Jumaat, 21 Januari 2022

Cinta November Bab 2




PA tahu nama aku?

Baru terlintas dalam fikiran tentang perkara itu selepas keluar dari lif. Macam mana dia tahu nama aku, tak mungkin PA big bos ingat nama semua pekerja di syarikat ini. bukan sedikit staff syarikat. Mahunya beribu termasuk dengan cawangan di negeri lain. Semakin kuat perasaan ingin tahu timbul dalam hati.

Kalau ikutkan ini kali ke dua aku terjumpa bos ketika waktu pagi. Aku tahu dia tu bos sebab Rafidah yang maklumkan. Kalau tak, sampai bila-bila pun aku takkan kenal kerana aku kerani yang bertugas di tingkat tiga, pejabat big boss pula di tingkat 20 pula. Memang jaraknya tinggi sangat. Aku tak mungkin menjejakkan kaki ke tingkat 20 itu.

“Sampai pun kau. Aku ingatkan lambat lagi kau boleh naik lif,” sapa Rafidah, lega.

Aku sengih. Tidak pula aku memberitahunya yang aku tertumpang lif big bos tadi.

“Tak merahkan punch kad kau hari ni?”

“Tak. Ngam-ngam pukul sembilan pagi.”

“Alhamdulillah. Kalau tak singa tua dalam tu mesti bagi amaran kat kau,” ujar Rafidah.

Singa tua tu dia merujuk kepada Pengarah Jabatan Sumber Manusia syarikat kami, Cik Salwa. Sudah berumur 32 tahun dan masih bujang. Orangnya cantik dan anggun. Menurut cerita Rafidah sebenarnya Cik Salwa tu sebenarnya bakal tunang big bos. Dah bertahun jadi bakal tunang tu, namun entah sampai sekarang masih lagi menyandang title bakal tunang. Tak naik jadi tunang atau isteri pun. Jadi ramailah yang sok sek, sok sek cakap Cik Salwa tu yang perasan nak jadi pasangan big bos, padahal big bos tidak pernah memandangnya pun.

Aku geleng kepala. Aku angkat bahu. Entah kenapa sejak aku masuk kerja ke syarikat ni, Cik Salwa pandang aku macam aku ni musuhnya, perampas kekasihnya. Padahal aku kenal dia masa hari pertama datang lapor diri ke syarikat nilah.

Oooh ya lupa nak perkenalkan diri, nama aku Siti Mariam. Aku berasal dari negeri Kelantan. Berumur 21 tahun dan baru tamat diploma pengurusan sumber manusia dari politeknik. Ini adalah kerja pertama aku. Mulanya aku tidak mahu pun cari kerja di Kuala Lumpur ni. Aku mahu cari kerja di Kota Bharu saja. tapi sebab covid-19 aku tidak dapat mencari kerja pun. Jadi aku tolong mok dan ayah di kebun mereka dan mengambil upah menjahit baju. Alhamdulillah berkat tinggal bersama orang tua, rezeki aku tidak pernah putus sehinggalah Ayah Su balik kampung dan dia ajak aku ikut dia.

Berat hati aku ni, maklumlah Ayah Su pun belum kahwin, takkanlah aku kena tinggal dengan dia pulak. Jadi bibik dia di KL tu. Tapi mok dan ayah sokong ayah su, terpaksalah aku ikut. Tidak sampai seminggu di KL, memang tinggal di rumah ayah su pun, eh kondo dia di tengah KL ni, ayah su kata dia telah dapat kerja untuk aku. Esok kena pergi interview, sekadar prosedur biasa dan lusa aku terus masuk lapor diri masuk kerja. Jadi sudah sebulan aku bekerja di sini.  

“Siti, Cik Salwa panggil kau ke bilik dia,” beritahu Jenny, setiausaha Cik Salwa.

“Kenapa Jenny?” soalku. Aku rasa tidak sedap hati. Berdebar-debar pula bila teringat Cik Salwa nampak aku keluar dari lif khas big bos.

“I pun tak tahu. Cepatlah, mood dia swing pagi ni, lagi lambat you jumpa dia lagi berapi singa tu,” gesa Jenny.

Aku sengih mendengar katanya. Mahu ketawa tidak mampu ketawa saat bersedia kena marah ni.

“Kalau dia marah you, you diam je. Angguk apa yang dia cakap. Lagipun dia tidak boleh buat apa-apa kat you. Berani dia nak naik tangan kat anak saudara bos.”

Aku geleng. Jari telunjuk aku letakkan dibibir, tidak mahu Jenny bercakap banyak. Di sini tidak ada siapa pun yang tahu hubungan aku dengan Naib CEO syarikat. Awal-awal lagi aku cakap dekat ayah su, aku tidak mahu orang tahu hubungan sebenar kami. Cik Salwa pun tak tahu, hanya Jenny saja yang tahu sebab dia yang aku jumpa semasa interview tempoh hari.

“Iya, betullah cakap you tu tapi you jangan terlepas cakap pula. Nanti I tak nak kawan dengan you lagi.

“Aayoo... you ni kan, suka ugut-ugut I.” Aku tertawa. Hilang sikit gerun dalam hati hendak berjumpa dengan Cik Salwa tu.

Tok..

“Masuk.”

“Cik Salwa nak jumpa saya?”

“Habis tu saya panggil awak buat apa kalau tak nak jumpa awak?” Sedas kau kena sindir dengan Cik Salwa.

Aku tunduk, tidak membalas. Nanti silap cakap lagi, hati aku juga yang koyak.

“Nampak fail tu?” Cik Salwa tunjuk lima fail besar di atas mejanya.

Aku angguk.

“Ambil fail tu dan buat report. Esok petang saya nak.”

“Report apa?” Aku blur. Fail sudahlah besar dan tebal. Apa laporan yang aku kena buat. Bukan ke syarikat guna sistem HRpos?

“Tak reti nak baca ke?” kena sindir lagi.

“Ambil fail ni dan keluar. Petang esok saya nak report siap,” tegasnya.

Terkejut aku. Jadi aku angkat semua fail tebal tu, memang berat. Rasa mahu patah lengan bawa semuanya keluar. Fail tersebut aku letakkan di atas meja. Penuh jadinya meja aku tu. Aku duduk melepaskan lelah dan menarik salah satu fail tersebut. Aku buka dan baca, semuanya mengenal training, seminar dan kursus yang telah dijalankan pada tahun 2019, sebelum wabak covid-19 melanda.

Jadi aku kena buat apa sebenarnya ni?

“Pssst.. kenapa Cik Singa panggil kau ke bilik dia?” Rafidah menarik kerusi mendekati aku.

“Ni.. dia suruh buat report. Tapi aku tak tahu report apa aku kena buat.”

“Owh.. Ini bukan patutnya kerja Zana ke? Semalam aku ada terdengar Zana cakap big bos nak tengok summary report pasal training course sebelum covid-19 dan planning untuk 2022.

“Jadi patutnya kerja eksekutif laa kan? Aku kerani je, mana faham nak buat report macam mana.”

Rafidah angguk. “Cik Singa tu memang sengaja nak kenakan kau,” bisiknya.

Cik Singa ni memang cari pasallah! Getus hatiku geram. 


Boleh follow pages penulis di facebook https://www.facebook.com/fantasiceritakudotcom Instagram; shima.rostambs Jika sukakan cerita di sini boleh share link di medsoc masing-masing.. Terima kasih di atas sokongan.

Isnin, 10 Januari 2022

Drama Korea : Snowdrop

Hi, 

Selamat tengahari semua!

Siapa follower blog ini peminat drama korea? 



Saya salah seorang peminat drama Korea dan tanah besar Cina. Sekarang tengah follow drama Snowdrop lakonan Jisoo Blackpink dan Jung Hae In. Mula-mula cerita ini tidak menarik minat saya langsung, alaaa lakonan Jisoo, blackpink tu mesti kaku sebab ini adalah drama pertama dia. Dia kan K-Idol, harapkan bakat menyanyi jelaa.. Ni pendapat peribadi saya tau. masa tu belum tergerak hati lagi mahu tengok cerita ni. 

Tapi saya tergoogle laa pulak Hero dia si Jung Hae In ni. Sebab rasa pernah tengok dia ni berlakon. Hensem jugak mamat korea ni kalau gaya rambut tak tutup dahi tu. Kalau ada bang rambut tu memang serius tak suka, sebab macam budak-budak je tengok. Jadi tersearch dia dan terminatlah kat mamat ni. Layanlah drama-drama dia sebelum ni. 
  - One Spring Night
 -A piece of your mind
 -While you sleeping (awal-awal lagi dah tengok tapi perasan pun dia yang polis tu.
 - Something in rain (tengok separuh, suka lakonan dia tapi tak suka dengan So Ye Jin) 

Akan datang nak layan pulak D.P kat Netflix. 

Nak jadi ceritanya tertengoklah Snowdrop ni. Ingatkan cerita dia cerita romantik drama yang biasa dilihat tu. Tapi rupanya lain dari lain. tambahan pula latar belakang cerita tahun 1987 ( umur saya 6 tahun ketika ini) 

Kisahnya bermula dengan kisah siswi kat kolej. Seribu satu kisah diorang membuatkan saya terus tertarik menonton drama ini. Pertemuan pertama di antara Lim Soo Ho denga Eun Young Ro semasa blind date berkumpulan. Menyampah dengan sikap Bok Ok yang berpura-pura jadi pelajar Univeriti dan ikut serta blind date (terover action kononnya dia memang student U) bagaimana dia rampas kapal terbang kertas dari Young Ro semata-mata mahu date dengan Soo Ho. Nasib baik Soo Ho cari alasan ada hal lain dan tak ikut tengok konsert dengan Bok Ok. 

Soo Ho dan Young Ro bertemu kembali di dalam kedai buku dan kaset (kalau tak silap). Young Ro yang termalu sendiri ketika test mendengar kaset. Buat konsert dalam testing room. siap nari-nari lagi. Melihat adegan ini membuatkan saya tersenyum dan malu sendiri (kononnya perasaan jadi Young Ro lah.. hahaha) Masa ni Young Ro tak tahu pun Soo Ho ada dalam kedai itu jugak. Soo Ho pulak menahan ketawa melihat gelagat Young Ro. Young Ro yang dah malu tu, cepat cover malu tu, mahu segera keluar dari kedai tu.. Dia berlari tunduk dan terlanggar Soo Ho. 

Masa nak bayar pulak, baru teringat kaset tu tertinggal dalam testing room. malu pun Young Ro pergi ambil jugak. Lagi triple malu bila nak bayar tak cukup duit. Terpaksalah keluar dan beli lain kali. Soo Ho yang melihat terus membayar harga kaset tersebut dan keluar mencari Young Ro. Ketika ini Soo Ho sebenarnya mahu mengajak Young Ro keluar lagi tetapi apabila dia perasan dia diintip oleh agen NIS, dia tidak jadi ajak Young Ro dating. 

Okeylah.. tak nak spoil banyak yang belum follow drama ni patut tengok. Lakonan Jisoo mantap untuk pelakon baru sepertinya. Chemistry antara Soo Ho dan Young Ro memang mantap. Sampaikan saya nak tengok drama lain dah hilang minat. Sentiasa tak sabar mahu melihat next episod drama ini. 

Drama ni dah masuk episod 9 minggu ni. Semakin mendebarkan. Apakah akan terjadi kepada mereka berdua? 




 Sedikit sinopsis ringkas drama ini;

Pada tahun 1987, Im Soo Ho dan Eun Young Cho adalah pelajar di sebuah universiti berprestij di Seoul.

Im Soo Ho, yang dibesarkan di Jerman, memiliki pesona lembut tetapi penuh rahsia.

 Eun Young Cho yang hidupnya sentiasa dikasihi dan ceria telah jatuh cinta kepadanya pada pandangan pertama di perhimpunan sosial.

 Suatu hari, jadi Ho tiba-tiba melarikan diri ke asrama wanita dengan baju berlumuran darah.

 Eun Young Cho menyembunyikannya dan merawat lukanya meskipun menghadapi bahaya di bawah pengawasan ketat. Mereka mesti Soo Ho dan Young Cho mesti mengelakkan Pi Seung Hee, penjaga asrama wanita itu yang terkenal ketegasannya  dan Kye Boon Ok, pengendali telefon di asrama yang terpaksa melepaskan pendidikan kolej kerana keadaan kewangan keluarganya.

 Lee Kang Moo adalah ketua Pasukan 1 Perkhidmatan Perisikan Kebangsaan (NIS) yang tidak henti-henti dan sentiasa berkeras untuk melakukan segala-galanya dengan undang-undang.

 Sebaliknya, ejen NIS Jang Han Na adalah impulsif, panas marah, dan bersemangat tentang pekerjaannya.

Kang Chung Ya adalah seorang ahli bedah yang cantik dan berbakat di hospital yang dikendalikan oleh kerajaan yang dapat memikat sesiapa sahaja yang dimahunya. Kemahirannya di bilik operasi telah menjadikannya reputasi yang kukuh sebagai pakar bedah yang boleh dipercayai, namun Dr. Kang sangat misteri.


Dalam sinopsis pun ringkas je. Jadi kita tidak tahu apakah ending kisah mereka. banyak spekulasi hangat didebatkan di tik tok. 

Saya pun terjebak follow.. hehehee.. 

Drama ni bestt... Pelakon pun mantap. 


Boleh follow pages penulis di facebook https://www.facebook.com/fantasiceritakudotcom Instagram; shima.rostambs Jika sukakan cerita di sini boleh share link di medsoc masing-masing.. Terima kasih di atas sokongan.

Selasa, 4 Januari 2022

Selamat Tahun Baru 2022



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... 
Maaf kerana lama tidak bersiaran. Inshaallah tahun 2022 ini saya cuba untuk kembali aktif berblog. Sebenarnya rindu sangat zaman berblog dulu. Hari-hari menulis dan berkongsi cerita. Tapi itulah sejak ada facebook, instagram bertambah pulak tik tok ni saya jadi terlalai sikit dan meninggalkan blog ini. 
Padahal di sinilah rumah pertama saya, tempat mulanya saya meneroka dunia tanpa sempadan ini. 
Bermula tahun 2008 hingga 2022, blog ini telah berusia 14 tahun. Kalau manusia dah remaja. Memang telah lamakan?
Tapi itulah seiring dengan masa, dari berusia 20an dan sekarang menjejah 40an, sepatutnya banyak yang saya kongsikan di sini. Tapi ada banyak jugak yang telah saya privatekan. Walaubagaimanapun, tak apa selagi saya boleh menulis,  selagi itu blog ini tetap ada. 
 
Hari ini telah 4hb Januari 2022, bererti telah 4 hari kita meninggalkan 2021. Tak banyak yang saya capai dalam tahun 2021. Kerana 2021 banyak menguji emosi dan fizikal saya. Sometimes rasa down sangat, very tired mentally. Bila emosi dan mental terganggu secara fizikal juga turut terganggu hingga di akhir tahun, saya fikir cukuplah saya berfikir demi orang lain. Cukup untuk saya melihat dan menilai setiap perbuatan saya sebelum ini. 

Saya perlu berfikir demi diri sendiri tanpa perlu menjaga hati orang yang tak pernah sedikitpun menjaga hati saya. I need to stop that thing. Kesihatan diri perlu diutamakan. Jadi untuk tahun 2022 saya mahu fokus pada syarikat penerbitan saya dan terus menghasilkan karya-karya baru. 

INshaallah tahun ini blog akan lebih meriah dari tahun sebelumnya. xoxo... 

Boleh follow pages penulis di facebook https://www.facebook.com/fantasiceritakudotcom Instagram; shima.rostambs Jika sukakan cerita di sini boleh share link di medsoc masing-masing.. Terima kasih di atas sokongan.