Jumaat, 20 Ogos 2021

Pre Order Novel Beautiful Jodoh kini dibuka

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...


Dengan lafaz Bismillahirrahmanirahhim... Officially saya telah membuka PRA TEMPAHAN BEAUTIFUL JODOH
HARGA PROMOSI SINGLE RM40 SM / RM45 SS
HARGA PROMOSI KOMBO RM70 SM/ RM76 SS
Pra tempahan dibuka selama sebulan bermula hari ini 15 Ogos 2021 sehingga 15 September 2021.
Kali ini saya join promosi bersama novel Penerbitan Ilham Santai penulis Cici Aida..
Jadi jangan tangguh dapatkan buah tangan terbaru saya bersama CICI AIDA.






Beautiful Jodoh
Blurb

Menumpang kasih atuk dan mak tuk, Haura Nur tumbuh menjadi seorang gadis introvert. Namun keadaan itu berubah apabila dia melanjutkan pelajaran ke universiti. Berkenalan dan tinggal sebilik dengan Naemah, Zakiah dan Latifah memberikan pengalaman baru. Dia mula membuka hati untuk membina sebuah persahabatan tanpa perasaan rendah diri.

Ferran Atiq crush Haura Nur sejak di bangku sekolah lagi. Mereka tidak pernah bercinta, tetapi saling memendam rasa. Bertemu kembali di universiti, Ferran Atiq khabarnya sedang hangat bercinta dengan gadis lain. Benarkah?

Ferran Atiq - tidak kira di mana dia belajar, sentiasa menjadi pujaan ramai. Biarpun digosip sedang hangat bercinta dengan gadis popular kampus, tidak dihiraukannya kerana dalam hatinya hanya ada Haura Nur. Sudah lama diintai, memikat sahaja belum.

“Gosip panas, Ferran dah putus dengan Anis!”- Zakiah

“Akhirnya Ferran tinggalkan juga minah fake tu”- Latifah.

Hati Haura Nur gembira. Si dia yang menjadi pujaan bukan lagi kekasih orang. Namun untuk memunculkan diri di hadapan lelaki itu, tidak sama sekali.

“Saya tak suka awaklah. Boleh tak jangan kacau saya lagi! - Haura Nur.

“Tapi saya sukakan Ara!” - Ferran Atiq.

Mengapa Haura Nur mengelak, tatkala Ferran Atiq muncul mencurah rasa?
Mengapa saat mahu mencipta bahagia, ramai pula yang muncul mahu menghalangnya?
Beautiful Jodoh, seindah takdir menyatukan hati mereka berdua.

UNTUK MEMBACA BAB - BAB AWAL di sini






Pssst... Ada kombo special pada sesiapa yang belum memiliki Nufah lagi.. Terhad 100 kombo BEAUTIFUL JODOH MIX NUFAH sahaja RM69 sm/RM74 ss free pos








BLURB

(BEBAS DARI DUSTAMU)

“Jadi isteri kena hambakan hidup untuk suami. Lemah-lembut, biar nampak bodo-bodo sikit barulah laki tu sayang.” RAHIMAH

Not me!

Jadi wanita dan isteri aku boleh terima sebaiknya. Tapi untuk menghambakan diri pada lelaki bernama Hakim adalah satu kesilapan.

“Fiya ni bukan menantu cap ATM?” ALFIYA

Manakala Hakim tak ubah reaksinya seperti lembu cucuk hidung. Menurut disebalik senyuman. Mengalah VVIP mentua aku makan dihotel lima bintang. Hampir mencecah ke RM800 sekali makan.

“Abang share dengan adik-adik abanglah. Tapi abang bayar dulu. Dia orang belum gaji lagi. Tak payah risaulah, abang tak minta Fiya bayar pun.” HAKIM

Tak cukup dengan itu, sikap bapa mentua aku yang terlalu menurut dan rendah diri juga sedikit sebanyak membuatkan hatiku bertambah koyak.

“Ehh.. jangan banyak sangat nasi tu. Ayah makan sikit aje. Mak kau marah kalau ayah makan banyak-banyak. Katanya nanti jadi pemalas.” CHE MAT

Bila duit menguasai akal, hati tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki.

“Boleh sayang. Aku boleh lepaskan kau. Kau pun tak berguna kat aku lagi. Mulai dari ni, aku ceraikan kau dengan talak dua.”

Rasa sayang bertukar benci. Aku hampir menjadi setengah gila. Hidupku seperti sudah jatuh ditimpa tangga.

“Kalau dia sanggup buang awak selamanya, saya seribu kali sanggup terima awak sampai bila-bila, Fiya.” BADRUL

Kesan kemalangan membuatkan aku lumpuh. Namun takdir Allah tiada siapa yang tahu.

“Tak boleh ke Fiya maafkan abang? Abang dah cacat. Abang tak mampu nak cari duit untuk makan. Bagilah abang peluang untuk tebus salah abang.”

Hati aku sudah mati untuk lelaki bernama Hakim. Rayuan manisnya tak kan pernah mengubah apa-apa.
Selamat tinggal suamiku. Selamat tinggal keluarga mentuaku.

“Kebahagiaan awak adalah kebahagiaan saya. Dan inilah bukti yang akan saya katakan pada dunia, awaklah cinta hati saya sampai mati.” BADRUL

Untuk Order boleh klik link di bawah


https://bit.ly/37GshVt





Boleh follow pages penulis di facebook https://www.facebook.com/fantasiceritakudotcom
Instagram; shima.rostambs
Jika sukakan cerita di sini boleh share link di medsoc masing-masing..
Terima kasih di atas sokongan.

Jumaat, 13 Ogos 2021

Beautiful Jodoh ; Bab Tujuh

Boleh follow pages penulis di facebook https://www.facebook.com/fantasiceritakudotcom

 Instagram; shima.rostambs 

 Jika sukakan cerita di sini boleh share link di medsoc masing-masing..

 Terima kasih di atas sokongan.

Pra Tempahan akan di buka Pertengahan Ogos ini, nantikan...

“Pergi solat dulu, lepas tu baru makan,” arah Ferran Atiq seolah-olah mereka telah lama berkawan baik.

Haura Nur terkebil-kebil memandangnya. Macam orang dungu memandang Ferran Atiq dengan riak blur. Sudahlah tadi dia telah memalukan diri sendiri, jadi bila bertentang dengan Ferran Atiq ketika ini dia jadi lost. Macam tak tahu nak cakap apa lagi.

“Pergilah. Buku ni saya pegang,” arah Ferran Atiq lagi.

Seolah-olah baru tersedar, Haura Nur jeling tajam. Bukunya dikelek oleh Ferran Atiq. Kalau minta pun mesti mamat ni tak kasi. Dengan penuh keterpaksaan Haura Nur terpaksa ikut juga cakap Ferran Atiq. Dia sengaja hentak kaki kuat ketika berjalan dengan muka tak puashati. Tapi tanpa dia sedar sikap itu adalah sikap manjanya sebelum dia ditinggalkan.

Ferran Atiq geleng kepala. Dia nak ketawa tapi ditahan dengan bibir dikemam. Cute dan comel melihat Haura Nur marah dan merajuk. Hati Ferran Atiq senang dan terhibur dengan telatah Haura Nur. Selepas memastikan Haura Nur masuk surau muslimah, dia juga melangkah ke surau muslim yang terletak bersebelahan.

Setengah jam kemudian, Haura Nur keluar dari surau. Sengaja dilambat-lambatkan, biar Ferran Atiq tak sabar menunggu dan tahu dia bukan perempuan fake macam Anis Syatilla tu. Jadi dia sanggup menyiksa perut sendiri demi memuaskan sakit hati dengan sikap Ferran Atiq.

“Dah siap?” Soal Ferran Atiq apabila Haura Nur mendekatinya. Wajahnya tenang seolah-olah tidak ada apa yang berlaku.

Haura Nur tak menjawab sebaliknya melintasi Ferran Atiq menuju ke kafe. Wajah tenang dan sabar Ferran Atiq mengundang rasa bersalah dalam hati Haura Nur. Sebab itu dia terus berjalan tanpa menghiraukan Ferran Atiq.

Ferran Atiq geleng kepala. Rupanya bukan senang nak melayan dan memahami hati perempuan ni. Rasanya tak mudah dia hendak memenangi hati Haura Nur. Tapi tak apa dia suka. Perasaan yang terpupuk beberapa tahun inilah yang akan digunakan untuk mengikat hati Haura Nur nanti. Jadi dia mengikut dari belakang.

Ketika mereka sampai, dah tidak banyak pilihan, banyak lauk telah habis. Jadinya Haura Nur memilih nasi ayam sahaja. Ferran Atiq ikut sama. Gelagat mereka menjadi perhatian mata-mata yang ada di dalam kafe itu. Saling berbisik dan bergosip. Haura Nur perasaan, hati mula mencemuh Ferran Atiq. Sebab dialah, Haura Nur menjadi tumpuan hari ini.

‘Kenapalah dia boleh tiba-tiba terlibat dengan mamat ni,’ keluh Haura Nur, tak suka.

“Ara sini,” terdengar suara perempuan memanggil. Haura Nur mencari dan melihat Zakiah melambai-lambainya. Kaki terus melangkah menuju ke arahnya. Sampai di meja, Zakiah bukan keseorangan tetapi ditemani oleh kekasihnya, Zarif.

“Lambat kau makan tengah hari ni. tak sakit perut ke? Kau kan ada gastrik,” tegur Zakiah prihatin. Mata melihat ke belakang Haura Nur, Ferran Atiq. Confirm! Haura Nur bersama dengan Ferran Atiq.

Haura Nur tak menjawab, sebaliknya duduk di sebelah Zakiah dan terus makan nasi ayamnya. Ferran Atiq pula duduk di sebelah Zarif dan bertentang dengan Haura Nur. Zakiah dan Zarif dalam diam memerhati gelagat mereka berdua dan saling mengangkat kening.

“Makan tomato tu,” tegur Ferran Atiq.

Haura Nur buat tak dengar, terus makan nasinya tanpa mengusik hirisan tomato itu. Dan.. tiba-tiba hirisan tomatonya hilang dari pinggannya. Haura Nur angkat muka melihat Ferran Atiq selamba memakannya.

Warna wajah Haura Nur berubah. Dia segan dengan sikap intim Ferran Atiq seolah-olah mereka berpasangan. Tapi bila masa pulak mereka rapat, hanya sekali makan bersama dengan Imran Iman, terus sikap Ferran Atiq berubah. Sejak pagi tadi, Ferran Atiq berada di sisinya. Kali ini Haura Nur terasa sangat terganggu!

“Kau..” Zarif terkejut. Ini kali pertama dia melihat bersikap selamba tapi mesra Ferran Atiq dengan orang lain. Dengan dia pun tak pernah Ferran Atiq berkongsi makanan, apatah lagi makan yang orang tak nak.  

“Aku pergi ke kuliah dulu,” beritahu Haura Nur apabila dia habis makan. Sikit pun tidak memandang Ferran Atiq di depannya. Buku di atas meja di ambil.

“Jangan ikut saya lagi!” sempat Haura Nur memberi amaran kepada Ferran Atiq dengan muka garang.

Tapi reaksi Ferran Atiq ketika itu sangat selamba malah dia tersenyum sambil matanya mengekori Haura Nur sehingga gadis itu hilang dari pandangan.  

Zakiah dan Zarif saling berpandangan kemudian melihat Ferran Atiq. Kemudian mereka geleng kepala. Ini pertama kali mereka melihat Ferran Atiq cuba mengurat.

“Kau ikut dia?” Zakiah tunjuk Haura Nur kemudian memandang Ferran Atiq.

Ferran Atiq angguk, mengaku. Tidak ada apa yang perlu disembunyikan lagi. Dia akan memikat Haura Nur secara terbuka.

“Kau suka dia?” Zakiah inginkan kepastian. Satu persatu pesanan dan sikap prihatin Ferran Atiq selama ini bercantum seperti puzzle.

“Ya. Aku nak Ara jadi kekasih aku. Dia tak ada boyfriend lagi kan??” Ferran Atiq pula menyoal. Inginkan kepastian. Mana tahu dia terlepas informasi sebelum ini.

“Tak. Kawan lelaki pun tak ada. Jadi selama ini kau...” Zakiah tak sambung ayat sebaliknya melihat wajah Ferran Atiq bagaikan mahu membaca apa yang tersembunyi di dalam hatinya.  

Ferran Atiq angguk. Bibir ditarik naik atas sebelah menjadikan riaknya ketika ini seorang yang penuh muslihat.  

“Bila pernah aku bergurau tentang hati? Betul aku suka dia, dah lama,” balas Ferran Atiq tanpa berselindung.

“Sejak bila?” Zakiah tanya lagi.

“Sejak dia terkena bola yang kau sepak tu?” Zarif meneka. Teringat dulu pernah sekali ketika sekolah, Haura Nur berjalan di tepi padang, ketika itu mereka sedang berlatih bola sepak, bila bola yang Ferran Atiq sepak melantun terkena Haura Nur.

Ferran Atiq angguk mengaku dan menyambung dalam hatinya. Lebih lama dari itu.

Zarif ketawa, tak percaya. Tapi itulah kenyataan. Selama ini dia pernah perasan Ferran Atiq selalu membuat rondaan di blok bangunan tingkatan 1, berhenti lama di kelas tingkatan 1B dan dia selalu curi pandang ke tepi tingkat, tempat duduk tengah. Rupanya  Ferran mengintai Haura Nur bukan yang duduk di sebelahnya.

Zakiah pula diam. Banyak kali sebelum ini Ferran Atiq bertanyakan pasal rakan sekelasnya tapi Ferran Atiq tak sebut nama, tanya secara umum. Jadi dia yang sedia mulut murai ni becok bercerita.

“Bila tu?” Zakiah tarik tangan Zarif,  ingin tahu. Mendengar ketawa dan reaksi kekasihnya, Zakiah tahu Zarif pun seolah-olah tak percaya tapi dia dapat agak sebenarnya dah lama Ferran Atiq sukakan Haura Nur.

“Awak ingat tak dulu, saya dan Ferran selalu ronda kawasan blok kelas tingkatan 1. Dalam sehari tu paling kurang dua kali.”

Zakiah angguk. Sebab dari situ permulaan kisah abang angkat, adik angkat dia dan Zarif. Status mereka bertukar selepas dia masuk universiti.

“Jadinya?”

“Bukan saya sorang tengah usha awak, Ferran juga tengah usha Ara ketika itu tapi lain yang dicari lain pula yang dapat,” cerita Zarif.

Haura Nur pendiam jadi mana dia perasan usaha Ferran Atiq itu.

“Jadinya dulu Ferran bukannya cari Shidah tapi Ara?” teka Zakiah. Dia masih ingat dulu, Ferran Atiq memang selalu menjadi perhatian di sekolah mereka dulu. Ke mana saja dia pergi, akan ada mata melihat dan bermulalah gosip-gosip timbul. Sama seperti di universiti ini, tapi di sekolah tidak adalah nampak sangat. Hanya Shidah yang dilayan, sebab itulah timbul gosip Ferran Atiq bercinta dengan Shidah. Dan gosip itu hilang selepas Ferran Atiq tamat tingkatan 5. Shidah pula bercinta dengan orang lain. Shidah sekelas dan duduk sebelah dengan Haura Nur. Dia pula duduk depan barisan tengah.

“Jadi selama ini Shidah tu yang syok sendiri Ferran suka kat dia?” cerita tak disangka, menggeletek hatinya. Seperti Anis Syatilla juga.

“Patutlah.. Ara kan tak bergaul dengan orang dulu.”

Dulu Haura Nur sangat pendiam. Dia sentiasa membawa bekal ke sekolah, jadi jarang sangat makan di kantin. Di dalam kelas pun dia tak bercakap. Tapi dia masih berada di antara 3 pelajar terbaik di dalam kelasnya. Pernah cikgu nak memindahkannya ke kelas nombor 1 tapi dia tak nak. Alasannya subjek agama dia tak berapa pandai. Sebab itu apabila dia sering tidur dan tidak menumpukan perhatian di dalam kelas cikgu tak marah. Sebab Haura Nur pelajar pintar.

“Kau serius?” Zarif bertanya untuk kepastian.

“Perasaan itu tak pernah berubah.”

“Tapi kau.. selama ini tak ambil kisah pun.” Zarif tak puas hati. Jika betul perasaan itu tak pernah berubah tapi kenapa Ferran Atiq sengaja membiarkan Anis mengambil kesempatan?

Siapa kata?



Isnin, 9 Ogos 2021

Beautiful Jodoh; Bab 6

Boleh follow pages penulis di facebook Pages FB

 Instagram; shima.rostambs 

 Jika sukakan cerita di sini boleh share link di medsoc masing-masing.. 
Terima kasih di atas sokongan.

Pra Tempahan akan dibuka pertengahan Ogos ini. Nantikan...



“Ada orang kat sini?” suara lelaki menegur.

“Tak ada,” balas Haura Nur tanpa melihat. Dia tengah fokus mengira. Tak mahu nanti kiraannya salah dan dia kena kira balik. Dah 2 kali dia kita, akaunnya masih lagi tak balance. Geram. Tak tahu di mana lagi silapnya.

Orang yang menegur tadi, tarik kerusi dan duduk di sebelahnya. Haura Nur perasan dia tengok apa yang sedang dilakukannya, namun dia malas nak ambil tahu. Bukan tak biasa dengan keadaan ini, akan sentiasa ada siswa yang peramah mahu mendekatinya. Tapi dia tak minat untuk beramah-tamah atau menambahkan kawan berlawanan jenis. Dia tak suka. Dia tidak mahu ketenteraman hidupnya terganggu. Sekarang bukan masanya mencari kawan lelaki.

Lelaki tadi tak menegur lagi. Dia melakukan kerjanya. Hati Haura Nur tenang. Kalau tak mahunya dia cari tempat duduk lain pula. Tapi..

“Satu untuk Ara.”

Haura Nur terus berpaling melihat ke sebelah.

“Awak?” jantung berubah tempo.

“Buat apa kat sini?” Haura Nur tanya soalan bodoh. Dah sini study room sudah tentu datang belajar. Rasa nak tampar mulut sendiri je.

“Teman awak study,” jawapan Ferran Atiq itu membuatkan Haura Nur terkebil-kebil memandangnya, terkejut.

Salah dengar kot.

“Minum dulu..” arah Ferran, bibir atasnya ternaik melihat reaksi Haura Nur itu. Cute. Melihat Haura Nur dalam jarak dekat kali ke dua membuatkan dia dapat melihat dengan jelas wajah naked tanpa sebarang calitan bedak namun kulitnya bersih tanpa sebarang noda jerawat. Malah nampak jelas saluran darah di bawah kulitnya. Cantik.

“Kau dekati dia dan kau akan tahu dia seorang gadis yang baik dan manja. Clumsy juga dan akan menceriakan hari kau.” Ferran Atiq teringat saranan Imran Iman. tak habis-habis dia gesa Ferran Atiq memulakan langkah.

Ferran Atiq membuka penutup botol dan dihulurkan kepada Haura Nur.

Macam robot Haura Nur mengambilnya dan minum sampai habis kemudian diletakkan kembali ke tangan Ferran Atiq yang setia menadah.

Good.. boleh sambung study,” arahnya.

Haura Nur berkerut kening. Dia masih lagi memandang Ferran Atiq. Mereka bukannya rapat pun. Tapi kenapa tiba-tiba Ferran Atiq melayan dia macam mereka dah lama rapat.

“Pelik!” getusnya sebelum berpaling kertas assignment di atas meja.

“Imran suruh saya jaga awak. Jadi saya ikutlah apa yang dia suruh,” selamba Ferran Atiq memberi jawapan budak sekolah.

“Kalau Imran suruh awak terjun bangunan, awak pun terjunlah?” bidas Haura Nur berbisik.

“Kalau saya terjun, belum kahwin lagi dah jadi balu awak nanti,” selamba Ferran Atiq membalasnya.

Bulat mata Haura Nur mendengarnya. Apa pulak dia yang terkait. Darah panas menyerbu ke muka, apabila faham apa yang Ferran Atiq maksudkan. Segan. Dia tidak membalas, sebaliknya tunduk menjawab soalan tutorialnya.

Manakala Ferran Atiq melihatnya dengan hati tersenyum. Memang betul kata Imran Iman, reaksi Haura Nur nampak comel di matanya membuatkan dia mahu mengusik lagi. Tapi ditahan hati sebab tidak mahu Haura Nur terkejut lagi. Menyesal pulak dia tidak mendekati Haura Nur lebih awal, walaupun masih belum terlambat.

Haura Nur tidak menghiraukan Ferran Atiq lagi. Dia tekun membuat tutorialnya. Namun hati masih juga tidak tenteram. Dia rasa ada yang tak kena. Lalu dijeling Ferran Atiq dengan hujung mata. Lelaki itu sedang mengadap laptopnya dan menaip dengan laju. Haura Nur melihat skrin laptop, penuh dengan kod-kod yang tidak difahaminya. Niat hati mahu menegur tidak diteruskan dan dia kembali fokus melakukan kerjanya.

Bukan Ferran Atiq tidak perasan tapi dia tidak mahu Haura Nur terkejut lagi dengan sikap mesranya. Bukan dia tak tahu banyak gosip muncul tentang dirinya. Mereka satu sekolah dulu, jadi tentunya Haura Nur tahu sikapnya sebelum ini. Jadi bila dia terlebih peramah nanti dikata buang tebiat pulak.

Dua jam bertapa di dalam study room, akhirnya siap juga tutorialnya. Haura Nur melihat jam di dinding, dah 1.30 tengahari. Perut pun dah berbunyi. Sarapan pagi tadi cuma roti dengan air milo dan tambah yakult yang Ferran berikan tadi sahaja. Tentu di kafe sekarang penuh. Jadi dia tak nak membuang masa. Solat dulu baru makan dan terus ke dewan kuliah.

“Dah siap kerja?” tegur orang di sebelah.

Baru Haura Nur teringat, Ferran Atiq masih lagi ada di sebelah. Dia angguk.

“Pukul 3 nanti ada kuliah,” jawabnya ringkas.

Ferran Atiq angguk dan dia turut mengemaskan barang-barangnya.

“Kuliah dekat mana?”

“Dewan kuliah pusat.”

“Okey kita solat dan makan dulu. Saya hantar Ara ke sana nanti,” kata Ferran Atiq.

Tangan Haura Nur berhenti mengemas buku-bukunya.

“Saya tahulah Imran suruh awak jaga saya. Tapi tak payahlah baik sangat. Saya tak suka. Boleh tak kita macam dulu. Awak dengan cara awak, saya dengan hidup saya. Hanya kenalan yang tidak mesra,” saran Haura Nur. Dia tak biasalah bila ada orang tiba-tiba baik ni.

“Saya jalankan amanah yang Imran berikan. Tak salahkan?” Ferran Atiq buat tak faham bahasa.

Beg Haura Nur yang telah siap dikemas, ditarik dan disangkutkan ke bahunya. Haura Nur tarik tali begnya, tak lepas.

“Saya boleh bawak sendirilah,” getus Haura Nur geram.

“Okey. Bagi saya buku tu, biar saya bawakan,” balas Ferran Atiq.

Haura Nur kacip gigi geram. Bila pula Ferran Atiq ni jadi manusia tak faham bahasa. Tadi dia dah cakap, buat hal masing-masing. Tak payah nak ikut sangat cakap Imran Iman tu.

Haura Nur tak puashati. Dia telefon abangnya.

“Assalamualaikum. Abang suruh Ferran buat apa?”

“Waalaikumussalam.. buat apa, apa?” Imran Iman tak faham dengan soalan adiknya. Dia terlupa perjumpaan dia dengan Ferran hujung minggu lalu.

“Jangan pura-pura tak tahulah. Cakap dengan dia jangan kacau hidup Ara. Ara tak ada hutang pun dengan dia,” marah Haura Nur.

“Dia..” tak sempat nak sambung Ferran Atiq dah tarik Vivonya. Talian diputuskan.

Haura Nur tergamam dengan sikap Ferran Atiq itu.

“Boleh kita keluar dulu,” bisik Ferran Atiq sambil memberi isyarat mata supaya Haura Nur melihat sekitar.

Baru Haura Nur teringat di mana mereka berada. Dia tunduk dan tak menunggu lagi, dia segera melangkah keluar. Malu usah cakaplah apabila menjadi perhatian banyak mata di dalam study room itu.


Jumaat, 6 Ogos 2021

Beautiful Jodoh; Bab Lima



“Bila pulak aku ada skandalnya? Dia kawan Abang Im. Tadi makan sekali dengan Abang Imlah. Aku pun baru tahu,” balas Haura Nur setenang mungkin. Padahal hati dah dup dap dup dap takut rahsia hati terbongkar.  

“Oooo... ingatkan kau dating dengan dia tadi.”

Haura Nur pusing bola matanya ke atas. “Tegur pun tak selama ini. Tiba-tiba dating? Buang tebiat ke apa?”  

“Kah kah kah.. manalah tahu kan,” usik Zakiah.

“Cepat cerita, kau tanya dia direct ke?” gesa Latifah pula. Tak sabar nak tahu, tentunya mereka yang pertama tahu tentang cerita panas ini. Mana tahu selepas ini boleh jadi wartawan tak bertauliah group ‘Terkini dan Sensasi, jom kita terjah.’

Haura Nur angguk. “Aaah sebab Abang Im berkenalan dengan Anis semasa tunggu aku tadi. Aku cakap minah tu fake, jangan nak kawan dengan dia. Abang Im macam tak percaya. Jadi bila aku tengok kawan yang dia tunggu tu Ferran, directlah aku tanya dia.”

“Dia pun cakap Anis tu minah fake. Terkejut jugak aku dengar. Ingatkan sebab dia kecewa dengan Anis tu dia burukkan Anis. Tapi rupanya dia cakap tak pernah bercinta pun. Nak putus apa. Lepas tu aku soal siasatlah dia apa sebenarnya berlaku.”

“Dah tak bercinta kenapa tak cakap awal-awal. Ramai tahu yang frust sebab ingat dia bercinta dengan Anis ni,” bebel Naemah, tak puas hati.

“Betul tu. Ramai lagi yang suka dia, sepuluh kali lebih baik dari Anis tu,” sambung Latifah pulak.

‘Aku pun suka Ferran jugak. Dah lama,’ bisik hati kecil Haura Nur. tapi tak berani nak pecahkan rahsia hatinya. Sedar diri Ferran ni handsome dan tinggi. Hendak digandingkan dengan dia yang katik ni, tak sepadan langsung.

“Dia cakap, mula tu dia nafi jugak tapi tak ada orang nak percaya. Jadi dibiarkan sahaja, hidup dia pun tenang, tak ada kena kacau dengan lagi.”

“Laa.. ada pulak lelaki macam tu. Ambil mudah tentang perkara ni. Jodoh lari nanti baru tahu!” celah Naemah.

“Betul. Aku sokong. Confirm jodoh dia dah lari ni. boleh aku masuk jarum pulak.. kiki..” seloroh Naemah lagi.

“Si Rahman tu kau nak letak mana? Bukan ke kau dah declare dengan dia ke?” sindir Zakiah.

“Adoi... spoil mood aku. Baru declare minggu lepas, hari ni kami dah bergaduh besar,” ngomel Naemah.

“Laa sebab apa pulak. Kau ni perangai gengster tu kenalah ubah sikit. Nanti kang jodoh kau lari jugak.. hik hik,” usik Zakiah. Kemudian mereka bertiga bagaikan berpakat, ketawa.

“Dia suruh aku pakai tudung, labuhkan ke depan sikit lagi. Dalam erti kata lain pakai tudung labuhlah. Tudung bidang 45 ni kena tukar,” adu Naemah meluahkan rasa tidak puas hati.

Mendengar aduan Naemah, ketawa mereka mulai reda. Saling berpandangan, dalam hati masing-masing juga rasa tak puas hati. Baru bercinta, belum kahwin lagi dah tunjuk sikap dominan. Tudung bawal bidang 45 pun labuh juga jika tak disangkutkan ke bahu. Tapi Naemah ni jenis pakai tudung dia sangkutkan ke bahu bukan dipinkan dan dilabuhkan ke depan.

“Patutlah. Kau kan suka ikat tudung belakang. Manalah dia tak tegur. Rahman tu kan alim jugak orangnya. Takkan dia nak bagi orang tengok nasi lemak 3 ringgit kau tu,” Zakiah tergelak di hujung katanya.

“Aku pakai baju besar okey, tak nampak langsung bentuk nasi lemak 3 ringgit aku ni,” gerutu Naemah sambil mendada. Itu pula yang dikisahkan. Geram!

“Tapi tudung kau tak menepati syariah. Itu yang dia kisahkan,” sambung Haura Nur. dia pula memang pakai tudung instant je. Tak pun shawl yang dilabuhkan ke depan. Rasa janggal pula kalau tudung tak labuh ke depan.

Naemah tak puas hati. “Baru bercinta dia dah nak control aku. Baik aku putus awal-awal,” luahnya.

“Terpulanglah. Lagipun tak salah apa yang dia tegur tu. Untuk kebaikan kau juga,” ujar Latifah. Yang lain angguk setuju walaupun masa mula-mula tadi hati masing-masing juga ada sedikit tidak bersetuju dengan sikap Rahman itu.

“Sudahlah cerita pasal aku. Sambung kisah Ferran dan Anis tadi. Macam mana dia boleh tahu Anis tu fake?”

“Dia hack telefon Anis. Baca segala rahsia mak nenek Anis. Kemudian dia bersemuka dengan Anis. Disebabkan rahsianya dah terbongkar, jadi muncullah kisah sedih,” jawab Haura Nur. 

“Hahahaa.. kena beringat ni kalau nak bercinta dengan orang sains komputer,” balas Latifah pula.

“Eh kejap, dia berkawan dengan Abang Imran kau?” tanya Zakiah. Ini info baru.

Haura Nur angguk. “Aku pun baru tahu. Dah lama kot berkawan. Tapi abang aku baru je balik Malaysia.” Dia pun hairan, mana mereka jumpa.

“Abang kau gamer tak?”

Haura Nur angguk. Dia pernah menonton live abangnya. Tapi dia tak minat sangat games telefon ni. Hanya candy crush saja dia install dalam telefon buat hilangkan bosan.

“Ferran pun gamer juga. Dia atlet e-sport. Dia famous tau dalam e-sport ni. Ramai peminat dia tapi kat kolej ni tak ramai yang tahu. Dia selalu pakai mask bila live,” dedah Zakiah. Rahsia besar yang sepatutnya dia kunci dalam hati tapi lancar saja keluar dari mulutnya. Dah terlepas cakap baru dia gigit bibir sendiri. Menyesal.  

“Aku tak hairan pun sebab dia budak komputer sains. Komputer genius. Nama dia pernah beberapa Prof Nik sebut dalam kuliah. Prof. Nik ni pun suka e-sport jugak,” sambung Latifah pula tanpa menyedari perubahan Zakiah itu.

Mujur juga Naemah dan Haura Nur turut sama tak perasan. Zakiah menarik nafas lega. Rahsia ini hanya yang rapat dan dekat dengan Ferran Atiq saja yang tahu.

@@@@@

“So? Apa keputusan kau?” tanya Imran Iman tenang.

“Jadi selama ini kau maksudkan dialah?” Ferran bertanya pula. Tidak pernah ada keraguan di hati, malah itu juga pilihannya sejak dulu.

Imran Iman angguk.

“Dia dah tahu ke?”

Imran Iman geleng kepala. Masanya telah semakin suntuk.

“Kenapa aku?” Ferran Atiq ingin tahu. Selama mereka berkawan tak pernah masuk campur di dalam urusan peribadi masing-masing.

“Sebab aku tahu kau pilihan terbaik. Lagipun kau satu daerah dengan tok aku. Haura membesar di kampung. Jadi aku rasa kau calon paling layak dan dekat dengan dia.”

“Kalau dia menolak?” sengaja dicambah kesangsian dalam hati Imran Iman.

“Tak. Aku yakin dia akan terima pilihan aku ni. Sebab hanya aku faham dia. Adik aku tu dah lama terbuang. Aku mahu dia bahagia. Hanya dengan cara ini mampu membahagiakan adik aku.”

“Tapi dia tak sukakan aku pun,” tekan Ferran Atiq.

“Jadi kau buatlah dia jatuh suka dekat kau. Seingat akulah kau senior dia masa sekolah dulu kan?”

Ferran Atiq terdiam. Minda terus teringat kenangan ketika sekolah dulu. Dia telah lama perasan Haura Nur. Pelajar yang selalu sendirian yang sentiasa berada di hati.

“Mungkin dia dah sukakan orang lain. Aku tak nak dia rasa terpaksa nanti.” Ferran Atiq masih lagi berbelah bagi.

“Aku yakin dia tak ada sesiapa pun lagi. Lagipun adik aku tu banyak berubah. Sikap dia dah tak seperti dulu lagi.”

Kebahagiaan Haura Nur paling penting sekarang. Orang tua mereka telah lama tak mengambil tahu tentang hidup mereka terutama Haura Nur. Sejak orang tua mereka bercerai, Haura Nurlah paling terkesan sebab dia baru berumur 10 tahun, dia pula ketika itu telah berumur 15 tahun dan tinggal di asrama. Haura Nur kehilangan tempat bermanja dan perlu menjadi matang dalam masa singkat.

“Ara dulu seorang yang ceria dan suka tersenyum. Dia juga peramah dan ramai kawan. Tapi semuanya berubah apabila orang tua aku bercerai. Ara ikut mama aku dan aku pula ketika itu berada di asrama. Tak terjejas sangat. Habis SPM aku terus ke U.K. Ara pula kena tinggal dengan tok dan nenek aku kat kampung bila mama aku kahwin lain. Suami baru dia tak suka Ara. Begitu juga dengan papa aku, kahwin dengan anak dara berumur 25 tahun. Sejak itu dia berubah.”

Hati Ferran Atiq sakit. Tak sangka ada mak bapa yang mementingkan diri sendiri dan nafsu semata-mata. Sanggup buang anak sendiri selepas berkahwin lain. Patutlah Haura Nur selalu bersendirian dulu.

“Aku menyesal. Kalaulah aku tak ke UK dulu tentu Ara tak jadi macam ni. Tapi aku tengok sejak dia masuk kolej ni, dia banyak berubah. Dah ada kawan walaupun sikapnya masih lagi suka sendirian.” Imran Iman teringat Haura Nur pernah memperkenalkan dia dengan rakan sebiliknya.

“Aku setuju tapi biarlah keadaan menentukan. Kau tak boleh paksa dia. Dan jangan bagitahu dia.” Ferran Atiq tidak mahu orang lain campur tangan.

“Baik. Jadi kira kau setujulah ni.”

Ferran Atiq angguk. Mana boleh tak setuju walaupun terpaksa awalkan plan hidupnya. Tak apa asalkan dia dapat apa yang dia nak.

Imran Iman mengeluh lega. Dia yakin Ferran Atiq calon terbaik. 


Boleh follow pages penulis di facebook https://www.facebook.com/fantasiceritakudotcom 
 Instagram; shima.rostambs

 Jika sukakan cerita di sini boleh share link di medsoc masing-masing.. Terima kasih di atas sokongan.

Khamis, 5 Ogos 2021

Ebook novel Shima

Boleh follow pages penulis di facebook https://www.facebook.com/fantasiceritakudotcom 
 
Instagram; shima.rostambs 

 Jika sukakan cerita di sini boleh share link di medsoc masing-masing..

 Terima kasih di atas sokongan.

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua. Yang belum memiliki ebook saya atau novel saya... Yang ingin membacanya boleh dapatkan ebook novel-novel saya. Harga kombo istimewa untuk anda semua... 




Cherating In Love

 

Blurb..

“Subhanallah.. Cantikkan?” spontan aku menoleh ke sebelah. Melihat dia.

“Cantik..” bisikku. Mata tak beralih pandang. Macam kena gam. Melekap pada dia.

“Mataharilah.. tengok sana. Bukan saya,” dengus dia marah.

Aku sengih. Mulutnya dah muncung. Comel. Bila halal nanti, muncung tu aku patuk dengan bibir. Berani lagi nak muncung-muncung comel gitu?

 

Uncle Doktor, Nak tak jadi papa Niny?

 

Niny - anak kecil yang aktif dan cerdik. Tiba-tiba demam sawan membuatkan mamanya panik. Terpaksa dikejarkan ke hospital dan ditahan wad untuk pemantauan selama 24 jam.

Di wad Niny berkenalan dengan Doktor Sam, doktor pediatrik yang bertugas di wad tersebut. Sikap mesra Doktor Sam telah menawan hati Niny yang kerinduan belaian kasih seorang bapa.

Maka bermulalah misi Niny mencari papa.

"Uncle Doktor, nak tak jadi papa Niny?" - Niny

“Sekarang pun uncle boleh jadi papa Niny. Tapi uncle kena mengorat mama Niny dulu” - Doktor Sam

“Uncle kena mengorat mama dulu eh?” – Niny

“Ya, baby girl”– Doktor Sam

“Susahlah uncle, mama tu garang.” - Niny

”- Mama Niny

Bagi Doktor Sam perkenalannya dengan Niny mengejutkannya dari lena yang panjang. Menyedarkan dia bahawa peluang untuk mengecapi bahagia itu masih ada. Membuatkan hatinya ingin mencurahkan kasih sayang seorang ayah buatnya. Tapi jalannya tak mudah, dia kena jadikan mama Niny miliknya dulu.

“Lamaran saya tu tak ada expiry date. Awak dah bersedia cakap je. Tapi saya tak terima jawapan TIDAK.”

Kegagalan dalam perkahwinan terdahulu membuatkan mama Niny trauma untuk berkahwin lagi. Dia serik. Cukup sekali dia merasa manis dan pahitnya bergelar isteri orang.

“Niny nak uncle doktor jadi papa juga.” - Niny

Berjayakah Niny dalam misinya?

Siapa Adel? Dan siapa pula Dr Erica yang tiba-tiba muncul?

Dan paling penting berjayakah Doktor Sam melembutkan hati mama Niny?


 

Nufah

 

Nufah dan Tengku Firash ialah High school sweetheart. Mereka bercinta sejak zaman persekolahan lagi. Bagi Nufah, Firash itulah cinta pertama dan terakhirnya. Hati sangat bahagia apabila akhirnya mereka akan disatukan dalam ikatan perkahwinan. Namun beberapa minggu sebelum majlis, Tengku Firash mula berubah. Hati Nufah dicengkam gelisah.

Bagi Tengku Firash pula, Nufah itu cinta hatinya. Bidadarinya. Tidak pernah terlintas pun untuk mencuranginya, tetapi hatinya belum cukup kebal untuk menepis godaan demi godaan Dian. Tanpa sengaja, tersasar jua - Dian berada di dalam pelukannya.

Dian ialah sepupu merangkap kawan baik Nufah. Tempat Nufah mengadu, juga berkongsi kisah cintanya. Namun dalam diam, Dian turut mencintai Tengku Firash, hingga tergamak menggoda tunang sepupu sendiri. Ibarat gunting dalam lipatan, cinta Nufah-Firash akhirnya musnah angkara nafsu serakah.

“Dalam hal ini I yang bersalah. Hati I yang berubah. You tak bersalah dear. Jangan risau, I akan selesaikan perkara ini. Kita akan kahwin nanti.” - Tengku Firash.

“Tapi Nunu? Kasihan dia. I jahat. Dia percayakan I selama ini, tapi I khianati dia,” -  Dian 

Setelah segalanya terbongkar, Nufah rela mengundur diri demi maruah keluarga. Tengku Firash menyesal, namun nasi sudah menjadi bubur.

Nufah membawa diri mengubati lara di hati. Tiba-tiba muncul Sean; billionaire kacak penuh misteri.

You’re my sunshine. – Sean.  

Katanya, mereka pernah berjumpa tiga tahun lepas. Bila dan di mana – tiada dalam memori. Nufah keliru. Rahsia demi rahsia terbongkar. Nufah terharu. Cinta sepuluh tahun dicurangi,  dihadirkan pula cinta tanpa mengenal darjat. Hati yang terluka semakin sembuh. Cinta mula mengetuk hati, hendak terima atau tidak, masih berbelah bahagi.  

Reaching for your hand brings me such joy and knowing that you are mine forever brings me peace - Sean

Kemudian muncul pula Mellisa, mengaku anak yang dikandungnya milik Sean. Adakah Nufah bakal kecewa lagi? 


Isnin, 2 Ogos 2021

Beautiful Jodoh; Bab Empat



“Habis tu kenapa awak tak nafikan?”

“Dah.. tapi tak guna. Orang tetap anggap saya ni bercinta dengan dia. Jadi saya biarkan je. Nanti dah penat orang berhentilah bergosip,” balas Ferran Atiq, ambil mudah. Seolah-olah perkara itu biasa saja.

Lain pula dengan Haura Nur. Anginnya naik sampai ke kepala. Geram dan sakit hati pula dengan sikap ambil mudah Ferran Atiq. Tahu tak Ferran Atiq, setahun dia simpan kecewa dan sakit hati kerana ingat mereka berdua bercinta.

Muka Haura Nur merah. Imran Iman memerhati dalam diam, seolah-olah dia tidak ada di situ. Tapi matanya tajam memerhati setiap perubahan memek muka adiknya. Sikap Ferran Atiq juga lain dari biasa.

“ Tapi awak tahu tak si Anis tu ambil kesempatan. Dia gunakan nama awak.”

Ferran Atiq tenang mendengarnya. Dia perasan nada suara Haura Nur dah lain. Ada rasa terkilan dan kecewa di dalamnya. Ferran Atiq memandang Haura Nur seketika. Melihat perubahan riak Haura Nur, dia baru rasa menyesal.

“Saya ada dengar tapi ia tidak mengganggu saya. Lagipun gosip tersebut sedikit sebanyak menjauhkan saya dari gangguan siswi lain,” balasnya terus terang.

Bertambah sakit hati Haura Nur mendengarnya. Kata tak bercinta tapi apa tu maksudnya? Tak menafikan sama seperti mengiyakan gosip tersebut sama seperti menerima cinta Anis Syatilla itu. Haura Nur diam. Dia cuba tenangkan diri sendiri. Hatinya semakin sakit mendengar jawapan Ferran Atiq itu.

“Awak tak bersungguh menafikan bererti awak pun suka juga minah fake tu, faham tak?”

Terkejut mendengar tuduhan itu membuatkan Ferran Atiq memandang Haura Nur penuh minat. Minah fake? Semakin menarik, dia pun tahu Anis Syatilla tu minah fake? Muncul senyum lucu di wajahnya.

“Minah fake? Ingat saya je yang tahu.” Ferran Atiq ketawa kecil.

Kali ini Imran Iman memberi reaksi. “ Kau pun rasa dia tu fake?”

Fake dan pandai berlakon. Kalau dia terjun ke bidang lakonan aku rasa dalam setahun mesti dapat menang anugerah pelakon terbaik,” ulas Ferran Atiq.

Kali ini Haura Nur pula terdiam. Ingatkan selain dia dan rakan sebiliknya tidak ada orang lain tahu.

“Awak tahu dia tu fake tapi awak biarkan dia guna nama awak. Baiknya hati,” perli Haura Nur. Pertama kali bercakap membuatkan Haura Nur dah naik angin. Sia-sia dia admirer Ferran Atiq selama ini.

“Bukan baik hati. Tapi strategi mengelakkan diri dari menjadi buruan gadis-gadis lain.”

Haura Nur cebir bibir. “Macamlah dalam kolej ni tak ada gadis lain yang boleh dicari.”

Ferran Atiq angguk. “Betul. Sebab masa tu awak tak masuk kolej ni lagi.”

Kata-kata Ferran Atiq itu membuatkan Haura Nur terdiam.

Imran Iman berdeham. Syaknya tadi menjadi kenyataan.

“Kenapa awak libatkan saya pulak?” Haura Nur bengang. Tak pasal dia pula yang jadi topiknya.

“Kenapa kau cakap dia fake dan pandai berlakon?” tanya Imran Iman tanpa menghiraukan adiknya.

“Hmmm.. pasal kewujudan gambar itu aku tak tahu pun, kawan sebilik aku bagitahu. Selepas itu aku tanya Anis tentang gambar tu, dia cakap dia pun tak tahu siapa yang ambil dan postkan dekat group tu. Dia cakap takut, seolah-olah ada orang perhatikan mereka. Jadi dia minta aku ambil dia di kolej tika ada meeting waktu malam. Temankan dia makan sebab tak ada orang nak temankan. Aku pun okeylah. Sebab nak pergi meeting yang sama, makan pula kebetulan aku lapar, nak pergi makan juga. Dan selepas itu muncullah gambar-gambar mesra kami berdua. Aku buat tak kisah lagi. Tapi tak sedap hati juga. Aku tanya dia lagi, takut pula jadi masalah kat dia. Aku ni jenis tak kisah, awek pun tak ada,” Ferran Atiq menjeling Haura Nur.

“Sehingga aku nampak dia dengan seorang siswa ni, mesra sambil tengok gambar. Aku kenal lelaki tu, memang hobinya ambil gambar. Jadi aku siasat sumber gambar tu dari mana, rupanya dari lelaki itu. Kemudian aku hack telefon pintar, jumpa WhatApps antara dia dan Anis pasal gambar mesra aku tu. Jadi segala gosip tersebut datang dari Anis sendiri. Dia  upah orang sebarkan. Tapi bila aku tanya Anis tak mengaku dan berlakon seolah-olah dia juga menjadi mangsa. So, selama ini memang aku kena game. Bila dia rasa aku dah syak dia buat,  muncul pulak gosip kami dah putus.”

“Padan muka!” perli Haura Nur sedas lagi. Sebab geram dengan sikap ambil mudah Ferran Atiq. Dalam masa yang sama Haura Nur tersedar dia dah tertunjuk emosinya yang sebenar.

“Abang Im dengar tak? Kan Ara dah cakap minah tu fake, cantik berbisa, lembut beracun. Jadi sila jauhkan diri,” kemudian cepat pulak dia beralih kepada abangnya Imran Iman kerana mahu menutup sikapnya yang agak keterlaluan tadi.  

Ferran Atiq angkat kening, bertanya.

“Aku berkenalan dengan Anis tadi ketika tunggu Ara ni. Lama juga sembang. Aku bagi dia kad business. Orang cantikkan, ingatkan nak kenal,” selamba Imran Iman bercerita.

“Jangan tengok luaran saja, kena tengok dalaman juga. Orang tegur dan larang tak nak dengar. Kalau dengar cerita Ferran pun Abang Im nak kawan juga dengan dia, jangan cari Ara lagi,” tegas Haura Nur. dia tidak akan bagi muka langsung.

“Iyalah. Abang tak kawan dengan dia,” Imran Iman mengalah.

Better. Aku pun menyesal tak ambil tindakan awal,” balas Ferran Atiq dengan mata melihat gadis di hadapannya.

@@@@@

Balik ke bilik, Haura Nur tak sabar hendak berkongsi cerita yang dia dengar tadi. Hati gembira. Nasib baik Ferran Atiq tu bukan bekas kekasih Anis Syatilla. Lagi berganda nasib baiknya, Abang Imran Iman tak jadi nak masuk jarum berkawan dengan Anis Syatilla. Jadi dia kena cari orang lain yang paling sesuai dijadikan kakak iparnya. Tidak mahu Imran Iman tersilap pilih lagi. Termasuk dalam senarai Naemah dan Latifah. Cantik dan manis juga ke dua-duanya. Boleh masuk calon kakak iparnya.

“Aku ada cerita nak kongsikan dengan korang.”

“Apa dia?” serentak Zakiah dan Naemah bertanya.

“Sebenarnya kan, cerita pasal Anis bercinta dengan Ferran tu tak betul pun. Mereka tak pernah bercinta tapi Anis yang sengaja adakan cerita mereka bercinta. Gambar-gambar mereka berdua tu pun Anis yang upah orang sebarkan. Bila Ferran tahu cerita sebenarnya, tiba-tiba timbul pulak cerita mereka telah berpisah.”

“Sahih tak? Kau tahu dari siapa? Sumber mana?” hampir serentak suara mereka berdua. Sangat berminat nak dengar.

“Dari Ferran sendirilah.”

“HAAAA....” mereka bertiga menjerit kuat.

“Woi..Boleh diam sikit tak!” jerit orang sebelah.

Mereka berempat terus terdiam dan menahan ketawa.

“Betul ke?”

Haura Nur angguk laju. “Aku lunch dengan dia tadi..”

Bulat mata ketiga-tiga rakan sebiliknya. Mereka terus tarik tangan Haura Nur duduk atas katil dan mengelilinginya. Tak sabar nak dengar cerita.

“Bila kau ada skandal dengan dia!” 




Boleh follow pages penulis di facebook 

https://www.facebook.com/fantasiceritakudotcom 

Instagram; shima.rostambs

Jika sukakan cerita di sini boleh share link di medsoc masing-masing.. Terima kasih di atas sokongan.