Jumaat, 15 Oktober 2021

Raikan Cinta Kita - 5



(Novel - Hati Yang Kau Sakiti)

“Kenapa?” Amru jungkit kening. Dari tadi lagi Ami pandangnya tak berkelip.

“Hensem! Patutlah Cik Yana tu tergila-gilakan abang,” omel Ami sebelum dia memandang ke dalam cermin. Senyum kacak encik suami terbias di cermin. Memang dia terpukau tapi hati ego untuk terus memandang wajah itu.

“Sayang pula, cantik dan manis. Patutlah abang tergila-gilakan sayang..” Amru pula memuji menggunakan perkataan tergila-gila. Memang betul pun. Sejak matanya jatuh pandang pada Ami dalam kelab dulu, hatinya telah jatuh tergolek. Jika bukan kesilapan mereka dulu pun, dia yakin akan memikat Ami juga.

Ami menjuih bibirnya. Langsung tak percaya. Dia bukannya cantik sampaikan orang boleh tergila-gilakannya. Kalau tak, tentu Hafiz tidak meninggalkannya. Inner magik disarung ke kepala. Kali ini terasa mahu memakai shawl seperti tutorial Ariani yang dilihatnya di dalam FB. Harapnya menjadilah. Dia bukannya pandai sangat nak belit-belit ni, selalunya pakai tudung bawal dan instant je.

“Tak percaya?”

“Langsung tak. Saya bukannya cantik sangat pun,” balas Ami.

“Tak apa tak cantik di mata orang ramai, asalkan cantik di mata hati abang,” bisik Amru yang berada rapat di belakang Ami.

“Jauhlah sikit, orang nak pakai tudung ni.” muka Ami dah berubah merah. Apasal tak jadi pulak ni. Tengok video itu senang je nak pakai. Merah malu dah berubah jadi merah geram. Eeeii... rasa macam nak tarik gumpal je tudung ni.

Amru memerhati dalam diam. Dia kulum senyum. Gelagat si isteri di depan cermin mencuit hatinya. Pelbagai cari pakai belit dilakukan oleh isteri tapi satu pun tidak menjadi. Padahal di matanya dah cantik terletak. Dia pandang jam di I phonenya, dah terlewat lima minit nak ke rumah terbuka. Ami masih lagi belum siap. Sayup-sayup terdengar suara ayah mertuanya memanggil mereka.

“Sayang pandai tak pakai ni?”akhirnya dia menyoal.

Ami mengeluh, kecewa. Dibuka brooch di bawah dagu. Nasib baik ada tudung bawal digosoknya tadi.

“Kenapa pulak ni?”

“Tukar tudunglah. Susah pakai ni, tak jadi,” jawab Ami geram. Tangannya dah mahu tarik shawl di atas kepala.

Amru segera menghenti perbuatan isterinya. “Jangan. Biar abang tolong pakaikan.”

Ami pandang suaminya tak percaya. “Pandai ke?”

“Abang try je dulu. Kalau tak jadi jugak baru sayang tukar tudung,” balas Amru. Dia menarik Ami berdepan dengannya. Shawl di kepala dibetulkan, panjang sebelah.

Ami diam membiarkan suaminya lakukan. Mata pandang wajah bersih suami. Eh, rupanya dagu encik makhluk perosak ni berlekuk. Patutlah ramai perempuan selalu curi pandang. Nampak duri-duri janggut mula menghitam. Nasiblah dia cuma setakat dagunya tapi rasa mahu gigit pulak dagu tu. Ami ketap bibir.

 Amru terpaksa menundukkan, sempat lagi dia curi cium dahi Ami dalam pada membelit tudung. Kemasan terakhir, dipinkan hujung tudung di bahu kanan dan kiri. Memerah lagi wajah cik isterinya.

“Siap!” dipalingkan tubuh Ami mengadap cermin.

Ami terpegun. Tangan Amru masih lagi berada di bahunya. Mata mereka saling bertatapan. Senyuman yang terukir di bibir suami, dibalasnya. Dia kagum.

“Abang belajar dari mana pakaikan tudung ni?” soal Ami akhirnya.

“Dari youtube. Tengok sayang gigih belajar, abang pun belajar jugaklah. Okey ke tak okey ni? Selesa ke tak selesa?” Amru inginkan kepastian.

Ami angguk. “Okey. Abang lebih pandai dari saya.”

Lebar senyuman Amru. “Untuk isteri abang tersayang, mestilah kena pandai, lepas ni biar apa je yang pakaikan shawl sayang. Nanti abang belikan lagi banyak shawl.” Amru dah merangka apa yang dia mahu lakukan. Ami lebih cantik dan manis memakai shawl.

“Betul ni?”

“Betul sayang. Apa sahaja untuk isteri abang ni,” bisik Amru. Rasa macam tak nak keluar bilik pulak. Bukan selalu boleh bermesra dengan cik adik ni. Selalunya tarik muka masam. Kemudian ada je benda nak buat, tak nak berlama-lama dalam bilik.

Ami cair. Entah bila Amru berada di belakangnya. Memeluk dari belakang. Tangan Amru di atas perutnya digenggam erat. Pertahanan diri telah lama roboh. Cuma ego yang masih belum turun lagi.

“Achik.. Amru dah siap ke belum?” terdengar suara mak memanggil sambil ketuk pintu bilik mereka.

“Dah mak.. Nak keluarlah ni...” sahut Ami. 



Boleh follow pages penulis di facebook https://www.facebook.com/fantasiceritakudotcom

 Instagram; shima.rostambs 

 Jika sukakan cerita di sini boleh share link di medsoc masing-masing.. 

Terima kasih di atas sokongan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan