Semerbak
bau nasi dagang yang baru masak. Perut Auni mula berdondang sayang.wajahnya
ceria. Majlis rumah terbuka dan kesyukuran yang tertangguh minggu lepas
akhirnya dibuat juga pada minggu ini. Semuanya gara-gara dia yang tiba-tiba
pitam kerana tekanan darah rendah dan alahan teruk minggu lepas. Apabila dapat
keluar hospital terus Aazad merancang majlis mereka. Tidak mahu ditangguh lagi.
Keluarganya telah seminggu berkampung di rumah baru mereka yang terletak di
templer park. Di pinggir hutan dan berhampiran dengan air terjun kanching. Dia
puashati. Suasana redup di rumah baru ini mendamaikan jiwanya.
“Tak
boleh makan lagi ke mak teh?” pantas disuarakan isihatinya. Tak sabar mahu
makan. Padahal hari raya lepas dia telah pun menikmati nasi dagang air tangan
mak teh ini.
“Boleh
dah. Nur ceduk gulai ayam dan ikan tu ke dalam mangkuk sikit,” arah mak teh.
Nur
sengih. “ Lepas ni tak sampai sebulan berat Kak Auni akan naik sepuluh kilo,”
usik Nur.
“Tak
apa. Abang Aazad tetap sayang,” Auni menjawab selamba. Kasih mereka tersimpul
mati. Dia yakin dengan cinta Aazad tidak akan berubah walaupun bentuk badannya
telah berubah.
Nur
mencebik. Cemburu? Taklah. Kasih sayang dan cinta suaminya sentiasa membuatkan
berada diawangan.
“Majlis
nak mula pukul berapa Auni?”
“Pukul
dua mak teh. Selepas zohor orang masjid datang.” Beritahu Auni. Tangannya sibuk
menyenduk gulai ikan ke dalam pinggan tapi terhenti seketika.
“Salmi.
Bawa nasi dagang ni ke depan. Katering dah sampai ke belum?” tanyanya kepada
pembantu rumahnya.
“Sudah
pun. Mereka sedang menghidang kat depan tu.”
Auni
angguk. “ Jangan lupa hidangkan juga pulut kuning tu. pastikan cenderahati
diberikan kepada tetamu nanti.”
“Baik
puan.”
“Garangnya
puan kita ni,” usik Nur.
“Muda
lagilah maid Kak Auni tu.”
Auni
angguk bersetuju. Mulanya dia pun tak suka juga. Tapi dalam dua minggu ini dia
perhatikan kerjanya tip top. Pendiam dan rajin juga orangnya. Jadi prasangka
buruk di buang jauh.
“Dia
bagus buat kerja. Semua kerja yang Kak Auni arahkan dia buat tanpa banyak
cakap. Rumah pun dikemas bersih.”
Nur
angguk. Dalam dia diam memerhati pembantu rumah Kak Auni melakukan kerjanya.
“Tak
nak makan sekali ke Nur?”
“Makan
dengan Abang Syam nanti kak.”
“Pergilah
mandi dan bersiap dulu. Dah dekat pukul satu ni. Nurin Sofea mana?”
“Dengan
abi dia.”
*****
“Nur?”
“Ami?”
“Aik
kat sini pun kau ada jugak?” keduanya teruja dan saling berpelukan. Kali
terakhir mereka berjumpa ketika Nur dalam pantang.
“Ni
rumah kakak sepupu aku. Kau kenal dia?” Soal Nur. Suka hatinya ada kawan di
majlis ni.
Ami
geleng kepala. “ Amru kenal Encik Aazad. Katanya client firma,” jelas Ami.
“Kau
dah makan ke?”
“Dah
dengan Amru tadi. Tu tengah berbual-bual tu. Aku dah mula bosan. Nasib baik
nampak kau tadi. Nurin mana?”
“Tidur.
Ada umi aku tengokkan. Aku kena tengok – tengokkan bebudak catering ni. Kak
Auni dah masuk dalam kejap. Pening katanya.”
“Rindu
nak gomol baby girl kau. Mesti makin bambam.”
“Selalu
bergantung kat dada mama dia ni, macam mana tak bambam.”
Ami
ketawa. “Tapi mama dia semakin cantiklah. Kau tak nampak macam mak orang. Apa
rahsianya?” risiknya.
“Rahsianya?
Tu yang hensem pakai kopiah putih dengan kurta tu,” muncung mulut Nur tunjuk
suami kesayangannya. Sebab kalau bukan encik suami yang memujuk siang malam
supaya sabar dan ikut segala pantang larang umi dan mak mertua aku, tak adalah
aku jadi macam ni.” Cerita Nur dengan memek mukanya sekali.
Ami
ketawa besar. “Ketawalah kau. Bila sampai masa kat nanti baru tahu azabnya
berpantang ni. Itu ini semua tak boleh. Kena berdian pulak tu malam-malam,
panas. Belum lagi kena pakai bekung. Makan nasi berulam kunyit, bawang putih
dan ikan bakar je. Tukar menu pun semuanya bakar. Wajib ada bawang putih
ataupun lada hitam,” sambung Nur lagi.
“Mak
aku moden sikit kot. Takkan kena pantang
ketat-ketat,” balas Ami antara yakin tak yakin. Sekarang ni pun dah macam-macam
petua mak bagi suruh dia amalkan. Jadi isteri orang ni kena pandai jaga diri
luar dalam. Biar suami sentiasa sayang. Itulah yang mak selalu ulang.
Bagi
dia pula tak buat apa pun, Amru tetap akan sayang dia. Kalau tak, takkanlah
rela hati bertanggungjawab padahal dia tak pernah pun paksa. Kemudian susah
payah pikat hatinya sehingga dia cair.
“Hahaha..
Kot kau tu aku yakin kau pun kena lalui juga. Tapi kau tak payah risaulah,
pantang makan 44 hari je. Pantang bersama 100 hari. Sekarang ni macam-macam
boleh buat untuk ikat suami dalam 100 hari tu,” Nur sengih dengan kata-katanya
sendiri. Dengar dek suaminya haruslah kena tazkirah.
Ami
dah geleng kepala. Nur yang lembut dan bercakap pun tersusun-susun dulu dah
bertukar karektor lebih terbuka sikapnya.
“Aku
macam jumpa Nur yang baru. Dulu bukan main lagi cakap kau bertapis-tapis.
Sekarang ni semuanya kau main cakap je.”
Nur
ketawa. Dia tarik tangan Ami duduk di kerusi berdekatan.
“Kau
dah kahwin Ami, boleh aku bercakap terbuka dengan kau. Dah ada pengalaman.
Kadangkala tu tak salah kita saling berkongsi pendapat dan nasihat untuk
kebaikan bersama. Lagipun aku cakap dengan kau je. Dengan orang lain mana ada.
Kalau kak long dan kak chik aku lagi teruk cakap tak bertapis. Tapi bukan lucah
ya. Berlapik dan faham sendirilah. Aku cakap ni sebab suatu hari nanti kau akan
lalui juga.” Nur mengambil nafas seketika. Dia pandang sekitar. Dilihat
suaminya dah bergabung dengan suami Ami dan beberapa lelaki lain. Rancak mereka
berbual. Tetamu pula semakin ramai datang. Abang Aazad cakap dia jemput semua
staff syarikatnya yang hampir 200 orang tu.
Kemudian
Nur pandang Ami. Nampak berseri wajah sahabatnya ini. Seri pengantin baru tak
hilang lagi.
“Kau
kena ikut pantang lepas bersalin nanti. Habis pantang 100 hari, in syaa allah
badan kau slim macam anak dara, seperti aku ni. Rasanya terasa lebih sihat dari
anak dara dulu. Untuk kebaikan kita juga,” sambung Nur lagi.
“Iya-iya
je kau cakap. Aku lambat lagilah. Nak bercinta dulu sepuasnya. Baru fikir pasal
anak,” jawab Ami. Mahu tutup topik pantang ini.
“Eh
kau merancang ke? Makan ubat?”
“Taklah.
Mana ada. Belum rezeki.”
Nur
angguk dan senyum. “ Lambat tak lambat, aku rasa dah ada dah ni.” Tangannya
sentuh perut Ami.
Pantas
Ami pegang tangan Nur. “ Kau ni, malulah. Orang ramai ni kan.”
Nur
ketawa. “Aku yakin selepas ni kau akan dapat berita gembira.”
Ami
jeling. "Pandai-pandai je kau, macamlah doktor." Mata Ami melihat
sekeliling,takut ada orang perasan perbuatan Nur itu.
Nur
buat tak kisah. “Hari-harikan? Kecuali kau bendara merah,” usiknya lagi.
Spontan
Ami cubit paha Nur. Geram!
Majlis
rumah terbuka semakin meriah.
Sepasang
suami isteri bersama anak lelakinya baru tiba.
“Betul ke rumah Encik Aazad ni, bang?”
“Betul
dah kalau ikutkan alamat yang dia bagi ni. Waze pun bawa kita ke sini,” jawab
Ferhad.
“Besar
giler rumah dia. Dah macam villa dah,” puji Asma.
“Mananya
tak besar sayang, syarikat dia antara syarikat multinasional milik melayu yang
terbesar di Asia ni. Tapi abang respek dia. Very humble dan sempoi je. Kalau
sayang nak tahu Encik Aazad inilah pelabur terbesar resort kita.”
Bulat
mata Asma mendengarnya. “Pelabur terbesar? Maksud abang?”
“Abang
nak kembangkan resort kita ke Pulau Perhentian. Abang dah tengok kawasan yang
sesuai. Ingat tak dalam enam bulan lepas kita pergi Perhentian? Sambil bercuti
sebenarnya abang tinjau tempat. Kebetulan berjumpa dengan Aazad di sana.
Isterinya cikgu mengajar di Pulau Perhentian tu. Bila cakap abang nak buka
resort terus dia cakap berminat. Minta kertas kerja. Dia tertarik dengan konsep
resort kita. Dan untuk pengetahuan sayang ID villa ni abang yang reka.”
Mata
Asma bersinar. Kemudian dia terus memerhati kawasan villa ini. Cantik dan
menarik. Gabungan moden dan tradisional.
“Villa
ini melambangkan cinta Aazad kepada isterinya. Resort kita pula melambangkan
cinta abang kepada sayang,” Ferhad memeluk bahu Asma. Sungguh kata-kata Ferhad
membuatkan Asma terharu. Dan gelagat
mereka menarik perhatian Aazad dan Amru.
“Assalamualaikum..”
Aazad menyapa.
Dek
kerana terbuai dengan perasaan mereka, Asma dan Ferhad terlupa di mana mereka
berada. Membera wajah Asma, malu.
“Waalaikumussalam...”
“Sampai
juga kau. Sila-sila masuk..” Aazad mengajak. Mereka saling berjabat tangan.
“Apa
khabar Ferhad,” Amru hulur tangan.
“Laa
kau? Jumpa juga kat sini. Aku baru ingat nak pergi beraya rumah kau lepas ni.”
Ferhad teruja. Mereka saling ketawa. Aazad pula terpinga-pinga.
“Kau
kenal dengan Ferhad ni?” Aazad menyoal.
“Isteri
Ferhad berkawan dengan isteri aku. Aku pula melabur dalam resort dia.”
“Dan
Aazad ni merupakan pelabur terbesar resort aku di Pulau Perhentian.”
“Assalamualaikum..”
Hisyam memberi salam dan menghampiri mereka bertiga.
Asma pandang Hisyam. Ada juga? Hati dah
melonjak gembira. Mesti Nur dengan Ami pun ada sekali kat dalam tu.
“Waalaikumussalam.
Syam?” Mereka bersalaman.
“Jumpa
juga kau kat sini?”
“Abang
Aazad ni suami sepupu Nur. Masuk dulu, kita sembang kat dalam..” jelas Hisyam
sambil ajak masuk.
“Nur
dengan Ami ada kat dalam Asma. Pergilah masuk,” beritahu Hisyam.
Asma
angguk. Dia pandang Ferhad. Ferhad angguk memberi kebenaran. Lalu ditarik
tangan Farhan supaya mengikutinya. Dibiarkan lelaki bersembang sesama mereka.
“Masuk-masuk
makan dan sembang kat dalam dulu,” ajak Aazad pula.
Tetamu
semakin ramai datang. Aazad sebagai tuan rumah tersenyum lebar menyambut
kedatangan tetamunya.
“Assalamualaikum..”
“Waalaikumussalam
Tuan Syed. Sila-sila..”
“Selamat
hari raya Aazad. Ini isteri saya Riya dan anak-anak saya, Zara dan Ali.”
Riya
kagum. Cantik villa ni. “Nanti kita tengok villa kita pula sayang. Abang bina
lagi cantik,” jawab Syed Al-Aiman seakan dapat mendengar pujian di dalam
hatinya.
“Riya
tak cakap apa pun.” Heran dia dengan Mr Noble man ni. Selalu apa yang bermain
di dalam hati, akan dijawab oleh. Kena pulak tu.
“You
are me. Abang tahu apa yang sayang abang rasa dan fikirkan,” bisik Syed Al-
Aiman lagi.
Riya geleng kepala. Tak tahu nak kata apa dah.
Belum cakap pun dah dapat jawapannya. Hatinya berbunga bahagia. Biarpun mereka
berjodoh lambat, namun kemanisannya sentiasa dirasai. Cinta yang dirasakan
mustahil bersatu suatu masa dulu, terbukti kuasa Allah taala lah yang
menentukan segalanya. Terasa tangannya ditarik, Riya terus mengekor langkah
suaminya. Zara dan Ali juga mengikut mereka berdua.
“Mama..
nak pergi main sana,” Zara tunjuk ke taman mainan kecil yang dipenuhi oleh
anak-anak para tetamu.
“Makan
dulu. Lepas ni boleh pergi main. Ajak adik sekali,” jawab Riya.
Zara
angguk. Dia ambil pinggan berisi nasi dagang yang dihulurkan oleh mamanya.
“Ali
punya?” Ali pandang mamanya. Suara kecil dan wajah comel Ali sentiasa memikat
hati orang yang memandangnya.
“Mama
suapkan.” Ali angguk lalu dia ikut papanya mencari tempat duduk.
Hisham
tepuk bahu Amru.
Tersentak.
Tangan kanannya mengusap belakang tengkuk. Sejak tadi matanya tidak lepas
pandang isteri sendiri. Entah mengapa, melihatnya ketawa dan tersenyum, hatinya
berbunga bahagia. Ami semakin manja dengannya. Syukur dipanjatkan, semoga kasih
sayang mereka semakin bercambah dan terus subur di hati.
Hisham
geleng kepala. Faham sangat dengan fasa berbulan madu ni. Kalau boleh setiap
hari nak ada di depan mata je. Mahu berulit setiap masa.
“Am,
tak lari ke manalah isteri kau tu. tak payah nak tengok-tengok selalu.”
Amru
sengih.
“Tapi
aku faham apa yang kau rasa. Dulu pun aku macam kau juga. Setiap detik nak bini
ada dekat sebelah je..” sambung Hisyam. Dia tak malu akui. Indah dan bahagianya
perasaannya tika itu.
Dan
mereka terus berbual.
Aazad
semakin sibuk menyambut tetamu yang datang. Auni muncul disebelahnya setelah
berehat seketika.
“Sayang
okey ke ni?” tegur Aazad. Dipaut bahu isteri kesayangannya itu.
Auni
angguk. “ Okey abang...” balasnya. Ditatap wajah risau suaminya dengan penuh
kasih sayang.
“Assalamualaikum...”
“Waalaikumussalam...
Dato’Naim, Datin.. jemput-jemput masuk.” Auni turut senyum dan bersalam
menyambut tetamu mereka.
Majlis
rumah terbuka mereka berjalan lancar.