E-book Shima Rostam
Terdapat 3 buah E-book telah diterbitkan.
Cherating In Love
Harga : RM10.00
Format file : PDF, EPUB
“Subhanallah..
Cantikkan?” spontan aku menoleh ke sebelah. Melihat dia.
“Cantik..”
bisikku. Mata tak beralih pandang. Macam kena gam. Melekap pada dia.
“Mataharilah..
tengok sana. Bukan saya,” dengus dia marah.
Aku sengih. Mulutnya dah muncung. Comel. Bila halal nanti, muncung tu aku patuk dengan bibir.
Berani lagi nak muncung-muncung comel gitu?
Uncle Doktor, Nak Tak Jadi Papa Niny?
Harga : RM20.00
Format file : PDF, EPUB
Niny - anak kecil
yang aktif dan cerdik. Tiba-tiba demam sawan membuatkan mamanya panik. Terpaksa
dikejarkan ke hospital dan ditahan wad untuk pemantauan selama 24 jam.
Di wad Niny
berkenalan dengan Doktor Sam, doktor pediatrik yang bertugas di wad tersebut.
Sikap mesra Doktor Sam telah menawan hati Niny yang kerinduan belaian kasih
seorang bapa.
Maka bermulalah misi
Niny mencari papa.
"Uncle Doktor,
nak tak jadi papa Niny?" - Niny
“Sekarang pun uncle
boleh jadi papa Niny. Tapi uncle kena mengorat mama Niny dulu” - Doktor Sam
“Uncle kena mengorat
mama dulu eh?” – Niny
“Ya, baby girl”–
Doktor Sam
“Susahlah uncle, mama
tu garang.” - Niny
“
Bagi Doktor Sam
perkenalannya dengan Niny mengejutkannya dari lena yang panjang. Menyedarkan
dia bahawa peluang untuk mengecapi bahagia itu masih ada. Membuatkan hatinya
ingin mencurahkan kasih sayang seorang ayah buatnya. Tapi jalannya tak mudah,
dia kena jadikan mama Niny miliknya dulu.
“Lamaran saya tu tak
ada expiry date. Awak dah bersedia cakap je. Tapi saya tak terima jawapan
TIDAK.”
Kegagalan dalam
perkahwinan terdahulu membuatkan mama Niny trauma untuk berkahwin lagi. Dia
serik. Cukup sekali dia merasa manis dan pahitnya bergelar isteri orang.
“Niny nak uncle
doktor jadi papa juga.” - Niny
Berjayakah Niny dalam
misinya?
Siapa Adel? Dan siapa
pula Dr Erica yang tiba-tiba muncul?
Dan paling penting
berjayakah Doktor Sam melembutkan hati mama Niny?
Nufah
Harga : RM25.00
Format file : PDF, EPUB
Nufah dan Tengku
Firash ialah High school sweetheart.
Mereka bercinta sejak zaman persekolahan
lagi. Bagi Nufah, Firash itulah cinta pertama dan terakhirnya. Hati sangat
bahagia apabila akhirnya mereka akan disatukan dalam ikatan perkahwinan. Namun
beberapa minggu sebelum majlis, Tengku Firash mula berubah. Hati Nufah
dicengkam gelisah.
Bagi Tengku Firash
pula, Nufah itu cinta hatinya. Bidadarinya. Tidak pernah terlintas pun untuk
mencuranginya, tetapi hatinya belum cukup kebal untuk menepis godaan demi
godaan Dian. Tanpa sengaja, tersasar jua - Dian berada di dalam pelukannya.
Dian ialah sepupu
merangkap kawan baik Nufah. Tempat Nufah mengadu, juga berkongsi kisah
cintanya. Namun dalam diam, Dian turut mencintai Tengku Firash, hingga tergamak
menggoda tunang sepupu sendiri. Ibarat gunting dalam lipatan, cinta
Nufah-Firash akhirnya musnah angkara nafsu serakah.
“Dalam hal ini I yang bersalah. Hati I yang
berubah. You tak bersalah dear.
Jangan risau, I akan selesaikan perkara ini. Kita akan kahwin nanti.” - Tengku
Firash.
“Tapi Nunu? Kasihan dia. I jahat. Dia percayakan I
selama ini, tapi I khianati dia,” -
Dian
Setelah segalanya terbongkar, Nufah rela mengundur diri
demi maruah keluarga. Tengku Firash menyesal, namun nasi sudah menjadi bubur.
Nufah membawa diri mengubati lara di hati. Tiba-tiba
muncul Sean; billionaire kacak penuh misteri.
You’re
my sunshine. – Sean.
Katanya, mereka pernah berjumpa tiga tahun lepas. Bila
dan di mana – tiada dalam memori. Nufah keliru. Rahsia demi rahsia terbongkar.
Nufah terharu. Cinta sepuluh tahun dicurangi,
dihadirkan pula cinta tanpa mengenal darjat. Hati yang terluka semakin
sembuh. Cinta mula mengetuk hati, hendak terima atau tidak, masih berbelah
bahagi.
Reaching
for your hand brings me such joy and knowing that you are mine forever brings
me peace - Sean
Kemudian muncul pula Mellisa, mengaku anak yang
dikandungnya milik Sean. Adakah Nufah bakal kecewa lagi?
Ulasan
Catat Ulasan