Isnin, 26 Julai 2021

Beautiful Jodoh; Bab Dua

Jika cerita di blog ini menarik, boleh share link di mana-mana medsoc. Saya berbesar hati dengan sokongan korang semua... 

Novel ini akan bakal dibuka Pra Tempahan Pertengahan  Bulan Ogos  2021 nanti... Inshaallah nantikan.



Dia melihat Anis Syatilla dari jauh. Senyum malu-malu ketika bercakap. Wajahnya berseri tanda dilamun cinta baru. Haura Nur perhati lagi. Dia rasa macam dia kenal susuk tubuh lelaki yang bercakap dengan Anis Syatilla itu. Lelaki itu berdiri membelakanginya. Dia amati diam-diam. Apabila yakin siapa lelaki itu, riaknya berubah. Dia tak suka!

Haura Nur melangkah mendekati mereka.

“Abang..” Haura Nur panggil keras.

Lelaki itu terus berpaling dan wajahnya berubah.

“Buat apa kat sini? Tak kerja?” soal Haura Nur dengan wajah tegang. Dia menjeling Anis Syatilla di hadapan abangnya.

“Ara.. Dah habis kuliah ke? Abang tunggu Aralah.” Ramah lelaki itu membalas teguran Haura Nur.

“Tunggu Ara ke menggatal?” sindir Haura Nur tajam. Panas pulak bila melihat Anis Syatilla senyum-senyum di sebelah abangnya.

Dia teringat Latifah. Teringat cerita Latifah dianiayai oleh gadis di hadapan abangnya. Dia tidak mahu abangnya pula menjadi mangsa dia. Sudahlah sebelum ni pun dia tak sukakan Anis Syatilla sebab gadis itu kekasih Ferran Atiq. Sekarang bila melihat Imran Iman berbual mesra lagi bertambah berdarjah-darjah tahap tak suka dan menyampahnya.

“Jadinya you tengah tunggu Ara ke?” malu-malu Anis Syatilla bertanya. Riak wajahnya cukup membuatkan hati lelaki terusik.

“Ya. Adik I. Haura Nur.” akui lelaki itu. Dia senyum. Hati agak suka melayan gadis peramah itu. Cantik pula tu. Mungkin tak salah dibuat kawan.

“Jomlah.. buat apa lagi kat sini.” Haura Nur tarik tangan abangnya, Imran Iman. Menyampah pulak melihat mereka berbalas senyum.

“You nak ikut sekali makan?” pelawa Imran Iman.

Wajah Haura Nur terus berubah. Naik darahnya. Tiba-tiba peramah pulak Encik Imran Iman ni. Lengan si abang dicubit kuat.

“Tak payah nanti hilang selera Ara nak makan. Pakai perfume macam lori tumpah. Nak muntah tahu tak!” Haura Nur tak memberi muka langsung dekat Anis Syatilla. Jangan beranganlah nak mendekati abang. Mimpi pun jangan!

Wajah Anis Syatilla terus berubah, terkejut dan tak sangka Haura Nur yangpucat dan mahu menangis. Tak percaya Haura Nur boleh menjatuhkan air mukanya tanpa bersalah. Apa salahnya?

“Haura Nur...” Imran Iman memanggil nama penuh Haura Nur tanda tak suka dengan sikapnya.

Tapi Haura Nur tak hairan pun. Dijeling abangnya tanpa rasa bersalah.

“Cepatlah. Tak kuasalah nak layan drama air mata fake kat sini.” Haura Nur tarik tangan abangnya.

Wajah adiknya berubah membuatkan Imran Iman tak jadi nak marah. Mereka baru saja berbaik dan Imran Iman tidak mahu hubungan mereka terjejas kerana orang luar. Jadi dia akur kata-kata Haura Nur.

“I minta maaf. Lainkali I belanja you makan.” Imran Iman meminta maaf, masih lagi berbahasa.

Terus langkah Haura Nur terhenti.” Buat apa minta maaf? Dia tu penting sangat ke sampai abang kena minta maaf?” Haura Nur naik angin. Dia yang menyindir Anis Syatilla, abang dia pula baik hati meminta maaf.

“Itulah lelaki, nampak perempuan cantik dan lawa sikit mulalah bersikap gatal. Kononnya bertuahlah orang cantik nak berkawan dengan dia. Padahal dia tak tahu, dia cari pasal, jerat diri sendiri,” getus Haura Nur geram.

“Ara..” Imran Iman mengeluh. Mungkin adiknya teringatkan ayah.

Anis Syatilla diam, dia tunggu Haura Nur kena marah. Hatinya ketawa. ‘Haura.. Kau takkan boleh menahan abang kau jumpa aku lagi. Ini Anislah, siapa pernah terlepas dari godaannya. Imran Iman bakal menjadi kekasihnya, sekaligus bakal suaminya.’

“Tak suka sekalipun, adab tu kena jaga. Jangan bersikap biadap,” tegur Imran Iman.

Wajah Haura Nur berubah. Adab? Biadap? Tak ada siapa yang tengoklah. Hanya mereka bertiga dekat sini. Sebab itulah dia tak kawal mulutnya dari menyindir Anis Syatilla itu.

“Ara tahulah jaga adab tapi minah tu fake dan pandai berlakon. Ara tak nak abang termasuk perangkap dia pulak. Selisih malaikat empat puluh empat, Ara takkan terima dia jadi kakak ipar Ara. Ada banyak lagi gadis lain lebih baik dari perempuan fake tu. Macam ayah dulu,” kendur suara Haura Nur bila menyebut ayah.

“Allahu.. bila pulak abang tersuka dekat dia. Saja sembang kosong tadi sementara tunggu Ara sampai. Dia kata tengah tunggu kawan dia datang,” jelas Imran Iman. ada terlintas tapi tak adalah sampai terjatuh suka. Saja kawan-kawan.

Mendengar kata-kata Imran Iman itu wajah Anis Syatilla berubah.

“Nasib baik mata hati abang belum buta lagi,” nada suara Haura Nur kembali seperti biasa. Dia menjeling Anis Syatilla sambil tersenyum puas.  

Imran Iman geleng kepala. Tidak mahu Haura Nur buat perangai lagi, dia tarik tangan Haura Nur pergi.

Anis Syatilla terkebil-kebil memandang mereka berdua yang semakin jauh. Hatinya sakit dengan sikap kurang ajar Haura Nur tadi. Dia pelik, selama ini tak pernah pula dia sakitkan hati minah tu tapi kenapa Haura Nur melayannya macam musuh.

“Anis.. Sorry aku sakit perut tadi.”

“Tak apa. Nasib baik kau lambat, sempatlah aku berkenalan dengan Mr Perfect tadi,” senyum meniti di bibir Anis Syatilla. Dikibarkan kad perniagaan yang Imran Iman bagi tadi.

“Siapa? Mana?” tanya Eilla sambil melihat sekeliling. Tak nampak sesiapa pun.

“Dah pergi.” Keningnya terangkat sebelah. Mr Perfect itu tidak akan terlepas dari godaannya nanti. Dia yakin mampu menundukkan Imran Iman dengan kecantikannya.

“Eh.. kau kenal tak Haura Nur?”

“Kenal. Budak accounting. Duduk kolej ke 5.”

Anis Syatilla. “Aku tak tahulah kenapa, dia macam tak sukakan aku. Jumpa aku terus sindir-sindir macamlah aku ni musuh dia.”

“Pelik tu. Haura yang aku kenal jenis tak ada kawan. Budak nerd. Dunia dia kuliah, library dan kolej. Jarang sangatla nampak dia bersosial melainkan bersama roommatenya,” jelas Eilla.

“Haura Nur ni best student accounting. Setiap semester dapat 4 flat. Haa.. kenapa kau tanya pasal dia?” tanya Eilla pula.

Anis Syatilla angguk. “ Tadi terjumpa. Aku senyum tapi dia tak balas sebaliknya terus sindir-sindir aku macamlah aku ni ada hutang dengan dia. Padahal tak pernah bercakap pun selama ini.” Anis Syatilla reka cerita. Sengaja ditinggalkan bahagian Imran Iman.

“Pelik tu. Dia ada masalah kat sini kot,” Eilla tunjuk kepalanya sambil ketawa.

Anis Syatilla ikut ketawa. Dia tutup mulut dengan tangan kanannya, ala-ala gadis melayu terakhir.

“Isyy kau ni tak baiklah.” Anis Syatilla marah Eilla, tangannya menampar manja bahunya.

“Dah kau cakap tak pasal dia sindir kau. Mestilah otak dia tak betul. Tak kenal dah serang tak tentu pasal. Biasa orang bijak pandai ni ada masalah kat otak dia. Sebab terlampau banyak guna otak sampaikan EQ pun out.” Eilla cakap lepas.

Anis Syatilla ketawa lagi. Dia gembira mendengar komen Eilla itu. Orang bijak ni memang cepat gila.  


 Pesan Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan