abang tunggu Aralah.” Ramah lelaki itu membalas teguran Haura Nur. “Tunggu Ara ke menggatal?” sindir Haura Nur tajam. Panas pulak bila melihat Anis Syatill

Beautiful Jodoh; Bab Dua

Imej
Jika cerita di blog ini menarik, boleh share link di mana-mana medsoc. Saya berbesar hati dengan sokongan korang semua...  Novel ini akan bakal dibuka Pra Tempahan Pertengahan  Bulan Ogos  2021 nanti... Inshaallah nantikan. Dia melihat Anis Syatilla dari jauh. Senyum malu-malu ketika bercakap. Wajahnya berseri tanda dilamun cinta baru. Haura Nur perhati lagi. Dia rasa macam dia kenal susuk tubuh lelaki yang bercakap dengan Anis Syatilla itu. Lelaki itu berdiri membelakanginya. Dia amati diam-diam. Apabila yakin siapa lelaki itu, riaknya berubah. Dia tak suka! Haura Nur melangkah mendekati mereka. “Abang..” Haura Nur panggil keras. Lelaki itu terus berpaling dan wajahnya berubah. “Buat apa kat sini? Tak kerja?” soal Haura Nur dengan wajah tegang. Dia menjeling Anis Syatilla di hadapan abangnya. “Ara.. Dah habis kuliah ke? Abang tunggu Aralah.” Ramah lelaki itu membalas teguran Haura Nur. “Tunggu Ara ke menggatal?” sindir Haura Nur tajam. Panas pulak bila melihat Anis Syatill

Beautiful Jodoh ; Bab Satu

Imej
“Assalamualaikum…” Zakiah muncul di muka pintu. Wajahnya merah, dia termengah-mengah mengambil nafas. Semput sebab dia berlari naik tangga tadi. “Waalaikumussalam..” serentak salam dijawab oleh penghuni bilik 213 itu. Masing-masing berpaling memandang Zakiah di muka pintu. “GOSIP PANAS!  Korang nak dengar tak?” Zakiah cuba menarik perhatian kawan-kawan sebiliknya. Dia yakin dia orang pertama tahu tentang gossip panas tersebut. “Dah basi,” balas Latifah selamba. Mata dijuling ke atas. Dia yakin gossip panas yang Zakiah maksudkan itu tentang Ferran Atiq dan Anis Syatilla. “Apa yang basi. Aku yakin korang tak tahu lagi gossip ni,” balas Zakiah yakin. Tak mungkin dia ketinggalan. Lagipun Ferran Atiq tu rakan sebilik kekasihnya, jadi apa berita terkini tentang Ferran Atiq mesti dia tahu dulu.   Naemah sengih. Nampaknya Zakiah yakin sangat dia yang tahu dulu. “Kau cakap apa dia?” dia angkat kening. “Ferran dan Anis dah putus!” beritahu Zakiah bangga. Mesti kawan-kawannya tak tahu

Beautiful Jodoh ; Prolog ii (bahagian 2)

Imej
“Kau datang sini buat apa? Bukan kawasan kita jagalah,” rungut Zarif. “Kau tak dengar ke Ustaz Nuh cakap tadi, buat rondaan blok tingkatan 1. Dia ada terima laporan, di hujung blok jadi port lepak budak-budak ponteng kelas. Dia suruh pergi tengok.” “Tapi dia suruh Abang Azamlah,” Zarif tidak puashati. Malas nak berjalan ke sana, dua blok di belakang. “Banyak cakaplah kau ni, cepatlah,” Ferran Atiq tarik lengan Zarif. Mulut Zarif tidak berhenti membebel. “Kau sukakan Zakiah kan? Aku boleh tolong,” umpan Ferran Atiq. Serta merta Zarif berhenti merungut. Namun tanpa Zarif sedar Ferran Atiq ada agenda tersembunyi. Haura Nur sebenarnya yang diintai dan dicari. @@@@@ “Ara dapat masuk universiti sama dengan kamu Atiq, nanti tolong tengok-tengokkan dia. Nak harapkan ayah dia, ayah dia masih lagi leka diulit bini muda. Tak pernah nak ingatkan anak sendiri,” keluh atuk. Dia kecewa dengan sikap bekas menantunya. Jika kita selalu dimomokkan dengan kisah anak derhaka, ini pulang k

Beautiful Jodoh ; Prolog ii (bahagian 1)

Imej
“Mama memang dah tak sayangkan Arakan, mak tok?” tenang kedengaran suara Haura Nur bertanya. Mak tok yang tengah mengupas bawang terhenti tangannya. Mata mak tok berkaca. “Mama kamu ikut suami baru dia. Suami dia tak nak bagi dia bawak kamu. Jadi mama kamu terpaksa mendengar kata suaminya. Dia bukan tak sayangkan kamu tapi dia terpaksa tinggalkan kamu. Lagipun elok kamu duduk dengan mak tok, adalah teman mak tok. Tak adalah mak tok sunyi sangat,” jelas mak tok satu persatu. Haura Nur diam. Hati menangis di dalam namun dia angguk sambil senyum. “Ara suka teman mak tok dan atuk. Lebih seronok tinggal kat sini,” balas Haura Nur dengan suara cuba diceriakan, kedengarannya janggal tapi mak tok tahu dan buat-buat faham. Sejak itu Haura Nur tidak lagi bertanyakan mamanya. Apatah lagi ayahnya yang telah lama menghilang. “Abang Im sayangkan Ara tapi Abang Im terpaksa dengar cakap ayah. Oleh sebab itu Abang Im membuat keputusan ke UK lebih awal. Ara duduk baik-baik dengan mak tok dan

Beautiful Jodoh; Prolog i

Imej
Bismillah... Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang... Saya mulakan entri novel terbaru saya... Inshaallah akan diterbitkan dalam versi soft copy dan paperback nanti..  Untuk itu saya akan kongsikan bab-bab terawal di dalam manuskrip terbaru #BeautifulJodoh ini seminggu sekali...  Jadi sesiapa yang menantikan buah tangan terbaru saya, boleh kongsikan entri ini  dan entri akan datang di mana-mana medsoc sebagai tanda sokongan. Terima kasih..  10 tahun lalu... “Mama kita nak balik kampung ke?” “Iya sayang. Kita balik jumpa atuk dan mak tok nak?” si ibu mengusap kepala anaknya bertocang dua. Wajah polos itu gembira mendengar jawapan mamanya. Dia suka balik kampung. “Nak.. nak.. dah lamakan kita tak balik kampung? Ara rindu nak naik motor dengan atuk keliling kampung, lepas tu tangkap ikan dekat sawah padi.” Haura Nur mula berangan. Walaupun dia dibesarkan di bandar, namun hati kecilnya sentiasa teruja setiap kali balik kampung. Banyak benda baru yang boleh dilakukannya.

Sambal Telur Pecah by Auni & Aazad (Tunggu Awak Datang)

Imej
"Yang laparlah," adu Aazad. Semenjak dua tiga minggu ni dia cepat sangat terasa lapar. Tapi nak makan masakan isterinya walaupun hanya telur goreng.  Hari ini dia terasa nak makan sambal telur. Kecur air liurnya bila terbayangkan sambal telur pecah air tangan isterinya. Walaupun hati terasa pelik tapi dia tidak dapat menahan nafsu makannya. Yang paling peliknya dia hanya berselera makan makanan yang dimasak oleh Auni saja.  Orderlah food panda makanan kegemarannya sekali pun, sikit tidak membuka selera. makan dua mulut dah tak nak. Ada saja yang tak kena, terasa tawarlah, tak sedaplah.    "Pergilah makan. Makanan banyak tu kat dapur. Maggi berpaket-paket. Sardin, kari ayam dalam tin pun ada," balas Auni. Sejak Covid 19 ni melanda, sibuknya bertambah berkali ganda. Semuanya nak cepat, laporan setiap hari kena hantar. Dengan PdPr lagi dan nak kena jaga 'baby besar ni lagi. Rasa 2 tangan yang ada ni tak cukup nak buat semua kerja.  "I nak makan sambal telur pe