Raikan Cinta Kita - 2

(Novel Cinta Adik Manja) “Kak Auni....” “Isyy mak budak ni. Cuba buat perangai elok-elok sikit,” tegur umi. Dia geleng kepala. Masih lagi tak berubah sikap biarkan dah jadi seorang ibu. Nur sengih. Nurin Sofea menggeliat di atas ribanya. Terganggu dengan suara soprano mamanya. Oppss terlupa. Dia mengulit Nurin kembali. Melihat kakak sepupu yang agak lama tidak ditemui, hatinya teruja. Banyak cerita yang ingin dikongsikan. Suami ustaznya entah ke mana menghilang dengan abah. Tak pernah lama berada di rumah. Ada sahaja benda yang mereka buat. Sesekali bila moodnya swing, mahu merajuk sampai habis syawal ni. Iyalah selalu tinggalkannya sendirian di rumah. Auni melangkah menghampiri Nur di sofa. Dia labuhkan punggungnya di sisi Nur, adik sepupu kesayangannya. Adik manja dulu sudah menjadi seorang ibu. Terserlah sifat keibuan di wajah manis Nur. Namun sikap manjanya tak berubah. “Nasib baik tak terlompat bangun tadi. Kalau tak kasihan baby terjatuh sebab mamanya brutal,” bebel