Jumaat, 22 Oktober 2021

Raikan CInta Kita - 6



Semerbak bau nasi dagang yang baru masak. Perut Auni mula berdondang sayang.wajahnya ceria. Majlis rumah terbuka dan kesyukuran yang tertangguh minggu lepas akhirnya dibuat juga pada minggu ini. Semuanya gara-gara dia yang tiba-tiba pitam kerana tekanan darah rendah dan alahan teruk minggu lepas. Apabila dapat keluar hospital terus Aazad merancang majlis mereka. Tidak mahu ditangguh lagi. Keluarganya telah seminggu berkampung di rumah baru mereka yang terletak di templer park. Di pinggir hutan dan berhampiran dengan air terjun kanching. Dia puashati. Suasana redup di rumah baru ini mendamaikan jiwanya.

“Tak boleh makan lagi ke mak teh?” pantas disuarakan isihatinya. Tak sabar mahu makan. Padahal hari raya lepas dia telah pun menikmati nasi dagang air tangan mak teh ini.

“Boleh dah. Nur ceduk gulai ayam dan ikan tu ke dalam mangkuk sikit,” arah mak teh.

Nur sengih. “ Lepas ni tak sampai sebulan berat Kak Auni akan naik sepuluh kilo,” usik Nur.

“Tak apa. Abang Aazad tetap sayang,” Auni menjawab selamba. Kasih mereka tersimpul mati. Dia yakin dengan cinta Aazad tidak akan berubah walaupun bentuk badannya telah berubah.

Nur mencebik. Cemburu? Taklah. Kasih sayang dan cinta suaminya sentiasa membuatkan berada diawangan.

“Majlis nak mula pukul berapa Auni?”

“Pukul dua mak teh. Selepas zohor orang masjid datang.” Beritahu Auni. Tangannya sibuk menyenduk gulai ikan ke dalam pinggan tapi terhenti seketika.

“Salmi. Bawa nasi dagang ni ke depan. Katering dah sampai ke belum?” tanyanya kepada pembantu rumahnya.

“Sudah pun. Mereka sedang menghidang kat depan tu.”

Auni angguk. “ Jangan lupa hidangkan juga pulut kuning tu. pastikan cenderahati diberikan kepada tetamu nanti.”

“Baik puan.”

“Garangnya puan kita ni,” usik Nur.

“Muda lagilah maid Kak Auni tu.”

Auni angguk bersetuju. Mulanya dia pun tak suka juga. Tapi dalam dua minggu ini dia perhatikan kerjanya tip top. Pendiam dan rajin juga orangnya. Jadi prasangka buruk di buang jauh.

“Dia bagus buat kerja. Semua kerja yang Kak Auni arahkan dia buat tanpa banyak cakap. Rumah pun dikemas bersih.”

Nur angguk. Dalam dia diam memerhati pembantu rumah Kak Auni melakukan kerjanya.

“Tak nak makan sekali ke Nur?”

“Makan dengan Abang Syam nanti kak.”

“Pergilah mandi dan bersiap dulu. Dah dekat pukul satu ni. Nurin Sofea mana?”

“Dengan abi dia.”

*****

“Nur?”

“Ami?”

“Aik kat sini pun kau ada jugak?” keduanya teruja dan saling berpelukan. Kali terakhir mereka berjumpa ketika Nur dalam pantang.

“Ni rumah kakak sepupu aku. Kau kenal dia?” Soal Nur. Suka hatinya ada kawan di majlis ni.

Ami geleng kepala. “ Amru kenal Encik Aazad. Katanya client firma,” jelas Ami.

“Kau dah makan ke?”

“Dah dengan Amru tadi. Tu tengah berbual-bual tu. Aku dah mula bosan. Nasib baik nampak kau tadi. Nurin mana?”

“Tidur. Ada umi aku tengokkan. Aku kena tengok – tengokkan bebudak catering ni. Kak Auni dah masuk dalam kejap. Pening katanya.”

“Rindu nak gomol baby girl kau. Mesti makin bambam.”

“Selalu bergantung kat dada mama dia ni, macam mana tak bambam.”

Ami ketawa. “Tapi mama dia semakin cantiklah. Kau tak nampak macam mak orang. Apa rahsianya?” risiknya.

“Rahsianya? Tu yang hensem pakai kopiah putih dengan kurta tu,” muncung mulut Nur tunjuk suami kesayangannya. Sebab kalau bukan encik suami yang memujuk siang malam supaya sabar dan ikut segala pantang larang umi dan mak mertua aku, tak adalah aku jadi macam ni.” Cerita Nur dengan memek mukanya sekali.

Ami ketawa besar. “Ketawalah kau. Bila sampai masa kat nanti baru tahu azabnya berpantang ni. Itu ini semua tak boleh. Kena berdian pulak tu malam-malam, panas. Belum lagi kena pakai bekung. Makan nasi berulam kunyit, bawang putih dan ikan bakar je. Tukar menu pun semuanya bakar. Wajib ada bawang putih ataupun lada hitam,” sambung Nur lagi.

“Mak aku moden sikit  kot. Takkan kena pantang ketat-ketat,” balas Ami antara yakin tak yakin. Sekarang ni pun dah macam-macam petua mak bagi suruh dia amalkan. Jadi isteri orang ni kena pandai jaga diri luar dalam. Biar suami sentiasa sayang. Itulah yang mak selalu ulang.

Bagi dia pula tak buat apa pun, Amru tetap akan sayang dia. Kalau tak, takkanlah rela hati bertanggungjawab padahal dia tak pernah pun paksa. Kemudian susah payah pikat hatinya sehingga dia cair.

“Hahaha.. Kot kau tu aku yakin kau pun kena lalui juga. Tapi kau tak payah risaulah, pantang makan 44 hari je. Pantang bersama 100 hari. Sekarang ni macam-macam boleh buat untuk ikat suami dalam 100 hari tu,” Nur sengih dengan kata-katanya sendiri. Dengar dek suaminya haruslah kena tazkirah.

Ami dah geleng kepala. Nur yang lembut dan bercakap pun tersusun-susun dulu dah bertukar karektor lebih terbuka sikapnya.

“Aku macam jumpa Nur yang baru. Dulu bukan main lagi cakap kau bertapis-tapis. Sekarang ni semuanya kau main cakap je.”

Nur ketawa. Dia tarik tangan Ami duduk di kerusi berdekatan.

“Kau dah kahwin Ami, boleh aku bercakap terbuka dengan kau. Dah ada pengalaman. Kadangkala tu tak salah kita saling berkongsi pendapat dan nasihat untuk kebaikan bersama. Lagipun aku cakap dengan kau je. Dengan orang lain mana ada. Kalau kak long dan kak chik aku lagi teruk cakap tak bertapis. Tapi bukan lucah ya. Berlapik dan faham sendirilah. Aku cakap ni sebab suatu hari nanti kau akan lalui juga.” Nur mengambil nafas seketika. Dia pandang sekitar. Dilihat suaminya dah bergabung dengan suami Ami dan beberapa lelaki lain. Rancak mereka berbual. Tetamu pula semakin ramai datang. Abang Aazad cakap dia jemput semua staff syarikatnya yang hampir 200 orang tu.

Kemudian Nur pandang Ami. Nampak berseri wajah sahabatnya ini. Seri pengantin baru tak hilang lagi.

“Kau kena ikut pantang lepas bersalin nanti. Habis pantang 100 hari, in syaa allah badan kau slim macam anak dara, seperti aku ni. Rasanya terasa lebih sihat dari anak dara dulu. Untuk kebaikan kita juga,” sambung Nur lagi.

“Iya-iya je kau cakap. Aku lambat lagilah. Nak bercinta dulu sepuasnya. Baru fikir pasal anak,” jawab Ami. Mahu tutup topik pantang ini.

“Eh kau merancang ke? Makan ubat?”

“Taklah. Mana ada. Belum rezeki.”

Nur angguk dan senyum. “ Lambat tak lambat, aku rasa dah ada dah ni.” Tangannya sentuh perut Ami.

Pantas Ami pegang tangan Nur. “ Kau ni, malulah. Orang ramai ni kan.”

Nur ketawa. “Aku yakin selepas ni kau akan dapat berita gembira.”

Ami jeling. "Pandai-pandai je kau, macamlah doktor." Mata Ami melihat sekeliling,takut ada orang perasan perbuatan Nur itu.

Nur buat tak kisah. “Hari-harikan? Kecuali kau bendara merah,” usiknya lagi.

Spontan Ami cubit paha Nur. Geram!

Majlis rumah terbuka semakin meriah.

Sepasang suami isteri bersama anak lelakinya baru tiba.

 “Betul ke rumah Encik Aazad ni, bang?”

“Betul dah kalau ikutkan alamat yang dia bagi ni. Waze pun bawa kita ke sini,” jawab Ferhad.

“Besar giler rumah dia. Dah macam villa dah,” puji Asma.

“Mananya tak besar sayang, syarikat dia antara syarikat multinasional milik melayu yang terbesar di Asia ni. Tapi abang respek dia. Very humble dan sempoi je. Kalau sayang nak tahu Encik Aazad inilah pelabur terbesar resort kita.”

Bulat mata Asma mendengarnya. “Pelabur terbesar? Maksud abang?”

“Abang nak kembangkan resort kita ke Pulau Perhentian. Abang dah tengok kawasan yang sesuai. Ingat tak dalam enam bulan lepas kita pergi Perhentian? Sambil bercuti sebenarnya abang tinjau tempat. Kebetulan berjumpa dengan Aazad di sana. Isterinya cikgu mengajar di Pulau Perhentian tu. Bila cakap abang nak buka resort terus dia cakap berminat. Minta kertas kerja. Dia tertarik dengan konsep resort kita. Dan untuk pengetahuan sayang ID villa ni abang yang reka.”

Mata Asma bersinar. Kemudian dia terus memerhati kawasan villa ini. Cantik dan menarik. Gabungan moden dan tradisional.

“Villa ini melambangkan cinta Aazad kepada isterinya. Resort kita pula melambangkan cinta abang kepada sayang,” Ferhad memeluk bahu Asma. Sungguh kata-kata Ferhad membuatkan Asma terharu.  Dan gelagat mereka menarik perhatian Aazad dan Amru.

“Assalamualaikum..” Aazad menyapa.

Dek kerana terbuai dengan perasaan mereka, Asma dan Ferhad terlupa di mana mereka berada. Membera wajah Asma, malu.

“Waalaikumussalam...”

“Sampai juga kau. Sila-sila masuk..” Aazad mengajak. Mereka saling berjabat tangan.

“Apa khabar Ferhad,” Amru hulur tangan.

“Laa kau? Jumpa juga kat sini. Aku baru ingat nak pergi beraya rumah kau lepas ni.” Ferhad teruja. Mereka saling ketawa. Aazad pula terpinga-pinga.

“Kau kenal dengan Ferhad ni?” Aazad menyoal.

“Isteri Ferhad berkawan dengan isteri aku. Aku pula melabur dalam resort dia.”

“Dan Aazad ni merupakan pelabur terbesar resort aku di Pulau Perhentian.”

“Assalamualaikum..” Hisyam memberi salam dan menghampiri mereka bertiga.

 Asma pandang Hisyam. Ada juga? Hati dah melonjak gembira. Mesti Nur dengan Ami pun ada sekali kat dalam tu.

“Waalaikumussalam. Syam?” Mereka bersalaman.

“Jumpa juga kau kat sini?”

“Abang Aazad ni suami sepupu Nur. Masuk dulu, kita sembang kat dalam..” jelas Hisyam sambil ajak masuk.

“Nur dengan Ami ada kat dalam Asma. Pergilah masuk,” beritahu Hisyam.

Asma angguk. Dia pandang Ferhad. Ferhad angguk memberi kebenaran. Lalu ditarik tangan Farhan supaya mengikutinya. Dibiarkan lelaki bersembang sesama mereka.

“Masuk-masuk makan dan sembang kat dalam dulu,” ajak Aazad pula.

Tetamu semakin ramai datang. Aazad sebagai tuan rumah tersenyum lebar menyambut kedatangan tetamunya.

“Assalamualaikum..”

“Waalaikumussalam Tuan Syed. Sila-sila..”

“Selamat hari raya Aazad. Ini isteri saya Riya dan anak-anak saya, Zara dan Ali.”

Riya kagum. Cantik villa ni. “Nanti kita tengok villa kita pula sayang. Abang bina lagi cantik,” jawab Syed Al-Aiman seakan dapat mendengar pujian di dalam hatinya.

“Riya tak cakap apa pun.” Heran dia dengan Mr Noble man ni. Selalu apa yang bermain di dalam hati, akan dijawab oleh. Kena pulak tu.

“You are me. Abang tahu apa yang sayang abang rasa dan fikirkan,” bisik Syed Al- Aiman lagi.

 Riya geleng kepala. Tak tahu nak kata apa dah. Belum cakap pun dah dapat jawapannya. Hatinya berbunga bahagia. Biarpun mereka berjodoh lambat, namun kemanisannya sentiasa dirasai. Cinta yang dirasakan mustahil bersatu suatu masa dulu, terbukti kuasa Allah taala lah yang menentukan segalanya. Terasa tangannya ditarik, Riya terus mengekor langkah suaminya. Zara dan Ali juga mengikut mereka berdua.

“Mama.. nak pergi main sana,” Zara tunjuk ke taman mainan kecil yang dipenuhi oleh anak-anak para tetamu.

“Makan dulu. Lepas ni boleh pergi main. Ajak adik sekali,” jawab Riya.

Zara angguk. Dia ambil pinggan berisi nasi dagang yang dihulurkan oleh mamanya.

“Ali punya?” Ali pandang mamanya. Suara kecil dan wajah comel Ali sentiasa memikat hati orang yang memandangnya.

“Mama suapkan.” Ali angguk lalu dia ikut papanya mencari tempat duduk.

Hisham tepuk bahu Amru.

Tersentak. Tangan kanannya mengusap belakang tengkuk. Sejak tadi matanya tidak lepas pandang isteri sendiri. Entah mengapa, melihatnya ketawa dan tersenyum, hatinya berbunga bahagia. Ami semakin manja dengannya. Syukur dipanjatkan, semoga kasih sayang mereka semakin bercambah dan terus subur di hati.

Hisham geleng kepala. Faham sangat dengan fasa berbulan madu ni. Kalau boleh setiap hari nak ada di depan mata je. Mahu berulit setiap masa.

“Am, tak lari ke manalah isteri kau tu. tak payah nak tengok-tengok selalu.”

Amru sengih.

“Tapi aku faham apa yang kau rasa. Dulu pun aku macam kau juga. Setiap detik nak bini ada dekat sebelah je..” sambung Hisyam. Dia tak malu akui. Indah dan bahagianya perasaannya tika itu.

Dan mereka terus berbual.

Aazad semakin sibuk menyambut tetamu yang datang. Auni muncul disebelahnya setelah berehat seketika.

“Sayang okey ke ni?” tegur Aazad. Dipaut bahu isteri kesayangannya itu.

Auni angguk. “ Okey abang...” balasnya. Ditatap wajah risau suaminya dengan penuh kasih sayang.

“Assalamualaikum...”

“Waalaikumussalam... Dato’Naim, Datin.. jemput-jemput masuk.” Auni turut senyum dan bersalam menyambut tetamu mereka.

Majlis rumah terbuka mereka berjalan lancar.

 





Boleh follow pages penulis di facebook https://www.facebook.com/fantasiceritakudotcom Instagram; shima.rostambs Jika sukakan cerita di sini boleh share link di medsoc masing-masing.. Terima kasih di atas sokongan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan