Selasa, 16 November 2021

Cinta November (cerita pendek)


'Mahal senyumannya," detik hatiku apabila terpandangkan lelaki itu senyum. 

Senyuman yang sangat jarang dapat dilihat. 

Kepala ditundukkan apabila mata kami berpapasan. pipiku terasa hangat, tanpa sedar aku ketuk kepala sendiri. menyalahkan diri sendiri yang alpa melihatnya. 

Tapi aku tidak boleh menyalahkan diri sendiri jugak, sebab dia tu kacak sangat. Jarang pula tersenyum. Selalu aku tengok muka ketat dengan PA nya pun bermuka ketat juga. 

Terasa lengan dicuit. 

"Kau tengok tak tadi? Encik Boss senyum tengah jawab telefon. Hensem kan. Hilang terus muka ketat dia
," bisik Rafidah 

Aku angguk laju, setuju. Bertuah pagi aku hari ini dapat melihat senyuman mahal encik bos. 

"Lif dah sampai, cepat!" Rafidah tarik lenganku masuk ke dalam lif. pagi-pagi begini memang kena berebut lif, kalau tidak kena tunggu lama untuk lif turun balik. 

Ting..ting..

"Yang depan kena keluarlah." terdengar suara dari belakang. 

"Aku tunggu next lif," beritahu aku kepada Rafidah.

Rafidah mengeluh dan angguk. Aku tahu dia geram, padahal ada orang lain yang masuk lambat dari kami. 

Pintu lif tertutup. Aku memandang tanpa perasaan. Sabar menunggu lif seterusnya. Aku menjeling ke sebelah dan Encik Boss masih lagi menunggu lif. 

Aik.. takkan tak sampai lagi lif, bebel hati kecilku. 

Namun aku tidak berani lagi memandang curi ke arahnya. takut pula terkantoi macam tadi. Jadinya aku buka apps facebook dan melihat status kawan-kawanku. Dan mataku terhenti lama di update baru Rafidah, minah ni sempat lagi ambil gambar Encik Bos tengah senyum. 

Aku geleng kepala. Kalau Encik Bos tahu ni, mahunya dapat warning letter. 

Tanpa aku sedari, aku juga turut diperhatikan. 

"Staff kita?" tiba-tiba Encik Bos bertanya PAnya. 

Telinga lintah aku ni cepat je tangkap suaranya. 

Tidak pula kedengaran jawapan dari PA Encik Bos, rupanya lif mereka telah sampai. 

"Cik Siti tak nak masuk?" 

"Eerk... tak apa saya tunggu lif lain." balasku segan dan senyum kekok. 

"Lama lagi nak tunggu. Masuk sini," ajak PA Encik Bos lagi. 

Isyarat mata Encik Bos membuatkan aku mengalah, takut. 

-Selamat datang November- 

Bersambung...

Boleh follow pages penulis di facebook https://www.facebook.com/fantasiceritakudotcom Instagram; shima.rostambs Jika sukakan cerita di sini boleh share link di medsoc masing-masing.. Terima kasih di atas sokongan.

1 ulasan: